Anda di halaman 1dari 4

 

MELAKA: "Saya terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba menerpa ke


dalam kereta sebelum terus memandu kerana enjin tidak dimatikan
ketika ayah turun melihat kerosakan akibat dilanggar dari belakang.

"Badan saya menggigil dan dalam keadaan kelam-kabut itu terpaksa


menjerit sekuat hati serta menumbuk bahu lelaki terbabit berkali-kali
sebelum menyuruhnya berhenti," kata pelajar wanita Kolej Universiti
Islam Melaka (Kuim), Norfadzilah Nazirah Ghazali, 18, ketika
menceritakan detik cemas terselamat selepas beberapa minit
dilarikan seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun Toyota
Wish dipandu bapanya, kira-kira jam 6.40 pagi semalam di depan
Ozana Resort di sini.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu dipercayai tidak menyedari dia


duduk di bahagian belakang sebelum terkejut mendengar jeritannya
lalu cuba merampas telefon bimbitnya.

Namun, katanya, dia dapat merampas semula telefon itu selepas


bergelut dan memukul bahu lelaki terbabit yang turut menjerit dan
mengarahkannya supaya terjun dari kereta.
"Tergamam dengan tindakan lelaki itu, saya nekad terjun keluar
apabila lelaki itu memperlahankan kereta dan menyuruh saya terjun,"
katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Duyung, dekat sini,
semalam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia trauma kerana berlaku


pada hari ulang tahun kelahirannya dan sedang menduduki
peperiksaan akhir semesta pertama di Kuim, Kuala Sungai Baru.

Sementara itu, bapanya, Ghazali Md Tion,44, kakitangan Petronas


berkata, dia menyedari sebuah kereta mengekori rapat kenderaannya
ketika memandu di Jalan Bukit Katil berhampiran simpang Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), namun tidak mengesyaki apa-apa.

"Kali pertama saya rasa seperti kereta dilanggar tetapi tidak berhenti
kerana was-was. Saya meneruskan perjalanan dan sebaik tiba di
depan Ozana Resort Bukit Katil, sekali lagi terasa kereta dilanggar
tetapi lebih kuat.
"Saya berhenti untuk memeriksa kereta dan berbincang dengan
pemandu Proton Wira dengan nombor pendaftaran MAU 3632
sebelum lelaki terbabit meminta saya membuat laporan polis atau
menyelesaikan masalah itu di tempat kejadian sebelum dia terus
meluru masuk dalam kereta dan memandu serta melarikan anak
perempuan saya.

"Saya terkejut dan cuba mengejar sebelum tersungkur dan luka di


tangan dan muka," katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, dia cuba mengejar dan


menjerit memanggil nama anaknya manakala Proton Wira yang
dinaiki dua lelaki itu turut mengikut rakan mereka yang melarikan
keretanya yang baru dibeli kira-kira 10 bulan lalu.

"Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak cedera.


Hanya Allah tahu betapa bimbang saya apabila melihat anak
perempuan saya dilarikan.

"Macam-macam perkara buruk terlintas dalam fikiran ketika itu dan


saya tidak kisah hilang kereta kerana lebih penting nyawa anak saya
selamat," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.

Dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh berhubung kejadian


itu.

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati
walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan
(bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol
Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari
makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba


melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana
taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun


keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan.


3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik
menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan
revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya...

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat.
Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di


lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang
bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini


berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;


2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana
stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan
rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita
akan
jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada
kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih
proaktif dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai