JABATAN KEMAHIRAN HIDUP IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JB PENGAJARAN MIKRO Konsep dan Tujuan Pengajaran Mikro
a. Konsep
Pengajaran mikro digunakan untuk
memperihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan. b. Tujuan
Pelaksanaan pengajaran mikro akan ;
membekalkan situasi pengajaran yang realistik kepada guru pelatih mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan teori pembelajaran meningkat dan mengembangkan pengalaman pengajaran menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran dan menilai kemahiran spesifik Pelaksanaan Pengajaran Mikro
Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina
satu rancangan mengajar yang singkat 5 – 20 minit berdasarkan bidang kepakarannya , membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain.
Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian
atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri.
Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan
untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah : Perancangan (RPH)
Pencerapan Pengajaran ( komen ) ( mengajar)
Kitaran pengajaran mikro
Kemahiran-Kemahiran dalam Pengajaran Mikro a. Kemahiran set induksi
Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam
permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum soal jawab sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik perhatian pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip set induksi seperti berikut : memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru merangsang minat dan penglibatan murid meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk belajar menggalakkan pelajar enyertai pelajaran dengan giat. mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid b. Kemahiran menggunakan papan tulis
Papan tulis penting dalam meningkatkan
pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru tentang fakta, konsep atau idea yang abstrak.
Oleh itu rancangkan bagaimana
penggunaan papan tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan penglibatan pelajar c. Kemahiran variasi ransangan
Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan
perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran.
Variasi ransangan berkait rapat dengan
kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan non-verbal guru. d. Kemahiran penyoalan
Penyoalan merupakan satu aspek penting yang
boleh mebawa pelajar kepada aktiviti kognitif aras tinggi.
Guru harus faham dan tahu tentang
kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar.
Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang
dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar i. Panduan menyoal
pastikan soalan jelas
nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan kemudian panggil nama pelajar yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan tanya satu soalan pada satu masa gunakan soalan aras rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras yang lebih tinggi gunakan teknik “probing” untuk membantu pelajar memberikan jawapan. ii. Aras soalan
Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras
soalan:
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian e. Kemahiran menggunakan pengukuhan
Guru yang mempunyai kemahiran
pengukuhan dapat menggalak pelajar menjawab soalan, mengemukakan cadangan dan secara keseluruhannya dapat melibatkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah. f. Kemahiran penutup
Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan
aktiviti pelajaran yang telah disampaikan. Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan datang.
Tujuan penutup adalah untuk menarik
perhatian perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari, mengukuhkan konsep, prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dan peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran baru. SEKIAN