Anda di halaman 1dari 17

  


  
5

 Ü
 

Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr


Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. paling sesuai.
1
"Usahlah awak ambil hati dengan teguran __________ kerana __________ ini hidup
berjiran," kata Encik Rafidi kepada Puan Salwa.
A kamu ... awak
B kita ... anda
C saya ... kita
D dia ... mereka

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

2
Doktor Chua sedang __________ penyakit yang sedang dihidap oleh pesakit itu.
A menyiasat
B mendapat
C mencari
D melihat

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


3
Pengemis itu makan nasi dengan begitu __________ kerana tidak makan apa-apa seja
k
semalam.
A kuat
B lekas
C lahap
D cemas

Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr


Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. paling sesuai.
4
Muka Hasnah __________ setelah dimarahi oleh ayah tirinya.
A pucat
B pudar
C kusut
D suram

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


5
Sampaikan salam __________ saya __________ ayah dan ibu saudara
A dari untuk
B dari kepada
C oleh kepada
D daripada kepada

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


6
Perompak memasuki rumah __________ keluarga Pak Cik Mansur sedang tidur dengan
nyenyaknya.
A sementara
B ketika
C hingga
D malahan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


7
"Jenazah __________ akan dibawa pulang. Istiadat
__________ akan diadakan pada keesokan hari," kata
Tengku Zainal kepada isterinya.
A nenda ... penobatan
B ayahanda ... pemakaman
C adinda ... pertabalan
D kakanda ... pengurniaan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr


Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!
Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr
Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!

8 Encik Hanafi sedang __________ pencuri itu dengan sekuat hatinya.
A menuju
B menghala
C menghambur
D menghambat
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
9 Mereka __________ berlatih lebih kerap __________ mencapai kemenangan
A boleh agar
B mesti dapat
C harus supaya
D dapat semoga
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
10 Saya __________ peti radio kemudian menutupnya supaya tidak mengganggu abang
yang
sedang mengulang kaji pelajaran.
A dekat
B terdekat
C berdekat
D mendekati
Isi tempat kosong dengan jawapan yang ppaalliinngg sseessuuaaii..
11
__________ di kampung itu tidak boleh dilalui kerana ditenggelami air banjir.
A Jalan mati
B Jalan buntu
C Jalan raya
D Jalan damai
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
12
Saya berazam untuk __________ pelajaran hingga ke universiti.
A terus
B penerusan
C berterusan
D meneruskan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

13
Pelabuhan di muara sungai itu begitu sibuk dengan perahu yang __________.
A susup-sasap
B simpang-siur
C hingar-bingar
D kontang-kanting
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
14
Ambillah buah itu untuk makan, tetapi jangan ambil __________ hingga membazir.
A boros-boros
B lebih-lebih
C banyak-banyak
D kuat-kuat
Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr
Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. i tempat kosong dengan jawa
pan yang paling sesuai.
15
Pak Zaki sanggup menjadi __________ apabila
membeli hasil pertanian orang kampung dengan harga
yang murah dan dijual dengan harga yang mahal
untuk mendapat keuntungan yang banyak.
A tali barut
B lintah darat
C berat tulang
D pacat kenyang

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


16
Salina yang suka bercakap banyak __________ itu tidak disukai oleh rakan-rakan
sebiliknya.
A seperti kera sumbang
B seperti lipas kudung
C seperti murai dicabut ekor
D seperti si kudung mendapat cincin

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


17
Pemburu itu menembak __________ burung dengan __________ senapang
A seekor ... sebatang
B sekawan ... selaras
C sekumpulan ... sepucuk
D segerombolan ... sedas

18
Saya kira tetamu itu akan tiba di sini hampir senja.
Perkataan seerti bagi kira ialah
A rasa
B tahu
C harap
D hendak

19
Pekerja kilang getah itu bekerjasama melakukan kerja-kerja menyokong bumbung rum
ah
asap yang buruk itu.
Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr
Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!
Perkataan berlawan bagi menyokong ialah
A merobekkan
B merobohkan
C memasang
D membina
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
20 I. Letupan bom itu telah hancur pertahanan musuh.
II. Negara akan hancur jika rakyat tidak bersatu padu.
III. Tubuhnya hancur dan isi perut terburai akibat kemalangan itu.
IV. Perbuatannya menggelapkan wang telah hancur kepercayaan orang terhadapnya.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21 I. Kita janganlah menceritakan buruk keluarga sendiri.
II. Pak Abu sedang berehat di bangsal buruk di tepi sawah.
III. Badan ayah berpeluh lalu mengesatnya dengan kain buruk.
IV. Emak tersenyum memandang rumahnya yang buruk di tepi sawah
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
22 I. Jarak di antara dua bandar itu ialah dua puluh kilometer.
II. Saya jadi antara dalam perselisihan Ali dengan Seman.
III. Wang itu terus dibahagi-bahagikan antara mereka.
IV. Saya tunggu di sana antara jam dua hingga tiga petang.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr
Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. jawapan yang sesuai bagi aya
t tanya di bawah.
23
Mengapakah dia tidak hadir ke sekolah selama dua hari pada minggu itu?
A Pada masa itu semua murid diberi cuti selama dua hari.
B Pada minggu itu dia demam dan terpaksa dimasukkan ke wad.
C Pada minggu itu dia tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari.
D Pada masa itu dia akan mengikut ibu bapanya ke rumah nenek di Kuantan.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


24
Kapal terbang dari lapangan terbang KLIA akan berlepas pada pukul 7.30 pagi menu
ju ke
Madinah.
A Bilakah kapal terbang dari Madinah akan berlepas ke KLIA?
B Kapal terbang dari manakah yang akan berlepas ke Madinah?
C Pukul berapakah kapal terbang dari lapangan terbang KLIA akan berlepas menuju
ke

Madinah?
D Apakah yang akan berlepas dari lapangan terbang KLIA ke Madinah pada pukul 7.3
0
pagi?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25
"Pakcik menggadaikan tanah-tanah itu untuk perbelanjaan anak-anak di universiti,
" kata Pak
Cik Karim kepada Abu.
A Abu memberitahu tanah-tanah itu digadai oleh Pak Cik Karim untuk perbelanjaan
anak-anaknya di universiti.
B Pak Cik Karim memberitahu Abu bahawa tanah-tanah itu digadai untuk perbelanjaa
n
anak-anak Abu di universiti.
C Pak Cik Karim memberitahu Abu bahawa tanah-tanah itu digadai untuk perbelanjaa
n
anak-anaknya di universiti.
D Pak Cik Karim memberitahu tanah-tanah itu digadai untuk perbelanjaan anak-anak
nya
di universiti.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
26
"Saya yakin, lelaki yang kami tahan itu terlibat dalam rompakan di Johor," kata
Sarjan
Misai.
A Sarjan Misai yakin bahawa lelaki yang ditahannya itu terlibat dalam rompakan d
i
Johor.
Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr
Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!
B Sarjan Misai menegaskan bahawa lelaki yang ditangkap di Johor itu terlibat dal
am
rompakan.
C Sarjan Misai tidak ragu-ragu bahawa lelaki yang dipenjarakan di Johor terbabit
dalam
rompakan.
D Menurut Sarjan Misai, pihak polis yakin bahawa lelaki yang dipenjarakan itu te
rlibat
dalam rompakan di Johor.
Pilih ayat yang betul.
27
A Guru besar-guru besar itu sedang bermesyuarat di dalam dewan.
B Kelawar keluar mencari makanan pada waktu malam.
C Bukan Zamri hadiah itu tetapi untuk Ali.
D Dia pergi pejabat pos.

Pilih ayat yang betul.


28
A Pokok di belakang rumah Zaid terlalu tinggi.
B Kelakuan budak-budak itu sekali baik.
C Baju yang dipakainya itu tebal agak.
D Masakan ibu Najihah sedap paling.

Pilih ayat-ayat yang betul.


29 I. Cikgu Rosliza mengajarkan murid-muridnya Bahasa Malaysia.
II. Setiap peserta yang menyertai di dalam pertandingan itu akan diberi hadiah.
III. Penggunaan komputer dalam pendidikan amat penting pada masa kini.
IV. Saudara kepada Siti menerima rawatan di Klinik Setia.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
30 I. Golongan fakir memerlu bantuan.
II. Pada waktu petang saya bermain bola.
III. Zaim berdiri lalu menjawab soalan itu.
Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr
Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!
IV. Swee Tin lalu jalan itu supaya cepat sampai.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Lorong Damai,
Jalan Long Yunus,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
6 November 2007.
Menemui saudaraku Abdul Halim bin Hasan yang berada di Muar, Johor. Semoga saud
ara
berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Saudara,
Surat saudara telah selamat saya terima pada minggu lepas. Terima kasih saya uc
apkan
kerana kesudian saudara ingin mengetahui tempat-tempat menarik di Kelantan.
Di Kelantan terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Di bandar Kota
Bharu,
saudara boleh melawat Pasar Besar Siti Khadijah. Di sini, 95 % peniaga-peniagany
a terdiri
daripada orang perempuan. Di sebelahnya pula terdapat Bazar Buluh Kubu. Di sini
terdapat
pusat jualan batik dan hasil pertukangan emas dan perak. Di bandar Kota Bharu ju
ga terdapat
Muzium Kelantan, Muzium Perang, Muzium Batu, Kampung Kraf Tangan, Istana Kota La
ma,
pusat pembuatan batik dan kain tenun.
Selain itu, saudara boleh melawat air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara di
Gunung
Stong, Gua Musang. Air Terjun Jeram Pasu dan Jeram Linang di Pasir Puteh merupak
an dua
tempat yang menarik untuk dilawati.
Kalau saudara ingin berehat di pantai, saudara boleh pergi ke Pantai Cahaya Bul
an di Kota
Bharu, Pantai Sri Tujuh di Tumpat, Pantai Irama dan Pantai Sungai Dua di Bachok.
Di pantaipantai
ini saudara boleh mandi-manda dan berehat.
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Saudara akan berpuas hati jika sa
udara dapat
melawat tempat-tempat yang saya ceritakan itu. Saya berharap pada cuti penggal y
ang akan
datang, saudara dapat mengunjungi negeri Kelantan. Saya akan menunggu kedatangan
saudara
dengan tangan terbuka.
Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr
Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!
Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

31
Di manakah terletaknya Air Terjun Gunung Stong?
(
A Tumpat.
B Bachok.
C Pasir Puteh.
D Gua Musang.

32
Semua pernyataan berikut benar tentang petikan kecuali
A batik banyak dijual di Bazar Buluh Kubu.
B pertukangan emas terdapat di Bazar Buluh Kubu.
C banyak tempat membuat batik di Kota Bharu.
D di Kota Bharu terdapat pantai untuk mandi-manda.
33
Apakah tujuan Nabil menulis surat kepada Abdul Halim
A Menceritakan tempat-tempat menarik di Kelantan.
B Memberitahu suasana di Pasar Besar Siti Khadijah.
C Ingin melawat Kelantan pada cuti penggal hadapan.
D Ingin mengetahui tempat-tempat menarik di Kelantan.
34
Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut.
A Nabil tinggal di Muar, Johor.
B Terdapat lima buah muzium di Kota Bharu.
C Air Terjun Jeram Linang terdapat di Bachok.
D Peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah kebanyakannya wanita.
35
Rangkai kata pusat jualan dalam petikan bermaksud
A kawasan hasil kraf tangan dijual.
B kawasan pertemuan antara penjual dan pembeli.
C tempat tumpuan berbagai-bagai kegiatan jualan.
D tempat peniaga dapat membeli secara borong dan runcit.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr
Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!
Ishak : Bilakah awak pulang Kasim? Petang semalam semasa saya datang, ibu awak k
ata
awak pergi ke rumah nenek.
Kasim : Saya pulang pagi tadi bersama abang saya, Ismail. Saya bertolak dengan b
as dari
Kuala Lumpur jam 9.00 malam. Perjalanan mengambil masa selama sembilan jam.
Ishak : Bilakah lagi awak ke sana?
Kasim : Saya pergi ke sana seminggu yang lepas. Seronok saya di sana.
Ishak : Apa yang seronoknya?
Kasim : Saya dapat melawat Zoo Negara, Pusat Sains Negara, Menara Berkembar Petr
onas,
Menara Kuala Lumpur dan beberapa tempat lagi.
Ishak : Dengan siapakah awak melawat tempat-tempat itu?
Kasim : Dengan Johari, anak Pak Long Ahmad. Pak Long Ahmad ialah abang kepada ib
u
saya. Johari telah mengambil cuti beberapa hari untuk membawa saya melawat ke
tempat-tempat itu. Apa hajat kamu datang ni?
Ishak : Saya diarahkan oleh Cikgu Rahmah untuk bertanya khabar sebab-sebab awak
tidak
datang ke sekolah.
Kasim : Itulah silap saya. Saya sepatutnya menulis surat kepada Cikgu Rahmah, gu
ru kelas
kita.
36 Mengapakah Ishak pergi ke rumah Kasim?
A Dia dijemput oleh Kasim.
B Dia disuruh oleh guru kelasnya.
C Dia ingin mengetahui cerita Kasim ke Kuala Lumpur.
D Dia ingin mengetahui tempat-tempat yang di lawati oleh Kasim.

37 Kasim tidak bersekolah selama


A 4 hari.
B 5 hari.
C 6 hari.
D 7 hari.

38 Kasim melawat ke beberapa tempat di Kuala Lumpur ditemani oleh


A nenek.
B sepupunya.
C abangnya.
D bapa saudaranya.

39 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.


Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr
Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!
A Dua kali Ishak ke rumah Kasim.
B Kasim sampai di rumahnya jam 6.00 pagi.
C Kasim bertolak pulang dari Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam.
D Kasim memberitahu guru kelas tentang pemergiannya ke Kuala Lumpur.

40
Apakah maksud rangkai kata mengambil masa?
A Masa yang dapat dijimatkan.
B Menggunakan masa yang terluang.
C Masa yang digunakan untuk sesuatu hal.
D Menggunakan sepenuhnya masa yang ada.
Soalanupsr.com >> Koleksi Soalan Upsr
Kinabaluresort.co.cc >> Bercuti ke Sabah PERCUMA!

Anda mungkin juga menyukai