Anda di halaman 1dari 3

ARTIKEL THE ZIKR:”Bukan Dia,Bukan Mereka tetapi SAYA!

Aimi Athirah Azmi Murad,Tahun 4 ,Universiti Kaherah

Assalamualaikum warahmatullah..alhamdulillah,aku masih lagi dapat menulis warkah ini sebagai tanda
ingatanku padamu sahabatku.Apa khabar imanmu sekarang?melonjak naik atau menurun menjunam?
atau nus-nus?Sesungguhnya aku sememangnya sedang mengingatimu saat ini.

Kehadiran warkah ini harapanku tidaklah menjadi seperti warkah yang biasa dan sememangnya inginku
jadikannya sepucuk warkah luar biasa buatmu wahai sahabatku.Di sini inginku berkongsi denganmu
tentang apa yang aku muhasabahkan kebelakangan ini.Tentang ummah kita.Apabila kita memikirkan
mereka,tidak kiralah siapa mereka di Malaysia mahupun di bumi anbiya’ tempat kita berpenat lelah
bersama menuntut ilmu Allah ini.Sememangnya,kita telah mencecah tahap umur kita yang bila difikirkan
kembali perlu malulah kita jika kita masih tidak mahu memikirkan masalah ummah.Kita sudah mencecah
zaman keemasan kita sebagai remaja.Sesungguhnya Saidina Umar R.A pernah berkata :

“jika ingin mengetahui masa hadapan suatu umat,lihatlah pada generasi remajanya”

Adakah kita generasi remaja harapan yang akan membawa arus perubahan pada negara kita?
Sahabat,apabila kita melihat sendiri keadaan di Malaysia,rasa macam nak dapat tachycardia,nak
dyspnea pun ada.Ada golongan yang cuba untuk merubah keadaan itu tetapi majority masih lagi dibuai
kesedapan hidup di dunia.Berkhayal dengan semua kesenangan ibu dan bapa,berangan untuk mendapat
pasangan yang berpakej lengkap,lebih menghabiskan masa mengelamun macam-macam,masih
membiarkan lubuk hati kotor dengan maksiat dan kemungkaran.MasyaAllah,muhasabah ini perlu
difikirkan selalu supaya kita tidak terlepas dari landasan.

Sahabatku,

Aku sendiri apabila memikirkan,sudah tidak cukup masa lagi jika masih duduk dan menggoyangkan kaki
merehatkan diri.Angannya hendak melihat daulah islamiah tertegak di depan mata sebelum
menghembuskan nafas terakhir tetapi jika beginilah keadaan kita,bagaimana wahai sahabatku?Angan-
angan tetap tinggal angan-angan jika kita tidak berusaha langsung ke arah itu.

Aku ingin berkongsi cerita yang aku dapat dari kakak SC ku hari itu.Eit,tahu tak ‘lau kana bainana
Rasulullah?’..Jikalaulah Rasulullah masih ada di sisi kita,semestinya kita akan menjaga tingkahlaku
kita.Malu hendak buat perkara lagha,buang masa.Hendak menjaga imej kita di hadapan
Rasulullah.Tetapi apa yang kita sudah buat?Pada kita,kadangkala kita terlupa yang Allah nampak
semuanya,yang kalau Rasulullah masih ada malu kita hendak cakap kita antara umat yang
cintakannya.Masakan tidak,selawat sehari sekalipun entah buat ke tidak.Rasanya bila hendak sambut
Maulid Nabi baru nak selawat penuh penghayatan.MasyaAllah..apa sudah jadi dengan kita semua?
Membiarkan nafsu merajai hati,membiarkan iman merudum pergi!Nastaghfirullah~

Aku rasa waktu zaman keemasan macam inilah kita patut manfaatkan kualiti hidup kita dengan terbaik
punya!Mengapa?Dengan nikmat badan yang sedang sihat,masa yang masih dapat kita bahagikan untuk
ummah,bakat dan potensi yang sememangnya ada untuk digilap…Alangkah baiknya jika kita salurkan
pada jalan yang sepatutnya kan?

Di sini,aku menyertai PERUBATAN..aku rasa persatuan adalah medan terbaik untuk aku menggilap
kemahiran dan bakat aku.Bukan setakat kepimpinan sahaja yang sememangnya akan dididik apabila kita
berpersatuan tetapi,semua kemahiran yang aku rasakan perlu untuk hidup.Dengan membantu
orang,dapat memberikan kepuasan pada diri.Aku masih ingat lagi,salah satu seniorku pernah berkata,

“berilah apa-apa pun dengan kasih-sayang..kita tidak akan rasa terbeban dan dengan mudahnya
keikhlasan itu akan hadir..Kasih sayang itu dapat dirasakan oleh hati”

Pengurusan masa juga ..senang cakap,aku menjadikan berpersatuan itu TARBIAH hidupku.Pada
mulanya,mungkin aka nada suara halus yang menghasut tetapi percayalah jika kita betul-betul
hendakkan kebaikan Dia akan membantu kita.

Aku yakin dengan janjiNya,dalam surah Muhammad ayat 7:

“Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu
dan mengukuhkan kedudukanmu”

Tidak yakinkah kau wahai sahabatku pada janjinya.Yakinlah dan husnuzzanlah denganNya.

Berhentilah kita menudingkan jari pada orang lain apabila ada kekurangan.Satu telunjuk yang kita
tudingkan,empat jari lain di tangan menuding ke arah kita.Sudah tiba masanya,kita sendiri sebagai
individu Muslim bergerak,menggerakkan anggota,setiap sel ini membantu agamaNya yang
sememangnya akan tertegak megah suatu hari nanti di mata dunia.Percayalah!

Masih tidak terlambat,mulalah dari sekarang.Semuanya adalah ibadah jika kita lakukan keranaNya.Dari
mula bangun tidur hinggalah mata ini terpejam semula.Jadikan ia medan sebaik-baik medan
beramal,mengumpulkan bekalan terbaik menghadapNya,bukti pada Tuhan tercinta!Salurkan segala
usaha pada jalan yang terbaik,untuk memudahkan dan membantu ummah yang sememangnya sudah
tenat sekarang ini.

Banyak juga aku berceloteh denganmu melalui tinta kali ini.Sesungguhnya aku megharapkan,cebisan ini
menarik,mengetuk tangkai hatimu untuk berbuat kebaikan.Raikan hidupmu di dunia ini dengan
kebaikan yang bermanfaat pada manusia lain.Maafku pinta andai melukai hatimu sahabatku.

Akhir kata,Dia berpesan dalam surah As-Saff ayat 14 :

“Wahai orang-orang yang beriman!Jadilah kamu penolong agama Allah sebagaimana Isa Putra maryam
berkata pada pengikut-pengikutnya yang setia,’Siapakah yang akan menjadi penolongku?’.Pengikut-
pengikutnya yang setia berkata,’KAMIlah penolong-penolong agama Allah’….”

Siapa lagi kalau bukan kita,SAYA ,KAMI adalah pembantu agamaNya.KITA!Bukan Dia,bukan
Mereka,Bukan sesiapa tetapi SAYA!

Anda mungkin juga menyukai