Anda di halaman 1dari 4

PAPA... (akhirnya kau tewas jua !

Sinopsis

Peristiwa Julia terserempak dengan papa dan Aisyah begitu merunsingkan Julia. Dia
ingin bertanya kepada papa mengenai hubungan mereka pada hari Sabtu nanti. Pada petang
sabtu, Julia pulang ke rumah. Julia bertanyakan keadaan mama kepada papa dan dimaklumkan
bahawa mama masih koma. Ketika berada dalam bilik, Julia memikirkan hubungan antara papa
dengan Aisyah. Baginya, terdapat kemungkinan papa memerlukan teman untuk berkongsi
perasaan dan fikirannya. Akhirnya, Julia membuat keputusan bahawa sangkaannya tidak benar.
Pada keesokan hari, papa menghantar Julia untuk pulang ke matrikulasi UIA. Papa turut
memberikan wang saku yang banyak kepada Julia memandangkan Julia tidak pulang ke rumah
pada hujung minggu itu. Pada hari minggu, papa menelefon Julia. Pada mulanya, Julia agak
keberatan untuk menjawabnya kerana dia sibuk dengan tugasannya. Namun begitu, selepas
memikirkan kalau-kalau papa membawa berita penting tentang mama.

Setelah diberitahu bahawa keadaan mama masih sama, Julia berasa sia-sia sahaja dia
menjawab panggilan papa itu. Tanpa disedari, Julia telah menyinggung perasaan papa dengan
melemparkan soalan yang tidak patut ditanya. Julia sempat memohon maaf kepada papa atas
sikapnya itu. Rasylan mempelawa Julia untuk menjamu selera di Restoran A&W yang terletak di
Amcorp Mall. Dalam perjalanan, Rasylan memberitahu Julia tentang Encik Muaz yang
mendakwa dirinya sebagai bapa kandung Rasylan. Encik Muaz memintanya untuk menjalankan
pemeriksaan DNA. Julia masih merahsiakan hubungannya dengan Rasylan daripada papa
memandangkan papa tidak merestui hubungan mereka. Ketika mereka tiba di pusat beli belah
tersebut, Julia terlihat kereta papa. Di suatu sudut Restoran A&W, Julia mendapati papa sedang
berbual-bual dengan Aisyah. Julia kecewa dan sedih melihat kemesraan mereka berdua.
Kemudian, Julia menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan restoran itu kerana dia tidak ingin
kehadirannya disedari oleh papa.

BAB 17 varman94
Persoalan

 Kasih sayang suami kepada isteri

Jeffri sangat mengasihi isterinya. Demi kasih sayangnya, Jeffri sanggup menjaga isterinya yang sakit di
rumah.

 Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan.

Ketabahan Jeffri diuji ketika isterinya koma. Dia tidak berputus asa berusaha untuk mengubati isterinya
supaya pulih seperti sediakala.


Watak dan Perwatakan

Intan Julia
 Melanjutkan pelajarannya di UIA
 Anak kepada Jeffri(papa) dan Intan Maliana.
 Seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup.
 Seorang yang penyayang.

Jeffri
 Suami kepada Intan Maliana.
 Ayah kepada Intan Julia.
 Seorang yang berpendirian tegas.

Rasylan

 Kawan kepada Intan Julia.


 Jeffri melarang Juliana bergaul dengannya.
 Wajahnya mempunyai mirip Encik. Muaz al-Khalibi

BAB 17 varman94
Latar

Latar Tempat

 A&W di seksyen 7
 Bilik asrama UIA
 Rumah Jeffri

Latar Masa

 Zaman Moden

Latar Masyarakat

 Masyarakat yang sanggup menghadapi dugaan hidup


 Masyarakat penyayan

Nilai

 Nilai Bertanggungjawab
 Nilai Tabah
 Nilai Kasih saying

Pengajaran

 Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang diberikan untuk


melaksanakan sesuatu tugas

Contohnya, Jeffri telah melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa dengan menjaga Intan Julia dengan
sebaik-baiknya semasa isterinya koma dan dia juga telah menjaga isterinya yang koma dengan baik
walaupun terpaksa meninggalkan beberapa aktiviti yang sering dilakukannya semasa isterinya sihat.

 Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

Misalnya, Jeffri tidak berputus asa berusaha untuk mengubati isterinya supaya pulih seperti sediakala.

 Kita haruslah menyayangi ahli keluarga kita

Julia merupakan watak yang mempamerkan nilai kasih sayang.Walaupun ibunya jatuh koma dia tetap
menyayangi dan berdoa agar ibunya cepat sembuh

BAB 17 varman94
BAB 17 varman94

Anda mungkin juga menyukai