Anda di halaman 1dari 1

1 .

0 PENGENALAN

Bahasa kedua merupakan satu bahasa yang dikuasai oleh seseorang individu atau
masyarakat melalui kaedah pembelajaran . Bahasa kedua hanya dikuasai melalui
pembelajaran sama ada pembelajaran itu berlaku secara formal iaitu di institusi-institusi
tertentu atau pun ianya berlaku secara tidak formal melalui pergaulan dan perhubungan yang
dibina dalam masyarakat dan hubungan sosial . Tegasnya bahasa kedua bukanlah bahasa
yang dikuasai secara keturunan melalui ibubapa dan keluarga. Sebaliknya pembelajaran
bahasa kedua ialah satu proses yang dirancang dan dicari demi kepentingan dan keperluan
tertentu.

Lazimnya bahasa kedua dipelajari oleh masyarakat yang mempunyai kepentingan


tertentu dari segi sosial, ekonomi, politik bahkan kepentingan agama. Melalui pembelajaran
bahasa kedua ini bukan hanya membuka ruang dalam pelbagai bidang malah ianya dapat
meningkatkan lagi taraf hidup individu terbabit. Ada juga dikalangan individu yang
mempelajari bahasa kedua semata untuk menjaga status dan kedudukan mereka dalam
masyarakat. Dalam dunia hari ini yang semakin maju , kebanyakan manusia bersaing sesama
sendiri untuk mencipta satu kejayaan. Dalam perlumbaan ini mempelajari bahasa kedua
adalah penting bagi mereka untuk meningkatkan lagi hubungan sosial yang dibina
terutamanya negara yang mempunyai pelbagai bangsa . Keupayaan menguasai bahasa kedua
merupakan satu bonus dan kelebihan kepada individu terbabit .

Bahasa kedua juga dipelajari ekoran daripada penjajahan yang dibuat oleh sesebuah
negara terhadap negara lain . Pada kebiasaannya , negara yang dijajah akan mempelajari
bahasa negara penjajah. Seolah menjadi satu tradisi negara yang pernah dijajah akan
menjdikan bahasa keduam sebagai ba

Anda mungkin juga menyukai