Anda di halaman 1dari 29

PENDAHULUAN

Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang

pesatmembangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia

turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat

antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik.

Penduduknya berbilangbangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan

agama yang berbeza. Majorititerbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam.

Bumi Malaysia adalah tanah asaltempat tumpah darah mereka.

Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan

padatahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis

flora danfauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil

komoditinya menjadiidaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar

bahan-bahan mentah yangbernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam

lingkaran laluan daganganantarabangsa.

Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan

damai,tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan,

pertikaiandan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan

kepercayaan yang sama . Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup

mereka tidak bertahan lamakerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah

diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis , Belanda , Siam , Jepun , dan

Inggeris. Segala bentuk , rupa dan rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai

pemastautin tempatan apabila merekacuba menentang penjajahan asing demi memelihara

tanah air tercinta. Begitu juga semasamereka berada di bawah cengkaman kuasa asing.
Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak

luaryang rakus kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan

mengikishasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa asing yang kononnya

untukmembangunkan negara agar boleh dinikmati oleh anak-anak pribumi, tetapi

sebenarnyahanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup membawa biji-biji benih pokok getah

untuk ditanamdi sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai alat dan kelengkapan

canggih ketika itudibawa masuk untuk memudahkan kerja-kerja mencari dan menggali

khazanah galian sepertibijih timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka

meredah segala ceruk negarauntuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi

nilainya. Mereka membina lingkaranpengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah

dan memunggah kekayaan perut negaraini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk

mengumpul, memproses, memilih danmembawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara

yang tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja.Mereka membawa masuk buruh-buruh asing dari

pelbagai negara terutama dari China danIndia untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat

tanpa mementingkan bermacam masalahyang akan memberi kesan kepada kehidupan,

perpaduan dan keharmonian penduduk tempatan.

Semangat untuk mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa Melayu

walaupunterpaksa menghadapi rintangan pihak penjajah dan orang tempatan sendiri.

Orang-orangMelayu yang dipimpin oleh Yang Mulia Tunku Abd. Rahman Putra Al Haj tidak

jemu-jemumencari jalan terbaik dan rela bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk

mencapai

kemerdekaan. Hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957, ‘Bapa Kemerdekaan’ kita

telahmelaungkan kalimah keramat ”MERDEKA” dan diulang suara oleh rakyat dari pelbagai
bangsa dan keturunan dengan penuh kesyukuran. Bendera ”Union Jack ” diturunkan dan

berkibarmegah ”Jalur Gemilang” kemegahan rakyat jelata. Tanah Melayu mula diiktiraf

sebagai sebuah negara yang merdeka dan mempunyai sistem pemerintahan dan

perlembagaannya yang tersendiri.

Banyak perkara telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi kemerdekaan

danmemajukan bumi tercinta setelah sekian lama ditadbir oleh penjajah. Bermacam-

macamrintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan

antara kaumdapat ditangani oleh barisan pimpinan negara. Namun begitu terjadi beberapa

peristiwa yangtidak diingini kerana masih ada niat dan usaha jahat pihak tertentu yang

enggan memberikerjasama untuk membendungnya. Jesteru, maka perpaduan kaum dan

integrasi nasionaladalah isu dan agenda utama pemimpin dan seluruh warga negara

Malaysia.

DEFINISI:

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan

secarasengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat

bersamasecara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan

seluruhmasyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta

danbanggakan negara.

Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan

wilayahtempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan

peganganagama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai

murnimasyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan

saksama.
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL.

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia.

Isuperpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan

2020yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai

matlamatyang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan

antara kaum,berasaskan persamaan hak dan keadilan”

Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal

danbertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan

dankepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan

merekakepada negara’. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk

”Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih

mementingkanmasyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada

individu tertentusahaja.

HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI.

Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di


Malaysia.

Di antaranya ialah;
- Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang

berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem

nilaiyang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali

menganggapmereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka

yang menghalangpergaulan baik antara pelbagai kaum.


- Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah
yang

menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka

sendiri..Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang

tertentu.Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang

kukuh antararakyat tempatan yang berbilang etnik.

- Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan:


Laporan Razak menyebut

bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik

lebihgemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda

masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke

negara nenekmoyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini

melebarluaskan lagi

jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan

persefahamandan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan

perwatakan yangberbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang

beridentitikan satu negara.

- Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu

dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang

tidakseimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan

jenis danras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.

- Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial
dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan

identitisesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap

kumpulan hanyamemperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti

politik yangberasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti

bahasa, budaya,ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah

perpaduan.

- Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah

jurangpermusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti

Jepun terdiridari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh

tentera Jepununtuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan

persefahaman danmenimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan

Cina.

KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM
MENYUBURKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN DI MALAYSIA
PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969

Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan

ekonomimenyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik

antara kaumdan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan

peluang yangsewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik

yang telahmenimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua

pertiga majoritiparti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan

beberapa pemimpin partipembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan

perasaan saling membenci dalamkalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi

perkauman ini ialah peristiwa berdarah13 Mei 1969.


Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk
mengembalikan
keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan
sempurna
serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum.

Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat

jurangperbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara

rakyat pelbagai kaum.

USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT


Program Pemuafakatan Masyarakat –

Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-

program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab, gotong

royong,majlis perkahwinan dan sebagainya.

Hari Keluarga dan Sukan Rakyat –

Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara

dijalankanmelibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan

dengan bebanantugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan

dan perasaan kasihsayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat.

Acara kebudayaan dan kesenian-

Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti

permainantradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan

lain-lain lagiyang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang

terlibat dapatmemahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.


Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali-

Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi

sepertiJKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat.

Beraneka jenismakanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari

pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat

yang diberikan,disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih

sayang danperpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.

Aktiviti Riadah -

Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian

dalampelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan,

Majlis Belia Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara

aktiviti yangboleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan

Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli

masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Mereka dapatmemahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat

menghormati sesame masyarakat.

KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah Penyayang –

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep

”SekolahkuSyurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan

bersamaibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat
mewujudkan golonganpelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang

suka menolong danmenghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan

perasaan kasih sayang danhubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa

para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) –

Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar

Melayu, namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah

danSarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari

sekolahini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain

yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan

kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah

dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul

secara lebih erat danmesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi

rakyat yang lebih erat.

Penyertaan Dalam Kokurikulum –

Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian

seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan

persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka

kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu

semasa mengikutiprogram-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan

secara demokrasidengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi.

Mereka dapat berinteraksisecara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang
ditentukan. Hasil dari penglibatanpelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan

adalah sangat memuaskan terutama dalamusaha untuk membentuk dan membina

kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakatyang berdisiplin, berharmoni bersatu

padu dan berintegrasi.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan :

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulang

tahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan

dengankerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan

Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut

melibatkan penyertaanPIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan

Kerajaan dan Bukan Kerajaandalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan

ialah seperti ceramah kemerdekaan,tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan

sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”JalurGemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato,

forum, penulisan esei, derma darah,pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan

perarakan serta sambutan detikkemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program

sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua

warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan

bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan

kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah

-Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat

bersejarah,Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium


Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah

perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya.

Pelbagai acaradiadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti

perbincangan, gotong royong,persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran

maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan

memberi kesedaran kepada pelajar peripentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi

dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah–

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan

sokongansekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri,

Bomba, Polis dansebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi,

pembinaan jati diri,kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah.

Suasana perkhemahan yangdijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan

para pelajar. Selain dari mendapatmaklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai

keindahan alam Malaysia, nikmatkehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

PENUTUP:

Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar

dicapaitanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua


pihak,kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati

denganpenuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua

prinsip rukunnegara.

Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu

lagi jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran

berdasarkankurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan

terancang,penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga

organisasidalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang

juga warganegara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan

kehidupan rakyatyang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik dan

mesra yangdiamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan

prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia.

Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah

demi

menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun

terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih

dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan

bersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi

nasional

akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Punca-punca yang Menyebabkan Penyakit Berjangkit Berlaku

     Kebanyakan rakyat Malaysia mengabaikan gizi pemakanan yang tidak


seimbang. Hal ini menyebabkan daya tahan penyakit  merosot. Rakyat Malaysia
juga tidak menyediakan makanan sendiri kerana kesibukan bekerja. Mereka gemar
makan di luar.  

    Gerai-gerai makanan mungkin kotor dan  makanan yang dimakan juga tercemar.


Makanan yang tercemar juga mendatangkan  penyakit berjangkit seperti kolera. 

    Makanan laut juga mudah tercemar dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit.
Banyak kawasan sungai di Malaysia tercemar . Hal ini kerana sisa haiwan dan
manusia dibuang di situ. Pembuangan najis menyebabkan bakteria E-coli membiak.
Hidupan laut akan tercemar dengan bakteria berkenaan. Jika kita mengambil
makanan yang tercemar kita akan mendapat penyakit hepatitis. 

    Pencemaran alam sekitar juga merupakan punca  penyakit berjangkit.  Alam


sekitar yang kotor, longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan air bertakung.
Air bertakung merupakan tempat nyamuk aedes  dan nyamuk tiruk membiak. Gigitan
nyamuk-nyamuk ini boleh menyebabkan penyakit denggi dan malaria. Penyakit
Japannese Encephalitis(JE) merebak di sekitar kandang khinzir yang kotor. Apabila
najis khinzir tidak diurus dan dirawat dengan baik ini akan menyebabkan
merebaknya virus nipah yang membiak melalui nyamuk culeks. (contoh Banyak
penduduk  Kampung Nipah, Port Dickson yang terbunuh kerana penyakit JE). 

     Masyarakat Malaysia juga membunyai tabiat pemakanan yang


buruk. Sesetengah penyakit berpunca daripada tabiat suka berkongsi barang
peribadi seperti tuala dan pinggan mangkuk. Penyakit kulit akan merebak apabila
kita berkongsi tuala. Terdapat juga  golongan yang mengamalkan hubungan seks
rambang. Mereka ini akan dihinggapi penyakit kelamin. Yang lebih berbahaya ialah
penyakit AIDS . AIDS juga boleh merebak hasil perkongsian jarum suntikan di
kalangan penagih dadah. Hal ini kerana jarum suntikan yang tercemar dengan virus
HIV akan merebakkan penyakit itu kepada penagih dadah.

Langkah-langkah Mengatasi Penyakit Berjangkit

    Kesihatan amat penting kepada sesorang. Setiap rakyat Malaysia dinasihati


menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Dengan ini kita tahu tahap kesihatan
kita sendiri. Rawatan awal mungkin dapat menyelamatkan nyawa. Kita juga
memerlukan suntikan imunisasi seperti BCG dan Rubella.

    Seseorang itu perlu menjaga kesihatan diri dan alam sekitar. Kita harus
mengamalkan pembuangan sampah yang baik. Dengan ini, vektor-vektor penyakit
berjangkit seperti lalat dan nyamuk tidak dapat membiak. Di samping itu kita juga
harus menjauhkan diri daripada pergaulan bebas, tidak melibatkan diri dengan seks
rambang  dan jauhi dadah.

    Pilihlah amalan pemakanan yang seimbang agar  daya ketahanan penyakit akan


meningkat. Maka tubuh badan kita  tidak mudah diserang penyakit. Di samping itu,
kita juga perlu menjaga kebersihan makanan. Elakkan membeli  makanan di gerai-
gerai yang kotor dan tercemar. Dengan ini masalah penyakit berjangkit dapat
dielakkan.

Rangka Isi 
Pendahuluan
Miko + Bukti + Agensi ( Kem.Kesihatan ) + Peribahasa ( Mencegah lebih baik daripada
merawat ) + soalan
Isi 1
Pengesanan awal - di semua pintu masuk negara - guna alat pengesan haba 'thermoscan'-
pelancong dari negara berisiko.
Isi 2
Kuarantin - mengasingkan individu yg dijangkiti - menyediakan wad khas di hospital
kerajaan dan swasta - tutup sekolah, IPT
Isi 3
Menyediakan Vaksin - memberikan vaksin kpd individu berisiko tinggi - pekerja di lapangan
terbang dan kakitangan hospital - menyediakan bekalan vaksin yang mencukupi - contoh
vaksin tamilflu
Isi 4 
Kempen kesedaran kebersihan - melalui media - sasaran semu golongan masyarakat
terutama kanak-kanak, orang yang mengidap penyakit serius, oarang yg obesiti - cara
memakai topeng keselamatan, cara mencuci tangan yang betul
Isi 5
Pendidikan kesihatan - kebersihan diri dan persekitaran - untuk jangka masa panjang - di
sekolah - tadika - masukkan dalam kurikulum sekolah.
Penutup 
Penanda wacana + ramalan + seruan + Harapan
Tatabahasa
1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata
adjektif.
2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling Agak Sungguh Amat
Terlalu Nian Benar Paling
3.     Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum
atau selepas kata adjektif.
Contoh
1.     Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.     Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.     Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4.     Kereta api itu sangat laju.
5.     Kereta itu laju sangat.
Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau
menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah -lah -tah jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi pun    
Contoh
1.     Itulah rumah saya.
2.     Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3.     Apatah dayaku untuk menolongnya.
4.     Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5.     Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6.     Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
Kata Nafi
1.     Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2.     Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3.     Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
 Contoh
a)     Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b)     Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4.     Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a)     Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b)     Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5.     Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak
setara.
Contoh
a)     Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b)     Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Kata Pemeri
1.     Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama
dalam prediket.
2.     Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3.     Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4.     Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh
a)     Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b)     Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c)      Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”


contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul
nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa
nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
salah Betul
Cili sos Sos cili
Mini perpustakaan Perpustakaan mini
Zaleha Restoran Restoran Zaleha
Jaya Klinik Klinik Jaya
Kata jamak
salah betul
mereka-mereka mereka
semua kereta-kereta semua kereta
para-para pelajar para pelajar
empat orang abang-abang empat orang abang
kata penguat
salah betul
sangat tinggi sekali sangat tinggi
sungguh jauh sekali sungguh jauh
paling indah sekali paling indah
amat menakutkan sekali amat menakutkan
kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat.
Salah betul
Sani mendapat markah yang tertinggi sekali. Sani mendapat markah yang tertinggi .
Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam Hassan ialah peserta yang termuda dalam
pertandingan itu. pertandingan itu.
kata hubung
salah betul
Sally sedang membaca bila saya tiba di Sally sedang membaca apabila saya tiba di
rumahnya. rumahnya.
Badannya besar kecuali kakinya kecil. Badannya besar tetapi kakinya kecil.
Kata bilangan
salah betul
Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti Sekolah itu telah menjalankan berbagai-
semasa “Minggu Penyayang”. bagaiaktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. Beribu- ribu  peniaga tidak membayar cukai
Setengah remaja suka membuang masa di pasar pendapatan.
raya. Setengah- setengah remaja suka membuang masa
di pasar raya.
7. Kata Sendi
            i - Dari
salah betul
Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
lalu. Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-
Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh- sungguh.
sungguh.
ii - Daripada
salah betul
Tilam itu dibuat dari getah asli. Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya. Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama. Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di
asrama.
iii - Pada
salah betul
Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan. Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari
Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan Kebangsaan.
awam. Pada petang semalam , saya pergi ke
Kita mestilah menumpukan taat perpustakaan awam.
setia dengannegara. Kita mestilah menumpukan taat setia pada
negara.
iv - Di
salah betul
Saya dilahirkan diSarawak. Saya dilahirkan di Sarawak.
Ayah awak bekerja dimana ? Ayah awak bekerja di mana ?

Penjodoh bilangan
salah betul
Setiap orang pelajar. Setiap pelajar.
Sesetengah orang rakyat. Sesetengah rakyat.
Seluruh buah negeri. Seluruh negeri.
Semua ekor binatang. Semua binatang.
Kata ganti diri
salah betul
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai
balai polis. polis.
“Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada “Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada
gurunya. gurunya.
Kata adjektif
salah betul
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya  benar Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat
lazat. benar..
Pemandangan di pantai yang nian indah itu Pemandangan di pantai yang indah nian itu
mempesonakannya. mempesonakannya.
kata kerja transitif
salah betul
Ibu sedang jahit baju kurung. Ibu sedang menjahit baju kurung.
Ayah selalu cuci keretanya. Ayah selalu mecuci keretanya.
Ayat pasif
salah betul
Cerpen itu telah dikarang oleh saya. Cerpen itu telah saya karang..
Latihan itu mesti dibuat oleh kau. Latihan itu mesti kaubuat.
Kata tanya
salah betul
Kamu berasal dari manakah ? Kamu berasal dari mana ?
Apa nama pengawas itu ? Siapakah nama pengawas itu ?
Bila ayah akan pulang ? Bilakah ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama siapa ? Binatang peliharaan awak bernama apa ?
Ejaan
salah betul
Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital. Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.
Kucing itu tidur dibawah meja. Kucing itu tidur di bawah meja.
Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu. Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab. Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang
baik kepada anak-anak. baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan Orang tua itu mewasiatkan
harta pesakanyakepada anaknya yang bongsu. harta pusakanyakepada anaknya yang bongsu.
 
Kata Ganti Diri
1.         Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
*Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,
guru, menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya:
*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
4.         Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu,
*andaanda, *mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
*Merekamereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:
*Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)
6.         Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam
hubungan dengan kerabat diraja saja.
 
Kata Bilangan
1.         Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung
benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
2.         Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan
kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan
sewenangwenangnya. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)        *Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
Setengahsetengah orang tidak suka akan durian. (betul)
(b)        *Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
*Tiaptiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
(c)        *Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Keduadua orang itu anggota polis. (betul)
(d)        `Berbagai usul dikemukakan­nya. (salah)
Berbagaibagai usul dikemukakannya.(betul
3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi  parapara. Lihatlah
contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
*Parapara peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh
didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan
pembetulan yang berikut:
(a)        *Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
(b)        *Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
 
3 Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama
dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian,
setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:
(a)        *para orang pelajar (salah)
            Para pelajar (betul)
(b)        *segala ekor binatang (salah)
            segala binatang (betul)
(c)        *sekalian orang peserta (salah)
            sekalian peserta (betul)
(d)        *seluruh buah negari (salah)
            seluruh negeri (betul)
(e)        *semua orang gadis (salah)
            semua gadis (betul)
 
4 Kata Sendi
1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama
untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak
transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
(a)        *Ravi suka durian. (salah)
            Ravi suka akan durian. (betul)
(b)        *Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
(c)        *Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
(d)        *Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap
guru. (betul)
(e)        *Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)
(b)        Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan)
Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)
(d)        Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)
(e)        Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)
(f)         Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)
(g)        Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)
h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)
(i)         Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)
j)Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)
k)Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)
l)Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara­
saudara berikan. (bukan * diatas)
 
5 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna
yang penuh.
2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya:
berbincang, berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh
ditiadakan awalannya.Contohnya:
(a)        *Dia kata kepada saya. (salah)
            Dia berkata kepada saya. (betul)
(b)        *Jangan lompat. (salah)
            Jangan melompat. (betul
(c)        *Dia senyum kepada saya. (salah)
            Dia tersenyum kepada saya. (betul)
 
6 Kata Kerja Transitif
1.         Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi
frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
2.         Objeknya mestilah frasa nama.
3.         Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber...kan, semua
kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya:
(a) *Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku (betul
(b) *Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)
4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i berbagaibagai maknanya
dan mesti digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan
yang berikut:
(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)
(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)
Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)
 
7 Kata Tanya
1.         Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2.         Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana,
berapa, mana, mengapa, dan siapa.
3.         Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa
dan siapa.
4.         Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau
binatang saja.
5.         Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama
manusia.
6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)        *Nama kucing ini siapa? (salah)
            Nama kucing ini apa? (betul)
(b)        *Apa nama anak saudara ini?      (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)
 
8 Kata Hubung
1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat
tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.
2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.
(a)        Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)
(b)        Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)
(c)        Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)
(d)        Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)
(e)        Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila)
(f)         Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan
"agar)
(g)        Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)
(h)        Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)
(i)         Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)
(j)         Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru.
(bukan * baik...ataupun)
 
9 Penggunaan Kata yang Tidak Tepat
1. Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya tetapi
berlainan maknanya.
2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika
menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan
ini.
3.         Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan
salah dalam ayat.
Kata dan Keterangannya Contoh Kesalahan dan Pembetulan
Adakah dan Apakah Salah
i. Kata adakah digunakan untuk mendapat (a) *Apakah benar ceritamu itu?
jawapan ya atau tidak. (b) *Apakah Ali datang semalam?
ii. Kata apakah digunakan untuk mendapat (c) *Apakah kamu bermimpi?
jawapan tentang nama binatang,benda, Betul
keterangan tentang sesuatu, dan untuk (a) Adakah benar ceritamu itu?
menanyakansesuatu yang tidak (b) Adakah Ali datang semalam?
khusus. (c) Adakah kamu bermimpi?
iii. Kesalahan dalam penggunaan kata
berlaku apabila kata apakah digunakan
pada tempat adakah.
Banyak dan Ramai Salah
i. Kata banyak mempunyai hubungan (a)* Ramai orang yang Nadir dalam majlis itu.
denganjumlah atau bilangan sama (b) *Tidak ramai orang yang suka akan ikan air tawar
ada manusia, benda, atau binatang. (c) *Sudirman mempunyai peminat yang ramai.
ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan Betul
dengan keadaan Huh-rendah, (a) Banyak orang yang Nadir dalam majlis itu.
riang, gembira, meriah, serba (b) Tidak banyak orang yang suka akan ikan air tawar.
gist, sibuk, tidak sunyi, dan pen- (c) Sudirman mempunyai peminat yang banyak.
duduk yang banyak. Jadi, kata
ramai menunjukkan suasana atau
keadaan.
iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata banyak diganti dengan
kata ramai.
Boleh dan Dapat Salah
i. Kata boleh lebih sesuai digunakan (a) *Adik saya sudah boleh menungang basikal.
dalam hubungan dengan keizinan. (b) *Dia tidak boleh Nadir kerana deman.
ii Kata dapat pula lebih sesuai (c) *Saya tidak boleh berlari kencang kerana badan saya g
digunakan dalam hubungan dengan Betul
keupayaan atau kemampuan. (a) Adik saya sudah dapat menunggang basikal.
iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku (b) Dia tidak dapat Nadir kerana demam.
apabila kata dapat diganti dengan (c) Saya tidak dapat berlari kencang kerana badan saya ge
kata boleh.
Bukan dan Tidak Salah
i. Kata bukan dan tidak tergolong (a) *Beg ini bukan berat.
dalam kelas kata nafi untuk (b) "Adik bukan tidur di bilik.
membentuk ayat nafi. (c) *Dia bukan menulis surat.
ii. Kata bukan tidak boleh digunakan Betul
apabila frasa adjektif atau frasa (a) Beg ini tidak berat.
kerja menjadi predikat ayat. (b) Adik tidak tidur di bilik.
iii. Kata tidak pula tidak boleh diguna- (c) Dia tidak menulis surat.
kan apabila frasa nama menjadi
predikat ayat.
Golong dan Gulung Salah
i. Kata golong boleh diberi imbuhan (a) *Gulungan petani memerlukan bantuan.
menjadi menggolongkan, tergolong, (b) *Mereka tergulung dalam kumpulan orang baik-baik.
golongan, dan penggolongan. Tiap- (c) "Beliau menggulungkan mereka sebagai penentang.
tiap kata ini berbeza maknanya. (d) *Kakak sedang menggolong tikar.
ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan Betul
menjadi bergulung, mengulung, ter- (a) Golongan petani memerlukan bantuan.
gulung, dan gulungan. (b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang baik-baik.
iii. Kata golong dan gulung ini sering (c) Beliau menggolongkan mereka sebagai penentang.
salah digunakan dan salah dieja (d) Kakak sedang menggulung tikar.
kerana seakan-akan sama bentuknya.
Menonton dan Menuntun Salah
i. Kata menonton bererti melihat (a) *Kami menuntun televisyen sehingga larut malam.
sesuatu pertunjukan. Selain itu, (b) *Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama.
ada pula kata mempertontonkan, (c)*Filem Mandarin semakin kerap menjadi tuntunan kita.
tontonan, dan penonton. Setiap kata (d)*Para penuntun bersorak apabila Anbalagan berjaya
ini berbeza maknanya. menjaringkan bola.
ii. Kata menuntun pula bererti me- Betul
mimpin. Selain itu, ada juga kata lain (a) Kami menonton televisyen sehingga larut malam.
seperti bertuntun, tuntunan, dan penuntun. (b) Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama.
Setiap kata ini pun berbeza maknanya. (c) Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita.
iii. Penggunaan kata menonton sering dieja (d) Para penonton bersorak apabila Anbalagan berjaya
salah sebagai menuntun kerana bentuknya menjaringkan bola.
seakan-akan sama.
Pedalaman dan Pendalaman  Salah
i. Kedua-dua kata ini berasal daripada (a) *Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air
kata yang sama (dalam) tetapi (b) *Pedalaman dasar Sungai Kelang di lakukan untuk
berbeza maknanya. mengelakkan berlakunya banjir.
ii. Pedalaman bererti kawasan yang Betul
terpencil atau daerah yang jauh (a) Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air.
dari perhubungan dan kemudahan. (b) Pendalaman dasar Sungai Kelang dilakukan untuk
iii. Pendalaman pula bererti usaha mengelakkan berlakunya banjir.
mendalami atau mendalamkan.
iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam
ayat berlaku kerana ketidakpastian
tentang ejaannya.
Pendapat dan Pendapatan Salah
i. Kedua-dua kata ini pun berasal (a) *Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini
daripada kata yang sama (dapat) dijalankan?
tetapiberbeza maknanya. (b) "Pada pendapatan saya,penswastaan banyak membawa
ii. Pendapat bererti buah fikiran atau kebaikan.
pandangan. Betul
iii. Pendapatan pula bererti hasil pen- (a) Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalan
carian yang biasanya dihubungkan (b) Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa
dengan gaji atau upah. kebaikan.
iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata pendapatan digunakan
pada tempat pendapat.
Tembok dan Tembuk Salah
i. Tembok bererti dinding atau (a) * Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
halangan yang dibuat daripada (b) *Tapak kasut ini sudah tembok.
batu. Kata ini boleh dibentuk (c) *Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektr
menjadi kata kerja menembok yang Betul
bererti mendinding. (a) Tembok Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
ii. Tembuk pula bererti tembus atau (b) Tapak kasut ini sudah tembuk.
berlubang. Kata ini pun boleh di- (c) Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik
bentuk menjadi kata kerja menembuk
yang bererti membuat lubang.
iii. Kesalahan penggunaan kata ini
dalam ayat berlaku kerana ketidak-
pastian tentang ejaannya.
 
Bentuk Jamak
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan
melalui:
(a)        pengulangan kata nama seperti burungburung, guruguru, kawankawan, dan
sebagainya.
(b)        penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah
kereta, semua pelajar, para pemudi, dan sebagainya.
(c)        Pengulangan kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi, dan
sebagainya.
(d)        pengulangan kata yang mendu­kung makna jamak seperti rakyat.
2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang.
Misalnya:
(a)        *dua buah keretakereta (salah)
            dua buah kereta (betul
(b)        *semuapelajarpelajar(salah)
            semua pelajar (betul
(c)        "para pemudipemudi (salah)
            para pemudi (betul)
3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang. Misalnya:
*Rakyatrakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah)
Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul
(b)
4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata
nama tidak perlu diulang. Misalnya:
Lukisanlukisan itu cantikcantik belaka. (salah)
Lukisan itu cantikcantik belaka. (betul)
(b)        *Bangunanbangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (salah)
Bangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (betul)
 
11 Hukum DM
1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk membentuk frasa nama
dalam ayat.
2. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenangwenang.
Misalnya:
(a)        *"lainlain hal(salah)
            halhal lain (betul)
(b)        *Malik kedai runcit (salah)
            kedai runcit Malik (betul)
(c)        `goreng pisang (salah)
            pisang goreng (betul)
(d)        `cili sos (salah)
            sos cili (betul)
(e)        *mini estet(salah)
            estet mini (betul)
 
12 Frasa Adjektif
1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam
ayat.
2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat.
Contohnya: sangat besar atau besar sekali.
3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif sekaligus.
Misalnya:
(a)        "Ubat itu sangat pahit betul.
            (salah)
Ubat itu sangat pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul)
Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah)
Soalan inilah yang paling sukar. (atau)
Soalan inilah yang sukar sekali. (betul)
4. Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai penerang,
kata penguat tidak diperlukan. Misalnya:
(a)        *Asmah mendapat markah
            yang paling terbaik. (salah)
Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul)
(b)        *Stadium inilah yang terbesar
            sekali di dunia. (salah)
Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul)
5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasz
sendi apabila diperluas. Misalnya:
 (a)       *Saya gemar lagulagu Melayu asli. (salah)
            Saya gemar akan lagulagu Melayu asli. (betul)
(b) *Kami benci sikapnya itu. (salah)
            Kami benci akan sikapnya itu.(betul)
 
13 Frasa Kerja Tak Transitif
1.         Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat
ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja talk transitif
sebagai kata kerja utamanya.
2.         Kata kerja talk transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi
kerana akhiran kan pada apitan ber...kan itu berasal daripada kata sendi akan yang
dapat mewakili kata sendi dengan, atau pada, atau tentang.
Misalnya:
(a)        *berdasarkan pada keterangan ini (salah)
berdasarkan keterangan ini (betul)
(b)        *bertanyakan khabar (betul bertanyakan tentang khabar (salah)
3.         Frasa kerja talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:
(a)        *Ingatkah kamu janji janjimu? (salah)
Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul)
(b)        *Kami ingin bertemu Pengetua esok. (salah)
Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul)
 
14 Frasa Kerja Transitif
1.         Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif
serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
2.         Antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain
tidak boleh disisipkan.
Misalnya:
(a)        *Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
Kami membincangkan masalah itu. (betul)
(b)        *Dia membeli banyak buah.(salah)
Dia banyak membeli buah. (betul)
(c) *Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah)
Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul)
Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul)
 
15 Frasa Kerja Pasif
Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut bentuk
terikat.
Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata
kerja pasif itu. Misalnya:
(a)        *Surat itu saga akan balas.(salah)
            Surat itu akan saga balas.
(b)        *Orang itu kita patut Bantu.(salah)
Orang itu patut kita Bantu. (betul)
(c) *Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah)
Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul)
3.         Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh
disamakan.
Misalnya:
(a)        *Buku itu dibaca oleh saya.(salah)
            Buku itu saya baca. (betul)
(b)        * Mejameja itu disusun oleh kami. (salah)
Mejaineja itu kami susun. (betul)
(c)        *Nota itu ditulis oleh kamu? (salah)
Nota itu kamu tulis? (betul
Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa
kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua. Misalnya:
(a)        *Dinding itu dia conteng. (salah)
            binding itu diconteng olehnya. (betul)
(b)        Drama itu mereka persembah­kan. (salah)
Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul)
 
Ayat Tergantung
1.         Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.
2.         Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan ayat.
3.         Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti
yang berikut.
*Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya)
Negaranegara di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjeknya
Negaranegara)
4.         Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah
seperti yang berikut.
(a)        *Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya)
Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)
(b)        *Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya)
Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dart sim) atau
Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah)
Beberapa contoh "ayat tergantung" yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang
berikut.
(a)        *Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada
subjeknya) Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul.
(Subjeknya: Keterangan im)
(b)        *Bagi setiap orang mesti mematuhi undangundang. (tidak ada subjeknya)
Setiap orang mesti mematuhi undangundang. (subjeknya: setiap orang)
*Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya) Seluruh kawasan sudah
dinaiki air. (subjeknya: Seluruh kawasan)
Peribahasa
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4 

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat 


Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 

2. Darah daging 
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. 

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 


Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. 

4. meninggi diri 
Maksud : Sombong 

5. bermuka dua 
Maksud : Tidak jujur. 

6 baik hati 
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). 

7. tulang belakang 
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan 

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang 


Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. 

9. bagai kaca terhempas ke batu 


Maksud : Sangat sedih atau kecewa. 

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya 


Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. 

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi 


Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat 

12. seperti lembu dicucuk hidung 


Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang 

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing 


Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. 

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 


Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. 

15. terang hati 


Maksud : Lekas pandai. 

16. rendah hati 


Maksud : Tidak sombong 
17. murah hati 
Maksud : Pemurah. 

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas 


Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. 

19. Tangan kosong 


Maksud : Hampa. 

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah darat 
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. 

2. bagai aur dengan tebing 


Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. 

3. anak dagang 
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat 

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri 
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik
lagi. 

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai 


Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan
sesuatu yang susah 

6. indah khabar daripada rupa 


Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah 


Maksud : Pengagihan yang sama banyak. 

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni 


Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. 

9. kacang lupakan kulit 


Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah
mendapat kesenangan. 

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 


Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. 

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak 


Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan 

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua 


Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima
akibatnya.. 

13. memerah otak 


Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh. 

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya 


Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah 

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,


bersenang-senang kemudian 
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian
hari. 

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang 
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha 

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit 


Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. 

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan 


Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa. 

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. 


Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran 
Maksud : Bernasib malang 

21. mencari jalan 


Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 

22. biar mati anak, jangan mati adat 


Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat. 

23.sediakan payung sebelum hujan 


Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. 

24. berbesar hati 


Maksud : Gembira. 

25. anak buah 


Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita. 

26. tuan rumah 


Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara 

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung 


Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. 

28. batu penghalang 


Maksud : Halangan 

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan 


Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya. 
30. bagai ikan pulang ke lubuk 
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang. kerana setelah
memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Anda mungkin juga menyukai