Anda di halaman 1dari 4

Kandungan

LAPORAN KURSUS AGAMA BAGI REKRUT PENGAMBILAN KE 131...................1


Tujuan..................................................................................................................................2
Latarbelakang.......................................................................................................................2
Cadangan untuk menengani masaalah.................................................................................3
Rumusan..............................................................................................................................3

LAPORAN KURSUS AGAMA BAGI REKRUT


PENGAMBILAN KE 131
Tujuan

Sebagai makluman dan pengetahuan kepada pihak tuan untuk mengemaskini dan
tindakan selanjutnya untuk membantu memperbaiki lagi perjalanan kursus agama.

Latarbelakang

Kursus dijalankan bermula pada 20hb. Julai 2007 hingga 20hb. Desember 2007
Seramai seratus tujuhpulohtiga orang yang mengikuti dan dipecahkan kepada tiga kelas,
dalam dua kumpulan, iaitu kumpulan pertama terdiri daripada pelatun satu, dua dan tiga.
Kumpulan kedua terdiri dari pelatun empat, lima dan enam. Diaturkan setiap pelatun satu
kelas yang mengandungi duapuloh ke duapulohlima orang rekrut. Tenaga pengajar bagi
program ini adalah guru-guru agama yang diperbantukan dari Jabatan Pengajian Islam
Tutong iaitu seramai tiga orang.
Masa yang diaturkan menggikut jadual yang telah diaturkan oleh pihak pentadbiran, iaitu
selepas sembahyang fardhu Isyak hingga jam sepuloh malam, iaitu kira-kira dua jam.
Kandungan kursus adalah berkisar mengenai fardhu ain dan masaalah-masaalah semasa
yang dihadapi oleh peserta berkenaan dengan hukum hakam.

2
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan yang semaksima mungkin serta
menghalusi lagi soal peribadatan asas kepada para rekrut.

Masaalah yang dihadapi sewaktu kursus ini dijalankan.

• Peserta kursus tidak memberi sepenuh perhatian terhadap pelajaran.


• Kebanyakan peserta terlalu mengantuk semasa kelas dijalankan kerana terlalu
letih disebabkan aktiviti sebelah siang.
• Pengetahuan asas ugama didepati sebilangan kecil peserta amat cetik kerana tiada
mendapat pendidikan agama sebelumnya.

Cadangan untuk menengani masaalah.

• Hendaklah ditempatkan seorang jurulatih disetiap kelas untuk mengawasi diseplin


para rekrut sepanjang proses pelajaran berjalan.
• Memberi peluang dan membuka ruang seterusnya untuk mendapatkan pendidikan
ugama secara berterusan (pendidikan sepanjang hayat).

Rumusan

Pencapaian para peserta kursus setelah dibuat ujian bertulis dan peraktikal adalah
keseluruhannya pada tahap sederhana. Didapati sebahagiannya tidak serius dalam
penilaian yang dijalankan, ini mungkin kerana kursus ugama ini tidak termasuk pelajaran
yang dinilai lulus atau gagalnya untuk menjadi seorang rekrut yang bertauliah.
Perlunya mereka ini mendapatkan pendidikan ugama secara berterusan untuk membina
jati diri sebagai seorang tentera yang berteraskan Islam.

3
Sekian untuk pengetahuan pihak tuan berkenaan perjalanan pendidikan ugama bagi rekrut
pengambilan 131 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Anda mungkin juga menyukai