Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mula diajar sebagai


satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di seolah rendah dan
menengah. Pada masa dahulu, Pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan
jenis kerajaan tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada keadaan
masyarakat serta keperluaan masa depan.Sivik merujuk kepada hubungan
individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan
merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Para guru perlu
membantu murid-murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai
sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum


mata pelajaran Pendidikan sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama
pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman keperlbagaian budaya
masyarakat Malaysia. Melalui Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan ini diharapkan dapat melahirkan individu yang bersemangat
patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi keperlbagaian
budaya masyarakat Maalysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan
keganasan, meyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan
negara.

1.1 Konsep PSK

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsip


pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know)
belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to
live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar
untuk mengetahui dapat mengembangkan kebolehan murid menguasai ilmu dan
membantu mempengaruhi perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untuk
bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan
di luar bilik darjah. Prinsip ini membolehkan murid menguasai kemahiran untuk
kerjaya masa depan dan kemahiran menghadapi serta menangani cabaran
1
Belajar untuk membentuk peribadi penting bagi perkembangan menyeluru
setiap individu yang merangkumi aspek rohani, fizikal, intelek, emosi dan sosia
Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mengekalka
keamanan dan keharmonian dan amat bersesuaian dengan latar masyaraka
berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, unsur perpaduan dalam keluarga
komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.

1.3 Objektif PSK

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedara


kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam
masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegar
yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraa
masyarakat, negara dan dunia.

Objektif
Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan
kemahiran dan nilai.

Objektif Pengetahuan:
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap
pembangunan masyarakat dan negara.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan
masyarakat yang sejahtera.
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif
dinamik dan patriotik.
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap
pembangunan negara.
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh

2
menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

Objektif Kemahiran:

i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.


ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan
keluarga yang bahagia.
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan
perpaduan negara.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

Objektif Nilai:

i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan


negara.
ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang
mapan.
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan
masyarakat Malaysia.
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan
demi kesejahteraan bersama.
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara
yang bertanggungjawab.
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan

3
keharmonian negara dan sejagat.

1.3 Sukatan PSK

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap


penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik. Pengetahuan sivik terdiri
daripada maklumat dan idea asas yang murid harus tahu serta menggunakannya
untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. Maklumat
asas ini merangkumi aspek pencapaian kendiri, hubungan kekeluargaan
masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Malaysia, sistem politik dan
perundangan, ekonomi dan cabaran masa depan.Kemahiran sivik terdiri
daripada kemahiran intelektual dan partisipator Penguasaan kemahiran-
kemahiran ini membolehkan murid membuat keputusan menyelesaikan masalah,
meningkatkan kesedaran sivik dan membe sumbangan terhadap pembangunan
masyarakat dan negara.Komponen nilai sivik terdiri daripada nilai murni yang
perlu untuk melahirka insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang
bertanggungjawab. Nilai sivik ini, antara lain merangkumi toleransi, menghormati
hak orang lain, adil, saksama patriotisme dan integriti. Nilai sivik juga
menekankan komitmen untuk memelihara proses demokrasi dan menghargai
persamaan dan kelainan dalam masyarakat.

Kandungan Sukatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Kandungan mata pelajaran ini digubal secara tematik. Penggubalan tema ini
mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya, bermula dari
diri sendiri, hubungan dengan keluarga, masyarakat sekolah, komuniti lua
sekolah, negara dan cabaran masa depan murid. Dalam konteks ini, murid
didedahkan dengan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang menjadi
ciri-ciri masyarakat Malaysia.

Tema yang ditetapkan adalah seperti berikut:

4
i. Sayangi Diri
Tema ini menghuraikan aspek perkembangan diri iaitu cara murid
mengenal, mengurus dan mendisiplinkan diri serta mempelajari tentang
hak dan tanggungjawab mereka sebagai kanak-kanak. Topik dalam tema
ini ialah:
· Mengenali diri
· Keyakinan diri
· Pengurusan diri
· Disiplin diri
· Pengurusan masa
· Hak dan tanggungjawab kanak-kanak

ii. Sayangi Keluarga


Tema ini menghuraikan peranan dan tanggungjawab anggota keluargaan
dan pembinaan keluarga bahagia mengikut perspektif pelbagai agama
Topik dalam tema ini ialah:
· Mengenali keluarga sendiri
· Peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas
· Hubungan keluarga kembangan
· Keluarga yang harmoni mengikut ajaran pelbagai agama dan
kepercayaan

iii. Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat


Tema ini menghuraikan aspek interaksi dan komunikasi dalam komuniti
sekolah, semangat kejiranan, tanggungjawab individu terhadap alam
sekitar dan peranan agensi tempatan dalam memastikan kesejahteraan
hidup bermasyarakat. Topik dalam tema ini ialah:

5
· Interaksi dan komunikasi dengan komuniti sekolah
· Semangat kejiranan
· Aktiviti kejiranan
· Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran
· Kebersihan dan keceriaan persekitaran
· Peranan agensi tempatan

iv. Kenali Budaya Malaysia


Tema ini menghuraikan kepelbagaian warisan budaya masyarakat dan
tanggungjawab individu untuk mengekalkan dan menghargai warisan
budaya negara. Topik dalam tema ini ialah:
· Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia
· Kenali adab sosial warisan budaya Malaysia
· Tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan budaya
Malaysia

v. Malaysia Negaraku
Tema ini menghuraikan aspek identiti negara, sistem kerajaan Malaysia
kepemimpinan negara dan tanggungjawab rakyat untuk mengekalkan
kemerdekaan negara. Topik dalam tema ini ialah:
· Kenali Malaysia
· Bangga dengan identiti negara
· Kenali sistem kerajaan Malaysia
· Kenali dan hormati pemimpin negara
· Hargai perjuangan tokoh-tokoh
· Tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan

vi. Sedia Hadapi Cabaran

6
Tema ini menghuraikan aspek persediaan diri untuk masa depan, ciri
individu terpuji dan kehidupan remaja yang sihat dan cergas. Topik dalam
tema ini ialah:
· Membina budaya cemerlang untuk masa depan
· Ciri-ciri peribadi terpuji
· Remaja yang sihat dan cergas

Tema dalam mata pelajaran ini tidak terikat dengan urutan dan guru boleh
menyesuaikan tema-tema ini dengan aktiviti dan isu semasa yang berlaku dalam
sekolah, masyarakat atau di peringkat kebangsaan. Misalnya, tema Malaysia
Negaraku boleh diajar dalam konteks sambutan bulan kemerdekaan supaya
murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara
dengan lebih berkesan dan bermakna.

1.4 Pendekatan dan kaedah pengajaran PSK

Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai


mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi
penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan
berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu
strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid-
murid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik
ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan
bersatupada. Di antara kaedah-kaedah pengajaran PSK yang biasa digunakan
oleh guru ialah kaedah keseluruhan kelas, kaedah kumpulan, kaedah inkuiri-
penemuan, kaedah kerja praktik dan kaedah demotrasi. Teknik pengajaran yang
biasa diamalkan ialah teknik soal jawab, perbincangan ,bercerita , simulasi ,main
peranan, lakonan dan lain-lain yang difikirkan sesuai dalam pengajaran dan

7
pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Penggunaan sumber
dalam proses pengajaran dan pembelajaran meliputi penggunaan alat bantu
pengajar serta kawalan disiplin murid dalam kelas. Ini meliputi kemahiran
menggunakan alat bantu mengajar untuk membangkitkan daya pemikiran murid-
murid dan kemahiran menjaga disiplin murid semasa mereka menggunakan
alat bantu mengajar dalam melaksanankan suatu aktiviti pembelajaran.

1.5 Liteatur pengkaji terdahulu

Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan salah


satu bidang ilmu yang penting untuk membentuk sahsiah dan jati diri setiap
orang murid. Melalui pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai sivik yang diajar
dalam mata pelajaran ini, adalah diharapkan murid-murid akan menjadi
warganegara yang sihat sahsiah dan tingkah lakunya. Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan juga diharapkan dapat melahirkan insan yang seimbang
seperti yang terangkum di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru
guru-guru yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih,
menyusun dan mengolah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut
kesesuaian murid.

Menurut kajian yang jalankan setengah pihak , pengajaran dan


pembelajaran pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah , didapati ramai
murid tidak dapat menguasainya tajuk tersebut dengan baik. Di samping
kebanyakan guru yang mengajar secara kaku, iaitu hanya menggunakan kaedah
tradisional yang kurang sesuai dengan tuntutan zaman. Kaedah chalk and talk,
penggunaan buku teks adalah contoh yang kerap digunapakai oleh guru-guru di
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sedangkan bagi murid-murid
kaedah tradisional ini tidak menarik dan membosankan. Apatah lagi mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bukanlah mata pelajaran yang
terlibat dengan peperiksaan. Keadaan inilah yang menyumbangkan kepada
murid-murid tidak menguasai pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai sivik yang
8
akan mewatakkan mereka sebagai generasi yang berhemah dan berakhlak
mulia.

Faktor berikutnya, guru-guru dan pentadbir di sekolah-sekolah juga


memandang mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai
mata pelajaran ringan yang tidak perlu diberi penekanan. Biasanya mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diagihkan kepada guru-guru
sekadar mencukupkan bilangan masa mengajar seminggu, supaya seimbang
dengan rakan guru yang lain. Malah tidak menjadi perkara pelik dan aneh
apabila didapati semua kelas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajarkan
oleh guru besar atau penolong kanan. Hal demikian berlaku kerana mereka
beranggapan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah
mata pelajaran yang mudah dan tidak merugikan murid-murid sekiranya guru
besar atau penolong kanan tidak dapat masuk ke kelas disebabkan kesibukan
masa dengan tugas-tugas pentadbiran. Oleh sebab demikian mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Keawrganegaraan diabaikan di sekolah.

2. Objektif Kajian

2.1 Objektif Am

Kajian ini mempunyai empat objektif am iaitu:

1. Mengkaji pengajaran-pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan


Kewarganegarasan di sekolah .

9
2. Mengkaji masalah pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Sivik dan
kewarganegaraan di sekolah.
3. Mengkaji pendekatan dan kaedah pengajaran guru-guru PSK di sekolah.
4. Menkaji perjalanan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
di sekolah.

2.2 Objektif Khusus

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui secara mendalam sejauh mana guru-guru
PSK mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan
terhadap penguasaan pengetahuan , kemahiran dan nilai sivik murid-murid.
Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang murid harus
tahu serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang
bertanggungjawab dan berkesan. Kemahiran sivik berdiri daripada kemahiran
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di dalam dan luar bilik darjah. Kemahiran ini
membolehkan murid-murid membuat keputusan, menyelesaikan masalah,
meningkatkan kesedaran sivik untuk memberi sumbangam keapfa masyarakat
dan negara. Nilai sivik terdiri daripada nilai murni yang perlu untuk melahirkan
insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab.

3. MAKLUMAT KAJIAN

3.1 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Tampin, Negeri


Sembilan.Dalam kajian ini, sekolah yang dikenali sebagai SK Tunku Besar
Tampin. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah rendah yang mendapat
keputusan UPSR terbaik di daerah Tampin. Pemilihan sekolah ini sebagai
tempat kajian dibuat dengan mengambil kira pandangan Marshall dan Rossman
(1995) yang menggariskan empat perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu:

10
(i) Tiada halangan untuk menjalankan kajian.
Dalam hal ini, pengkaji mendapati guru-guru dan juga guru besar sekolah ini
telah memberikan kerjasama yang baik.Pihak sekolah dan responden
memberikan persetujuan untuk pengumpulan data.

ii) Mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk melaksanaka proses


pengumpulan data dengan baik, serta wujudnya minat dan kerjasama daripada
responden.
Dalam hal ini pengkaji yakin dapat memperoleh data yang diperlukan untuk
kajian ini kerana pengkaji mendapat kerjasama yang baik daripada pihak
pentadbir sekolah dan semua responden. Responden memberikan kerjasama
semasa pengajaran, temu bual dan pemerhatian, dan juga semasa
menjawab soal selidik.

iii) Berkemampuan untuk membina hubungan percaya mempercayai


dengan responden.
Dalam hal ini pengkaji berjaya mewujudkan suasana kemesraan
serta saling mempercayai, hormat-menghormati dan sentiasa
bersedia untuk berbincang. Pengkaji telah memaklumkan
kepada responden tujuan soal selidik dan juga tujuan kajian ini dijalankan .
iv) Berkeyakinan boleh mendapatkan data yang berkualiti dan mempunyai
kredibiliti untuk tujuan kajian.

Dalam hal ini, responden yang dipilih merupakan guru-guru yang mengajar
Pendidkan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah berkenaan. Guru-guru yang
mengajar mata pelajaran lain tidak terlibat dalam kajian ini.

3.2 Bilangan Responden Kajian


SK TUNKU BESAR TAMPIN mempunyai tujuh orang guru yang mengajar
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Walau bagaimanapun, guru besar dan
11
penolong kanan HEM yang mengajarkan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan tidak diambil kiri. Oleh itu, mereka berkenaan tidak dijadikan
responden dalam kajian ini.

Instrumen Kajian
Pengkaji membina sendiri instrumen kajian berdasarkan kepada soalan-soalan
kajian. Satu set soal selidik disediakan dan soal selidik ini dijawab
oleh responden. Soal selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu
Bahagian A berkaitan dengan demografi responden, Bahagian B berkenaan
dengan kesediaan guru, Bahagian C berkaitan dengan kesediaan murid dan
Bahagian D berkenaan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Bahagian A mengandungi enam soalan, Bahagian B mengandungi lima soalan,
Bahagian C pula lima soalan dan Bahagian D juga lima soalan.

Prosedur Pengumpulan Data


Pengumpulan data dilakukan secara triangulasi iaitu menggunakan soal selidik,
temu bual dan pemerhatian. Sebelum soal selidik diedarkan kepada responden,
pengkaji terlebih dahulu menemu bual responden bagi mendapatkan pandangan
awal responden tentang kajian ini. Selepas mendapat pandangan yang positif
dan mendapat kerjasama daripada responden, pengkaji mengedarkan soal
selidik kepada responden.

Selain itu, pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap pengajaran yang


dijalankan oleh responden. Semasa pemerhatian, pengkaji menyediakan nota
lapangan iaitu catatan yang berkaitan dengan aktiviti dan penglibatan murid
semasa aktiviti. Pengkaji juga telah menjalankan temu bual secara formal dan
tidak formal dengan responden . Data yang diperoleh melalui temu bual ini
dikumpul dan dianalisis selaras dengan soalan-soalan yang dikemukakan dalam
soal selidik.

12
3.3 Maklumat Responden Kajian
Kajian ini melibatkan empat orang guru Panitia mata pelajaran Pendidikan Sivik
dan Keawrganegaraan yang terdiri daripada seorang guru lelaki dan tiga guru
perempuan. Jadual 1 menunjukkan seorang responden berkelulusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan 2 orang responden berkelulusan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) dan seorang kelulusan ijazah. Dari segi pengalaman
mengajar, dua orang responden telah 10 hingga 15 tahun mengajar sementara
dua orang lagi berpengalaman selama 2 hingga 5 tahun. Jadual 1 juga
menunjukkan hanya seorang responden yang tiada pengalaman mengajar PSK
tetapi dua orang responden mempunyai pengalaman selama 1hingga 2 dan
seorang responden mempunyai pengalaman selama 3 tahun.
Seterusnya, Jadual 1 menunjukkan dua orang responden mempunyai
pengkhususan dalam pengajian Melayu dan seorang responden dalam
pengajian Inggeris dan seorang sains dan matematik. Tiga orang responden
yang mengajar PSK didapati tidak pernah menghadiri apa-apa kursus yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran PSK, seorang responden
pernah menghadiri kursus tetapi kurang daripada dua kali .Bagi bilangan kelas
yang diajar, didapati seorang responden mengajar sebanyak 2 kelas dan tiga
responden yang mengajar satu kelas.
Dalam Jadual 1 juga didapati selain daripada mengajar PSK, responden juga
mengajar mata-mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup,
Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni dan Muzik.

Jadual 1: Profil Responden

Butiran Kekerapan

Umur 20an- 30 1
30 – 40an 2
50an 1

13
Jantina Lelaki 1
Perempuan 3

Kelulusan akademik SPM 1


STPM 2
Ijazah 1

Pengalaman mengajar 5 – 10 tahun 2


11–15 tahun 1
16- 28 tahun 1

Pengalaman mengajar PSK 3 tahun 1


1-2 tahun 2
Kurang 1 tahun 1

Pengkhususan Pengajian Melayu 2


Pengajian Bahasa Inggeris 1
Pengajian Sains dan Matematik 1

Bilangan kursus Tiada 3


Sekali 1

Bilangan kelas yang diajar 1 kelas 3


2 kelas 1

Mata pelajaran lain yang diajar Bahasa Melayu 2


Kemahiran Hidup 1
Bahasa Inggeris 1
Pendidikan Seni 1

14
Kajian Tempatan 2

4. Kaedah Kajian
4.1 Pemerhatian
Kesediaan Guru

Jadual 2 menunjukkan semua responden berminat mengajar Pendidikan Sivik


dan Kewarganegaraan.Data menunjukkan seorang orang responden sangat
bersetuju (25%) dan dua orang responden bersetuju (50%) dengan kenyataan
bahawa mereka berminat untuk mengajar PSK. Selain itu, dua responden (50%)
kurang pasti sama ada beliau dapat membantu murid untuk meningkatkan
pengetahuan , kemahiran dan perubahan nilai dalam PSK atau sebaliknya.

Item SS % S % KP % TS % STS %

15
Berminat mengajar PSK 1 25 2 50 1 25
Dapat membantu murid menguasai 2 50 2 50
pengetahuan .kemahiran dan
perubahan nilai dalam PSK .
Yakin mengajar PSK 2 50 2 50
Terpaksa belajar PSK untuk 2 50 1 25 1 25
mengaajr PSK
Mengajar PSK membebankan 2 50 2 50
Pilihan tak mahu mengajar PSK 1 25 1 25 2 50
Memerlukan persediaan awal 3 75 1 25
ss: sangat setuju s: setuju kp: kurang pasti ts: tak setuju sts: sangat tak setuju

16

Anda mungkin juga menyukai