Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan Perdagangan Antarabangsa -kebaikan perdagangan antarabangsa boleh dibah

agikan kepada tiga kumpulan, iaitu kebaikan kepada pengguna(1,2,3), kebaikan kep
ada pengusaha(4,5,6,7) dan kebaikan kepada negara(8,9). 1.Memperoleh barang yang
tidak dikeluarkan di dalam negeri -Sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan sem
ua barang kerana terdapatnya pelbagai halangan seperti perbezaan iklim, tanih da
n sebagainya. Oleh itu, perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara mem
peroleh barang yang tidak dikeluarkan oleh negara berkenaan. Misalnya, Jepun yan
g tidak mempunyai gas asli cecair dapat menggunakan sumber tersebut apabila menj
alankan perdagangan antarabangsa dengan Malaysia 2.Menawarkan pilihan yang pelba
gai -Melalui perdagangan antarabangsa, pelbagai jenis barang dapat diimport. Ini
dapat memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna mengikut cita rasa dan k
emampuannya. Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat memilih pelbagai jenis kereta
, sama ada model tempatan atau model import. Pilihan yang luas ini akan meningka
tkan taraf hidup para pengguna. 3.Menikmati barang dengan harga yang murah -Perd
agangan antarabangsa menggalakkan pengkhususan. Pengkhususan meningkatkan kemahi
ran dan kecekapan pengeluaran dan membolehkan pengeluaran barang dikeluarkan sec
ara besar-besaran. Pengeluaran secara besar-besaran ini membolehkan barang dikel
uarkan pada harga yang lebih mudah dan dengan mutu yang lebih baik. 4.Meluaskan
pasaran -Perdagangan antarabangsa membolehkan lebihan penawaran dalam negara die
ksport ke luar negara. Hal ini demikian kerana pasaran antarabangsa adalah lebih
luas berbanding dengan pasaran tempatan. Pasaran yang lebih luas membolehkan fi
rma memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan pendapat
an negara. 5.Menggalakkan penggunaan teknologi -Melalui perdagangan antarabangsa
, pengeluar tempatan boleh mengimport mesin dan alat-alat yang lebih moden untuk
digunakan dalam proses pengeluaran. Kemasukan teknologi moden dapat meningkatka
n daya pengeluaran dan memesatkan perkembangan industri tempatan. 6.Meningkatkan
kecekapan pengeluaran -Apabila sesebuah negara menjalankan perdagangan antaraba
ngsa, maka wujudlah terhadap barang-barang yang dikeluarkan oleh negara berkenaa
n. Persaingan ini akan menggalakkan pihak pengeluar menghasilkan barang yang leb
ih bermutu dengan kaedah pengeluaran yang lebih cekap. Sebagai kesannya, persain
gan dapat menghalang firma monopoli mengenakan harga yang lebih tinggi. Di sampi
ng itu, persaingan boleh juga menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) da
n mempercepat penggunaan teknologi baru. 7.Menambah peluang pekerjaan -Dalam eko
nomi dunia yang sedang berkembang, permintaan terhadap barang eksport sesebuah n
egara akan bertambah dari semasa ke semasa. Ini akan menggalakkan pengeluar dan
pelabur asing untuk membesarkan skala pengeluaran firmanya. Justeru peluang peke
rjaan yang lebih banyak akan dapat diwujudkan serta masalah pengangguran dalam n
egeri akan dapat dikurangkan. 8.Menggalakkan pelaburan -Apabila sesebuah negara
menjalankan dasar ekonomi terbuka, maka negara tersebut dapat menggalakkan kemas
ukan pelaburan asing. Malaysia membernarkan aliran masuk
pelaburan langsung asing (FDI), khasnya dalam sektor Eksport kerana FDI dapat me
mpercepat pertumbuhan ekonomi. Selain itu, Malaysia membenarkan perkongsian ekui
ti dengan pelabur asing seperti yang berlaku dalam industri kereta nasional dan
penerbangan awam. 9.Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang -Perdagangan an
tarabangsa dapat menggalakkan persefahaman dan kerjasam antara negara. Ini dapat
mewujudkan hubungan yang baik dari segi politik, sosial dan kebudayaan antara r
akan dagang.