Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
MAMSOR
SENI TEKAT
Pengenalan
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam
benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan
pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang
emas untuk membentuk bunga tekat.
- Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas atau perak yang dijahit pada kain
dasar baldu
- Seni tekat juga dipanggil tuji tumbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan.
- Barang yang biasanya di tekat ialah alas tempat tidur, muka kasut pengantin, kipas
pengantin, baju pengantin, tudung saji, bekas barang kemas dan bekas perhiasan
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan
dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri
yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat
beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah
tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat.
Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana
kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas
menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu
membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan
kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan
yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus
berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa
sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan
Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk
menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung,
kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni
tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.
PSV-EN.MAMSOR
CIRI-CIRI TEKAT
i. Baldu dan benang emas
ii. Sulam penuh
iii. Sulam pahat
iv. Tekat timbul benang emas dan perak
v. Tekat gubah ( tidak menggunakan mempulur )
vi. Tekat perada ( perada emas ditampal pada kain )
5. PROSES TEKATAN
Sediakan pemidang -> Regangkan kain putih di atas pemidang -> Letakkan kain baldu
di atas kain putih -> Kedua-dua kain tersebut dicantum menggunakan jahitan sembat ->
Letakkan mempulur di atas kain baldu -> Rentang benang emas di atas mempulur ->
Jahit benang emas dengan benang putih -> Ulang proses ini hingga siap
Tokoh Tekat
Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh
Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana
kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama
Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga
banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor,
Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.
Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak.
Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun.
Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini
beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau
PSV-EN.MAMSOR
pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi
menekat.
Jenis-jenis Tekat.
2. Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang
hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang
dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-
manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah
menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan
upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya
PSV-EN.MAMSOR
TENUNAN
Sejarah
Tenun biasa ialah tenunan yang menghasilkan kain yang sering digunakan oleh
golongan masyarakat biasa, terutama tenunan yang dibuat dari bahan benang kapas.
Benang sutera juga digunakan tetapi harganya lebih mahal dari tenunan benang kapas.
Tenunan kapas juga dipercayai merupakan tenunan pertama yang wujud di Kelantan
dan ia lebih dikenali sebagai kain tenun balas dan setuli benang. Corak-coraknya juga
sederhana disebabkan benang-benang masih terbatas warnanya. Pada masa yang
sama iaitu kira-kira pada awal abad ke -18, masyarakat telah mengenali kain cindai,
kain Bugis dan kain Acheh. Akan tetapi penenun tempatan mencipta corak-corak
dengan menyusun benang-benang pada anian tanpa meniru kain-kain yang
didatangkan dari luar.
Jenis-jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak terdapat
bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan jaluran. Dari segi penciptaan
ragamhias, tenunan ini termasuk dalam bentuk yang paling sederhana. Ragamhiasnya
hanya terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif berselitkan benang emas.
Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan menggunakan warna-warna dari
cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam. Warna yang sering digunakan ialah
kelabu, merah samar, jingga muda, putih, biru laut, hijau lumut dan kuning susu.
Terdapat juga penggunaan caban benang emas yang menghasilkan bentuk motif garis
halus atau kesan titik berbunga kecil, bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang
bewarna. Bentuk motif yang terdapat pada kain tenun bercorak dikenali sebagai kain
corak hujan panas iaitu kesan berkilat disebabkan oleh benang emas. Sedangkan garis
lurus yang halus dari benang emas disebut sebagai tenun/songket selit. Kalau selitan
ini terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut corak beragi.
PSV-EN.MAMSOR
Kain corak Bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang sederhana
tetapi terdapat banyak variasi/ragaman. Ruang kotak lebih kecil jika dibandingkan
dengan kain corak Muar. Manakala warna yang digunakan sebagai latar ialah hijau atau
merah.
Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar yang melintang serta
berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai tanah kain. Penggunaan
benang loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan corak 'tartan' atau bintik ular sawa,
juga dikenali sebagai ragi bunga cuai. Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah
corak berdiri, melintang, mata bilis, siku keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan corak
ini dengan corak yang terdapat pada anyaman memang tidak banyak bezanya.
Perbezaan jelas hanya terletak pada bahan asas yang digunakan serta proses
penciptaan.
Proses Pembuatan
Proses penciptaannya mengikut dasar tenunan tetapi tanpa teknik menyulam. Corak-
corak kain ditentukan oleh benang-benang loseng yang telah disusun sejak proses
mengani. Penggunaan warna benang loseng dan pakan akan menentukan serta
menimbulkan corak geometri asli dengan bentuk kotak persegi atau persegi panjang,
garis lurus dan melintang.