Anda di halaman 1dari 2

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 PENGENALAN

1.1.1 Pendahulu

Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang perlu atau wajib dipatuhi oleh
semua pelajar dari Politeknik sebelum mereka layak dipertimbangkan untuk penganugerah Sijil
atau Diploma. Latihan Industri yang diwajibkan perlu lulus bagi tujuan syarat memasuki
semester yang seterusnya. Tempoh latihan industri adalah ditetapkan selama 5 bulan iaitu pada
21 JUN 2010 sehingga 19 NOV 2010. Dalam masa tempoh tersebut, pelajar digalakkan
memberi sepenuh perhatian kepada latihan industri tersebut untuk menimba lebih banyak ilmu
berkenaan dengan kursus yang diambil. Pengetahuan dan pengalaman yang berharga ini dapat
membantu pelajar pada semester yang akan datang.
1.1.2 Objektif Latihan Industri

Objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar;

i. Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.


ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek
praktikal atau sebaliknya.
iii. Menanam semangat kerja secara berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
iv. Membolehkan pelajar menyediakan satu laporan latihan industri yang lengkap setelah tamat
latihan.
v. Meningkatkan sikap amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan seseorang pelajar.
vi. Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri
vii. Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar.
viii. Menyediakan satu laporan Latihan Industri setelah tamat latihan.

Anda mungkin juga menyukai