Anda di halaman 1dari 16

BUKU PANDUAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1. PENDAHULUAN

1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan


Badan Beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan dan
permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini ialah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan
aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang
dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan
badan beruniform, kelab / persatuan serta kelab sukan dan
permainan. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-
kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut.

1.3 Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh


Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum pihak sekolah ada membuat
penilaian terhadap aktiviti kokurikulum yang diceburi oleh murid
namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah berbeza-beza.
Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat berdasarkan
persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

1.4 Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada 5 April 2006


mencadangkan aktiviti kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan
format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan
kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum
dijadikan sebagai sebahagian daripada markah penilaian kemasukan
murid ke institusi pengajian tinggi tempatan.( Cari Punca Kuasa )

2. RASIONAL

2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum murid yang dibuat oleh sekolah


berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya
unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada
murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza
walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama.
Melalui penggunaan borang penilaian yang setara, unsur-unsur
ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

2.2 Penilaian aktiviti kokurikulum boleh merangsang murid untuk


bergiat lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Semua murid
mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh markah kerana
penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita
melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM,

1
penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh
dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.

2.3 Asas penggunaan 10% markah kokurikulum sebagai syarat


kemasukan ke IPTA bagi calon SPM, STPM dan STAM telah pun
bermula pada tahun 2006. Justeru itu adalah wajar satu bentuk
penilaian khusus perlu dilaksanakan mulai dari peringkat sekolah
rendah lagi.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh


diterima pakai oleh semua sekolah.

3.2 Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM untuk


membuat penilaian kemasukan murid-murid ke sekolah tersebut.

3.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan murid secara menyeluruh


dalam aktiviti kokurikulum.

4. GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM


SEKOLAH RENDAH

4.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan /


kemudahan yang berikut :

4.1.1 Perancangan yang jelas;


4.1.2 Tempat penyimpanan Buku Penilaian Kokurikulum
4.1.3 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum;
4.1.4 Rancangan mingguan dan tahunan kokurikulum;
4.1.5 Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluarkan oleh
KPM dan agensi luar
4.1.6 Buku Laporan Aktiviti Mingguan dan Tahunan

4.2 Gambar murid dilekatkan pada Buku Penilaian Kokurikulum


4.3 Semua murid mesti mempunyai Buku Penilaian Kokurikulum.
4.4 Bekerjasama dengan setiausaha kokurikulum sekolah untuk merekod
dan menyerahkan data pencapaian murid.

2
4.5 Mengadakan taklimat kepada setiausaha kokurikulum, guru
penasihat / pemimpin dan guru kelas.
4.6 Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.
4.7 Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti
badan beruniform, persatuan / kelab serta kelab sukan /
permainan.
4.8 Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat /
pemimpin
4.9 Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu
bidang menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut.
4.10 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.
4.11 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.

5. CARTA ALIRAN PENGURUSAN


PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1 Perancangan Strategik Kokurikulum Sekolah Dilaksanakan pada minggu


pertama persekolahan
- Memaklumkan

2 Agihan tugas guru penasihat / pemimpin mengikut kepakaran Nisbah guru: murid dalam
kokurikulum ialah 40:60 orang
murid dua orang guru
penasihat. 3
3 Pendaftaran setiap murid dalam tiga elemen :
 Badan Beruniform
 Kelab / Persatuan
 Kelab Sukan / Permainan
Jumlah murid bagi setiap unit antara 40:60

4 Menjalankan aktiviti mengikut perancangan sekolah Taklimat pengisian data kepada


setiausaha kokurikulum pada
bulan Mac

Takwim dan Rancangan Pelajaran


Mingguan mengikut jadual
aktiviti yang telah ditetapkan.

5 Merekod kehadiran murid dalam Buku Penilaian Kokurikulum dan


ditandatangani oleh guru penasihat setiap kali perjumpaan.

6 Guru penasihat / pemimpin melengkapkan laporan Aktiviti


Mingguan dengan merujuk Buku Laporan Akt iviti Mingguan dan
Tahunan

7 Guru kelas melengkapkan Buku Penilaian Kokurikulum

8 Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum mengesahkan Jawatankuasa ini terdiri


markah kokurikulum murid. daripada :
Pengerusi : Guru Besar
Setiausaha : PK Kokurikulum
AJK : Tiga orang yang
dilantik
Buku Penilaian Kokurikulum
ditandatangani oleh PK
Kokurikulum, / Guru Besar dan
Ibu bapa / penjaga

9 Keputusan Penilaian Kokurikulum hendaklah di hantar ke 30 November tahun semasa


Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut keperluan pelanggan

10 Markah Penilaian Kokurikulum dan Buku Laporan Aktiviti Buku Rekod Penilaian
Mingguan dan Tahunan disimpan di sekolah. Kokurikulum akan berpindah
mengikut murid.

6. PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

6.1 Aspek yang dinilai:

4
6.1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis
aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada empat aspek
yang berikut:

 Kehadiran
 Jawatan disandang
 Penglibatan
 Pencapaian

6.1.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan


adalah seperti berikut :

Jadual 1

ASPEK PENILAIAN PERATUS


MARKAH
Kehadiran 50
Jawatan Disandang 10
Penglibatan 20
Pencapaian 20

JUMLAH 100

6.1.3 Markah aspek kehadiran ialah markah tertinggi (50%). Ini


bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti
yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan
kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun; dengan
mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum
dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 60 minit
untuk Tahun 3 dan 4, 120 minit Tahun 5 dan 6. Pengecualian
kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai
kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab- sebab lain yang
munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak
sekolah.

Kehadiran Minimum Setahun

Bidang Kokurikulum Kehadiran


Pasukan Badan Beruniform 12 kali
Kelab & Persatuan 12 kali
Kelab Sukan & Permainan 12 kali
5
Pengiraan Markah Kehadiran

Jika jumlah kehadiran pelajar = a


Jumlah perjumpaan setahun = b
Ketidakhadiran diluluskan = c
(Cuti sakit, wakili sekolah dll.)

Markah kehadiran = a x 50
b-c

6.1.4 Markah Jawatan Disandang (10%)

Markah aspek jawatan disandang ialah 10% dan diberikan


kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi
dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu, ahli biasa dan
jawatan yang lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis
jawatan yang disandang. Agihan markah bagi jawatan yang
disandang adalah seperti berikut

Jadual 2
Pasukan Badan Beruniform ( bincang badan induk )

JAWATAN DISANDANG MARKAH

Ketua Pek/Penghuluwati/ Ketua Trup/Pengerusi/ Naib


Pengerusi/ sarjan/ Lencana Grand Prior/ Ketua Agung
Bahagian (KAB)/ Pengerusi 3 Chalit/ Terbang Naik/
10
Lencana Puteri Bongsu/ Rambu Lencana Kepandaian/
Kemahiran/ Staff Sarjan/ Lain-lain pangkat yang difikirkan
sama taraf

Kak Nam/ Naib Penghuluwati/ Ketua Enam Sekawan/


Setiausaha/ Bendahari/ Ketua Bahagian (KB) Tangan
Emas/ Lulus 4 dari 5 perkara asas untuk mendapatkan
08
Lencana Puteri Bongsu/ Keris Mas/ Keris Perak/ Lulus 5
dari 8 perkara asas untuk mendapat Lencana Grang Prior,
Sarjan/ Lain-lain pangkat yang difikirkan sama taraf

07
Penolong Kak Nam/ Ketua Oasukan/ Kumpulan/ Kuater
Master/ Pen.Setiausaha /Pen.Bandahari/ Kopral/ Lulus 3
dari 8 perkara untuk mendapatkan Lencana Prior/ Calit
Emas/ Lulus 3 dari 5 perkara asas untuk mendapatkan

6
Lencana Puteri Bongsu/ Lain-lain pangkat yang difikirkan
sama taraf

Lencana Perlantikan/ Lulus 1 dari 5 perkara asas untuk


mendapatkan Lencana Puteri Bongsu/ Lencana Keahlian/
Lulus 2 dari 8 perkara asas untuk mendapatkan Lencana 06
Grand Prior/ Lans kopral/ Lain-lain pangkat yang
difikirkan sama taraf

Ahli Jawatankuasa 05

Ahli Aktif 04

Ahli Biasa 01

Jadual 3

Kelab dan Persatuan / Kelab Sukan dan Permainan


JAWATAN DISANDANG MARKAH

Pengerusi/ Presiden/ Kapten Pasukan / Ketua Rumah 10

Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 08

Setiausaha / Bendahari 07

Pen.Setiausaha / Pen.Bendahari 06

Ahli Jawatankuasa 05

Ahli Aktif 04

Ahli Biasa 01

6.1.5 Markah Penglibatan ( 20 % )

Markah aspek penglibatan ialah 20%. Markah ini diberikan


lepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka
dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang
disertai.

7
Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan
adalah sama. Pemberian markah seperti berikut :

Jadual 4

PERINGKAT MARKAH

Sekolah 11

Zon/ Daerah 14

Negeri 17

Kebangsaan 20

Antarabangsa BONUS / REVIEW

6.1.6 Markah Aspek Pencapaian ( 20 % )

Markah aspek pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan


pencapaian pelajar dalam pertandingan di peringkat sekolah,
zon / daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian
yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan
Ketiga. Dalam aspek pencapaian, markah bagi pencapaian individu
atau pasukan adalah sama. Markah pencapaian yang ditetapkan
adalah seperti berikut :

Jadual 5

MARKAH
PERINGKAT
PERTANDINGAN
Johan Naib Johan Ketiga

Sekolah 08  07  06 

8
Zon/ Daerah/
11 10 09 
Bahagian
Negeri 14 13 12

Kebangsaan 17 16 15

Antarbangsa 20 19 18
SAMPAI NO.5( SAGU HATI )

Setiap pemberian markah dalam aspek yang dinilai adalah


berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seseorang
murid. Umpamanya jika seseorang murid pernah mewakili daerah,
negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang
diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20
markah).

7. KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI

7.1 Setiap murid sekolah menengah diwajibkan menganggotai pasukan


badan beruniform, persatuan / kelab serta sukan dan permainan.
Dalam hal ini setiap murid memilih salah satu aktiviti yang terdapat
dalam setiap bidang kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian
aktiviti adalah berdasarkan :

a. Aktiviti badan beruniform seperti Tunas Kadet Remaja Sekolah,


Pandu Puteri Tunas , Pengakap Kanak-kanak , Seni Bela Diri dan
sebagainya.
b. Aktiviti kelab / persatuan seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab
Pencinta Alam, Kelab Seni Foto dan sebagainya.
c. Aktiviti kelab sukan dan permainan seperti Kelab Olahraga, Kelab
Renang, Kelab Memanah dan sebagainya.

7.2 Setiap jenis aktiviti yang disertai oleh murid akan dinilai
berdasarkan aspek yang telah dinyatakan dalam 6.1.1 dan agihan
markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan dalam
6.1.2 Sebagai contoh, berikut adalah markah aktiviti kokurikulum yang
diperolehi oleh murid X

Contoh:
i. Aktiviti Pasukan Badan Beruniform

Bil ASPEK PENILAIAN PRESTASI MARKAH

1 Kehadiran Penuh (12 / 12 ) 50


2 Jawatan Disandang Ahli aktif 4
9
3 Penglibatan Hadiri Korobori 14
Pengakap Peringkat
Negeri
4 Pencapaian Ketiga Kawad Kaki 12
Peringkat Negeri

JUMLAH 80

ii.Aktiviti kelab / persatuan

Bil ASPEK PENILAIAN PRESTASI MARKAH

1 Kehadiran 10 / 12 42
2 Jawatan Disandang AJK Persatuan B.Melayu 5
3 Penglibatan Sertai Kursus Penulisan 14
Sajak Peringkat Negeri
4 Pencapaian Naib Johan Bercerita 7
Bahasa Inggeris

JUMLAH 68

iii. Aktiviti kelab sukan dan permainan

Bil ASPEK PENILAIAN PRESTASI MARKAH

1 Kehadiran 12 / 12 50
2 Jawatan Disandang AJK Kelab Bola Sepak 5
3 Penglibatan Mewakili negeri dalam 14
olahraga
4 Pencapaian Naib Johan 100 meter 16
Olahraga MSSM

JUMLAH 85

7.3 Gred Penilaian Aktiviti Kokurikulum

7.3.1 Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti


berikut:

Jadual 6

10
GRED MARKAH

A Antara 80 hingga 100


B Antara 60 hingga 79
C Antara 40 hingga 59
D Antara 20 hingga 39
E 39 ke bawah

7 MARKAH BONUS ( definisi / penambahbaikan skop )

8.1 Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan


yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan
membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan
tersebut merangkumi :

a. Perjawatan peringkat sekolah seperti pengawas, pengawas


perpustakaan, kuatermaster, dan sebagainya.
b. Perjawatan peringkat rumah sukan seperti ketua rumah sukan,
ketua bilik / asrama dan sebagainya
c. Perjawatan peringkat kelas seperti ketua kelas / darjah dan
sebagainya

8.2 Bagi setiap jawatan tersebut, markah bonus diberi sebagai


pengiktirafan kepada murid atas sumbangan perkhidmatan setiap
tahun. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut :

Jadual 7

BIL JAWATAN MARKAH BONUS

1 Ketua Murid I / Ketua Murid II 10


2 Timbalan / Penolong Ketua Pelajar 8
Ketua / Pengerusi Badan
Perkhidmatan atau pengurusan utama
3 yang ditubuhkan untuk membantu 7
sekolah seperti perpustakaan, surau,
PRS dan asrama
Ahli badan perkhidmatan atau
pengurusan utama yang ditubuhkan
4 6
untuk membantu sekolah seperti PRS
dan Pustakawan
Ketua / Pengerusi badan
perkhidmatan atau pengurusan
5 5
sokongan seperti asrama, makanan
dan lain-lain
6 Ahli jawatankuasa termasuk penolong 3

11
ketua / Pengerusi, Setiausaha,
Bendahari bagi badan-badan dalam
perkara (3 dan 5), ahli PRS.
Ketua bilik / asrama / kelas 3
7
8 Penolng Ketua Bilik / ketua kelas 1

8.3 Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid di


atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan
kemasyarakatan yang diusahakan sendiri. Markah anugerah
khas ini ditetapkan seperti berikut:

Jadual 8

MARKAH
BIL PENCAPAIAN
BONUS
Anugerah Pasukan Badan Beruiform

a. Pengakap Kanak-Kanak - Rambu 10


b. Puteri Islam - Puteri Bongsu 10
1 c. PanduPuteri Tunas - Tangan Emas 10
d. BSMM - Lencana Pendidikan Kesihatan 10
- Lencana Sejarah BSMM 10
e. Junior St. John’s

Anugerah Kebangsaan
Pingat Hang Tuah Kebangsaan/Tunas Jaya 10
2
Kebangsaan
Pencapaian Aktiviti Kokurikulum Di Luar
3 Negara atas Pembiayaan Sendiri :
Johan 05
Naib Johan 03
Ketiga 02
NILAM
a. Peringkat Sekolah 02
4 b. Peringkat Daerah 05
c. Peringkat Negeri 08
d. Peringkat Kebangsaan 10
5 Lain-lain anugerah yang setara

8.4 Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk salah satu
daripada jawatan didsandang seperti di 8.2 atau pengintirafan atas
pencapaian cemerlang seperti di 8.3 yang tertinggi pada setiap
tahun

12
8.5 Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab
tindakan tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak
layak dimasuk kira.

9. GRED KESELURUHAN

9.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh


seseorang murid dalam dua daripada tiga bidang kourikulum yang
dianggotai seseorang murid beserta markah bonus. Dua daripada
tiga bidang yang dipilih berdasarkan markah tertinggi.
9.2 Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah
markah kedua-dua bidang kokurikulum dan mendapatkan purata
bagi kedua-dua bidang tersebut. Kemudian nilai tersebut
dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi.
9.3 Berdasarkan markah pelajar X, contoh kiraan gred keseluruhan
seperti berikut :

Jumlah markah badan beruniform = 80


Jumlah markah persatuan / kelab = 68
Jumalh markah sukan dan permainan = 85

Markah purata bagi dua terbaik = (80 + 85) = 82.5


2

Markah bonus =10 (Ketua Murid)

Markah keseluruhan ( GPA ) = 82.5 + 10 = 92.5

Gred ( GPA ) = A

10 PELAKSANAAN

10.1 Semua sekolah rendah di setiap negeri diminta menggunakan


format dan borang yang sama untuk membuat penilaian aktiviti
kokurikulum murid( lampiran 1, 2 dan 3 )
10.2 Penilaian hendaklah dibuat setiap hujung tahun atau selewat-
lewatnya 30 November tahun semasa.
10.3 Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid
berada Tahun 3 hingga Tahun 6. Pihak sekolah perlu menyediakan
Buku Penilaian Kokurikulum yang diseragamkan di peringkat
pusat. Langkah ini memudahkan penyimpanan buku penilaian dan

13
pemindahan sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan
semasa kemasukan ke Tingkatan 1 atau Peralihan.
10.4 Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang
terdiri daripada guru-guru dan dipengerusikan oleh Guru Besar.
10.5 Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin
sebelum disahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan
Kokurikulum.
10.6 Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun
sepanjang persekolahannya. Keputusan penilaian akan
dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan
himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA).
Contohnya, prestasi GPA dan CGPA murid X dalam bidang
kokurikulum sepanjang tempoh persekolahannya dari Tahun 3
hingga ke Tahun 6.

Tahun Markah Kokurikulum GPA CGPA

3 69 69 69.0
4 82 82 75.5
5 83 83 79.25
6 89 89 84.13

Contoh pengiraan CGPA

TAHUN 3 = 69 = 69.0
1

TAHUN 4 = (69.0 + 82) = 75.5


2

TAHUN 5 = (75.5 + 83) = 79.25


2

TAHUN 6 = (79.25 + 89) = 84.13


2

14
10.7 Bagi murid Tahun 6, penilaian kokurikulum adalah berdasarkan
percapaian terbaik dari Tahun 3 hingga Tahun 6, dan ia diambil
kira sebagai kelayakan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama
Penuh / MRSM
10.8 Kes-kes Terpencil
10.8.1 Murid Pendidikan Khas
10.8.2 Murid kurang upaya
10.8.3 Pesakit kronik / luar biasa
10.8.4 Sekolah di kawasan pedalaman
10.8.5 Sekolah kurang murid
10.9 Kes-kes Khas
Murid yang terlibat dalam aktiviti sukan prestasi tinggi hendaklah
dinilai mengikut kriteria seperti murid biasa.

11.SENARAI SEMAK

Dokumen-dokumen yang perlu ada bersama buku ini :

1. Surat Perlantikan
2. Sijil Penghargaan
3. Sijil Penyertaan
4. Sijil Pencapaian

MEMORI

‘Koleksi Aktiviti Kokurikulum


Murid Sekolah Rendah’
15
16

Anda mungkin juga menyukai