Anda di halaman 1dari 2

Berita Terkini

BERHATI-HATI KETIKA SAMBUT PERAYAAN


Oleh Sim Y. H.

Timbalan Penguasa Polis Sharazuddin Haji Masri Menyampaikan Peringatan Kepada


Orang Ramai

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Orang ramai mesti tetap berwaspada dalam
menyambut ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-62 tahun,
terutama ketika memandu dalam hujan.

Peringatan itu dibuat oleh polis kepada orang ramai memandangkan keadaan cuaca
yang tidak menentu dan meminta kepada mereka beringat-ingat serta
bertanggungjawab ketika menggunakan jalan raya terutama waktu hujan.

Baru-baru ini, tiga rakyat Brunei dan dua orang warga Singapura maut dalam
pertembungan kereta di Limbang, Sarawak ketika keadaan jalan raya basah.

Ketika membuat peringatan itu, pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam Polis
Diraja Brunei Timbalan Penguasa Polis Sharazuddin Haji Masri berkata perangkaan
bagi Jun 2008 menunjukkan empat kemalangan menyebabkan tujuh kematian telah
berlaku.

Beliau meminta orang ramai mematuhi undang-undang jalan raya, memastikan


kenderaan mereka yang digunakan selamat sepenuhnya di jalan raya,
mengurangkan kelajuan ketika semasa hari hujan dan sentiasa bertolak ansur dan
bertanggungjawab semasa memandu.

Lampu kenderaan sebaik-baiknya dinyalakan ketika hujan dan jangan mengekori


kereta dengan dekat, selalu ingat kepada orang dan keluarga tersayang, bersikap
sabar serta jangan bersikap mementingkan diri sendiri.

Sebaik-baiknya mereka memasang lampu di sekitar kawasan rumah, menggantikan


semua kunci yang hilang atau yang dicuri, tidak meninggalkan peralatan yang boleh
digunakan oleh penjenayah seperti tangga dan cangkul, meninggalkan nota yang
menyatakan penghuni meninggalkan rumah serta jangan menyembunyikan kunci di
bawah alas kaki, pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah mereka