Anda di halaman 1dari 34

Falsafah Pendidikan:

Perkembangan,Proses dan
Tujuan

KULIAH
Definisi Falsafah Pendidikan

 Ramai ahli falsafah yang telah cuba


untuk mendefinisikannya- definisi
pelbagai.
 Definisi2 yang diberikan kesemuanya
menuju kepada satu pengertian.
Educational Encyclopedia:

 Falsafah pendidikan merupakan


sebahagian dari disiplin pendidikan
dalam ertikata ianya terlibat dengan
tujuan-tujuan, bentuk-bentuk, kaedah-
kaedah atau hasil-hasil dari proses
mendidik.
 Ia bersifat `metadisciplinary` dan
dianggap falsafah dari proses
pendidikan
G. Terry Pge & J.B Thomas:

 “branch of educational studies which


elaborates educational objectives and
values. In the last century emphasis has
changed from a study of educational and
philosophical writings to analytical study
of educational problem, thought and
practice.”
Perkembangan Falsafah
Pendidikan
 Falsafah Pendidikan ZamanTradisi
 Tamadun-tamadun awal seperti
Sumeria, Babylon, Mesir, China, India
dan Greek mempunyai falsafah
pendidikan yang berbeza antara satu
sama lain
FP China

 China – pendidikannya memberatkan


ketinggian akhlak dan keutuhan social.
 Pendidikan yang diberikan harus dapat
melatih warganegara supaya taat
kepada peraturan keluarga dan negara.
FP India

 India – memberatkan hal ehwal agama.


 Pendidikan diberi supaya menghasilkan
manusia yang alim dan beragama tetapi
pendidikan yang diberi adalah mengikut
kategori kasta masing-masing
FP Yunani
 Greek - Sparta dan Athen mempunyai falsafah
pendidikan yang berlainan. Misalnya:
 Pendidikan di Sparta menjuruskan kepada
semangat keperwiraan, berani, cekal hati, taat
setia kepada raja dan negara.
 Corak pendidikan di Athen lebih cenderung
kepada kemajuan jasmani, akal dan rohani.
 Oleh kerana itu Athen menghasilkan ramai ahli
falsafah, pemidato, sasterawan dan juga
perwira yang setia kepada nusa dan bangsa
mereka
FP Arab

 Falsafah pendidikan Arab Jahiliah


bertujuan memberi latihan kepada anak-
anak supaya mahir untuk hidup atau
mencari penghidupan sepertimana yang
dijalankan oleh orang tua mereka dan
juga mempraktikkan adat kebiasaan
yang elok dan terpuji dalam masyarakat
mereka termasuklah latihan peperangan.
Falsafah Pendidikan Moden

 Setiap negara mempunyai falsafah


pendidikan yang juga berbeza antara
satu sama lain.
 Ini disebabkan perbezaan faktor seperti
falsafah negara, cita-cita pemerintahan,
berlainan kebudayaan, ideologi dan
bentuk pemerintahan.
Contoh;

 Pendidikan di negara-negara Komunis


seperti Russia?, Cuba dan China dan
juga negara sosialis yang lain lebih
mengkehendaki rakyatnya berkorban
kepada negara di samping cuba
membasmi kasta-kasta dalam
masyarakat.
 Terikat dengan ideologi komunisme dan
sosialisme
Samb.
 Di negara-negara Kapitalis seperti USA dan
negara-negara Eropah , falsafah pendidikan
mereka lebih mementingkan kebebasan
peribadi/ individu.
 Bagi mereka setiap individu bebas untuk
mencapai kejayaan yang setingginya terutama
dari segi pengetahuan dan kesenangan hidup.
 Fungsi negara menjadi alat melindungi
kepentingan setiap individu dalam masyarakat
itu.
FP Moden
 John Dewey dlm. `Modern Progressive School
menggariskan prinsip 2 FP moden iaitu:
 Tabiat asasi manusia itu adalah tumbuh. Pada
masa muda pertumbuhan berlaku dengan
cepat iaitu bermula dari suatu sel dalam perut
ibu
 Manusia tidak dilahirkan di dalam vakum. `
The human organism is not born into a
vacuum`. Ia dilahirkan ke dunia dan
berkembang di suatu alam keliling yang
mempunyai perbezaan social dan keadaan.
Samb.

 Kehidupan kanak-kanak didahului oleh


pengalaman hendak bangun, makan, minum,
bermain dan tidur. Akan tetapi dalam
pergerakan menghubungi dunia luar sering
kedapatan lingkungan alam sekeliling dan
social yang mengawal pengalamannya.
 Usaha-usaha untuk perubahan dalam
tingkahlaku melalui pengalaman ini
dinamakan belajar.
Samb.

 Kanak-kanak mempelajari sesuatu


tingkahlaku secara meniru. Dalam peniruan
ini ia dapat membentuk corak kelakuan yang
tertentu secara otomatis melalui ulangan-
ulangan yang tetap.
 Kian lama kanak-kanak akan merasai
bahawa kehidupan itu bertambah kompleks
dan ia menghadapi pelbagai situasi yang
baharu yeng mungkin bertentangan dengan
kehendak dan haknya.
Samb.

 Kecerdasan (intelligence) juga


berkembang.
 Oleh itu intitusi seperti sekolah dan
keluarga harus membimbing
perkembangan kecerdasan seseorang
kanak-kanak ke arah jalan yang mulia
dan berguna kepada dirinya dan
masyarakat.
Proses Falsafah Pendidikan
 Falsafah pendidikan ialah suatu proses yang
dwipolar, aitu yang dididik (educand) dan
pendidik (educator).
 Pendidik mempunyai falsafah sendiri untuk
mendidik. Mereka mencari kebenaran,
kenyataan dan kebijaksanaan untuk
disampaikan kepada yang dididik.
 Sekolah pula adalah alat menyampaikan
pendidikan kepada masyarakat. (The school is
the mode of the society).
Fungsi sekolah
 Sekolah merupakan satu masyarakat kanak-
kanak dimana mereka berkumpul, bermain,
belajar dan bekerjasama di samping menerima
didikan di rumah.
 Mereka menerima didikan serba serbi mengenai
kemasyarakatan dan rasa bertanggungjawab.
 Sekolah yang baik hendaklah selalu aktif dan
dinamis di mana kanak-kanak belajar melalui
pengalaman dan perhubungan sesama sendiri.
 Oleh itu tanggapan dan kebenaran yang
mereka terima juga amat bergantung kepada
sikap dan falsafah guru yang mendidik mereka.
Proses pendidikan mengikut
Dewey
 Pendidikan adalah penghidupan, tidak semata-
mata persediaan untuk hidup.
 Pendidikan adalah sentiasa maju dan
bertambah selama pertumbuhan itu berlaku,
maka selama itu pendidikan berjalan.
 Pendidikan adalah pembinaan pengalaman
tanpa kesudahan.
 Pendidikan adalah satu proses sosial.
Pendapat-Pendapat Ahli falsafah
Pendidikan

 Plato :
 Semua proses pelajaran hendaklah
diberi kepada kanak-kanak tidak
secara paksaan tetapi perlu bebas
belajar mengikut cara mereka sendiri,
secara beramai-ramai serta
bekerjasama.
Samb.

 Aristotle:
 Proses pelajaran perlu diberikan
kepada orang-orang muda dan jika
diabaikan hal ini maka satu bencana
akan berlaku kepada negara, bangsa
terhadap perlembagaan yang sedia
ada. Dengan itu pendidikan hendaklah
disatukan, hanya untuk negara dan
ditadbir oleh satu badan khas dalam
republik.
Rousseau

 Proses pelajaran untuk kanak-kanak


hendaklah diberi berdasarkan kepada
pengalaman secara terus atau langsung
atau tidak secara langsung melalui buku-
buku dan pengajaran guru.
 Mengikutnya, buku-buku boleh
digunakan setelah kanak-kanak berumur
12 tahun.
Comenius

 Jika manusia hendak menjadi seorang


manusia, dia mestilah mendapat
pendidikan yang saksama dan kerana
ini kita berkehendakkan sekolah.
Herbert:
Mengikut falsafahnya pendidikan melalui beberapa proses:

 i) Persediaan : Kecenderunan kanak-kanak itu dilatihkan


mengikut keadaan yang sesuai untuk menerima pengalaman
dan pengetahuan yang baru.

 ii) Penyampaian :Penerangan kepada apa yang akan


dipelajari.

 iii) Perhubungan :Segala bahan-bahan pelajaran yang baru


itu hendaklah ada hubungannya dengan apa yang telah
dipelajari mereka dan menerangkan apakah bezanya yang lama
dengan yang baru.

 iv) Pemandangan :Di sini yang belajar (pelajar) adalah


dijangka dapat menguji fahamannya yang diperolehi terlebih
awal lagi.
Tujuan dan objektf Falsafah
Pendidikan
 Memberi panduan dan penunjuk kepada
rancangan pendidikan.
 Perhatian perlu diberi pada semua
peringkat pendidikan supaya murid-
murid bukan sahaja berpengetahuan
sains dan teknologi tetapi dari aspek
agama dan akhlak.
Samb.

 Menggalakkan pengkajian dan


penyelidikan dalam bidang pendidikan.
dan juga dalam menyelesaikan masalah
pendidikan mengikut keadaan masa dan
tempat.
Samb.

 Mendorong kerjasama yang erat antara


pembentuk-pembentuk dasar, pentadbir-
pentadbir dan para pendidik.
 Menyediakan satu panduan yang
tertentu kepada guru-guru dalam proses
interaksi mereka dengan murid-murid
supaya kualiti dan kuantiti pelajar-
pelajar dapat ditingkatkan dan terus
maju.
Samb.

 Penerima pendidikan (makhluk terdidik)


akan lebih bersedia menghadapi segala
masalah kehidupan dengan tabah dan
penuh keyakinan.
Penyelesaian Masalah Guru dan Pentadbir Melalui
Falsafah Pendidikan

Contoh masalah di sekolah:


 Sikap negatif pelajar terhadap pelajaran,guru dan sekolah.
 Masalah tempat tinggal guru yang jauh dari sekolah
 Kekurangan tempat belajar (bilik darjah)
 Kemudahan-kemudahan yang terhad dari segi kelengkapan dan
peralatan
 Kekeurangan bahan bacaan seperti buku teks dan buku rujukan.
 Sambutan dingin ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak.
 Kekurangan guru
 Kebolehan dan keupayaan pentadbir.
 Kerjasama dingin antara guru,pentadbir dan staf bukan akademik
 Kuasa atau autoriti terhad pada pentadbir.
 Kekurangan peruntukan
 Campurtangan politik dalam hal pentadbiran.
Cara Mengatasi:
 Falsafah dapat menolong para guru dan
pentadbir dalam membuat pandangan yang
bijak dan tepat mengenai pendidikan.
 Falsafah dapat menjelaskan bagaimana
kepentingan matlamat dan objektif dalam
sesuatu sistem pendidikan.
 Ibu bapa selaku `educational community`
perlu diyakinkan tentang kepentingan
pendidikan masa kini yang disediakan oleh
kerajaan yakni terdapat di sekolah-sekolah
dan tidak kepada sistem belajar di pondok.
Samb.

 Falsafah menolong pendidik dalam usaha


membuat penilaian berkaitan usaha-usaha
yang dijalankan dalam sesuatu sistem
pendidikan.
 Hasil daripada penilaian penting kerana dari
situ langkah-langkah selanjutnya bagi
membaiki rancangan pendidikan diatur
misalnya bagi mengadakan aktiviti-aktiviti
`student centered`, alat bantuan mengajar
dan alat pandang dengar.
Samb.
 Falsafah membantu pentadbir dalam
mengadakan berbagai-bagai kemudahan
asas kepada pelajar misalnya dari segi
menyediakan program-program pendidikan
dan aktiviti luar darjah.
 Teori-teori falsafah juga dapat dirujuk apabila
mengambil tindakan terhadap para pelajar
yang melanggar disiplin dan peraturan
sekolah . Ini bertujuan supaya tindakan yang
diambil wajar, adil dan setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan.
samb

 Falsafah dapat menolong guru dalam


membezakan “value judgement” dan
“empirical judgement” .
Pembuka minda

 Berikan definisi FP?


 Bezakan corak pendidikan zaman tradisi
dan moden.
 Apakah kepentingan FP kepada para
guru?

Anda mungkin juga menyukai