Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Bacaan peringkat
sederhana
Bacaan peringkat
tinggiSlide 9
Aktiviti pengayaan
Zul baru beli kereta.
Kereta Zul ada lampu.
Ini ayam Ali.
Ayam Ali warna putih.
Ini adik saya.
Adik saya suka minum susu.
Itu kasut.
Itu kasut kulit.
Itu kasut kulit Kamal.
Kasut kulit Kamal warna
hitam.
Kamal susun kasut atas
rak.
Rak kasut Kamal di bawah
rumah.
Ini tomato.
Tomato masak warna merah.
Buah tomato rasanya masam.
Buah tomato boleh dibuat sos.
Emak masak sos tomato.
Kami makan keropok cicah sos
tomato.
Ini kek.
Ini kek hari jadi Aqil.
Hari ini hari jadi Aqil.
Aqil sambut hari jadi di rumah nenek.
Aqil sambut hari jadi bersama Haris dan
Nurin.
Mereka makan kek bersama-sama.
Nyonya Pergi Ke Pantai
Nyonya tidak boleh tidur nyenyak.
Nyonya makan angin di pantai.
Suasana di pantai sangat sunyi.
Udara di pantai sangat nyaman.
Nyonya jalan sambil nyanyi-nyanyi.
Dia nampak penyu bertelur.
Di sana banyak nyamuk.
Bunyi nyamuk sangat kuat.
Nyonya halau nyamuk.
Dia nyalakan api guna minyak.
Datang monyet curi botol minyak.
Monyet kena lanyak.
Kerbau Balau Pak Malau
Pak Malau baru pulang dari Pulau Harimau.
Pulau Harimau jauh dari rantau.
Pak Malau bawa pulang kuih pau, buah limau,
ikan kurau, burung bangau, dan kerbau balau.
Kerbau balau suka merayau-rayau.
Kerbau balau makan daun tembakau.
Kerbau balau kena halau.
Pak Malau ambil pisau lalu sembelih kerbau
balau belakang surau.
Encik Khalid Guru Bahasa
Encik Khalid berkhidmat sebagai guru.
Dia guru khas Bahasa Melayu.
Dia pandai menulis khat.
Pada hari Khamis, dia baca surat
khabar.
Ada berita khatib kena langgar waktu
pulang dari majlis khatam.
Khatib tidak dapat baca khutbah.
Encik Khalid ganti khatib baca khutbah.
Encik Khalid biasa beri syarahan di
khalayak ramai.
Lengkapkan ayat dengan perkataan yang diberi.
1. Ini _________________________________.
2.
3.
4.
betik
epal
jagung 5.
nanas
pisang
Susun perkataan supaya menjadi ayat yang betul.