Anda di halaman 1dari 3

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional.

Tarian ini
ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan Islam. Ciri kejawaan itu jelas
pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu
mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini
diperkenalkan oleh pendakwah islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar
datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan
menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.

Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang
berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti
seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang
yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda
kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua
gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal
permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk
memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan
majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang
larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci
penarinya atau akan menimpa musibah.

Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang
mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15.
Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo
menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk
menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar
dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang
berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak
langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang

Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk
Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman
yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam
atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga 15 orang penari.


Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada peringkat
awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali
untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis
keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang
kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Terdapat berbagai
pendapat mengenai asal usul tarian ini.
 

Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di
Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan
pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di
sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam
peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi
menggantikan kuda sebenar.Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan
dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah
tarian kuda kepang.

Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor
kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari
kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan. Menurut
kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara
khas perlu dilakukan sebelum bermain. Jika ia gagal dilakukan mungkin sesuatu yang
tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya. Upacara ini bermula
dengan istiadat memuja roh. Setelah itu bomoh akan menjampi untuk istiadat membuka
gelanggang yang biasanya berukuran 40m x 60m.

Bomoh juga akan menyediakan sajian untuk penunggu. Sajian itu ialah kelapa,
beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih, padi, telur dan
bunga rampai. Bilangan minima penari ialah sembilan orang dan maksimanya 15 orang.
Penari-penari ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja. Tarian dicipta oleh guru
yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah
tarian Sola, Selendang,Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan
sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.

Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat
beberapa orang penari akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat.
Mereka yang "naik syeikh" ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat
dilakukan dalam keadaan siuman. Umpamanya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki,
meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, juga mengupas kelapa
dengan gigi. Semasa penari-penari sedang "naik syeikh" , bunyi-bunyian pengiring penari
akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain
bunyi-bunyian tersebut.

 
Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal,
bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka
ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap.Setelah itu mereka akan
pulih dalam keadaan letih lesu. Adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan, tarian kuda
kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk
hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.

Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu tempat
khusus.Jika diletakkan di sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan mengamuk dan
merosakkan pertunjukan-pertunjukan yang akan datang. Alat bunyi-bunyian yang sering
mengiringi tarian kuda kepang ialah angklong (alat utama), gendang, gong ( berbentuk
bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih kecil), jidor ( seperti
rebana besar), soron kecil (dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan
lekuk seperti ruas buluh) dan bonang (dibuat dari tembaga,ditengahnya bonjol bulat kira-
kira lapan garis pusat). Bagaimanapun tidak semua alat ini digunakan dalam satu-satu
tarian. Pemilihannya terletak kepada budi bicara kumpulan-kumpulan berkenaan .Bentuk
pakaiannya pula terserah kepada kehendak kumpulan tetapi ia hendaklah seragam.

Anda mungkin juga menyukai