Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan Falasafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

FRIEDRICH FROEBEL
(1782-1852)

1. Tokoh pendidikan Jerman yang dipengaruhi idea PESTALOZZI tentang


PAK.
2. Pengasas Kindergarten (Taman Kanak-kanak). Taman Kanak-Kanak perlu
dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak.
3. Dipengaruhi ajaran agama dan anggap dunia adalah lokasi bekerja dan
manifestasi terhadap Tuhan.

IDEA TENTANG PENDIDIKAN

1. Kanak-kanak belajar seperti UNFOLDING (bunga berkembang mekar).


Sediakan aktiviti yang sesuai dan natural dengan kanak-kanak. Guru
mereka bentuk pengalaman dan aktiviti kanak-kanak.
2. Kanak-kanak seperti benih baru ditanam, dan guru sebagai tukang kebun
menjaganya dalam suasana tertutup, penuh dengan keharmonian dan
semula jadi.
3. Kindergarten perlu dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian
kanak-kanak dan sekurang-kurangnya dicat warna yang terang,
mempunyai bilik yang dimasuki cahaya, dipenuhi tanam tanaman, binatang
dan gambar.
4. Peralatan kanak-kanak hendaklah sesuai dengan perkembanga dan
pertumbuhan kanak-kanak seperti kerusi,meja, bilik air dan sebagainya.
5. Kanak-kanak bebas bergaul dengan rakan sebaya tanpa kawalan ibu bapa
dan guru, sebaliknya suasana kindergarten hendaklah bebas dari pengaruh
jahat yang terdapat di luar.
6. Froebel menekankan P & P Belajar Melalui Bermain (BMB). Bermain
sebagai suatu strategi yang cukup unik, istimewa dan bermakna.
7. Froebel membahagikan proses perkembangan kanak-kanak kepada tiga
iaitu; peringkat bayi (infancy), awal kanak-kanak (early childhood ) dan
peringkat kanak-kanak (childhood).

Anda mungkin juga menyukai