Anda di halaman 1dari 4

AnalisIS Keputusan SPM Matematik 2009

1. Perbandingan Keputusan SPM Matematik Mengikut Tahun (2005 – 2009)

Tahun Bil. Calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G % LULUS TH


2005 188 46 10 11 12 12 13 28 23 33
% 24.47 5.32 5.85 6.38 6.38 6.1 14.8 12.23 17.55 82.4
2006 120 13 3 8 6 9 5 16 24 36
% 10.83 2.5 6.67 5 7.5 4.17 13.33 20 30 70
2007 174 19 8 9 12 15 9 18 27 52 5
% 11.24 4.73 5.33 7.10 8.88 5.33 10.65 15.98 29.89 69.23
2008 171 18 11 8 11 12 16 28 35 32
% 10.53 6.43 4.68 6.43 7.02 9.37 16.37 20.47 18.71 81.29
2009 189 35 11 4 7 11 8 25 31 49 8
% 19.2 6.0 2.2 3.8 6.0 4.4 13.8 17.1 27.1 72.9

Merujuk pada jadual di atas, didapati bahawa peratusan lulus pelajar dalam subjek Matematik pada tahun 2008 adalah sebanyak 81.29%.
Peratusan lulus ini meningkat sebanyak 12.06% berbanding pada tahun 2007 dan 11.29% berbanding tahun 2006. Walau bagaimanapun,
peratusan lulus pelajar ini masih lagi rendah sebanyak 1.11% berbanding tahun 2005. Peratusan pelajar yang mendapat gred A juga meningkat
sebanyak 0.99% berbanding dengan tahun 2007. Peratusan pelajar yang mendapat gred B dan C adalah masing-masing dengan 11.11% dan
16.39%. Jika diteliti pada jadual di atas, didapati bahawa penyumbang utama gred pelajar adalah gred E iaitu sebanyak 20.47%. Peratusan gagal
pelajar pada tahun 2008 ini adalah sebanyak 18.71%. Secara kesimpulannya, peratusan lulus bagi subjek Matematik pada SPM tahun 2008
adalah pada tahap yang sangat memuaskan dan diharap peningkatan ini akan terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
2. Perbandingan keputusan SPM Matematik mengikut kelas

Kelas Bil. 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G % LULUS TH


Calon
5 HBS 24 5 4 - 4 3 - 5 3 - -

5 CST 26 11 5 4 2 1 3 - - - -

5 BGV 23 1 2 2 5 2 3 4 4 - -

5 IXR 43 1 - 2 - 4 6 9 10 11 -

5 PTN 25 - - - - 1 2 4 7 11 -

5 ALM 30 - - - - 1 2 6 11 10 -

JUMLAH 171 18 11 8 11 12 16 28 35 32 -
10.53 6.43 4.68 6.43 7.02 9.37 16.37 20.47 18.71 81.29

Merujuk pada jadual di atas, didapati bahawa hanya 3 kelas sahaja yang lulus 100% iaitu kelas 5 HBS, kelas 5 CST dan kelas 5 BGV.
Kelas 5 CST mendapat keputusan yang agak cemerlang dengan sekurang-kurangnya mendapat minimum gred C. Kelas 5 CST memberikan 16
orang murid yang mendapat gred A diikuti oleh 5 HBS (9 orang), 5 BGV (3 orang) dan 5 IXR (1 orang). Penyumbang kegagalan yang
terbanyak adalah dari kelas 5 IXR, 5 PTN dan 5 ALM iaitu denan masing-masing 11 dan 10 orang murid.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan peratusan lulus pelajar:

1. Pelajar yang lulus adalah majoriti pelajar dari kelas aliran sains. Mereka juga mengambil subjek Matematik Tambahan dan ini
memberikan kelebihan kepada mereka dalam kemahiran asas Matematik.
2. Pelajar didedahkan kepada soalan yang berbentuk soalan peperiksaan sebenar semasa membuat latih tubi dan ulangkaji.
3. Bagi kelas yang sederhana dan lemah, guru hanya memberi penekanan kepada topik yang boleh dijawab oleh pelajar.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelajar

1. Pelajar tidak mempunyai asas dan kemahiran yang kukuh dalam pengiraan asas.
2. Pelajar lemah serta tidak memahami maksud istilah Matematik dalam Bahasa Inggeris.
3. Ramai pelajar mengharapkan guru semata-mata tanpa mengambil inisiatif sendiri dalam membuat latihan tambahan demi memajukan
diri.
4. Pelajar kurang faham dengan teknik menjawab soalan dengan betul.
5. Kebanyakkan pelajar yang gagal adalah pelajar yang sangat jarang hadir ke sekolah.
6. Kebanyakkan pelajar yang gagal adalah dari kelas MPV iaitu mereka yang lemah dalam pelajaran.

Strategi-strategi ke arah penambahbaikan

1. Kelas tambahan secara berkala iaitu setiap minggu akan diteruskan dan kehadiran semua pelajar adalah diwajibkan.
2. Program teknik menjawab soalan bagi SPM akan diadakan pada awal tahun.
3. Pelajar perlu diberi latih tubi bagi setiap topik.
4. kelas yang lemah hanya perlu fokus pada soalan-soalan yang boleh dijawab sahaja.
5. Guru-guru hendaklah menghabiskan silibus dalam bulan Julai agar boleh membuat ulangkaji ebih awal sebagai persediaan SPM.

Anda mungkin juga menyukai