Anda di halaman 1dari 5

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA


KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA
1. DEFINISI KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN

KENAIKAN PANGKAT
“Kenaikan Pangkat” bererti peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih
tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga
Kenaikan Pangkat.

PEMANGKUAN
“Pemangkuan” bererti pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa suatu
jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam perkhidmatan dan
skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

2. JENIS KENAIKAN PANGKAT:


i) Ke Gred - ke mana-mana gred dalam Kumpulan Pengurusan Pengurusan dan Profesional dan
Kumpulan Sokongan (DG41 – DG54) Secara Berkumpulan.

ii) Ke Jawatan - ke mana-mana jawatan dalam KumpulanPengurusan Tertinggi (JUSA) Individu


“Faktor penerimaan dalam “ ---”.

3. JENIS PEMANGKUAN:
i) Dengan tujuan dinaikkan pangkat:
Pegawai layak mengikut skim perkhidmatan atau syarat syarat lain yang ditetapkan oleh
Lembaga Kenaikan Pangkat.

ii) Bukan dengan tujuan naik pangkat:


Pegawai yang diperakukan tidak layak mengikut skim perkhidmatan atau syarat-syarat lain yang
ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

4. ASAS KENAIKAN PANGKAT


Kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan
merit
yang ditentukan mengikut:-
• Kecekapan dan prestasi kerja
• Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
• Sifat-sifat peribadi termasuk kesesuaian, keutuhan, potensi
dan kepimpinan
• Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat

Sebagai tambahan, Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mengambil kira aspek lain yang difikirkan
sesuai. Jika ada 2 atau lebih pegawai mempunyai merit yang sama, kelayakan akademik atau
pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan di samping kekananan pegawai hendaklah juga
dijadikan asas pertimbangan dan pemilihan.[Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan,
Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 – P.U.(A) 176]

5. KAEDAH PENETAPAN KEKANANAN PEGAWAI


i. Pegawai Dalam Gred Lantikan
Mengikut tarikh pegawai itu dilantik secara tetap

ii. Pegawai Dalam Gred Kenaikan Pangkat


Mengikut tarikh pegawai itu menyandang gred itu secara hakiki(tarikh naik pangkat)
Jika dua atau lebih pegawai dilantik secara tetap atau dinaikkan pangkat ke gred yang sama
dalam skim perkhidmatan yang sama pada tarikh yang sama, kekananan pegawai itu adalah
sama. Kekananan seseorang pegawai akan hilang kerana bercuti tanpa gaji kecuali cuti belajar
tanpa gaij dan dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda.

6.SYARAT-SYARAT KENAIKAN PANGKAT


i) Syarat-Syarat Asas Kenaikan Pangkat

a) Kelayakan Mengikut Skim Perkhidmatan:


1) Telah disahkan dalam perkhidmatan (gred lantikan)
2) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
3) Lulus semua Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yangditetapkan
4) Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan
b) Bebas dari hukuman tatatertib
c) Lulus pengisytiharan harta
d) Lulus tapisan keutuhan BPR

7. PEGAWAI YANG BOLEH DITIMBANG KENAIKAN PANGKAT

a) Pegawai tetap
b) Pegawai yang layak mengikut skim perkhidmatan
c) Pegawai yang memohon (jika secara iklan yang disyaratkan memohon)
d) Pegawai yang mengisi jawatan kader/dipinjam/tukar sementara ke agensi lain
e) Pegawai yang sedang bercuti termasuk cuti tanpa gaji
f) Pegawai yang memangku jika disyaratkan memangku terlebih dahulu

8. PEGAWAI YANG TIDAK BOLEH DITIMBANG KENAIKAN PANGKAT

a) Pegawai percubaan, Sementara, Kontrak, Sangkut atau Sandaran


b) Pegawai meletak/melepas jawatan atau bersara pilihan semasa
c) urusan naik pangkat diadakan
c) Pegawai yang tidak mengisytihar harta
d) Pegawai yang gagal dalam tapisan BPR
e) Pegawai dalam tempoh hukuman tatatertib

9. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1990

Dasar kenaikan pangkat bagi Pegawai yang sedang disiasat dan telah menerima Hukuman
Tatatertib

a) Pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan- ditimbang dalam urusan kenaikan
pangkat
b) Pegawai yang mempunyai kes “Prima-Facie”- ditimbang dalam urusan naik pangkat dan
dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat
c) Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib - tidak layak dinaikkan pangkat mengikut tempoh
dan urusan berikut :

HUKUMAN TEMPOH TIDAK LAYAK DINAIKKAN PANGKAT

Amaran - 6 bulan atau 1 urusan, mana yangterdahulu


Denda - 12 bulan atau 1 urusan, mana yangterdahulu
Lucut Hak - 18 bulan atau 1 urusan, mana yang Emolumen terdahulu
Tangguh Pergerakan - 30 bulan atau 1 urusan, mana yang Gaji terkemudian
Turun Gaji - 36 bulan atau 1 urusan, mana yang terkemudian
Turun Pangkat - 48 bulan atau 2 urusan, mana yang terkemudian

10. KAEDAH PELAKSANAAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT

i) Berasaskan kepada kekosongan jawatan:-


a) Jawatan kosong secara operasi/hakiki boleh digunakan untuk pemangkuan
b) Hanya jawatan kosong secara hakiki boleh digunakan untuk kenaikan pangkat

ii) Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) jika skim perkhidmatan tidak mensyaratkan sesuatu
kenaikan pangkat tertakluk kepada kekosongan jawatan;

iii) Secara berkumpulan/individu;


a) Secara berkumpulan dengan dipertandingkan mengikut merit bagi
pemangkuan/kenaikan pangkat ke gred;
b) Secara individu bagi pemangkuan/kenaikan pangkat ke jawatan

iv) Melalui iklan/tanpa iklan:


-- Melalui iklan dengan mempelawa pegawai yang layak untuk
memohon. Hanya pegawai yang memohon sahaja yang dipertimbangkan.
- Tanpa iklan di mana Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan senarai nama pegawai
yang layak berserta dokumen/maklumat yang diperlukan.

v) Memangku Terlebih Dahulu/Kenaikan Pangkat Terus:-


- Kenaikan pangkat ke gred – boleh dinaikkan pangkat terus
- Kenaikan pangkat ke jawatan – memangku terlebih dahulu sekurang-kurangnya 6 bulan

11. INSTRUMEN DAN KAEDAH PENILAIAN DALAM URUSAN


PEMANGKUAN/KENAIKAN PANGKAT

i. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 3 tahun terakhir dengan wajaran seperti berikut:-
a. Tahun Pertama - 20%
b. Tahun Kedua - 35%
c. Tahun Ketiga - 45%
Jumlah 100%
ii. Temuduga
iii. Peperiksaan/Ujian
iv. Kursus
v. Kaedah lain yang sesuai

12. PENETAPAN TARIKH KENAIKAN PANGKAT

Tarikh kenaikan pangkat seseorang pegawai ialah tarikhyang ditentukan oleh Lembaga Kenaikan
Pangkat tertakluk kepada:-

a) Tarikh kenaikan pangkat ke gred tidak boleh lebih awal daripada tarikh kekosongan atau
tarikh pegawai itu layak mengikut skim perkhidmatannya, yang mana kemudian.

b) Tarikh kenaikan pangkat ke jawatan, tarikh kenaikan pangkat tidak boleh lebih awal daripada
tarikh pegawai itu diluluskan memangku jawatan itu atau pada tarikh jawatan hakiki itu kosong,
mana yang terkemudian.

13. PELAKSANAAN URUSAN PEMANGKUAN/ KENAIKAN PANGKAT


PPPS/PPPLD

i. Berdasarkan kekosongan jawatan

a) Secara individu ke JUSA


b) Secara berkumpulan dan mengikut bidang bagi PPPS sehingga Gred DG54
- Bidang Umum hingga Gred DG54 (Semenanjung, Sabah dan
Sarawak)
- Bidang Teknikal hingga Gred DG54
- Bidang Pendidikan Islam hingga Gred DG48

ii. Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) mengikut konsep:


a . Pengetua Cemerlang
b. Time-Based
c. Guru Cemerlang

Anda mungkin juga menyukai