Anda di halaman 1dari 11

1.

PENDAHULUAN

Wacana atau juga disebut sebagai discource dalam Bahasa Inggeris merupakan
kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan juga dalam
penulisan. Dalam sesuatu wacana, ianya perlu memperlihatkan kesinambungan fikiran,
iaitu pertautan dan perkaitan semantik yang meliputi aspek kohensi dan juga koheran
sama ada dari aspek komunikasi dan konteks.

Selain itu, wacana yang dikatakan berada dalam hierarki tertinggi yang hadir
selepas tingkat ayat dalam tatabahasa boleh terdiri daripada sesuatu ayat yang
dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaannya. Ahli bahasa berpendapat
bahawa huraian bahasa yang berasaskan aliran struktural atau rumus dan transformasi
generatif adalah tidak lengkap kerana huraian mereka berakhir pada tahap ayat sahaja
sedangkan penggunaan bahasa yang sebenarnya sering melebihi batas ayat.

Oleh itu, ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa sewajarnya


dilanjutkan sehingga ke tahap wacana dan bukannya sehingga ke tahap ayat sahaja.
Sehubungan itu, kemampuan menghasilkan wacana merupakan kayu ukuran untuk
menilai tahap kecekapan berbahasa bagi seseorang individu.

Pelbagai definisi dan pendapat yang diberikan oleh ahli-ahli bahasa berkaitan
dengan wacana, namun secara umumnya dan ramai ahli bahasa seperti Lakoff (1970:
151-271), Asmah Haji Omar, Harimurti Kridalaksana dan ahli bahasa yang lain
mengatakan bahawa wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat.
2. KONSEP WACANA

Menurut Asmah Hj Omar (1986), wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa


oleh penutur atau penulis, iaitu pelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada
sistem bahasa yang menyumbang kea rah menjadikan sesuatu pertuturan atau tulisan
berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi.

Harimurti Kridalaksana (1992) pula mentakrifkan wacana sebagai kesatuan


bahasa yang lengkap dan dalam hierarki tatabahasa, wacana merupakan kesatuan
tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang
utuh seperti novel, buku, siri ensiklopedia, perenggan, kalimat atau kata yang
membawa amanat yang lengkap.Wacana merupakan unit bahasa yang mempunyai
kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana
terletak pada tingkat bahasa yang tertinggi, iaitu selepas tingkat ayat.

Wacana

Ayat
Klausa

Frasa
Kata
Morfem

Fonem
Wacana dikatakan melebihi batas ayat kerana dalam kajian wacana, aspek yang
diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja, tetapi turut merangkumi aspek-aspek yang
lebih luas daripada ayat. Selain itu, wacana juga dikatakan melebihi batas ayat kerana
wacana mungkin terdiri daripada dua ayat, sejumlah ayat, satu perenggan, sebuah
karangan, satu bab, sebuah buku, ataupun satu siri buku. Seperti Kamus Dewan,
Kamus Linguistik juga memberikan definisi yang hampir sama berkaitan dengan
wacana. Menurut Kamus Linguistik, wacana merupakan unit bahasa yang lengkap dan
tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kaliamt, sama ada dalam bentuk lisan
atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik.

Menurut Kamus Dewan pula, wacana merupakan keseluruhan tutur yang


merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan dan juga percakapan. Definisi lain bagi
wacana yang dikemnukan dalam Kamus Dewan ialah kesatuan fikiran yang utuh sama
ada dalam bentuk lisan seperti pidato, khutbah atau tulisan seperti artikel, rencana,
surat, novel dan cerpen.

Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri
daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan
sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang
berurutan. Ringkasnya, wacana ialah satu unit bahasa yang mempunyai kesatuan
fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.
3. JENIS-JENIS WACANA

i) Wacana Lisan- wacana ini disampaikan secara lisan melalui media lisan. Si
penerima wacana perlu menyemak atau mendengar dan
ianya boleh diulang dengar atau ditonton. Contoh bagi
wacana ini ialah wacana yang disiarkan di radio dan
ceramah.

ii) Wacana tulisan- wacana ini disampaikan dalam bentuk bertulis melalui media
tulisan. Wacana ini perlu dibaca bagi mendapatkan
maklumat dan memahami wacana tersebut.

iii) Wacana langsung- wacana ini mempunyai tanda baca dan juga intonasi.
iv) Wacana prosa- wacana prosa wujud dalam bentuk prosa. Wacana ini boleh
berbentuk lisan atau tulisan. Selain itu, wacana prosa boleh
juga berbentuk wacana langsung atau tak langsung.

v) Wacana puisi- wacana puisi boleh berbentuk lisan atau tulisan. Wacana ini
selalunya wujud dalam bentuk puisi.

vi) Wacana drama- wacana ini berbentuk drama atau dialog dan sama seperti
wacana puisi dan prosa, wacana drama juga boleh wujud
dalam bentuk lisan atau tulisan.

vii) Wacana pembentangan- wacana ini tidak mementingkan waktu dan penuturnya.
Wacana ini berorentasikan kepada pokok pembicaraan.

viii) Wacana tak langsung- wacana tak langsung merupakan pengungkapan


kembali sesuatu wacana. Wacana jenis ini
menggunakan klausa, perkataan ‘bahawa’ dan
sebagainya.
4. CIRI-CIRI WACANA

Wacana mempunyai beberapa ciri-ciri, iaitu;

Tidak boleh mengandungi maklumat yang


bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam
ayat sebelumnya.

Perlu mempunyai susun- atur menurut sebab, akibat,


tempat, waktu keutamaan dan sebagainya. Ayat-ayat
itu perulah mempunyai urutan yang berkait rapat.

Setiap ayat perlu mempunyai maklumat baru yang ada


dalam ayat sebelumnya. Ayat-ayat yang mengesahkan
kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan
dalam satu wacana.

Perlu mempunyai andaian dan inferens. Maklumat


pertama merupakan andaian (judul) manakala
maklumat berikutnya merupakan inferens (ulasan).

Perlu mempunyai tujuan bagi menentukan jenis ayat


dan perbuatan.

Mempunyai kaitan antara orang yang berkomunikasi


(penutur dengan pendengar / penulis dengan
pembaca)

Mempunyai gaya wacana sama ada formal atau tidak


formal.
5. KEUTUHAN WACANA

Keutuhan wacana dalam sesuatu wacana sangat ditekankan kerana perkara


inilah yang menentukan sama ada satu kesatuan itu boleh dianggap sebagai sebuah
wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Keutuhan sesuatu
wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubungan-hubunga dari aspek semantik,
leksikal, gramatikal dan fonologis antara bahagian-bahagian dalam wacana itu.

5.1 Hubungan Wacana dari Aspek Semantik

Hubungan wacana dari aspek semantik dapat dibahagikan kepada dua iaitu,
hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana yang ditandai oleh unsur-
unsur gantungan yang berupa preposisi dan lain-lain serta hubungan semantik
yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

5.1.1 Hubungan Semantik antara Bahagian-bahagian Wacana yang Ditandai Oleh


Unsur-unsur Gantungan yang Berupa Preposisi dan Lain-lain

i) Hubungan sebab dan akibat

ii) Hubungan sebab dan hasil

iii) Hubungan sebab dan tujuan

iv) Hubungan latar dan kesimpulan

v) Hubungan syarat dan hasil

vi) Hubungan perbandingan

vii) Hubungan memperkuat isi

viii) Hubungan aditif (tambahan)

ix) Hubungan prafasa

x) Hubunhan amplifikatif

xi) Hubungan aditif waktu

xii) Hubungan aditif bukan waktu


xiii) Hubungan identifikasi

xiv) Hubungan generik

5.1.2 Hubungan Semantik yang Dilihat dari Segi Konteks atau Latar Wacana

i) Kesatuan tajuk atau topik

ii) Hubungan sosial antara penutur dan pendengar

iii) Laras bahasa yang digunakan

5.2 Hubungan Wacana dari Aspek Leksikal

Hubungan antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat daripada pertalian


unsur-unsur leksikal yang ada didalamnya. Hubungan acana dari aspek leksikal
bleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu:

i) Sinonim

ii) Antonim

iii) Hiponim

iv) Kolokasi

v) Unsur bersambut

vi) Pengulangan

vii) Pembuka dan penutup wacana

5.3 Hubungan Wacana dari Aspek Gramatikal

Hubungan dari aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang berkaitan dengan
tatabahasa. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana
ialah penanda rujukan, penanda penggantian, ellipsis, dan penanda
penghubung.

5.3.1 Penanda Rujukan


i) Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama
diri tunjuk.

ii) Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan dengan bahagian dalam wacana.

5.3.2 Penanda Penggantian

i) Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa


dengan unsur lain.

ii) Penanda penggantian terdiri daripada beberapa jenis, iaitu;

 Nominal- penggantian yang dilakukan terhadap kata


nama atau frasa nama.

 Verbal- penggantian verbal melibatkan penggantian


terhadap kata atau frasa kerja.

 Klausa- penggantian klausa melibatkan penggantian


sebahagian daripada ayat.

5.3.3 Elipsis

i) Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa, atau klausa yang telah dinyatakan
dalam ayat sebelumnya.

ii) Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar sudah mengetahui
maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana.

iii) Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada
tetapi tidak diucapkan atau dituliskan.

5.3.4 Penanda Penghubung

i) Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan


frasa, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat.
ii) Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan, penghubung
tentangan, musabab dan penghubung tempoh.

 Penghubung tambahan- penghubung yang


memberikan maklumat tambahan terhadap
sesuatu perkara yang diperkatakan
sebelumnya.

Contohnya, tambahan pula, di samping itu,


malahan dan sebagainya.

 Penghubung tentangan- penghubung yang


menunjukkan pertentangan maklumat antara
satu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat
sebelumnya.

Contohnya, tetapi, sebaliknya, namun, walau


bagaimanapun.

 Penghubung musabab- penghubung musabab menunjukkan sebab


berlakunya sesuatu. Contohnya, kerana, oleh
sebab, oleh itu.

 Penghubung tempoh- penghubung tempoh menunjukkan urutan


masa atau siri berlakunya sesuatu. Contohnya,
pertama, kedua, kemudian, selanjutnya.

5.4 Hubungan Wacana dari Aspek Fonologis

Hubungan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, intonasi,
tinggi rendah tekanan dan nada suara. Unsur-unsur inu juga boleh menimbulkan
hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana. Contohnya, perkataan
“duduk” jika disebut dengan lembut bermaksud mempersilakan tetapi jika disebut
dengan intonasi tinggi bermakna marah atau perintah yang tidak boleh dilawan.
5.5 Koheran dan Kohensi

Selain itu, dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh ialah koeran
dan kohensi. Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik
dengan unsur linguistik yang lain. Keserasian hubungan dapat dilihat dari segi
hubungan antara perkataan, frasa, klausa, atau ayat yang terdapat dalam teks. Tautan
akan menghasilkan wacana yg utuh. Contohnya, Mira dan kakaknya ke Seremban.
Mereka ke sana dengan menaiki bas. Perkataan mereka merujuk kepada Mira dan
kakaknya, sementara sana merujuk kepada Seremban.

Runtutan atau koheren pula merupakan kesinambungan idea dalam sesebuah wacana.
Koheran dalam sesebuah wacana bertujuan untuk menghasilkan wacana yang bermakna. Oleh
itu runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap
sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

Anda mungkin juga menyukai