Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN GURU BESAR

Segala puji milik ALLAH SWT, Tuhan Pemilik segala benda di langit dan di bumi.
Selawat dan salam diucapkan buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarga dan para sahabat baginda. Baginda insan agung yang terlalu berjasa buat
kita, dengan jasanya dinikmati iman dan Islam.
 
Ayuh kita mengukuhkan rasa kesyukuran yang sememangnya menjadi kewajipan kita
sebagai hamba-hamba ALLAH SWT. Syukur dilaksanakan melalui hati, lisan dan
amal atas kurnia-Nya yang sekali lagi mengizinkan kita bersama dengan tetamu
agung tahunan ini yakni Ramadhan Al-Mubarak.
 
Pada tahun ini kita menyambut Ramadhan bersamaan dengan Bulan Kemerdekaan
Negara. Ia bersamaan dengan tema Ramadhan itu sendiri iaitu pada akhirnya merdeka
dari api neraka.
 
Justeru, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut
Ramadhan 1431Hijrah dan juga menyambut kemerdekaan kepada seluruh warga
SKTJJ3. Semoga kemerdekaan kita ini diberkati oleh Allah sehingga kita merdeka
jiwa, merdeka budaya, merdeka identiti, merdeka tanah air sebagaimana kita merdeka
dari azab neraka Allah pada hari Akhirat nanti.
 
Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan, membawa sekian banyak rahmat
dan kurniaan untuk dikaut oleh orang-orang yang bertaqwa.
 
Marilah sama-sama kita mengusahakan ikhtiar yang terbaik untuk memenuhi setiap
detik dalam madrasah ataupun akademi ruhaniyah tahunan ini dengan segala macam
bentuk ‘ibadah, sebagai tanda gembira atas peluang pahala kebajikan berganda-ganda
kepada kita. Hadiah yang berupa Ramadhan Al-Mubarak ini ialah satu hadiah terlalu
istimewa buat ummat Nabi Muhammad SAW.
 
Bersama-sama kita berdoa agar ALLAH SWT senantiasa mengurniakan keampunan,
rahmat, kasih sayang, pemeliharaan dan hidayah-Nya kepada kita agar selamat di
dunia dan Akhirat kelak. Lazimkan doa sepanjang bulan mulia ini, mendoakan
kesejahteraan kita dan saudara kita di seluruh dunia, secara khususnya Muslimin dan
Muslimat di negara-negara seperti Palestin, Iraq, Afghanistan, Chezh, Selatan
Thailand, Kashmir, Selatan Filipina dan lain-lain lagi.
 
Dengan keterlibatan warga SKTJJ3 dalam Tadarus Al-Quran sepanjang bulan
Ramadhan, diharapkan kita dapat meningkatkan kefahaman dan kebersamaan kita
dengan Al-Quran Al-Karim. Al-Quran ialah Kalamullah yang terpelihara dan menjadi
panduan umat Islam yang tiada ternilai. Sama-sama kita jadikan Al-Quran manual
utama kehidupan. Hal ini sejajar dengan firman-Nya dalam Suratul Baqarah ayat 185
yang bermaksud:
 
“Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi
manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan (antara yang benar dan salah).”
 
Semoga penghayatan Ramadhan sepenuh hati dapat memantapkan rasa kehambaan
dan kebersamaan dengan ALLAH SWT, lantas meningkatkan kualiti kehidupan
dalam segenap aspek khususnya aspek akademik bagi murid-murid yang akan
UCAPAN GURU BESAR

menduduki peperiksaan. Apa sahaja yang dilaksanakan, selagi mana tidak keluar
daripada garisan syar’iat, maka itulah ‘ibadah penghambaan kita kepada ALLAH
SWT.
 
Ayuh, majulah ke hadapan. Semoga Ramadhan berjaya mengukuhkan persediaan kita
di alam persinggahan yang sementara ini.Pada akhir kalam,saya melancarkan Bulan
Ramadhan dan Tabung Palestin Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3
pada tahun ini.

Anda mungkin juga menyukai