Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan Teknik Pengajaran Bahasa.

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau


strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama
dengan pendekatan yang dianuti.

Semasa menyampaikan pengajaran didalam kelas, guru harus boleh memilih


dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah
berasaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu
pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, teknologi pengajaran dan sebagainya. Ia
bukanlah seharusnya lahir daripada gerak hati atau intuisi guru sahaja. Jika sedemikan
halnya, tentulah teknik pengajaran yang digunakan oleh guru itu kurang berkesan.

Dalam pengajaran bahasa Melayu, sememangnya terdapat pelbagai cara dan


teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya, namum
begitu, tiada satu teknik pun dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua
keadaan, atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Teknik yang digunakan harus
bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta bahan pengajaran
yang hendak disampaikan.
Teknik pengajaran bahasa mempunyai beberapa objektif. Diantaranya ialah :

1. Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang lebih menarik


minat murid-murid untuk mengekalkan pemerhatian serta mencungkil rasa
ingin tahu mereka.
2. Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran
yang ingin dipelajari dengan mudah dan berkesan.

Teknik pengajaran yang dimaksudkan disini ditakrifkan sebagai cara atau alat
yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Salah satu dari teknik
pengajaran bahasa ialah drama.

Jenis-Jenis Drama

1. Main peranan.
2. Simulasi
3. Teater Bercerita
4. Improvisasi
5. Pentomin
6. Boneka dan Wayang Kulit
7. Mimos
8. Mestamu

Kesan Positif Penggunaan Bahan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Menurut Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), penggunaan bahan sastera
yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan keindahan dari segi persembahan dan
bahasanya bukan sahaja dapat memperkaya para relajar dengan ilmu pengetahuan
tentang hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi juga dapat menolong
mengembangkan daya pemikiran pelajar ke tahap yang kritis dan analitis.
Dalam konteks perbincangan ini, penulis akan menyentuh berkenaan
penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Bahan sastera yang ditumpukan dalam perbincangan ini ialah drama.
 
            Perkataan drama berasal daripada perkataan ‘dran’ (bahasa Greek Kuno) yang
bermaksud ‘melakukan’ atau ‘melakonkan’. Drama juga dapat didefinisikan sebagai
karangan yang berbentuk prosa dan puisi yang menampilkan persoalan kehidupan
dengan gerak. Selain itu, drama juga boleh dianggap sebagai seni yang mencerminkan
realiti kehidupan. Aristotle (ahli falsafah Greek ) berpendapat bahawa drama ialah
peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran.  Menurut
The American Colledge Dictionary dalam kertas kerja seminar Bengkel Penggunaan
Bahan Rujukan Dalam Pengajaran & Pembelajaran, drama merupakan karangan prosa
dan puisi yang menyajikan dialog atau pantomimim atau cereka yang mengandungi
konflik untuk dipentaskan. Sebagai satu cabang sastera, drama mengandungi
komposisi pelbagai seni (seperti seni lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni
tari).
 
            Berbanding dengan genre prosa yang lain, drama dihasilkan bukan hanya untuk
dibaca, tetapi sesebuah drama akan lebih bermakna dan dihayati apabila dipentaskan.
Drama boleh dinikmati oleh individu sebagai bahan bacaan yang dipanggil skrip,
dinikmati sendirian dan perlu digarap sebelum dipentaskan.Dalam sesebuah naskhah
drama, seorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum tentang sesuatu
situasi atau latar di antara dialog-dialog yang disampaikan. Ini disebabkan sifat
sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog, pengarang menyampaikan pemikiran
atau sesuatu gagasan melalui dialog pelaku-pelaku (watak-watak) yang berinteraksi
dalam sesebuah drama.
 
Menurut Omar Mamat(1995), drama ditakrifkan sebagai cerita mengenai
kehidupan dan sebagainya yang dilakonkan. Setiap drama melibatkan penyatuan
aktiviti, iaitu antara gerak laku, pertuturan dengan pemikiran yang berlaku secara
menyeluruh. Menurut beliau lagi, gabungan segala kemahiran dalam kehidupan pelajar
merupakan input yang baik untuk menghasilkan satu bentuk atau suasana pengajaran
pelbagai ilmu terutamanya dalam pengajaran bahasa.
 
            Peranan drama itu sendiri selain merupakan gambaran peniruan kepada
kehidupan yang sebenar ia juga dapat mengajar dan mendidik seseorang individu
menjadi berani. Menurut Kalam Hamidi (2003), kanak-kanak sering diminta oleh
gurunya melakonkan watak haiwan seperti arnab, katak, ayam atau kucing. Mereka
melakonkan cerita kanak-kanak yang digemari oleh  kebanyakan kanak-kanak. Dengan
melakonkan watak-watak tersebut selalu, lama kelamaan kanak-kanak akan menjadi
lebih berani, tidak malu, tidak gentar dan berasa biasa sahaja ketika berada di hadapan
orang ramai.
 
            Menurut Omar Mamat (1995), pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan teknik drama mampu menggunakan beberapa unsur yang sesuai dalam
pengajaran bahasa, antaranya:
i)  Vokal : Unsur ini adalah latihan pernafasan dan vokal untuk meletuskan bentuk
pengucapan, pertuturan yang jelas, betul dan tepat. Hal ini sering menjadi
masalah kepada pelajar yang sukar menyatakan sesuatu penyebutan yang baik.
 
ii)  Pengucapan dialog: Ini merupakan latihan pertuturan yang menekankan
beberapa aspek laras bahasa, intonasi dan gaya pengucapan yang betul dan
sesuai dengan latar situasi dalam kandungan sesuatu dialog itu. Contohnya,
situasi orang marah, situasi emak memberikan nasihat kepada anak, dan lain-
lain lagi.
 
iii) Unsur ekspresi: Unsur ini memberikan latihan kepada pelajar untuk melahirkan
pertuturan yang sesuai dengan gaya atau mimik muka. Sebagai contoh, mimik
muka orang yang riang, berduka, bersedih dan pelbagai mimik muka yang lain.
Pelajar dapat meramal atau meneka mimik tertentu dan membayangkan
bagaimana pertuturan atau bahasa yang akan diucapkan oleh orang yang
berada dalam situasi atau keadaan tertentu.
  Menurut beliau lagi, melalui drama pelajar akan didedahkan kepada pemelajaran
secara tidak langsung iaitu melalui aksi. Pelajar diberi peluang bermain dengan gerak
badan yang bermakna. Misalnya, melalui lakonan bisu, pelakon akan menggayakan
tangan mereka untuk makan, pelajar akan menyebut perlakuan pelakon itu. Melalui
drama juga, pelajar dapat mempelajari gabungan pelbagai seni seperti seni muzik, seni
lukis, seni reka cipta dan seni penulisan skrip. Semua kemahiran ini dapat diterapkan
melalui aktiviti bernyanyi, berpantun, bersyair yang semuanya menjurus kepada
kemahiran berbahasa. Melalui teknik berdrama juga, pelajar didedahkan kepada cara
berkomunikasi yang berkesan dan bermakna dan mengikut situasi yang tertentu.
 
            Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh
melalui penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Antaranya termasuklah
seperti yang berikut:
 
1. Memberikan keseronokan kepada pelajar. Ini adalah kerana karya sastera itu
adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian tentang hal-hal yang aneh
dan ajaib yang telah disusun dalam keselarasan yang jitu dan sekali gus
menyeronokkan pelajar kerana kelucuannya.
 
2. Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut
peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran
pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat
pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan.
   
Menurut Subadrah Nair (1989:135) pula, penggunaan bahan-bahan sastera
dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat
membaca di jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab pelajar-pelajar ingin mengetahui
kesudahan sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas, mereka akan
membaca novel, cerpen, drama atau prosa klasik itu dengan penuh minat di
perpustakaan atau di rumah. Dalam jangka panjang, pembacaan yang luas akan
menambahkan kemahiran mereka dalam aspek bacaan dan kefahaman.
 
            Napie Mat dan Noraini Abdullah (ibid), terdapat beberapa kebaikan penggunaan
bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu;
i) Bahan sastera dapat menjadi inspirasi- dapat memupuk dan membina prihatin
manusia kerana bahan sastera menyatakan perasaan dan membawa pembaca
menghayati watak  dalam sesebuah karya sastera.
ii) Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana dengan mempunyai
potensi mendidik, bahan sastera dapat menolong pembaca memahami
kehidupan. Menurut ahli psikologi Bruno Bettelhem, karya sastera dapat
membantu pembinaan sahsiah seseorang.
Iii Bahan sastera juga merangsang pembaca meningkatkan kebolehan empetik dan
kreatif.
iv) Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa. Terdapat interaksi yang
berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan dan lisan.
v) Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan, menenteramkan
keadaan hutu-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif
untuk mengatasi masalah.
           
            Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang ingin diperoleh
seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003),
yang menekan aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, penggunaan
bahan sastera seperti drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
adalah amat bersesuaian.
 
RUMUSAN       
 
            Berdasarkan perbincangan yang diutarakan di atas, dapat kita perhatikan
bahawa penggunaan unsur sastera terutama genre drama dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu mampu meninggalkan kesan yang positif dalam kalangan
pelajar. Kesan ini tidak hanya mampu kita lihat dalam aspek perkembangan psikomotor 
pelajar tersebut tetapi mampu juga meninggalkan kesan yang positif dalam
perkembangan kognitif pelajar tersebut.
 
            Di samping itu, sastera juga mampu mengungkapkan pengalaman seseorang
itu ke dalam bentuk yang lebih kreatif dan imaginatif untuk dihayati oleh pelajar. Oleh
yang demikian, hal ini akan mampu membina modal insan yang seimbang dalam
semua aspek tidak kira jasmani, rohani, emosi mahupun inteleknya selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 
            Keseluruhannya , dapat kita tegaskan di sini, penggunaan bahan sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah sememangnya meninggalkan
kesan yang positif dalam diri pelajar terutama dalam melahirkan modal insan yang
mampu meneruskan kesinambungan tampuk pemerintahan negara pada masa akan
datang.
Rujukan
1. Kamarudin Hj. Husin (1998) SIRI PENDIDIKAN PERGURUAN PEDAGOGI
BAHASA PERKAEDAHAN.
2. http://khirkassim.blogspot.com/2008/05/teknik-p-komsas-pmr-dan-spm.html

Anda mungkin juga menyukai