Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

PENDIDIKAN ISLAM ASAS ULUM SYARIAH


Mata Pelajaran : Asas Ulum Syariah ( Feqah )
Kelas : 2 Muttaqin
Tarikh : 2 November 2010
Masa : 4.30 – 5.00 petang
Bilangan Murid : 22 orang
Tajuk : Alat – alat Bersugi
Kemahiran : Mempelajari dan memahami alat- alat yang boleh dan tidak
boleh digunakan untuk bersugi.

PENGETAHUAN SEDIA ADA :


1 Murid – murid telah mempelajari pendahuluan tajuk ini pada minggu sebelumnya.
2 murid – murid telah mempelajari mengenainya semasa pengajaran yang lepas.

HASIL PEMBELAJARAN :
1.Murid dapat menyebut dan memberi pengertian dan hukum bersugi.
2.Menyenaraikan alat – alat bersugi yang telah dipelajari.
3.Menjawab sekurang – kurangnya 80% soalan dalam lembaran kerja.

KEMAHIRAN BERFIKIR :
1.Menghimpun maklumat
2.Membanding beza
PENERAPAN NILAI :
1.Menerapkan amalan bersugi dalam kehidupan seharian.
2.Mengingatkan murid – murid tentang menjaga kebersihan mulut dan gigi dalam
kehidupan.
3.Merupakan sunnah Rasulullah S.A.W

BAHAN BANTU MENGAJAR :


1.Bahan maujud ( berus gigi, sabut,daun kering dan kayu sugi. )
2.Bahan maujud ( paku, kayu dan batu )
Langkah / Masa Isi Aktiviti Pengajaran dan Catatan / Alat
Pembelajaran

Pendahuluan Bacaan doa pelajaran -Guru mengarahkan


( 2 minit ) pelajar membaca doa
pelajaran beramai-ramai
sebelum memulakan
pelajaran.

Set Induksi Guru menunjukkan - Pelajar bersoal jawab -Bahan maujud


( 5 minit ) bahan maujud yang dengan guru ( berus gigi,
dibawa di dalam kotak - pelajar menjawab sabut,kayu
kepada murid-murid. soalan yang dikemukakan sugi dan daun
Bersoal jawab tentang oleh guru secara kelas kering)
bahan yang di tunjukkan dan individu.
oleh guru. - Guru mengaitkan bahan
tersebut dengan isi
pelajaran dan
menerangkan isi
pelajaran seterusnya.

Langkah 1 Guru menerangkan -Murid mendengar


( 6 minit ) kepada pelajar tentang penerangan dari guru
alat-alat yang digunakan
untuk bersugi
- Murid menjawab secara
Guru bertanyakan individu dan kelas soalan
kepada pelajar apakah yang diajukan oleh guru
hukum dan pengertian
bersugi. -Murid mengimbas
kembali apa yang telah
Guru mengulang dipelajari pada pelajaran
kembali apa yang telah yang lepas.
dipelajari dalam tajuk
yang lepas mengenai -Guru memberi peluang
pengertian dan hukum kepada pelajar untuk
bersugi. mengajukan soalan.

Langkah 2 Guru menunjukkan -Murid memberi perhatian


( 7 minit ) kepada murid-murid dengan penerangan guru. Bahan Maujud
alat-alat yang tidak ( paku, batu
boleh digunakan untuk dan kayu )
bersugi dan yang boleh
memudaratkan kepada -Guru memilih beberapa
diri. orang murid untuk
menjawab soalan yang
Guru menerangkan diajukan oleh guru.
perbandingan antara
alat-alat yang boleh dan -Murid membanding beza
tidak boleh digunakan mengenai alat-alat
untuk bersugi. bersugi tersebut.

-Pelajar di beri peluang


untuk bersoal jawab
dengan guru dan
mengajukan soalan.
Penutup Guru membuat penutup -Guru mengedarkan
( 10 minit ) sosial dan kognitif. kertas lembaran kerja
kepada setiap pelajar.
Menyenaraikan semula -Murid menjawab kertas
apakah alat-alat yang lembaran kerja.
digunakan untuk -Guru mengawasi dan
bersugi. membimbing murid.
-Guru menerangkan
semula kepada pelajar
apakah alat-alat bersugi.
-Guru menekankan
kepada murid supaya
amalkan bersugi dalam
kehidupan.

SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-MUKHLISIN ,


-Mengingatkan kepada
TAMAN ALAM DAMAI CHERAS KUALA LUMPUR
murid-murid supaya
menjaga kebersihan
mulut dan gigi kerana
Nama : ________________________ Tarikh : _________________
banyak kelebihanya.
-Amalan bersugi
Tahun : _________________________
merupakan sunnah
Rasulullah S.A.W.
: ‫التيهن‬

‫افاكه فغرتين برسوضي ؟‬


_________________________________________________

_________________________________________________

‫افاكه حكوم برسوضي ؟‬


_________________________________________________

‫ برسوضي ؟‬٢‫سنارايكن الت‬


________________________ -1
Lampiran :
Contoh Lembaran Kerja ________________________ - 2

________________________ -3

________________________ - 4
1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….
2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir  bab ini / ………….
3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
4. Murid berjaya menguasai konsep ……..
5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan
datang.
7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
9. Perlu memberikan lebih  masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah
kepada tugasan baru.
10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
12. Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.
13. Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..
14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman
mereka.
15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.
16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam
P&P akan datang.
18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….
23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..
24. Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.
25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh.
Jenis-jenis Penulisan Refleksi
 Penulisan Deskriptif
 Refleksi Deskriptif
 Refleksi Dialog
 Refleksi Kritikal
Kajian oleh Hatton dan Smith (1995) menunjukkan bahawa
terdapat empat jenis penulisan yang telah dikenal pasti dalam
penulisan reflektif. Pertama, penulisan deskriptif (descriptive
writing) yang merupakan penulisan yang menerangkan keadaan
atau peristiwa di bilik darjah dengan hanya menulis tarikh,
tempat tanpa sebarang penerangan berkenaan sebab, akibat dan
kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan
penulis.

Kedua, penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection)


yang merupakan penulisan jurnal yang mempunyai penerangan
sebab dan akibat terhadap peristiwa yang terjadi secara jelas
dengan ciri-ciri taakulan dan renungan terhadap peristiwa dan
memberi alasan-alasan/justifikasi terhadap perkara yang berlaku.

Ketiga, penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) yang


merupakan penulisan refleksi yang mengandungi kata-kata yang
merujuk kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa yang
sedang direnungkannya melalui siri soal jawab tentang
persoalan yang difikirkan.

Keempat, penulisan refleksi kritikal (critical reflection) yang


merupakan penulisan refleksi yang mengaitkan peristiwa di bilik
darjah dengan hal-hal di luar rutin bilik darjah seperti falsafah
diri insan guru sendiri, falsafah pendidikan, isu-isu wawasan,
perpaduan, politik, ekonomi dan sosial.

Contoh Penulisan Refleksi


Penulisan Refleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif)
1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar
lambat hadir ke kelas.
2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran.
Kelas terpaksa dibatalkan.
3. Pelajar mengantuk di dalam kelas.
4. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa
ditangguhkan kepada
pengajaranakan datang.
Penulisan Refleksi Tahap Kedua (penulisan refleksi deskriptif)
1. Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar
kurang faham apa yang disampaikan oleh guru. Guru
sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam bahasa
Melayu.
2. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di
dalam kelas dan tidak menghiraukan pengajaran guru. Guru
bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan
bertanyakan soalan yang berkaitan.
Penulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog)
1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang
prinsip geometri pada hari ini. Saya tidak menyediakan
contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat
menumpukan satu persatu pelajar untuk menjawab soalan.
Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan
mengenai tajuk yang di ajar.
Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal)
1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar.
Walaupun begitu saya suka ketawa semasa mengajar. Saya
mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang
sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti
pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak
mengendahkan pengajaran saya. Saya menggunakan
pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana saya
ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau
menggunakan pendekatan yang sama. Dan dengan
pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi
insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan
tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari sejarah.

Anda mungkin juga menyukai