Anda di halaman 1dari 2

Rose @ Che’Rose binti Hasan

No.35, Lorong Lapan


Jalan BBU(Seksyen) 1/5
Taman Bukit Beruang Utama
Bukit Puteri
75450 MELAKA

8 Julai 2010

Pengerusi
Lembaga Tabung Haji
Bahagian Operasi Domestik
Lantai 30, Bangunan Lembaga Pengurusan Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 KUALA LUMPUR

Assalamualaikum wbrt;

Tuan

RAYUAN MEMOHON MENGERJAKAN HAJI PADA TAHUN 1431H/2010M

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Saya Rose @ Che’Rose binti Hasan, No Kad.Pengenalan 640504-04-5356


dengan penuh harapan ingin membuat rayuan kepada tuan agar saya diberi
peluang mengerjakan ibadah haji pada tahun 1431H/2010M ini. Ini adalah
kerana saya perlu menjadi/mencukupkan mahram kepada kakak dan adik saya
yang telah ditawarkan sebagai bakal haji menunggu/standby pada tahun ini.

3. Berikut adalah maklumat berkaitan kakak, adik dan saya sendiri.

Nama : Normah binti Hasan (kakak)


No K/P : 480320-04-5220
No a/k T.Haji : 630501004522635 (status standby)

Nama : Iana binti Hasan (adik)


No K/P : 670414-04-5034
No a/k T.Haji : 630501006230564 (status stanby)

Nama : Rose @ Che’Ros binti Hasan


No K/P : 640504-04-5356
No a/k T.Haji : 630501017850711 (membuat rayuan)
3. Untuk makluman tuan, jika kakak dan adik saya dipilih kelak tiada mahram
lelaki yang akan mengiringi mereka, kerana suami kepada kakak telahpun
meninggal dunia manakala suami adik pula menetap di luar negara. Tambahan
pula kakak saya telahpun berusia 62 tahun maka beliau benar-benar berharap
kepada saya dan menaruh harapan tinggi agar saya dapat pergi bersama bagi
mencukupkan mahram disamping dapat saya bersama-sama adik saya menjaga
keselamatan dan kesihatan beliau ditengah jutaan jemaah yang mengerjakan
ibadah haji di sana.

4. Saya juga telah lama berharap agar dapat menunaikan fardhu haji bersama-
sama dengan mereka. Oleh itu sangat besarlah harapan saya kepada tuan agar
rayuan saya ini dapat diberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya supaya
dapat saya mencukupkan mahram kepada kakak dan adik saya yang mana
mereka sangat-sangat berharap agar rayuan saya ini diterima oleh tuan. Segala
perhatian dan juga pertimbangan oleh tuan amatlah saya hargai dan saya
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semuga Allah jualah yang akan
membalas jasa baik tuan hendaknya. InsyaAllah.

Sekian, terimakasih.

Yang benar;

(ROSE @ CHE’ROSE BINTI HASAN)


No.Telefon: 017-6051028 - mobile
06-2310399 - rumah