Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Komunikasi merupakan satu daripada kegiatan terpenting dalam


perhubungan awam termasuk bidang pendidikan. Guru sebagai pengamal
perhubungan awam adalah orang perantaraan dalam bentuk komunikasi yang
berterusan. Ia terdapat secara langsung atau tidak langsung dalam semua
aspek komunikasi. Ia juga menggunakan komunikasi untuk mempengaruhi
pendapat awam. Jadi, untuk menjadi seorang yang mahir dalam bidang
komunikasi, pengalaman perhubungan awam seperti guru perlulah terlebih
dahulu memahami konsep dan teori komunikasi.

Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Latin communiatus


yang bermaksud berkongsi sesuatu. Oleh itu, apabila kita berkomunikasi
bermakna kita sedang berusaha komunikasi idea maklumat dengan individu atau
orang yang kita hubungi itu. Memang sukar bagi kita untuk mencari satu takrif
komunikasi yang boleh memberi kesan terhadap pemikiran manusia.

KOMUNIKASI LISAN

Komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang
berbual secara bersemuka. Dengan adanya kemajuan telekomunikasi,
komunikasi lisan juga boleh berlaku antara dua orang yang berada berjauhan
dengan menggunakan telefon. Lebih canggih lagi, kita boleh menggunakan
komunikasi lisan secara telesidang. Dengan cara ini, sistem televisyen
disambungkan melalui satelit atau kabel. Kaedah ini membolehkan dua atau tiga
orang berbincang dalam satu masa walaupun mereka berada di tempat yang
jauh dan berasingan. Mereka juga boleh bersemuka melalui televisyen.

Komunikasi lisan ini mengeratkan silaturahim antara manusia atau boleh


menjalankan hubungan peribadi antara dua orang manusia. Ketika berbual,
mereka akan saling memerhati gerak – geri masing – masing untuk menegtahui
reaksi yang menunjukkan kepada masej yang disampaikan. Proses komunikasi
berlaku secara mudah dan dalam suasana yang bersantai. Komunikasi tidak
formal ini hanya merupakan satu cara untuk meluahkan perasaan dan fikiran
secara bersahaja tanpa memerlukan tindakbalas serius kedua – dua pihak.

Lain pula halnya dengan komunikasi lisan secara formal seperti


mesyuarat, taklimat, temuduga, mengajar dan pengucapan umum. Dalam
suasana tersebut, para komunikator perlu menyediakan bahan atau dokumen
yang sah untuk persediaan melakukan komunikasi lisan. Untuk mengajar
misalnya, seseorang guru bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi
rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia perlu melakukannya
dengan penuh yakin dan dapat menarik perhatian murid – murid. Jika tidak, sesi
pengajaran pasti membosankan murid – murid malah objektif pengajarannya
mungkin tidak akan tercapai. Jadi, setiap komunikator perlu mempelajari teknik –
teknik pengucapan awam yang betul dan berkesan. Komunikasi lisan terbahagi
kepada beberapa jenis, iaitu :

1. Perbualan tidak dirancang


Perbualan ini berlaku dalam suasana tidak formal di rumah, restoran,
majlis jamuan makan dan sebagainya di mana dua atau lebih orang
berbual tentang sesuatu tajuk yang menarik perhatian mereka seperti
pertandingan bola sepak Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

2. Perbualan yang dirancang secara tidak formal


Komunikasi jenis ini berlaku apabila dua atau lebih pihak terbabit
bersetuju untuk mengadakan perbincangan awal sebelum sesuatu
perbincangan rasmi diadakan. Perbualan ini bertujuan untuk
mendapatkan gambaran yang jelas tentang sesuatu perkara atau isu
berbangkit.
3. Perbualan melalui telefon
Penggunaan telefon sekarang begitu lumrah sekali dengan kemajuan
pesat sistem telekomunikasi di negara kita. Di mana sahaja, baik di
restoren, di dalam kereta atau di jalan raya, ada sahaja orang yang
menggunakan tetefon bimbit atau telefon saku untuk komunikasi tentang
perniagaan atau membuat temu janji dan sebagainya. Sering kali kita
dapati penggunaan telefon bimbit ini bercakap begitu kuat, seolah – olah
ia dan rakannya sahaja yang berada di restoran atau di tempat – tempat
awam. Cara komunikasi begini boleh mengganggu ketenteraman orang
lain yang sedang makan atau sedang berurusan. Ia sepatutnya
merendahkan suara ketika bercakap dengan menggunakan telefon bimbit.
Kalau hendak meninggikan suara, eloklah beredar ke tempat yang agak
jauh dari khalayak supaya tidak mengganggu ketenteraman awam.

4. Mesyuarat
Mesyuarat merupakan satu majlis perbincangan formal untuk
mendapatkan sesuatu keputusan untuk tindakan susulan. Mesyuarat yang
terurus dikendalikan dalam suasana yang baik, bersopan dan mengikut
agenda mesyuarat. Semua hasil perbincangan diminitkan untuk semakan,
rujukan ataupun untuk tindakan selanjutnya.

5. Pengajaran
Setiap guru pasti didak lepas dari tanggungjawab mengajar sesuatu mata
pelajaran. Oleh itu, ia mesti membuat persediaan awal yang lengkap dari
segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar yang bersesuaian.
Dengan cara ini, sesi pengajarannya akan berjalan lancar dan dapat
menarik perhatian murid – muridnya terhadap pelajaran yang
disampaikan.
6. Temuduga
Komunikasi jenis ini diadakan untuk tujuan temuduga naik pangkat,
temuduga pengesahan jawatan, temuduga ujian lisan dan sebagainya.
Fungsi temuduga ialah untuk mengenali seseorang itu, menilai kebolehan
berfikir atau cara dia menyampaikan idea. Pendeknya, seseorang yang
datang temuduga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang ada
kaitan dengan temuduga itu diadakan supaya ia boleh berkomunikasi
dengan lancar dan berkeyakinan.

7. Pengucapan awam
Komunikasi ini memerlukan pengucapan bercakap di khalayak dalam
sesuatu majlis rasmi seperti seminar, forum, dialog dan lain – lain.
Sebelum itu, pengucapan perlu membuat persediaan rapi dari segi tajuk
perbincangan, audien yang akan dihadapi dan suasana majlis itu.

KOMUNIKASI BERTULIS

Komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunikasi


intraperibadi (intrapersonal). Penyampaian berfikir perlu secara serius sebelum
melahirkan sesuatu mesej kerana penerimaan mesej tidak boleh bertanya
secara langsung atau menghubungi segera penyampaian mesej. Kominikasi
bertulis lebih dihargai dan dipertanggungjawabkan oleh pihak yang terbabit. Oleh
kerana itulah komunikasi bertulis memerlukan penelitian yng serius kerana mesej
dalam bentuk perkataan tidak boleh diubah sewenang – wenangnya.

Komunikasi jenis ini dalam keadaan tertentu lebih cepat menyampaikan


mesej kepada audien yang ramai berbanding dengan komunikasi lisan.
Misalnya, seseorang guru besar mahu mengadakan mesyuarat guru secara
tergempar pada sebelah petang untuk membincangkan masalah disiplin murid –
murid yang semakin merosot di sekolah. Dengan menulis beberapa ayat pada
surat pekeliling dan dengan bantuan pembantu pejabat, surat pekelilinag itu
diedarkan kepada semua guru untuk dibaca dan ditandatangani sebagai bukti
mesej berkenaan telah diterima dan difahami.

Antara bentuk komunikasi bertulis yang biasa digunakan dalam bidang


pendidikan ialah borang – borang tuntutan, memo, surat pekeliling, surat rasmi,
kertas kerja, laporan, surat berita, notis dan lain – lain. Komunikasi bertulis
mempunyai kebaikan dari segi mesejnya yang boleh dibaca berulang kali jika
penerima mesej mahu meneliti mesej itu secara mendalam. Masalahnya pula
ialah mungkin terdapat penerima mesej yang menyalahtafsirkan perkataan itu
dengan maknanya yang berbeza.

PENULISAN MINIT MESYUARAT


Tanggungjawab menulis minit mesyuarat begitu penting dilakukan kerana
minit mesyuarat akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Berhubung
dengan format minit mesyuarat, tidak ada keseragaman dalam menulisnya.
Lazimnya, format minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan
perlu kelihatan kemas dan teratur. Penyediaan minit mesyuarat perlulah
mengambil kira hal – hal berikut :

1. Butiran tentang mesyuarat


(a) Nama mesyuarat
(b) Bilangan kali diadakan
(c) Tarikh
(d) Masa
(e) Tempat

2. Dokumen
Bahan bertulis untuk dibincangkan atau dijadikan bahan rujukan utama
(jika ada)
3. Senarai kehadiran
Senarai lengkap ahli yang hadir sangat perlu untuk pengesahan minit
pada masa yang akan datang dan memerlukan pandangan mereka sama
ada sah atau sebaliknya minit itu.

4. Agenda
Atur cara perkara yang akan dibincangkan

5. Isi minit mesyuarat


(a) Kehadiran ditulis mengikut susunan seperti yang berikut :
Hadir – senarai nama ahli yang hadir dengan mencatatkan
jawatan mereka
Turut hadir – senarai nama yang hadir sebagai pemerhati atau
Undangan atau undangan khas (bukan akhi
jawatankuasa)
Tidak hadir – senarai nama ahli yang tidak hadir (beralasan atau
tidak)
(b) Kata alu – aluan daripada pengerusi mesyuarat
(c) Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu
(d) Pindaan minit (jika ada)
(e) Perkara – perkara berbangkit
(f) Agenda – agenda yang ditetapkan dan hal – hal lain
(g) Ucapan penutup oleh pengerusi
(h) Lampiran (jika ada)
Setiausaha perlu mencatat minit (rekod yang tepat dan ringkas tentang
perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat) dalam setiap mesyuarat :
1. Minit perlu dicatatkan untuk mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat
agung tahunan.
2. Minit tidak perlu dicatat dalam sesuatu mesyuarat awam, perdebatan atau
perbincangan.

Terdapat beberapa cara untuk mencatat minit :


1. Membuat catatan semasa mesyuarat sedang berjalan, kemudahan
merekodkannya semula dengan segera.
2. Minit harus ringkas dan padat dengan merekodkan keputusan akhir
mesyuarat itu.
3. setiap pahat perkataan tentang ketetapan dan pindaan hendaklah dicatat
sepenuhnya bersama – sama nama pencadang dan penyokongnya.

CIRI – CIRI MINIT MESYUARAT

1. Penulisan minit mesyuarat hendaklah ringkas, tepat dan padat kerana


laras bahasa bersifat formal. Formal bermaksud menerimaan yang
menggunakan kata dan ungkapan bahasa rasmi. Misalnya :
(a) BETUL : memandang bahawa ........ maka ........
SALAH : kerana, oleh sebab, atau sebab
(b) BETUL : berbangkit daripada
SALAH : oleh itu
(c) BETUL : beliau berpendapat .........
SALAH : beliau berfikir ........

2. Semasa menulis minit mesyuarat, ayat – ayat yang digunakan perlu


menggambarkan keputusan yang dibuat berdasarkan persetujuan ahli –
ahli mesyuarat. Misalnya :
Mesyuarat telah bersetuju menerima .......
3. Gaya bahasa minit mesyuarat juga berbentuk ungkapan yakni kata – kata
tertentu yang dijadikan ungkapan khusus.

Contoh : ungkapan pengesahan atau disahkan diikuti tanpa sebarang


pindaan.
Minit mesyuarat yang diadakan pada 10 Ogos 2009 telah disahkan tanpa
sebarang pindaan.

Contoh : ungkapan mengesahkan atau disahkan diikuti dengan pindaan.


Minit mesyuarat yang diadakan pada 10 Ogos 2009 telah disahkan
dengan pindaan yang berikut ...............

Contoh : sekiranya pindaan pasti ada pembetulan dan penggantian.


Gantikan dengan ..........

Contoh : ungkapan yang sering digunakan untuk melaporkan


perbincangan semasa mesyuarat.
Mesyuarat telah membahaskan isu tersebut dengan serius dan dalam
suasana tegang ..........
Mesyuarat telah membincangkan perkara berkenaan dengan panjang
lebar ...

Contoh : ungkapan yang digunakan untuk melaporkan perbincangan


menyusul berupa tindakan.
Mesyuarat mengusulkan pihak terbabit meneliti semula tawaran yang
dikemukakan.
Mesyuarat mencadangkan pihak berkenaan mengkaji hal tersebut dengan
teliti.
Contoh : sesuatu ketetapan mesyuarat dilaporkan dengan ungkapan –
ungkapan
Mesyuarat bersetuju menerima usul yang dikemukakan
Mesyuarat bersetuju tidak meluluskan permohonan penduduk kampung

Contoh : ayat dalam bahasa minit mesyuarat berbentuk ayat berlapis iaitu
satu ayat utama dan ayat tambahan yang digabungkan dengan ungkapan
seperti berikut
Mesyuarat bersetuju bahawa semua peserta yang menghadiri bengkel
penulisan cerpen ini diberi sijil penyertaan

4. Dalam hal – hal yang perlukan tindakan, nama atau jawatan orang yang
dipertanggungjawabkan perlu dicatat.

5. Waktu ditangguhkan mesyuarat perlu dicatatkan dalam minit mesyuarat


dan perlulah digunakan ungkapan ditangguhkan bukan ditamatkan.

6. Pada bahagian akhir atau penutup mesyuarat, hendaklah dicatatkan


nama dan jawatan orang yang akanmengesahkan minit itu, iaitu
pengerusi dengan persetujuan ahli – ahli mesyuarat.

Disediakan oleh : Disediakan oleh :


t.t t.t
........................... .............................
(Nama penuh) (Nama penuh)
Setiausaha Pengerusi
CONTOH 01

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE EMPAT TAHUN 2006


SMK BERANGAN, TUMPAT, KELANTAN

TARIKH : 25 MEI 2009

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN SRI BERANGAN

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG


(Tn Hj Alias b. Jaafar)
- Salam dan ucapan kesyukuran . Alu- aluan kepada jemputan , ibu
bapa, guru- guru dan hadirin sekalian
- Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana dapat mengatur
mesyurat pada kali ini.
- Beliau memberitahu bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke 4 ini akan
dirasmikan oleh Drs Suhaili b. Hussin , Pengarah Jabatan Hal Ehwal
Khas Negeri Kelantan (JASA)
- Tiada perlantikan AJK PIBG yang baru untuk tahun . Antara AJK
PIBG yang dikekalkan ialah:

AJK Wakil Ibu Bapa


1. Tn Hj Abdullah b Daud
2. En Maliki b Ahmad
3. En Wan Mohd Azami b Yaacob
4. En Nik Hassan b Wan Ahmad
5. En Deraman b Hussin
6. En Abd Rashid b Mat Amin
7. Tn Hj Jaafar b. Ali
8. En Ismail b Deris
9. Pn Hjh Zaudah bt Yusoff
10. Pn Norizan bt Hamat

AJK Wakil Guru


1. En Anuar b Musa (Kaunselor)
2. Pn Manirah bt Hassan (Kanselor)
3. En Marzuki b Abdullah
4. En Alias b Ismail
5. Pn Rabiatul Adawiah bt Abdullah
- Dengan adanya wakil- wakil PIBG ini akan dapat menjadi
perantaraan dalam hubungan antara ibu bapa, guru- guru dan anak-
anak sama ada di dalam dan luar sekolah
- Pendidikan anak- anak mesti diutamakan dalam semua aspek demi
kepentingan dan kesejahteraan masa depan mereka. Ilmu amat
penting bukan hanya untuk mendapatkan sebarang pekerjaan tetapi
untuk kegunaan dalam kehidupan hari- harian
- Beliau memberitahu pada peringkat SPM pihak Kementerian
Pelajaran telah menawarkan sebanyak104 mata pelajaran. Bagi
menampung kecemerlangan pelajar- pelajar sebuah universiti
tempatan akan ditubuhkan iaitu Universiti Darul Naim
- Bagi pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke
tingkatan 6 sebanyak 75 buah sekolah yang menawarkan sesi pra
universiti ini termasuklah aliran sastera dan sains.
- Beliau meminta ibu bapa supaya memberi perhatian yang lebih
kepada anak- anak kerana dewasa ini ramai remaja yang terlibat
dalam aktiviti yang tidak bermoral.Sekian.

2. Membentang / Meluluskan Laporan Tahunan 2005


( En Wan Ahmad Khairuddin b Wan Abdullah- Setiausaha PIBG)
- Ucapan alu- alauan kepada YDP PIBG, Pentadbir , AJK PIBG dan ibu
bapa yang hadir pada pagi ini.
- Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan 2005 untuk disahkan
Disahkan oleh : En Ahmad Nordin b Mat Nawi
Disokong oleh : Pn Asiah bt Hamzah

3. Perkara Berbangkit
3.1 En Ahmad Nordin bin Mat Nawi
- Meminta pihak sekolah memaklumkan tentang yuran tuisyen PMR dan
SPM sama ada termasuk dalam budjet PIBG
Respon Bendahari PIBG
- Segala yuran tuisyen tidak termasuk dalam budjet PIBG
3.2 Kumpulan diskus adakah diseliakan oleh guru pembimbing kerana
bimbang tentang keselamatan anak- anak
Respon Pengetua
- Kelas tambahan hanya untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 sahaja. Mana-
mana ada kumpulan perbincangan pelajar adalah atas usaha pelajar
itu sendiri. Untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini
diminta agar ibu bapa pantau anak- anak dan jika perlu boleh
berbincang dengan pihak sekolah
3.3 Kehadiran bapa dalam majlis ini kurang 50%.
Respon YDP PIBG
- Terima kasih atas keperihatinan perkara ini. Kebanyakkan bapa
bekerja dan tidak dapat cuti
3.3 Surat panggilan ke mesyuarat ini terlalu lewat untuk ibu bapa
Respon YDP PIBG dan Pengetua
- Pihak AJK memohon maaf atas kelewatan surat panggilan ini
disebabkan masalah kekangan masa dan pelbagai aktiviti dan pihak
kami akan memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi

4. Membentang / Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Dis


Dibentang oleh Bendahari : En Hamdan b Awang Ngah
Disahkan oleh : Pn Norizan bt Awang
Disokong oleh : Pn Nik Kamariah bt Nik Hassan
- Perkara Berbangkit
4.1 En Ahmad Nordin bin Mat Nawi
- Memaklumkan tentang pegurusan kewangan yang menarik. Beliau
meminta
agar segala perbelanjaan disertai bil pembayaran. Sekiranya perlu
perbelanjaan
boleh diminimumkan mengikut keperluan.

5. Hal –hal lain


5.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (En Ahmad b Abdul Rahman)
- Beliau mengalu- alukan kehadiran ibu bapa kemajlis pada hari ini
- Beliau memaklumkan tentang beberapa masalah disiplin pelajar
termasuklah berkenan dengan ponteng sekolah.
- Ramai pelajar yang tidak hadir terus ke sekolah, datang lewat ,
ponteng kelas dan sebagainya
- Situasi ini sering dilakukan oleh pelajar yang bermotosikal.
- Selain daripada itu, terdapat juga pelajar ponteng kelas tambahan
siang atau malam terutamanya pelajar- pelajar tingkatan 3 dan 5.
Meminta supaya ibu bapa memastikan anak-anak berada dirumah
selepas jam 4.30 petang kerana kelas tambahan tamat selepas waktu
tersebut

6. Ucapan Penangguhan
- Sekali lagi pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
ibu bapa yang hadir pada hari ini dan berharap agar kaum bapa lebih
ramai lagi pada masa akan datang
- Pengerusi juga meminta kerja sama dikalangan ibu bapa atau
penjaga supaya mengambil berat tentang akademik dan sahsiah
anak- anak agar dapat melahirkan genarasi yang berilmu dan
berakhlak mulia.
- Sekain, wassalam.

Mesyuarat ditangguhkan jam 10.25 pagi


CONTOH 02

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 4


SMK BERANGAN, TUMPAT

1. Ucapan Tuan Pengetua SMK Berangan


(Tn Hj Sahiful Bahari b Abdul Rahman)
- Beliau mengucapkan alu- aluan dan ribuan terima kasih kepada atas
kehadiran perasmi jemputan sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke
4 SMK Berangan iaitu YABrs Drs Suhaili bin Husin iaitu Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Kelantan (JASA), Yang Dipertua
PIBG, AJK PIBG, guru- guru dan ibu bapa.
- Beliau juga mengharapkan dengan kehadiran YABrs Drs Suhalili akan
dapat memberi suntikan untuk kejayaan anak- anak.
- Sepintas lalu tentang keputusan peperiksaan SPM 2005:
• Pencapaian keseluruhannya ialah 95.1% . Pencapaian yang
cemerlang berdasarkan kepada mata mata pelajaran Bahasa
Melayu mengikut persijilan terbuka
• Pada peringkat PPD Pasir Mas / Tumpat, SMK Berangan
menduduki tempat ke 15 daripada 27 buah sekolah
• Mata pelajaran yang mencapai tahap kecemerlangan 100% iaitu
Biologi, EST dan Pendidikan Seni Visual.
• Senarai pelajar yang cemerlang sila rujuk buku program
• Seramai 69 pelajar yang ditawarkan ke tingkatan 6 sastera dan
seramai 5 pelajar ke aliran sains
- Keputusan Peperiksaan PMR 2005
• Pada peringkat PMR keputusan keseluruhan ialah 56.6 %
• Menduduki tempat ke 18 daripada 26 buah sekolah menengah
di peringkat PPD Pasir Mas / Tumpat
• Pencapaian gred Purata Sekolah berada ditangga ke 10
- Berikut adalah program- program yang telah dijalankan untuk
menjana kecemerlangan pelajar- pelajar
• Mengadakan kelas tambahan dalam cuti
• Mengadakan kelas tambahan waktu siang ( 2.30 – 4.30 ptg) dan
malam ( 8.00 – 10.00 mlm).
• Bagi kelas malam peringkat PMR ialah RM 70 dan SPM RM 80.
• Mengadakan kem kecemerlangan akademik SPM dan PMR
- Pengetua juga meminta ibu bapa dapat menghantar dan mengambil
anak- anak yang belajar kelas malam bagi mengelakkan sesuatu
yang tidak diingini
- Beliau juga menekankan beberapa masalah disiplin yang timbul tetapi
masih terkawal seperti datang lewat ke sekolah walau pun berbasikal
atau bermotor sikal, membawa telafon bimbit , ponteng sekolah dan
kelas .
- Masih ramai pelajar yang tidak menjelaskan yuran persekolahan,
kelas tambahan siang atau malam. Diharap ibu bapa dan penjaga
lebih perihatin tentang isu ini.
- Sekali lagi pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada
perasmi jemputan, AJK PIBG dan ahli- ahli PIBG yang menderma
bagi menampung tabung dana PIBG SMK Berangan

2. Ucapan Yang Dipertua PIBG


(En Alias b Jaafar)
- Beliau mengucapkan alu-aluan atas kehadiran perasmi jemputan
YABrs Drs Suhaili b Hussin.
- Beliau juga menekankan betapa pentingnya ilmu Pendidikan untuk
anak- anak sama ada untuk dunia dan akhirat.
- Beliau juga menyarankan agar setiap rumah menpunyai sebuah
komputer untuk bersaing dalam ledakan ilmu teknologi maklumat dan
komunikasi . Walau pun begitu penggunaan harus terkawal supaya
tidak disalahgunakan oleh anak- anak.
- Ibu bapa perlu memberi Pendidikan Agama kepada anak- anak
sebagai asas dalam kehidupan harian mereka kerana dewasa ini
pelbagai masalah yang timbul dan pelbagai cabaran yang luas
terpaksa dihadapi.
- Beliau juga mengharapkan agar ada diantara anak- anak yang akan
berjaya kemenara gading.

3. Ucaptama Perasmian Penutup Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 4


(YABrs Drs Suhaili b Husin)
- Beliau berasal dari Kampung Menjual berasa sangat bertuah kerana
dijemput hadir kemajlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Berangan
- Beliau mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat
hadir untuk menunaikan tanggung jawab kepada anak- anak
tempatan.
- Beliau menyatakan bahawa sekarang ini kebanyakkan ibu bapa lebih
menyerahkan tanggung jawab mendidik anak- anak kepada pihak
sekolah
- Dengan adanya PIBG ini akan dapat menjadi pautan antara ibu bapa
dan sekolah untuk mengetahui matlamat dan perkembangan
akademik anak- anak.
- Sekarang ini kalau dilihat dari isu semasa terdapat ramai remaja
khususnya dikalangan pelajar sekolah yang terlibat dalam gejala yang
kurang sihat seperti menghisap rokok, vandelisme, gangster, kongsi
gelap , peras ugut dan sebagainya.
- YABrs Drs Suhaili b Husin juga mengenang kembali sejarah
penubuhan SMK Berangan dan mengucapkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada tokoh- tokoh yang terlibat .
- Beliau juga mengemukakan isu tentang masyarakat yang masih
kurang menguasai 2M iaitu sebanyak 162 ribu orang. 42 ribu
daripadanya terdapat di Semenanjung Malaysia.
- Ini menunjukkan kegagalan ibu bapa dalam memberi pendidikan yang
sempurna kepada anak- anak .
- Kalau dilihat diperingkat dunia , sekarang ini masyarakat dunia lebih
mngejar kemajuan tetapi kita masih lagi gagal menguasai membaca
dan menulis
- Kalau mengikut contoh orang India, mereka mensasarkan dalam satu
keluarga mesti ada dikalangan anak- anak mereka yang menjadi
doctor atau peguam. Jadi kita perlu mengambil contoh ini sebagai
satu pengajaran untuk bersaing hebat dalam mengejar ilmu .
- Kita sebagai seorang Islam harus menyahut cabaran dan
bertanggung jawab dalam memperkasakan ilmu ini.
- Pendidikan agama adalah wajib diberikan kepada anak- anak untuk
menyahut cabaran akan datang.
- Terdapat anak-anak yang tidak mengenal alif, ba, ta. Ini bukan hanya
tanggung jawab sekolah tetapi semua pihak harus memainkan
peranan dalam merealisasikan perkara ini.
- Sekali lagi beliau memohon kerjasama dan keperihatinan daripada ibu
bapa agar sama- sama berganding bahu melahirkan generasi yang
cemerlang dan gemilang
- Akhirnya beliau akhiri ucapannya dengan menyerahkan sumbangan
peribadinya berjumlah RM1000 untuk kecemerlangan PMR dan SPM
- Dengan lafaz Bismillah hirahmanirahim beliau akhiri masjli penutupan
rasmi Mesyuarat Agung PIBG SMK Berangan kali ke 4.

Majlis bersurai jam 11.30 pagi


CONTOH 03

Minit Mesyuarat Tahunan


NADI FSKTM 2009
Bil 02/09

Tarikh : 6 Januari 2009


Masa : 3.00 pm
Tempat : Dewan Kuliah 1

Kehadiran : Sila lihat maklumat kedatangan terlampir

No Minit Perkara Tindakan


1. Pembukaan mesyuarat
Kata – kata aluan dari pengerusi, En Nizam
Ayub kepada semua ahli yang hadir

2. Pembentangan aktiviti – aktiviti tahunan


2008
Pembentangan oleh En Nizam Ayub telah
melaporkan aktiviti – aktiviti yang sudah
dijalankan termasuk laporan kewangan yang
berakhir pada 2008

3. Sesi pengenalan ahli majlis tertinggi baru


NADI FSKTM untuk tahun 2009

Penghulu barunya iaitu En. Nor Badrul Anuar


Jumaat telah diperkenalkan bersama dengan
ahli majlis tertingginya yang terdiri daripada
Setiausaha : Pn. Azah Anir Nordin
Bendahari : Pn. Wan Saripah Wan Sulaiman

4. Perlantikan AJK baru NADI FSKTM


Perlantikan AJK baru untuk melengkapkan
majlis tertinggi .
AJK Baru
j/k sukan
En. Herman Shah Ramli
Cik Norzainariah Md Zaid

j/k kebajikan
Pn Suraya Hamid
Cik Noraisah Abd latiff

j/k tugas – tugas khas


En Por Lip Yee
Cik Su Moo Ting

5. Perbincangan aktiviti – aktiviti untuk


tahunan 2009

Aktiviti – aktiviti dari tahun 2008 yang telah


dikekalkan ke tahun 2009:
1. Gotong – royong dan jamuan teh
(dijalankan 2 kali setia tahun)
2. Jamuan kongsi raya
3. Minggu interaktif
4. pertandingan boling

Aktiviti – aktiviti baru yang diterima untuk


dimasukkan ke dalam senarai bagi tahun 2009
1. Klinik/ ceramah / bengkel untuk anak –
anak staff yang akan menduduki
peperiksaan UPSR, PMR dan SPM
2. Lawatan ke rumah kebajikan (anak-
anak yatim dan orang tua)
3. Sesi motivasi pelajar FSKTM

6. Hal – hal lain

1. Hal kewangan : semua ahli diminta


dapat melangsaikan bayaran bulanan
kepada hari bendahari baru bagi
membolehkan aktiviti dijalankan dengan
jayanya. Bayaran bagi setiap staff
akademik RM5.00 untuk setiap bulan
dan RM3.00 bagi staff sokongan.
2. Ahli – ahli juga telh menyuarakan
supaya menjalankan aktiviti “revenue
generation” untuk menambahkan
sumber kewangan bagi membolehkan
aktiviti – aktiviti kebajikan dapat
dijalankan dengan jayanya.

Mesyuarat Tahunan NADI FSKTM telah ditamatkan pada jam 4.30 ptg.

Disediakan oleh : Disediakan oleh :

.................................... ....................................................
AZAH ANIR NORMAN NOR BADRUL ANUAR JUMA’AT
Setiausaha NADI FSKTM Penghulu NADI FSKTM
CONTOH 04

Minit Mesyuarat Mei 09/ Bil 01


Mesyuarat Hal Ehwal Akademik (HEA)

TARIKH : 04.05.2009
MASA : 5.00 ptg – 6.00 ptg
TEMPAT : Conference Room, Kolej
KEHADIRAN :

1. Pn. Nazirah 4. Cik Nadia 7. En. Nashrul

2. Cik Isma 5. Cik Sharifah


3. Cik Shiqin 6. Cik Sarah

BIL PERKARA TINDAKAN/CATATAN


1.0 Ucapan Ketua HEA

1.1 Kata – kata aluan


2.0 Agenda Mesyuarat
1.Senarai Semak

Laporan progress SPECIAL PROJECT – Ketua  Setiap jabatan perlu


Jabatan/Ketua Kursus – hasil & laporan menghantar laporan berkaitan
projek yang telah dijalankan
kepada HEA untuk simpanan
rekod
Laporan Hari Portfolio
 Semua berjalan lancar, Jabatan
yang terlibat GE, Arketek, Beauty
dan Biotek

Laporan pelajar tidak ambil slip-status exam Mei 09


 Semua pelajar sem 1 telah
menganbil slip exam, terdapat
segelintir pelajar yang repeat
paper yang tidak mengambik slip
exam
Status Latihan Industri pelajar – tarikh keluar result
untuk keluarkan skrol etc
 Tarikh taman Latihan industri
sehingga 08.05.2009 (Jumaat)
Aktiviti HEA kepada pelajar & pensyarah

 Setiap Jabatan perlu


menghantar kepada HEA
berkaitan aktiviti yang telah
dirancang selama 1 semester
Status Permit Mengajar yang akan datang.
 Borang status permit mengajar
Laporan penilaian pelajar-pensyarah telah diserahkan kepada Pn Aini

Persediaan semester depan

 Telah disiapkan oleh


Renewal program koordinator

 Semua lacera perlu buat dan KJ


perlu memantau

 Tiada

2. Hal-hal lain  Biotek - terdapat student sem


1 yang tangguh sem (wetlwn
moseh)
 Beauty - pelajar bermasalah
yang tidak hadir ke kelas
(Nurhidayu)
 Const - status pelajar yang
tidak dapat diketahui (Syazmi,
Muzaimi, Hibatullah) (Norazwin –
TL)
 GE - status bagi studen
(Habibullah) repeat mate x ambil
slip (Aisah & hasnizam)
RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Wan Som Mamat (1995). Bahasa Melayu bahasa
dalam komunikasi dan proses komunikasi. Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Petaling Jaya. Selangor.

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (2002). Bahasa Kebangsaan.
Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Petaling Jaya. Selangor.

Majlis perasmian penutupan mesyuarat agong PIBG kali ke 4 SMK Berangan,


Tumpat. Diperolehi pada 13 September 2009 di laman
http://pibg.smkberangan.com/minitmesyuarart.html