Anda di halaman 1dari 6

Teks Kejohanan Olahraga dan Sukaneka SKKT 2010

Bismillah…
Assalam…..
Salam Hormat
Salam Kasih
Salam Ukhwah
Salam Satu Malaysia…

Yang dihormatidif-dif jemputan, para ibu bapa, guru-guru,


pelajar-pelajar seterusnya warga SKKT yang dikasihi sekalian

Selamat datang diucapkan ke Majlis Temasya Sukan


Kejohanan Olahraga dan Sukaneka Peringkat SKKT bagi sesi
2010.

Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan


izinNya jua sekali lagi kita dipertemukan di majlis Sukan
Tahunan Sekolah kali ke-4 pada tahun ini.

Sukacitanya kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan


penghargaan tidak terhingga di atas kehadiran hadirin hadirat
sekalian bagi memeriahkan lagi temasya sukan kali ini.
Semoga Kejohanan Olahraga pada tahun ini berjaya mencapai
matlamat dan objektif sepertimana yang diharapkan.

Objektif Kejohanan
1. Mencungkil bakat sukan di kalangan murid-murid SKKT.
2. Memupuk semangat kerjasama antara warga SKKT.
3. Melahirkan murid yang berdisiplin dan bersemangat waja.
4. Merealisasikan slogan “Badan Sihat Otak Cergas”.
5. Merapatkan hubungan silaturahim di antara warga SKKT.

ACARA SUKAN (TREK A)

1. Lari 100 m (L) – Tahun 6 13. Lari 30 m (L) -PRA


2. Lari 100 m (P) – Tahun 6 14. Lari 30 m (P) - PRA
3. Lari 100 m (L) - Tahun 5 15. Lari 200 m (L) – Tahun 6
4. Lari 100 m (P) – Tahun 5 16. Lari 200 m (P) –Tahun 5
5. Lari 100 m (L) – Tahun 4 17. Lari 100 m (L) – Tahun 4
6. Lari 100 m (P) – Tahun 4 18. Lari 4 x 25 m (L) – Tahun
3
7. Lari 50 m (L) – Tahun 3 19. Lari 4 x 25 m (P) – Tahun
2
8. Lari 50 m (P) – Tahun 3 20. Lari 4 x 25 m (L) - Tahun
1
9. Lari 50 m (L) – Tahun 2 21. Lari 4 x 100 m (L) –
Tahun 6
10. Lari 50 m (P) – Tahun 2 22. Lari 4 x 100 m (P) –
Tahun 5
11. Lari 50 m (L) – Tahun 1 23. Lari 4 x 100 m (L) –
Tahun 4
12. Lari 50 m (P) – Tahun 1
MENGUMUMKAN
KETIBAAN YG BERBAHAGIA TOH PUAN HJH WAN ZAHARAH
BT WAN YAHYA mewakili YB Dato’ Hj Mohamad b Hj Awang
Tera (ADUN Cukai) merangkap Esco Pembangunan
Usahawan & Koperasi.

Selamat Datang diucapkan kpd Yg Berbahagia Datin dan


terima kasih diucapkan atas kesudian hadir memeriahkan
lagi temasya sukan SKKT sesi 2010.

PERARAKAN PERBARISAN
Hadirin hadirat yang dimuliakan..
Sebentar lagi akan berlangsung perarakan perbarisan
terdiri daripada 4 buah kontinjen atau rumah sukan
membawa bersama bendera rumah sukan dan slogan setiap
kontinjen.

1. Memulakan perarakan perbarisan pada pagi ini kelihatan


dengan membawa bendera kejohanan diketuai oleh
Mohamad Naqiuddin b Mohd Noor (Ketua Murid Lelaki)
diiringi Izyan Atasha bt Azman(Ketua Murid Perempuan)
memegang sepanduk membawa slogan
_____________________________________________________________.

Kuning Cemerlang Gemilang Terbilang,


Warna diraja penaung negeri,
Semangat kental terus berjuang,
Takkan mengalah menyerah diri.

Bertemakan laut, dan kehidupan nelayan, rumah kuning


gagah melangkah mengayuh biduk selaku mascot rumah
kuning. Diketuai oleh Adik Mohd Luqman Nur Hakim, rumah
kuning memancar seri membawa slogan “ Biduk Lalu
Kiambang Bertaut, Demo Kejar Kawe Pecut” .
Kelihatan lintas hormat Rumah Kuning melambai penuh
harapan menjadi untuk menggapai impian menjadi yang
terbilang..
2. Kontinjen berikutnya, dengan diketuai oleh Adik Mohd
Firdaus b Sambak, Rumah Merah melangkah megah
dengan warna merah lambang keberanian dan tak gentar
sebarang halangan. Rumah Merah atau rumah Payang
membawa slogan “Merah Berani Semangat Waja, Pasti
Boleh”.
Kelihatan lintas hormat kontinjen Rumah Merah memancar
semangat membara berjuang bermati-matian mencapai
kemenangan yang dimpikan..

____________________________________________________________________
_______3. “Biru Kuat Kolekku Hebat”, Slogan Rumah Biru
atau Rumah Kolek. Dengan diketuai oleh Adik Mohd Syakir
b Syazlan, rumah biru lambang perpaduan. Kelihatan
perarakan perbarisan rumah biru menyusun langkah kuat
dan hebat penuh semangat .
Perarakan lintas hormat Rumah Biru Sedia Bersatu,
kesulitan bukan halangan, kejayaan adalah kepastian..
____________________________________________________________________
_______ 4. Kontinjen terakhir Rumah Hijau atau Rumah Sekoci
dengan moto “Hijau beat the rest, Sekoci is the best”.

____________________________________________________________________
_______Demikian tadi berakhirnya Acara Perarakan
Perbarisan 4 buah kontinjen penuh hebat dan gemilang.
____________________________________________________________________
_______BACAAN IKRAR KEJOHANAN

Acara seterusnya, Bacaan Ikrar Kejohanan. Bacaan Ikrar Kejohanan


ini diketuai oleh Adik Muhamad Naqiuddin b Mohd Noor (Ketua
Murid) diiringi oleh 4 orang ketua rumah sukan masing-masing.

____________________________________________________________________
_______UCAPAN TN GB

Acara seteusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan


Yg Berusaha Tn Hj Ramlan b Ramli, GB SKKT untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan..
-UCAPAN-
T/kasih diucapkan kpd Yg berusaha Tn GB.
____________________________________________________________________
_______UCAPAN PERASMIAN

Hadirin hadirat yang dimuliakan, seterusnya sama-samalah


kita mendengar pula ucapan perasmian kejohanan Olahraga
dan Sukaneka SKKT 2010.
Dengan ini majlis mempersilakan Dgn segala hormatnya, Yg
Berbahagia Toh Puan Hjh Wan Zaharah bt Wan Yahya isteri
kepada YB Dato Hj Mohamad b Awang Tera (ADUN Cukai)
untuk menyempurnakan majlis.
Dgn sukacitanya dipersilakan…

-UCAPAN PERASMIAN-

T/kasih diucapkan kpd yg berbahagia Datin atas ucapan


persmian itu. Dgn ini rasmilah sudah Majlis Kejohanan
Olahraga dan Sukaneka SKKT 2010.

PERARAKAN KELUAR PERBARISAN.

Seterusnya acara perarakan keluar perbarisan. Perarakan


keluar dimulakan oleh Rumah Kuning diikuti oleh Rumah
Merah, Rumah Biru dan Rumah Hijau.
ACARA SUKANEKA
Trek A 1 Trek A 2

1. Kepit Bola (L) – Tahun 6 1. Bawa Pundi Kacang -


PRA
2. Ikat Kaki (P) – Tahun 5 2. Bawa Ping Pong –
Tahun 1
3. Itik Gembo-gembo (L) -Tahun 4 3. Bina KLCC –Tahun 2

4. Gelecek Bola Tahun 3 4. Mengelecek Bola


Dalam Gelung - PRA
5. Ikat Kaki (L) – Tahun 5 5. Itik Gembo-
gembo (P) – Tahun 4

REHAT

Acara Kutip Gula-gula Untuk Kanak-kanak berusia 4 tahun ke


bawah.
ACARA IBU BAPA/ GURU/PEGAWAI
1. Tarik tali Bapa/ Guru
2. Tarik Tali Ibu / Guru
3. Tiup Belon Ibu
4. Sepak Raga Bulu Ayam (Bapa/ guru)
5. Masuk Benang Dalam Jarum (Ibu)
6. Basikal Paling Lambat (Bapa)

ACARA AKHIR TARIK TALI

1. Tarik tali (L) & (P) Tahun 6


2. Tarik tali L & P Tahun 5
3. Tarik tali L & P Tahun 4

PERASMIAN PENUTUP

TN HJ RAMLAN B RAMLI

PENYAMPAI HADIAH KEPADA PEMENANG


BIL ACARA PENYAMPAI CATATAN