Anda di halaman 1dari 13

BBA Semester 1 / 2010

Kerja Kursus

Asas Keusahawanan ( BPME 1013 )

Tajuk:

Usahawan Melayu Datuk Wan Mohammad Sani Salleh


Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB)

Disediakan untuk:
Puan Juliana Said

Disediakan Oleh:
Kamal Ezwan Bin Abu Talib 208834
Isi Kandungan:
Asas Keusahawanan ( BPME 1013 )..................................................................2

Tajuk:..................................................................................................................2

Usahawan Melayu Datuk Wan Mohammad Sani Salleh....................................2

Prakata:...................................................................................................................3

Matlamat kajian:....................................................................................................4

Profil Usahawan Terpilih:......................................................................................5

Latarbelakang Perniagaan:.....................................................................................6

Cabaran Perniagaan:..............................................................................................7

Pencapaian:..........................................................................................................10

Rumusan:.............................................................................................................13
Prakata:

Bismillahirahmanirrahim.

Laporan kerja kursus keusahawanan ini saya lakukan untuk memenuhi keperluan subjek

keusahawanan. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih

kepada Puan Juliana kerana telah membantu saya untuk menyempurnakan laporan ini. Saya telah

memilih seorang usahawan muda yang telah mencapai status jutawan pada umnur yang sangat

muda ketika berumur 33 tahun. Beliau ialah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, pemilik

syarikat Sani ekspress.

Secara ringkasnya beliau ialah bekas penghibur negara telah menukar haluannya dalam

bidang hiburan kepada dunia perniagaan. Setiap mereka yang baru menceburi bidang ini akan

merasakan jatuh bangunnya kerana dunia perniagaan adalah salah satu dun ia yang bukan

bermain dengan teori semata-mata tetapi bermain dengan era globalisasi yang entiasa berubbah

dan menjadi tidak tentu arah. Hanya mereka yang tetap dan cekal hatinya walaupun bankrupt

akan tetap bangun mencari kejayaan dan hidup yang lebih baik.

Datuk wan Mohammad telah melalui pelbagai pengalaman yang pahit dan manis dalam

mengecapi impian beliau. Sikapnya juga adalah menjadi faktor penting dalam kejayaannya

kerana tanpa kualiti yang ada didalam dirinya, pasti kejayaan itu tidak tercapai sehinga bergelar

seorang jutawan.

Setiap usahanya telah diberkati oleh Allah dan beliau telah mencapai pada tahap jutawan

sekarang ini. Semoga saya juga dapat menjadi sepertinya dengan mengkaji serba sedikit tentang

latarbelakang hidupnya. Sekian Terima Kasih.


Matlamat kajian:

1. Memenuhi keperluan markah subjek Keusahawanan sebagai markah bawaan kepada

markah peperiksaan akhir bagi semester ini.

2. Memberikan peluang supaya dapat belajar daripada pengalaman para usahawan baru

yang muncul malah yang masih belum dikenali oleh masyarakat umum.

3. Mengetahui latarbelakang kisah seseorang yang dapat mencapai sehingga tahap jutawan.

4. Mengenal usahawan muda berbangsa melayu.

5. Mengambil pengajaran dan iktibar dalam mengambil sebagai contoh untuk mendorong

diri pelajar mencapai kejayaan dalam perniagaan.


Profil Usahawan Terpilih:

NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

USIA: 33 tahun

LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik

PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn

Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran

Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang

Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)


Latarbelakang Perniagaan:

SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka semua laluan di

negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menurut Sani, sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk tujuan itu dan beliau

mensasar untuk memiliki 500 kakitangan dalam tempoh berkenaan.

“Ketika ini Sani Express menggunakan sepenuhnya 25 bas dua tingkat dan untuk tempoh tiga

tahun saya mensasar untuk memiliki 100 bas dengan meneroka semua laluan di negara ini.

“Saya optimis dengan sasaran itu bersandarkan pencapaian Sani Express ketika ini.

Malah sehingga hari ini pelaburan yang dibuat untuk pelbagai keperluan, antaranya membeli bas

baru dan bangunan Wisma Dato’ Sani, mencecah RM50 juta,” katanya. Sani berkata, wisma

berkenaan bukan sekadar menjadi pusat pentadbiran syarikat, tetapi pertemuan kakitangan

pelbagai peringkat.

“Saya memilih lokasi wisma itu yang terletak di Klang Sentral kerana ia perhentian terakhir

untuk bas Sani Express. Di situ saya berpeluang bertemu semua kakitangan dan membantu saya

mengetahui dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul,” katanya.

Wisma yang turut dilengkapi pusat latihan itu membantu Sani United Sdn Bhd memiliki

kakitangan yang dapat melaksanakan tugas dengan efisien.“Saya turut mengutamakan latihan

kepada pemandu bas supaya semua pemandu bas Sani Express membabitkan pemandu

berhemah. Pemandu bas sangat penting kerana mereka membawa ‘nyawa’.“Ia juga sebagai satu

keyakinan kepada pelanggan bahawa Sani Express bukan saja mengutamakan keselesaan tetapi

juga sangat mengutamakan keselamatan pelanggannya,” katanya.


Cabaran Perniagaan:

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh merupakan seorang yang sangat bercita-cita sendiri dan

ketika beliau mencapai satu tahap dimana beliau mula befikir bagaimanakah hidupnya jika terus

berada di bidang seni dan hiburan yang benar-benar bergantung kepada bakat dan peminat. Oleh

yang demikian, beliau telah mengubah arah tuju hidupnya dengan memulakan perniagaan

perkhidmatan bas ekspress.

Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke

Alor Setar di utara.Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua

tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau

lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah

diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya

ke tahap lebih baik.

“Biasalah… dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi

dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu. “Ketika itu hidup

sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak

menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya ketika

ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan

Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.

Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa

depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan

sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan. “Melihat rakan yang

berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah
bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk

berniaga sehingga berjaya.“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang

boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah

menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.

Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga

sendiri.Katanya, beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa

tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang

pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.“Ketika zaman sekolah, saya

bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila

berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan.

“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika

ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan

harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” katanya. Ketika memulakan perniagaan dalam

bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras

sehingga terpaksa tidur di pejabat.

Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.“Ketika itu

saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri,

menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.

Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada

sesiapa. “Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila

seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.


“Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat

keputusan, saya fikir 10 kali,” katanya. Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja

dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk

memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun

bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan. Katanya, beliau menanggung risiko

besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.

“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan

pinjaman dalam jumlah besar itu?“Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan

Alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan

saya semakin pesat berkembang,” katanya. Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana

hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa. Daripada seorang

pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana,

Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.
Pencapaian:

Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain

menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Paling menarik,

segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi

kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Menurut Sani, selain minat,

antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa

saja.

“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah

dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah

dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan

iktibar.“Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat

analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya.

Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya. Beliau belum

berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan. “Setakat bekerja

keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap

pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor

kejayaannya. “Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang

pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.
“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani

kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak

berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan

kakitangannya. Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya. “Apa

jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan

tinggalkan apa yang dilarang.“Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed

Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada

orang yang pernah membantu kita,” katanya.

SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka semua laluan di

negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi. Menurut Sani, sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk

tujuan itu dan beliau mensasar untuk memiliki 500 kakitangan dalam tempoh berkenaan.

“Ketika ini Sani Express menggunakan sepenuhnya 25 bas dua tingkat dan untuk tempoh tiga

tahun saya mensasar untuk memiliki 100 bas dengan meneroka semua laluan di negara ini.

“Saya optimis dengan sasaran itu bersandarkan pencapaian Sani Express ketika ini. Malah

sehingga hari ini pelaburan yang dibuat untuk pelbagai keperluan, antaranya membeli bas baru

dan bangunan Wisma Dato’ Sani, mencecah RM50 juta,” katanya.


Rumusan:

Rumusan yang dapat dibuat apabila melihat Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ialah

kekuatan keazaman yang ditunjukkan dalam bidang perniagaan ini telah memberikan hasil yang

lumayan. Walaupun pada asalnya beliau hanya mencuba-cuba sahaja dalam bidang ini namun

setelah mendapat sebuah visi yang jelas beliau telah manjadikannya sebagai mata pencarian.

Berkat usaha dan tawakal beliau kepada Allah telah memberikan buah kejayaan yang

sangat ranum sehingga beliau bergelar jutawan pada umur seawal 33 tahun. Dengan hanya

berbekalkan Diploma sahaja beliau mampu mengorak langkah yang sangat gemilang dalam

bidang perkhidmatan bas ekespress. Beliau layak digelar sebagai seorang usahawan yang berjaya

kerana mampu menjalankan perniagaan tanpa sokongan tulang belakang pada awalnya

sebenarnya.

Contoh yang terbaik ditunjikkan oleh beliau apabila beliau ditanyakan tentang kejayaannya

dengan hanya berkata” Semua ini adalah kurnia Allah, “ itulah sikap yang kita mahukan bagi

setiap usahawan yang bakal lahir nanti yang bukan mendabik dada dengan kejayaan yang kecil.

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh telah merangka pelan perniagaannya dengan legkap malah

menjaga hubungan dengan setiap pekerjanya. Cara ini telah memberikan satu momentum kepada

syarikatnya dan kepada pekerjanya untuk memberikan komitmen kepada CEO mereka.

Anda mungkin juga menyukai