Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
01. PENDAHULUAN
Kecemerlangan dalam bidang akademik memang menjadi hasrat semua pihak
termasuk ibu bapa, guru, sekolah mahupun para pelajar sendiri. Namun dalam usaha
untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang akademik tersebut, seseorang
pelajar perlulah memiliki jiwa yang kuat dan semangat yang tidak mudah putus asa. Oleh
yang demikian, dalam diri tiap pelajar terutamanya yang diamanah sebagai pemimpin
dalam apa juga bidang perlulah memiliki sifat-sifat dan cirri-ciri kepimpinan sejati dalam
meneruskan keberkesanan sesebuah organisasi.
02. MATLAMAT
Kursus Kepimpinan yang bakal diadakan ini diharapkan dapat melahirkan
generasi yang memiliki sifat-sifat kepimpinan yang mampu menguruskan sebuah
organisasi dengan lebih cekap dan berfungsi sepenuhnya.
03. OBJEKTIF
Diharapkan melalui kursus ini, pelajar
3.1 memiliki semangat kekitaan yang kuat demi memantapkan organisasi yang
dianggotai
3.2 membentuk jati diri yang kukuh demi membina negara
3.3 menyedari tanggungjawab dan amanah yang dipikul di setiap bahu masing-
masing
3.4 dapat membimbing rakan-rakan yang lain agar memenuhi fungsi sesebuah
organisasi.
04. MAKLUMAT AM
4.1 Tarikh : 26 – 27 Mac 2010 ( Jumaat hingga Sabtu)
4.2 Tempat : Perkarangan SMRAJ
07. KEWANGAN
7.1 Sumber
7.1.1 Sekolah – Rakan Muda Sekolah - RM 1410.00
7.1.1 Peserta : 60 orang x RM 5.00 - RM 300.00
JUMLAH RM 1710.00
7.2 Perbelanjaan
7.2.1 Makan minum peserta : 60 orang x RM 18.50 - RM 1100.00
7.2.2 Bayaran penceramah : 2 slot x RM 120 - RM 240.00
09. PENILAIAN
Satu borang soal selidik akan disediakan yang mana akan dilengkapkan oleh
setiap peserta kursus dan juga beberapa orang guru yang terlibat. Borang ini akan
menjelaskan kemungkinan-kemungkinan matlamat dan objektif kursus kepimpinan ini
dapat dicapai. Borang soal selidik ini juga boleh digunakan sebagai penanda untuk
menentukan keberkesanan kursus-kursus lain di masa akan datang.
10. PENUTUP
Diharapkan kursus ini akan dapat dijalankan seperti yang dirancang. Kursus ini
dijangka dapat memberi manfaat yang besar kepada peserta yang terlibat demi
menyiapkan diri mereka sebagai pemimpin sekarang dan di masa depan. Bagi pihak yang
dijangka terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, dipohon memberi
kerjasama agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Disediakan oleh,
Unit Kecemerlangan
SMR Agama Jempol
72100 Bahau.
LAMPIRAN A
Bidang Tugas
1. Penginapan
- menetapkan tempat tinggal peserta mengikut dorm
- memastikan peserta menggunakan kemudahan penginapan dan menjaga tingkah laku
semasa berada di asrama.
- memberikan taklimat semasa pendaftaran peserta
4. Urusetia
- mendaftar semua peserta yang terlibat
- membuat pelaporan (bergambar) dua minggu selepas aktiviti dilaksanakan
- menyediakan sijil, hadiah dan cendera mata (yang berkaitan)
- mengendalikan majlis pendaftaran dan taklimat
5. Kerohanian
- mengendalikan aktiviti kerohanian waktu maghrib dan subuh
- memastikan pelajar berada di tempat yang sepatutnya
- mengenalpasti tenaga luar yang terlibat dan menghubungi pihak berkenaan
6. Majlis Penutup
- Menyediakan tempat acara majlis penutup
- menyusun acara majlis penutup dan menyediakna juru acara majlis
- mengemas tempat selepas majlis selesai