Anda di halaman 1dari 7

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

PENTAKSIRAN
Definisi
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya
membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses
pendidikan.
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau
aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
Tujuan Pentaksiran

 Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam


pembelajaran
 Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
 Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
 Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
 Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
 Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
 Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
PENGUJIAN
Definisi
Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya
dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar
dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang
perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970)
“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah
laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau
satu sistem yang berkategori”.
Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120
untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu
mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah
“ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian
penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar
seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari
Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang
diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan”.
(Raminah 1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut
sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan
tahapberapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya
telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat
melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru
dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat
penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang
diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
PENILAIAN
Definisi
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian
merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan
sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam
menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
 
Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian

 
Diagnosis
Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat
memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap
pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat
memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada
tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada
sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat
mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan
pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat
keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih
bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan
menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.
Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran
akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan
kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru
tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam
mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar?
Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah
tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan
pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi
pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi
masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.
Pencapaian
Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu,
penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun
6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk
menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada
peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil
kepada pelajar.
Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut
gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan
dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan
pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan
selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.
Pemilihan dan Penempatan
Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana
guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan
dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru
Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu,
perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka
kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini
penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang
bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam
sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan
mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan
masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut
keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah
untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan
kemahiran mereka.
Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih
dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang
cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran
sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.
Bimbingan dan kaunseling
Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling
kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi
untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam
diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui
sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya
akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi
yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu
motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau
nasihat daripada guru/guru besar.
Tujuan lain Penilaian Ujian
1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar
dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.
3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan
pencapaian dalam subjek lain.
4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah
keupayaannya dan lemah pencapaiannya
5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar
yang berkenaan.
6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar
terhadap pembelajaran.
7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran
mereka.
8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan
keberkesanan pengajaran mereka.
9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau
bidang dan segera memperbaikinya.
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan
panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU

 Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan
secara terancang dan rapi.
 Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya
tajuk atau objektif pelajaran
 Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
 Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
 Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
 Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
JSU mengandungi maklumat tentang:

 Bentuk dan panjangnya ujian


 Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
 JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan
dan kebolehpercayaan ujian itu.
 Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan
penegasan yang diberi dalam pengajaran.
 Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan
diuji.
 Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan
soalan subjektif.
 Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
 Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab
soalan.
Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan
objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Jumlah Soalan

Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain.
(bergantung kepada format)
Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Anda mungkin juga menyukai