Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i). Berdasarkan syair di atas, berikan bukti yang menunjukkan sikap bermain judi
meninggalkan kesan yang tidak baik.
[ 3 markah ]
(ii). Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya seseorang itu patut menjaga
maruah diri?
[ 3 markah ]
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki-baki rakyat
yang masih hidup. Meraka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu
untuk terus tinggal di dalam negeri itu.
Tidak berapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum
itu, ”Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana
nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam
negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini
mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”
Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar
meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka
berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT,
mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan
diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.
(i). Apakah maksud rangkai kata “Setelah putus bicara dua bersaudara itu”
berdasarkan petikan di atas?
[ 2 markah ]
(ii). Berdasarkan petikan, apakah tindakan yang diambil oleh Merah Silu dan
Merah Hasum selepas ibu bapanya meninggal dunia?
[ 3 markah ]