Anda di halaman 1dari 1

APAI SALOI – CERITA RAKYAT IBAN

Pada suatu hari Apai Saloi diajak kawannya Apai Seumang-umang pergi ke hutan
mencari harta kerana niatnya ingin mempergunakan Apai Saloi yang terkenal dengan
sifat lurus bendul tersebut. Kerana bercadang untuk merantau sebulan, mereka
menyediakan bekal yang mencukupi sebelum meninggalkan rumah panjang.

Keesokkan harinya, mereka berdua pun berangkat meninggalkan rumah panjang dengan
menyusuri Sungai Rajang. Setelah agak lama bersampan melalui sungai, mereka pun naik
ke darat. Apai Saloi hanya mengikut Apai Seumang-umang dari belakang.

Mereka berjalan terus berjalan di dalam hutan . Bila penat mereka berehat dan kembali
meneruskan perjalanan.   Sehinggalah pada suatu hari mereka terjumpa sebuah gua. Apai
Saloi tetap mengikut Apai Seumang-umang memasuki gua tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka apabila terlihat cahaya yang bergemerlangan dari timbunan
emas dan permata. Seronoknya Apai Seumang-umang kerana bertemu dengan harta
karun yang banyak seperti yang diingininya. Tetapi Apai Seumang-umang baru tersedar
mereka tidak membawa bekas untuk mengisi harta karun tersebut.

Apai Seumang-umang meminta Apai Saloi menunggu di dalam gua sementara dia keluar
mencari rotan untuk dibuat bakul. Apabila Apai Seumang-umang keluar dari gua,
tinggallah Apai Saloi seorang diri. Kerana menunggu terlalu lama, Apai Saloi pun
tertidur.

Tiba-tiba Apai Saloi terjaga apabila terdengar suara dari beberapa orang lelaki  yang
bersenjata tombak dan parang.

“Apa yang kamu buat di sini?” tanya salah seorang dari lelaki tersebut.
“Aku menjaga harta karun ini “ jawap Apai Saloi.
“Harta siapa yang punya?” tanya lelaki tersebut lagi.
” Tentulah raja yang punya” jawap Apai Saloi.
“Bawa orang ini bersama harta ke istana”, perintah seorang lelaki lain yang seperti
seorang ketua.

Apai Saloi dibawa ke istana dan menerima anugerah dan pujian dari raja kerana
beranggapana Apai Saloi telah menjaga harta karun raja yang telah hilang selama ini.

Anda mungkin juga menyukai