P. 1
Ijazah Sarjana Muda Pen Gurus An

Ijazah Sarjana Muda Pen Gurus An

|Views: 367|Likes:
Dipublikasikan oleh gergasikuat

More info:

Published by: gergasikuat on Nov 06, 2010
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/02/2014

pdf

text

original

RANCANGAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN (KEPUJIAN) LATAR BELAKANG Rancangan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) telah

mula ditawarkan melalui Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh pada tahun 1997. Sehingga sidang akademik 2004/05, rancangan ini tidak menawarkan sebarang pengkhususan utama tetapi merupakan pengajian pengurusan am yang merangkumi kursus-kursus dalam bidang Kewangan, Perakaunan, Pemasaran, Pengeluaran dan Operasi, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi. Pada sidang akademik 2005/06 bidang pengkhususan diperkenalkan, bermula dengan bidang Kewangan dan Organisasi. Pengkhususan Pemasaran diperkenalkan mulai sidang akademik 2006/2007. STRUKTUR RANCANGAN Pelajar akan mengambil kursus-kursus teras pada tahun pertama dan kedua, diikuti dengan kursus major dan elektif pada tahun ketiga dan keempat. Bagi meluaskan skop pendedahan pelajar kepada bidang lain, pelajar rancangan ini juga perlu mengambil sekumpulan kursus mewakili satu bidang minor yang dipilih daripada salah satu pakej berikut: Ekonomi, Sains Politik, Antropologi/Sosiologi atau Matematik. Pelajar yang mengikuti Rancangan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) wajib mengumpul minimum 136 unit untuk berijazah. Jenis kursus dan jumlah unit yang perlu dikumpul oleh pelajar ialah seperti berikut: Teras & Major (T) Minor (M) Elektif (E) Kursus Universiti (U) JUMLAH PENDAFTARAN KURSUS KURSUS TERAS (73 UNIT) JTW 104/4 JTW 103/3 JTW 106E/4 JTW 107/3 JTW 108/3 JTW 114/4 JTW 125/4 JTW 124/3 JTW 212/4 JTW 223/3 JTW 241/3 Pengantar Pengurusan Undang-Undang Perniagaan Business Communication Mikroekonomi Makroekonomi Prinsip Perakaunan Kewangan Statistik Perniagaan Pengenalan Kepada Psikologi Pengurusan Perakaunan Pengurusan Pengurusan Operasi Prinsip Pemasaran -193 20 8 15

___________

136

JTW 253/3 JTW 262/4 JTP 293/3 JTP 380/3 JTP 401/3 JTW 403E/4 JTW 305/12 JOW 457/3

-

Perlakuan Organisasi Prinsip Kewangan Perniagaan Antarabangsa Kaedah Penyelidikan Perniagaan Etika Perniagaan Strategic Management Latihan Amali Keusahawanan

PAKEJ B (Bagi pelajar yang tidak bekerja dan tidak boleh melakukan Latihan Amali) JTW 480/4 JTW 201/4 JTW 301/4 Projek Pengurusan Matematik Perniagaan Seminar Pengurusan

KURSUS MAJOR (20 UNIT) Pelajar perlu memilih salah satu major yang ditawarkan. Kesemua kursus yang ditawarkan dalam pakej major berkenaan perlu diambil untuk melengkapkan bilangan unit kursus teras. KEWANGAN JFW 362/3 JFP 363E/4 JFW 364/3 JFW 460/3 JKE 419/3 JFW 370/4 ORGANISASI JOP 352/4 JOW 353/3 JOW 359/4 JOW 365E/3 JOW 452/3 JOW 360/3 PEMASARAN JRW 340/4 JRP 342/4 JRW 343/4 JRP 347E/4 JRP 345/4 Pemasaran Perkhidmatan Perlakuan Pengguna Penyelidikan Pemasaran Strategic Marketing Komunikasi Pemasaran Bersepadu -2Pengurusan Sumber Manusia Teori Organisasi Perkembangan Organisasi International Management Perhubungan Industri Psikologi Pengurusan Pengurusan Institusi Kewangan dan Pasaran Security Investment and Portfolio Management Analisis Penyata Kewangan Kewangan Korporat Kewangan Antarabangsa Derivatif Kewangan

Konflik dan Pengawalan Sosial Isu-Isu Perbankan di Negara Membangun -3- . Antropologi-Sosiologi JKA 101/4 JKA 213/4 JKA 314/4 JKA 417/4 JKA 315/4 Ekonomi JKE 211/4 JKE 212/4 JKE 213/4 JKE 315/4 JKE 413/4 Sains Politik JKP 101/4 JKP 211/4 JKP 212/4 JKP 213/4 JKP 214/4 Pengantar Sains Politik Pentadbiran Awam Hubungan Antarabangsa Falsafah Politik Politik Perbandingan Mikroekonomi 1 Makroekonomi 1 Wang dan Perbankan Ekonomi Malaysia Analisis Ekonomi Islam Pengantar Antropologi-Sosiologi Ketidaksamaan Sosial Agama dan Masyarakat Penyelewengan.KURSUS ELEKTIF (8 UNIT) Pelajar perlu memilih mana-mana DUA kursus sahaja untuk keperluan elektif bagi semua major KEWANGAN atau ORGANISASI atau PEMASARAN. JRW 348/4 JTU 396E/4 JFP 312/4 JKE 416E/4 Peruncitan E-Commerce Kewangan Keusahawanan dan Modal Teroka Public Sector Economics KURSUS MINOR (20 UNIT) Mathematics JIM 101/4 JIM 104/4 JIM 201/4 JIM 211/4 JIM 212/4 Calculus Introduction to Statistics Linear Algebra Advanced Calculus Statistical Methods Semua kursus Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.

KURSUS UNIVERSITI (15 UNIT) English (4 units) JUE 200/2 JUE 300/2 JUE 402/2 English I English II Writing For Professional Purposes Walau bagaimanapun sesetengah pelajar perlu mendaftar JUE 100/2 . Bahasa Malaysia (2 unit) JUL 401/2 Bahasa Malaysia IV Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TISA) (2 unit) JUT 101/2 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Hubungan Etnik (2 unit) JUH 101/2 Hubungan Etnik Ko-Kurikulum (3 unit) JUJ 103/3 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Kursus Kemahiran (2 unit) JUS 101/2 Teras Keusahawanan -4- .Preparatory English bergantung kepada taraf pencapaian Bahasa Inggeris masing-masing mengikut skala MUET (Rujuk muka surat 7).

A (USM) Issham Ismail B.B. M.. (UKM) Ph.B. (UUM) M. Admin (Washington State) M.B.A.S. Acct. (UiTM) B..A.B. (USM) Suzyrman Sibly B. (USM) Ph. Noor B. (UiTM) B.B. D.Sc. Melbourne) Pensyarah : -5- .A.A.A. (USM) Norziani bt Dahalan @ Omar D. M.Soc.B.KAKITANGAN AKADEMIK Pengerusi Rancangan : : PENGURUSAN Zulnaidi Yaacob B. (UM). (UUM) M.(M) Mohd.Sc. (UUM) D.B. (USM) M. (UUM) D. (IIUM) M.A.A.B.D. C.D (UUM) Che Supian Mohamad Nor Dip.A.Acct.D.A. (USM) Ph.Acc. (UUM) M.D (RMIT. Faiz Hilmi B. Econs.Econs..B.D..Soc.A.B. Bus.B.A. (USM) Nasina Mat Desa B.B.A.B. (Birmingham) Ph.Acc.A. (New Castle upon Tyne) Zarina Mohd. Ph.

10 Kuiz 10 Tugasan 30 P. = Peperiksaan Berterusan -6- .Undang-Undang Perniagaan . 4. JTW 223 JTW 241 3 3 40 40 60 60 12. 20 Tugasan 20 P.B.B.Makroekonomi 1 . JTW 103 JTW106E JTW 107 JTW 108 JTW 114 JTW 124 3 4 3 3 4 3 40 40 40 40 40 40 60 60 60 60 60 60 8.Mikroekonomi 1 .Prinsip Pemasaran 4 Kerja Kursus 40 Pep. 20 Tugasan 20 P. 3.Business Communication .B.Perlakuan Organisasi 3 40 60 P. 10 Kuiz 20 Projek 15 P. 6.B.B.B. JTW 104 .B. 20 Tugasan 20 P.Statistik Perniagaan . 15 Projek 10 Tugasan 2.Pengenalan Kepada Psikologi Pengurusan .B. Akhir 60 Asas-Asas Menilai Kerja Kursus 20 P.B. 20 Tugasan 20 P.Pengantar Pengurusan . JTW 253 . 5. 7. JTW 125 JTW 212 4 4 40 40 60 60 10.SENARAI KURSUS PENGURUSAN Asas-Asas Penilaian (%) Bil. 11.Prinsip Perakaunan Kewangan .Pengurusan Operasi . 10 Laporan 15 P. 20 Tugasan 20 P.B.B.B. 20 Tugasan 10 P. 20 Tugasan 20 P. 9. Kod/Tajuk Kursus Unit 1.B. 25 Tugasan 20 P.Perakaunan Pengurusan .

B. Kod/Tajuk Kursus Unit 13. 14. JTP 380 JTP 401 JTW 403E JTW 305 JOW 457 - 3 3 4 12 3 40 40 40 100 50 60 60 60 50 20.B.B. JFW 362 JFP 363E - Pengurusan Institusi Kewangan & Pasaran Security Investment and Portfolio Management Analisis Penyata Kewangan 3 4 40 40 60 60 25. 10 Kuiz 100 Laporan Projek 20 Tugasan 20 P. = Peperiksaan Berterusan -7- . 18. 20 Tugasan 20 P.B. 100 Laporan 20 Esei Projek 20 P. 20 Tugasan 20 P. 10 Kuiz 15 Latihan 10 P.Asas-Asas Penilaian (%) Bil. 16. JTW 262 JTP 293 Prinsip Kewangan Perniagaan Antarabangsa Kaedah Penyelidikan Perniagaan Etika Perniagaan Strategic Management Latihan Amali Keusahawanan 4 3 Kerja Kursus 40 40 Pep.B. 21. 17.B. JFW 364 - 3 50 50 P. JTW 301 - 4 60 40 23.B. Akhir 60 60 Asas-Asas Menilai Kerja Kursus 30 P.B. 30 Laporan 20 Ulasan Buku 10 Pembentangan 20 P. 10 Kuiz 15 P. 20 Tugasan 10 Kuiz 15.B. 20 Esei 20 P. JTW 480 JTW 201 - Projek Pengurusan Matematik Perniagaan Seminar Pengurusan 4 4 100 40 60 22. 30 Projek 20 Tugasan 20 P. 19.B. 24.B.

20 Tugasan 20 P. JOW 365E - 3 40 60 33. 20 P.B. JRW 340 - Pemasaran Perkhidmatan Perlakuan Pengguna Penyelidikan Pemasaran 4 40 60 36.B.Derivatif Kewangan . JOW 353 3 40 60 31. Kod/Tajuk Kursus Unit 26. JOW 359 - Perkembangan Organisasi International Management Perhubungan Industri 4 40 60 32. 20 Tugasan 20 Esei 10 Kuiz 10 Latihan 20 P. Akhir 60 70 60 Asas-Asas Menilai Kerja Kursus 20 Tugasan 20 P. JOP 352 4 40 60 30. = Peperiksaan Berterusan -8- .B.Asas-Asas Penilaian (%) Bil.B.B. JOW 360 - Psikologi Pengurusan 3 60 40 35. 20 Tugasan 10 Latihan 10 Kuiz 20 P.B.B.Kewangan Antarabangsa . JOW 452 - 3 40 60 34. 28. 20 Tugasan 20 P. 30 Tugasan 29. 10 Tugasan 20 P.B.B. 27. 20 Tugasan 20 P.B. 20 Projek 20 P. JFW 460 JKE 419 JFW 370 .B. 20 Tugasan 20 P.Pengurusan Sumber Manusia Teori Organisasi 3 3 4 Kerja Kursus 40 30 40 Pep. JRP 342 - 4 40 60 37.B. JRW 343 - 4 50 50 P.Kewangan Korporat . 10 Kuiz 10 Tugasan 20 P.

20 Tugasan 41. = Peperiksaan Berterusan -9- .Asas-Asas Penilaian (%) Bil. 20 Pojek 30 Tugasan 20 P. 20 Tugasan 20 P. JTU 396E - E-Commerce 4 40 60 42.B. Kod/Tajuk Kursus Unit 38. 10 Tugasan P. Akhir 60 Asas-Asas Menilai Kerja Kursus 20 P. JRP 347E Strategic Marketing Management Komunikasi Pemasaran Bersepadu Peruncitan 4 Kerja Kursus 40 Pep. JFP 312 - Kewangan Keusahawanan dan Modal Teroka Public Sector Economics 4 40 60 43.B. JRW 348 - 4 40 60 20 Esei 20 Latihan 20 P.B. JRP 345 - 4 50 50 40.B. JKE 416E - 4 30 60 20 P. 39.B.B.

pelajar akan dapat:    memahami konsep dan teori pengurusan yang digunakan dalam organisasi mengenal pasti fungsi pengurusan memahami dengan jelas kepentingan mengurus sumber manusia dalam organisasi JTW 103/3 . Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Learning outcomes Upon completion of this course. students are able to:    understand how professional relationships build through the communication process enable better problem solving and decision making write. Ia merangkumi fungsi-fungsi pengurusan seperti perancangan. penyusunan.UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN Kursus ini mendedahkan pelajar kepada peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip asas undang-undang yang berkaitan dengan soal perjanjian dan kontrak. undang-undang jualan barangan.PENGANTAR PENGURUSAN Kursus pengantar ini akan mendedahkan pelajar kepada konsep-konsep umum dalam pengurusan. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. undangundang sewa beli. pengarahan dan pengawalan yang diperlukan dalam pengurusan sebuah organisasi.10 - .SINOPSIS DAN HASIL PEMBELAJARAN KURSUS PENGURUSAN JTW 104/4 . undang-undang agensi dan undang-undang perkongsian JTW 106E/4 – BUSINESS COMMUNICATION The course includes aspects of oral and non-oral communications in business and consultancy. practice and apply principles to shape a business document and become better business communicator . pelajar akan dapat:   memahami dengan jelas tentang sistem perundangan Malaysia mengenal pasti undang-undang kontrak.

pelajar akan dapat:    memahami asas-asas mikroekonomi merangkumi isu-isu teori-teori ekonomi. Pembolehubah utama termasuk jumlah pengeluaran dalam ekonomi.MIKROEKONOMI Kajian dan pemahaman tentang bagaimana pasaran beroperasi merupakan asas kepada teori mikroekonomi dan ia adalah penting untuk memahami bagaimana sistem ekonomi kita berfungsi. dan struktur pasaran memahami keluk permintaan dan penawaran membuat pengiraan permintaan dan penawaran. Subjek makroekonomi merangkumi faktor yang dimaksudkan ini terdiri daripada kadar pertumbuhan pengeluaran. sistem ekonomi. inflasi dan pengangguran. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. teori dan kos pengeluaran dan kebaikan dan keburukan sesuatu struktur pasaran. pekerjaan dan pengangguran. analisis permintaan dan penawaran. konsep keanjalan.11 - . kitaran perniagaan asas mengenai manusia dikaji melalui perlakuan ekonomi secara keseluruhan. asas teori pengguna. buruh dan upah.MAKROEKONOMI Dalam makroekonomi. perdagangan dan kewangan antarabangsa perlakuan unit-unit makroekonomi kitaran perniagaan dasar-dasar makroekonomi yang merangkumi dasar fiskal dan dasar kewangan dan kesan pelaksanaan dasar-dasar ini . penambahan nilai atau penurunan nilai kadar pertukaran asing. kadar upah dan kadar pertukaran asing. topik lain yang turut dibincangkan ialah keanjalan permintaan. wang dan kadar bunga. pelajar akan dapat:     memahami asas-asas makroekonomi merangkumi isu-isu perakaunan pendapatan Negara. Selain dari topik pemahaman asas tentang operasi sistem ekonomi Malaysia dan hubungannya dengan pembentukan polisi awam. Di samping membentuk pendapat coherent tentang realiti ekonomi. mikroekonomi memberikan teknik-teknik yang boleh meningkatkan peranan dalam pembentukan polisi awam dan pembuatan keputusan secara persendirian. perubahan pengangguran dalam tempoh masa pertumbuhan dan kemelesetan. kadar faedah. dan keanjalan JTW 108/3 . kadar inflasi.JTW 107/3 . tingkat harga agregat.

Para pelajar akan didedahkan tentang teori dan penyelidikan berkaitan psikologi dalam pengurusan. pelajar akan dapat:    memahami tentang asas psikologi memahami tatacara pengurusan diri yang berkesan memahami cara mengurus orang lain dengan lebih berkesan JTW 125/4 . pelajar akan dapat:    memahami prinsip-prinsip. Meliputi konsep penyampaian data. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Walaupun ianya satu kursus persediaan bagi bakal pelajar perakaunan. kognisi. min median.PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI PENGURUSAN Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar tentang asas bidang psikologi. memori. serta penggunaan perisian SPSS dalam menganalisis data.STATISTIK PERNIAGAAN Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah statistik yang lazim digunakan dalam bidang pengurusan dan perniagaan. Penekanan utama kursus ialah kepada kefahaman dan kemahiran merekod urus niaga dan melapor kesan urus niaga secara keseluruhan. personaliti. Pelajar juga akan didedahkan kepada analisis korelasi dan regresi. catatan bagi rekod tidak lengkap dan perakaunan bagi organisasi tidak berasaskan keuntungan.PRINSIP PERAKAUNAN KEWANGAN Kursus ini mengenalkan semua pelajar kepada bidang perakaunan yang mana unsurunsur dan prinsip perakaunan digunakan sebagai bahasa perniagaan. emosi dan sebagainya. kebarangkalian dan taburan kebarangkalian.12 - . piawai dan andaian-andaian asas perakaunan menyediakan catatan jurnal dan lejar untuk setiap urus niaga menyediakan Penyata Kewangan meliputi Akaun Perdagangan. (kekerapan. ogif. .JTW 114/4 . (pensampelan dan taburan pensampelan) dan statistik taabiran permulaan bagi satu populasi dan dua populasi (anggaran dan ujian hipotesis). poligon. Di antara tajuk yang akan dibincangkan ialah pusingan perakaunan. Topik-topik yang akan didedahkan meliputi asas psikologi. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. histogram. julat dan varians). persepsi. catatan bergu. Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira JTW 124/3 . kursus ini mampu mendedahkan pelajar-pelajar lain kepada isu perakaunan untuk keperluan masingmasing.

aktiviti dan belanjawan. produk. kuartil. strategi-strategi. pengurusan projek. kaedah-kaedah. kos piawai. lokasi dan susun atur. Maklumat perakaunan penting yang ditekankan dalam kursus ini ialah kos barangan. pengawalan dan pembuatan keputusan adalah antara beberapa fungsi utama pihak pengurusan. varians dan sisihan piawai serta boleh memapar data dalam bentuk histogram. teknik-teknik serta teori yang berkait dengan pengeluaran barangan atau perkhidmatan di organisasi memahami penggunaan alat-alat analisis (analytical tools) untuk menganalisis permasalahan dalam pengurusan operasi . median.PENGURUSAN OPERASI Kursus ini memberikan pendedahan mengenai teori-teori dan teknik-teknik pengurusan pengeluaran. mod. pelajar akan dapat:     memahami perbezaan antara perakaunan pengurusan dan perakaunan kos memahami terma-terma dan tingkah laku kos menyediakan belanjawan-belanjawan untuk sebuah organisasi memahami teknik-teknik pengurusan dan kawalan kos seperti Titik Pulang Modal. cara-cara melicinkan proses pengeluaran serta meningkatkan hasilnya dan penggunaan teknik-teknik penting dalam pengurusan pengeluaran. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Di antara tajuk yang akan dibincangkan ialah pengekosan kerja. belanjawan. ogif dan poligon memahami konsep kebarangkalian menguji hipotesis menguasai kemahiran menggunakan perisian SPSS dalam menganalisis data JTW 212/4 . pengurusan kualiti menyeluruh (TQM). Kandungan kursus melibatkan pengenalan kepada pengurusan pengeluaran. perancangan keperluan bahan. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. taktik-taktik penganalisan inventori. pelajar akan dapat:       menerangkan bagaimana statistik digunakan meringkaskan data mentah dalam bentuk jadual kekerapan menghitung dan mentafsir data seperti min. proses.13 - . Teknik Pengekosan dan Analisis Varian JTW 223/3 . Kursus ini menumpukan perhatian kepada penghasilan dan penggunaan maklumat perakaunan untuk pengurus merancang dan mengawal operasi perniagaan serta membuat keputusan khas bila perlu. barangan. pelajar akan dapat:   memahami konsep pengurusan operasi.PERAKAUNAN PENGURUSAN Perancangan. kos relevan dan pengekosan piawai. kapasiti.Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini.

ragam consumer. pelajar akan dapat:  memahami aspek-aspek konsep pemasaran.PRINSIP KEWANGAN Kursus ini memperkenalkan kepada fungsi pengurusan kewangan dalam organisasi perniagaan. konsep penting yang ditonjolkan ialah nilai semasa mata wang dan ciri-ciri risiko.PERLAKUAN ORGANISASI Kursus ini mendedahkan pelajar kepada prinsip dan teori perlakuan organisasi yang merangkumi analisis. kefahaman dan pengurusan manusia dan proses komunikasi. proses yang terlibat. peringkat kumpulan dan peringkat organisasi aplikasi teori perlakuan organisasi untuk mewujudkan persekitaran yang kompetitif. ciri-ciri perkhidmatan pemasaran dan pemilihan perancangan pemasaran yang spesifik mengenal pasti peranan pemasaran di dalam masyarakat.PRINSIP PEMASARAN Kursus ini memperkenalkan peranan fungsi pemasaran dalam organisasi. dan faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kegiatan pemasaran. Oleh yang demikian. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. JTW 262/4 . menilai sesuatu permasalahan pengurusan operasi dengan kreatif dan mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan kaedah-kaedah serta teknik pengurusan operasi yang bersesuaian JTW 241/3 .14 - . Kursus ini juga memberi kefahaman tentang bagaimana organisasi berfungsi dan bagaimana individu berinteraksi di dalam organisasi. industri dan syarikat mengaplikasikan ilmu berkaitan pemasaran di dalam keadaan sebenar dunia perniagaan dan operasi di dalam organisasi   JTW 253/3 . pengedaran. konsep pemasaran dan campuran pemasaran (barangan. Penekanan diberikan kepada objektif pengurusan kewangan untuk maksimumkan nilai sesebuah firma melalui hasil pulangan yang tertinggi pada aras risiko yang terendah. harga. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. . pelajar akan dapat:    memahami dengan jelas konsep perlakuan organisasi memahami dengan jelas tiga peringkat analisis perlakuan organisasi iaitu peringkat individu. pembangunan pemasaran.berasaskan hubungan pelanggan. Polisi-polisi struktur modal dan pembayaran dividen juga dikaitkan dengan objektif keseluruhan pengurusan kewangan. promosi).

pensampelan. pengurusan pengeluaran dan pemasaran yang diamalkan dalam perniagaan antarabangsa. tabdirurus korporat dan kaedah pengukuran prestasi berdasarkan pengurusan kewangan JTP 293/3 . pengurusan sumber manusia. menganalisa keupayaan sesuatu perniagaan di peringkat antarabangsa. penyukatan dan pemungutan data. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. pengurusan kewangan.PERNIAGAAN ANTARABANGSA Kursus ini merangkumi aspek perniagaan antarabangsa yang meliputi persekitaran perniagaan antarabangsa. pelajar akan dapat:   memahami tentang pengurusan kewangan sebenar dengan mengetahui fungsinya dan hubungannya dengan ekonomi dan perakaunan menerangkan tujuan firma ditubuhkan. pelajar akan dapat:       memahami penyelidikan perniagaan dan penyelidikan saintifik memahami dengan jelas reka bentuk penyelidikan kenal pasti skala-skala penyelidikan menerangkan jenis pensampelan dan boleh membezakan antara pensampelan kebarangkalian dan bukan kebarangkalian menguji hipotesis dengan pakej perisian SPSS boleh menyediakan cadangan penyelidikan . teori. hipotesis.Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. dan menulis laporan penyelidikan. JTP 380/3 . kaedah menganalisis.15 - . perumusan masalah. pelajar akan dapat:   mendedahkan pelajar kepada dunia perniagaan antarabangsa sebenar dengan menerangkan setiap fungsi perniagaan antarabangsa. reka bentuk penyelidikan.KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap isu-isu kajian penyelidikan. penilaian penyelidikan. syarikat antarabangsa. cara menggunakan komputer. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini.

JTP 401/3 . dan teori-teori yang berhubung kait dengan pengurusan perniagaan beretika memahami bagaimana untuk membentuk pengurus yang beretika. ekologi.ETIKA PERNIAGAAN Kursus ini memberikan pendedahan mengenai etika atau moral berkaitan perniagaan. pelajar akan dapat:   mengaplikasikan ilmu pengurusan untuk mengenal pasti isu-isu dalaman sesebuah organisasi mengenal pasti alternatif-alternatif yang ada untuk menyelesaikan isu-isu dalam sesebuah organisasi . konsep tanggungjawab sosial perniagaan.STRATEGIC MANAGEMENT The course focuses on organisational management. in particular. berhemah. masyarakat. students are able to:    define what is strategic management examine the concept of strategic analysis.16 - . nilai dan etika perniagaan. para pelajar akan dilatih mengenali isu-isu pengurusan dalam sesebuah organisasi. persekitaran dan kerajaan JTW 403E/4 . bertanggung jawab dan peka terhadap keperluan individu. Learning outcomes Upon completion of this course. organisasi. persekitaran perniagaan. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. kerajaan dan masyarakat. peranan kerajaan dalam perniagaan. mengurus prestasi sosial perniagaan dan isu moral dalam perniagaan. strategic formulation and strategic implementation understand and examine case analysis JTW 305/12 . Seterusnya. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. konsep-konsep. pelajar akan dapat:   memahami tentang asas-asas. para pelajar akan dilatih menyediakan satu laporan komprehensif berkaitan isu pengurusan yang dikemukakan meliputi pengenalpastian dan penyelesaian isu pengurusan. the emphasis is on the issues and techniques in the development of corporate strategy and the techniques in strategic implementations – in a continuously changing environment. Para pelajar juga akan didedahkan dengan teknik menganalisis isu-isu yang telah dikenal pasti.LATIHAN AMALI Melalui kursus ini.

Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. penilaian susut nilai.JOW 457/3 . Rancangan Pemasaran. Antara topik yang akan didedahkan meliputi pengiraan kadar faedah. pengambilan risiko dan asas-asas pengurusan perniagaan mengenal pasti peluang-peluang keusahawanan dan pendekatan bagi mewujudkan usaha teroka menyediakan rancangan perniagaan yang menyeluruh JTW 480/4 .17 - . pelajar akan dapat:      memahami sejarah. Kursus ini merangkumi topik-topik seperti konsep dan cabaran keusahawanan.PROJEK PENGURUSAN Kursus ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar mendalami sesuatu aspek pengurusan yang diminati. mengkaji dan memilih peluang perniagaan. mengendali kerja lapangan (pengutipan data). Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia dan Isu-isu keusahawanan global dan korporat dalam pasaran. Rancangan Kewangan.KEUSAHAWANAN Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep. kesedaran fahaman dan pengetahuan dalam keusahawanan. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Pelajar juga akan didedahkan kepada penggunaan perisian statistik yang akan membantu mereka menganalisa data mentah dan mendapatkan maklumat yang boleh digunakan dalam pelbagai aspek pengurusan. Di samping itu. bentuk & peraturan perniagaan di Malaysia. kadar diskaun.MATEMATIK PERNIAGAAN Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar tentang beberapa teknik asas matematik dalam perniagaan. kursus ini juga memberi mereka pengetahuan tentang cara-cara mengendalikan kajian ilmiah sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana atau menyediakan laporan pengurusan yang lengkap dengan berasaskan data utama. peluang-peluang dan penggunaan pengurusan fungsional dalam pembangunan usahawan. kaedah mengenal pasti. konsep dan teori keusahawanan membentuk budaya keusahawanan dalam sebarang profesion menghuraikan konsep kreativiti dan inovasi. Ianya akan berfokus kepada pembangunan usahawan dari segi ciri-ciri. pengiraan caj kewangan. penilaian inventori. . pelajar akan dapat:  mengaplikasikan kaedah penyelidikan perniagaan. Pengurusan Operasi dan Kawalan Kualiti. menganalisa data dan menulis laporan ilmiah JTW 201/4 . Rancangan Perniagaan.

Melalui kursus ini. iaitu pasaran wang dan modal. pelajar akan dapat:     memahami dengan jelas jenis-jenis institusi kewangan dan pasaran kewangan yang wujud di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa mengetahui bagaimana sistem kewangan berperanan dalam memastikan kemajuan ekonomi benar negara/dunia mengetahui bagaimana pihak pengurusan institusi kewangan menjalankan aktiviti pengurusan aset liabiliti mereka mengetahui kepentingan elemen etika dalam memastikan kelangsungan sesebuah institusi kewangan .18 - . kecairan.SEMINAR PENGURUSAN Kursus ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk meneliti isu-isu semasa dalam bidang pengurusan. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. syarikat kewangan dan institusi kewangan Islam. pelajar akan dapat:   mengenal pasti isu-isu semasa yang berlaku dalam bidang pengurusan membincangkan perkaitan antara teori dan konsep pengurusan dengan isu semasa yang berlaku MAJOR KEWANGAN JFW 362/3 . peraturan dan perancangan kerajaan dan analisis kewangan. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Penekanan kursus adalah kepada strategi pengurusan institusi kewangan. pengurusan institusi kewangan yang utama seperti bank perdagangan. dasar awam terhadap institusi kewangan meliputi tujuan dan struktur peraturan untuk keberkesanan dan kestabilan sistem kewangan. struktur kematangan dan pengurusan pusingan kadar faedah. modal dan perancangan strategik. pengurusan isu-isu dasar seperti kredit. dan. analisis kadar faedah termasuk dari aspek matematik. para pelajar akan dibimbing untuk mengenal pasti dan menganalisis isu-isu semasa dalam bidang pengurusan.Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. pelajar akan dapat  mengaplikasikan ilmu matematik dalam bidang pengurusan perniagaan JTW 301/4 . Para pelajar akan dikehendaki menyediakan dan membentangkan laporan tentang kajian ke atas sesuatu isu pengurusan yang telah dikenal pasti.PENGURUSAN INSTITUSI KEWANGAN & PASARAN Kursus ini mendedahkan pelajar kepada fungsi dan isu-isu yang terlibat dalam pengurusan institusi kewangan dan pasaran kewangan. Kandungan kursus meliputi: fungsi dan matlamat institusi kewangan di Malaysia dan pasarannya.

Industri - Analisis Kewangan . peranan analisis kewangan dan penilaian.ANALISIS PENYATA KEWANGAN Sumber utama mendapatkan maklumat mengenai sesebuah syarikat ialah daripada penyata-penyata kewangan. Mengkaji prestasi kewangan sesebuah syarikat berbanding sektor industrinya bagi sesuatu tempoh kajian tertentu untuk menentukan faktorfaktor kekuatan serta kelemahan syarikat. Bidang-bidang analisis khusus yang akan dipelajari dalam kursus ini ialah: Analisis Kewangan Industri Analisis Kewangan Syarikat Mengkaji sesebuah sektor menentukan prestasi industri. methodology and investment portfolio management. risks and returns. financial report analysis. share market and legal requirements. The economic trend.JFP 363E/4 .SECURITY INVESTMENT AND PORTFOLIO MANAGEMENT The objective of this course is to enable student to understand the concept. analisis pulangan atas ekuiti. types of security. . suku-tahunan.19 - Analisis Kewangan . iaitu kunci kira-kira. The emphasis is on the method of investments analysis.Syarikat lwn. and information sources are also discussed. technical analysis and Dow Theory. theory.Syarikat lwn. Syarikat - . statistics and basic mathematics for investment. The contents of the course include introduction to the concept. penyata pendapatan dan penyata pengaliran tunai. industri untuk Mengkaji penyata-penyata kewangan bulanan. constraints and compare of individual and institutional investors JFW 364/3 . investment process. fundamental analysis. Learning outcomes Upon completion of this course. Kursus ini akan memberi pendedahan terperinci mengenai konsepkonsep analisis nisbah. distinguish between real assets and financial assets and finally understand financial markets to specify investment objectives. business and share market. ataupun tahunan sesebuah syarikat untuk menentukan prestasi terdahulu dan meramalkan prestasi masa hadapan bagi sesuatu tempoh kajian tertentu. Mengkaji prestasi kewangan sesebuah syarikat berbanding syarikat lain dalam sektor industri yang sama. students are able to:   to describe the major steps in the construction of an investment portfolio.

kadar faedah.KEWANGAN KORPORAT Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teori-teori dan isu-isu kewangan dari aspek pelaburan firma dan pembiayaan modalnya untuk tujuan pemaksimuman kekayaan pemiliknya. Penekanan juga akan diberi kepada mekanik pasaran opsyen. pelajar akan dapat:    memahami analisis-analisis yang diperlukan untuk menganalisis sesebuah perniagaan memahami kelebihan dan kelemahan setiap analisis yang dilakukan melakukan analisis ke atas penyata kewangan sesebuah syarikat JFW 460/3 . kewangan hadapan dan derivatif kewangan.Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Kandungan kursus ini termasuk pengenalan tentang konsep. analisis harga opsyen stok.20 - . sifat opsyen. kaedah strategi perlindungan nilai kewangan hadapan. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. risiko dan pulangan dan konsep dan model penilaian. stok. pasaran dan kewangan hadapan. analisis aliran tunai dari projek. teori struktur modal dan dasar dividen. mata wang. opsyen untuk indeks saham. Bagi pasaran hadapan pula. urus niaga masa hadapan bagi kadar faedah. analisis mengurangkan aliran tunai. spekulasi dan arbitraj. definisi perlindungan nilai. matlamat pengurusan kewangan korporat. analisis penentuan harga kewangan hadapan. . pelajar akan dapat:    pendedahan tentang teori kewangan bagi menentukan pembentukan dan perlaksanaan strategi kewangan berkesan kenal pasti isu-isu dan masalah kewangan yang dihadapi oleh pengurus kewangan dalam mengambil keputusan kewangan memahami bagaimana matlamat utama individu dan pengurus-pengurus firma bertindak dalam memaksima kekayaan pemilik saham JFW 370/4 . kontrak hadapan. (b) kos dan struktur modal: keumpilan kewangan atau leveraj. konsep kos modal. (c) belanjawan modal: teknik-teknik keputusan belanjawan modal. indeks stok. teknik dan strategi urus niaga opsyen. strategi urus niaga opsyen. analisis risiko dan belanjawan modal yang optimal. nilai opsyen mengikut model Binomial dan Black-Scholes. mekanik kewangan hadapan. Kandungan kursus meliputi tiga bahagian utama iaitu: (a) konsep asas kewangan.DERIVATIF KEWANGAN Objektif kursus ini ialah untuk memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang konsep. pertukaran asing opsyen dan swap akan dibincangkan.

mekanisme imbangan pembayaran diselaraskan dan sistem kewangan antarabangsa. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini.Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. akaun semasa. aliran ekonomi. rizab menjelaskan kepentingan imbangan dagangan. pertukaran asing. imbangan pembayaran. . perubahan kadar pertukaran. iaitu aspek-aspek kaitan perdagangan luar negara dengan ekonomi negara.21 - . Ia juga membekalkan pelajar dengan amalan semasa yang dipengaruhi oleh sosiobudaya. latihan dan perkembangan kakitangan.KEWANGAN ANTARABANGSA Kursus ini merangkumi aspek-aspek kewangan dalam bidang ekonomi antarabangsa. imbangan pembayaran. penilaian prestasi dan perhubungan pekerja.PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Kursus ini meneliti prinsip dan amalan pengurusan sumber manusia yang meliputi aspek perancangan sumber manusia. ke hadapan serta swap menerangkan serta menganalisa mekanisma jual-beli sekuriti derivatif memahami sifat-sifat kontrak derivatif mengenal pasti dan menganalisa faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai sesebuah sekuriti derivatif menggunakan model penilaian yang sesuai untuk penilaian derivatif menjelaskan bagaimana derivatif boleh digunakan sebagai alat untuk “hedge”. politik dan globalisasi. akaun semasa. memahami kadar pertukaran dan urus niaga kadar pertukaran dan membuat tafsiran tentang perubahan kadar pertukaran asing memahami penentuan kadar pertukaran. pengurusan gaji dan faedah. pemilihan dan pengambilan kakitangan. pelajar akan dapat:       memahami hubung kait perdagangan antarabangsa dan kewangan antarabangsa. imbangan pembayaran sesebuah negara. kewangan antarabangsa dan pendapatan negara memahami terminologi asas berkaitan kewangan antarabangsa seperti imbangan dagangan. arbitraj serta spekulasi JKE 419/3 . akaun modal. pelajar akan dapat:       memahami aspek-aspek penting pasaran opsyen. akaun modal dan rizab. isu-isu berkaitan dengan perdagangan mata wang asing serta membezakan kategorikategori kadar pertukaran menjelaskan faktor-faktor yang menentukan kadar pertukaran dan perubahan kadar pertukaran MAJOR ORGANISASI JOP 352/4 .

pelajar akan dapat:   memahami pelbagai aspek pengurusan sumber manusia dan perhubungan industri memahami amalan pengurusan sumber manusia dan perhubungan industri di Malaysia membolehkan pelajar-pelajar mengaplikasikan pengurusan sumber manusia di tempat kerja JOW 353/3 . Aspek-aspek perkembangan organisasi yang disentuh meliputi corak perubahan. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. persekitaran teknologi.Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. asas struktur organisasi. and analyses the type of skills and expertise that are necessary in international management. .22 - .TEORI ORGANISASI Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep teori organisasi sebagai asas kepada menganalisis keberkesanan organisasi. pelajar akan dapat:   memahami konsep teori organisasi kenal pasti reka bentuk struktur organisasi yang bersesuaian dengan misi dan visi organisasi JOW 359/4 .PERKEMBANGAN ORGANISASI Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar mengenai konsep perkembangan organisasi. perancangan perubahan dan cara memperkenalkan perubahan ke dalam organisasi. emphasizes on the differences and similarities between domestic and international management. Aspek-aspek teori organisasi yang ditekankan ialah strategi reka bentuk dan keberkesanan organisasi. kitaran hayat budaya organisasi dan inovasi.INTERNATIONAL MANAGEMENT The course focuses on the challenges and issues in the field of international management. discusses current trends in the field of international investments and globalization. pelajar akan dapat:   memahami konsep perkembangan organisasi memahami kepentingan perubahan dalam organisasi JOW 365E/3 .

PERHUBUNGAN INDUSTRI Kursus ini bertujuan memperkenalkan prinsip-prinsip dan peraturan perhubungan industri yang meliputi aspek-aspek sejarah perhubungan industri. pelajar akan dapat:   memahami cara pengurusan diri untuk bekerja dengan orang lain secara lebih berkesan memahami cara menguruskan orang lain dalam sesebuah organisasi dengan lebih berkesan . para pelajar akan didedahkan tentang pengurusan individu dan kumpulan dalam organisasi. Kursus ini memberi tumpuan pada teori yang berkaitan aplikasi prinsip psikologi dalam pengurusan organisasi. pelajar akan dapat:    memahami dengan jelas tentang sistem perhubungan industri di Malaysia (sektor swasta dan juga sektor awam) undang-undang berkaitan pekerjaan seperti Akta Kerja 1955. pertikaian perusahaan. undangundang serta akta-akta yang berkaitan. students are able to:     identify the challenges and issues in international management define what are similarities and differences between domestic and international management examine the current trend in international finance & investment and globalization identify management style that suits working environment to remain competitive JOW 452/3 . Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan lain-lain peranan (hak dan tanggung jawab) majikan.23 - .Learning outcomes Upon completion of this course. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini.PSIKOLOGI PENGURUSAN Melalui kursus ini. Akta Perhubungan Pekerjaan 1967. pekerja dan kerajaan dalam mewujudkan suasana hubungan industri yang harmoni di Malaysia JOW 360/3 . Perbandingan perhubungan perusahaan di negara-negara lain juga dianalisis. maklumat perusahaan. kesatuan sekerja. proses perundingan bersama. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini.

terutamanya analisis statistik. pelajar akan dapat:     memahami isu-isu pemasaran dan merancang strategi campuran pemasaran memahami kepentingan perkhidmatan dalam kerja harian memahami dan kenal pasti perhubungan antara pemasaran.24 - . penentuan harga dan promosi diberi penekanan. perlakuan pengguna dan isu-isu kepenggunaan memahami taktik-taktik. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. peranan institusi-institusi pemasaran.PERLAKUAN PENGGUNA Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai perlakuan pengguna. perlaksanaan. proses pengguna membuat keputusan dan faktor-faktor yang berpengaruh dalam proses membeli. aktiviti-aktiviti dan strategi-strategi terkini dari perspektif pengguna atau pemasar JRW 343/4 . Untuk membolehkan pelajar menggunakan kaedah penyelidikan pemasaran. pelajar akan dapat:   mengenal pasti maklumat pemasaran dan keperluan penyelidikan pemasaran di dalam proses membuat keputusan perniagaan menyediakan cadangan penyelidikan untuk memenuhi satu keperluan kajian .PENYELIDIKAN PEMASARAN Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik penyelidikan pemasaran. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Beberapa model perlakuan pengguna. dan hasil penyelidikan terkini dibincangkan.PEMASARAN PERKHIDMATAN Kursus ini mendalami isu-isu dalam mengamalkan konsep pemasaran dan merancang strategi campuran pemasaran. operasi dan fungsi sumber manusia memahami perancangan. Perancangan. dan kawalan aktiviti pemasaran serta strategi pemasaran yang diperlukan dalam persekitaran yang kompetitif JRP 342/4 . pengurusan barangan. perlaksanaan dan kawalan aktiviti pemasaran.MAJOR PEMASARAN JRW 340/4 . perlakuan pengguna. pelajar akan dapat:   pendedahan kepada konsep-konsep yang berkait dengan pengguna.

The techniques in strategic marketing analysis. perubahan teknologi dan perubahan struktur perniagaan dalam aktiviti peruncitan. strategic marketing models. penyediaan copy dan artwork.  menjalankan kajian pemasaran bermula dari pembentukan kajian sehingga ke penulisan laporan menganalisa data menggunakan teknik asas statistik JRP 347E/4 .PERUNCITAN Kursus ini meneliti isu-isu pemasaran dalam peruncitan.STRATEGIC MARKETING This course enhances student’s understanding on strategic marketing management and its relationship with corporate strategy. . undang-undang peraturan yang berkaitan promosi.25 - . Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Pelajar akan didedahkan dengan cara merancang dan melaksanakan promosi. Learning outcomes Upon completion of this course. sistem maklumat pengurusan dan pengurusan jurujual). students are able to:    understand strategic marketing management and its relationship with corporate strategy develop decision making skills in marketing link the concepts and practical aspects of marketing JRP 345/4 . pelajar akan dapat:   memahami proses pemasaran yang menyeluruh memahami isu-isu penting untuk melakarkan promosi yang berkesan ELEKTIF JRW 348/4 . penentuan harga. Topiktopik penting meliputi perancangan dan pemilihan media. Ianya membincangkan pengurusan institusi peruncitan (polisi belian. Kursus ini juga membincangkan pengaruh pengguna. internal and external situatuerial analysis. penggunaan media untuk mempengaruhi perlakuan pengguna. and marketing strategies are also discussed.KOMUNIKASI PEMASARAN BERSEPADU Kursus ini menekankan peranan komunikasi bersepadu sebagai satu kaedah promosi.

melaksana dan mengurus hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peruncitan perusahaan menganalisis proses-proses peruncitan JTU 396E . pelajar akan dapat:    memahami peruncitan asas membina. Antara isu yang akan disentuh meliputi pembiayaan. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini. Topics to be covered under the government expenditures are: various concepts of the growth of government expenditure. . application of online transaction and network management. Topics to be covered are: concepts and system of taxation. pembiayaan menerusi modal teroka. empirical analysis and the weakness of the empirical analysis. taxation system in Malaysia. tax incidence. types of expenditure and its effect. teknik-teknik menilai prestasi kewangan. pelajar akan dapat:   memahami aspek-aspek penting pengurusan kewangan untuk PKS memahami pengurusan modal teroka sebagai sumber perniagaan yang alternatif JKE 416E/4 . Malaysian government expenditure. Learning outcomes Upon completion of this course.E-COMMERCE This course covers the development of information technology and the e-commerce related technology. This course focuses on developing the web page.KEWANGAN KEUSAHAWANAN DAN MODAL TEROKA Kursus ini bersetuju mendedahkan kepada para pelajar tentang pengurusan kewangan untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS). import tax and the tax burden on the poor) and the effect of tax incentives. students are able to:   understand the application of e-commerce develop an attractive web page JFP 312/4 .26 - . principles of taxation. perancangan kewangan jangka pendek dan jangka sederhana.Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini.PUBLIC SECTOR ECONOMICS This course analyses the activities of the public sector from the perspective of taxation and government expenditure. tax burden (of export tax.

the basic theorems of welfare economics. externalities and the foundation of public choice understand the underlining arguments of the growth of government expenditure both from the public finance and the public choice perspectives define and understand the effects of public expenditure programs on the distribution of income define and understand the effects of taxes on the distribution of income identify the tax incidence and the effects of taxes on the efficiency of resource allocation .Learning outcomes Upon completion of this course.27 - . public good. students are able to:       apply basic theoretical and empirical tools of analysis to public policy issues define and understand the reasons for market failure.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->