Anda di halaman 1dari 4

JIMAT CERMAT: Faedah

Berjimat
Jimat adalah istilah yang sering kali kita dengar. Setiap hari, pihak

media massa menyarankan kita supaya mengamalkan sifat berjimat cermat

lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini. Terdapat banyak maslahat yang akan

kita peroleh sekiranya kita mengamalkan sifat ini.

Amalan berjimat cermat menguntungkan diri dan keluarga kita.

Dengan berjimat dalam perbelanjaan umpamanya, kita sentiasa mempunyai

wang simpanan yang cukup untuk digunakan pada waktu kecemasan,

membeli keperluan sekolah anak-anak atau menyediakan makanan yang

berkhasiat untuk mereka.

Selain itu, berjimat dapat mengelakkan kita daripada terikat dengan

beban hutang yang berpanjangan. Kita akan selalu berhati-hati

membelanjakan wang dan membeli sesuatu barangan itu mengikut

kemampuan yang ada. Sekiranya hutang tersebut tidak dapat dielakkan,

pastikan hutang tersebut tidak menjejaskan perbelanjaan bulanan keluarga

untuk membeli makanan, pakaian serta menjelaskan bil-bil yang berkenaan.


Bagi seorang pelajar pula, sifat ini dapat mendidik pelajar tersebut

supaya tidak menghabiskan wang sakunya dengan sewenang-wenangnya

tetapi menabungkan baki wang itu untuk kegunaan masa hadapan. Kos

pendidikan untuk institusi pengajian tinggi (IPT) telah meningkat seiring

dengan perkembangan teknologi masa kini. Dalam pada itu, pelajar yang

berjimat akan mempunyai wang untuk membiayai pengajiannya pada masa

akan datang di samping bergantung kepada skim Pinjaman Pendidikan

Insani.

Konklusinya, sebagai seorang ibu atau bapa, kita seharusnya mendidik

anak-anak kita supaya berjimat sejak kecil lagi kerana bak kata pepatah

melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, kita mesti sentiasa

mengingatkan diri kita bahawa berjimat akan memberikan kita pulangan

yang maksimum sama ada dari segi wang, masa dan tenaga.
Kosa Kata

1) maslahat: sesuatu yang berfaedah, berguna,

usaha dsb yang mendatangkan faedah.

2) Sewenang-wenang: dengan sekehendak hati

sahaja, dengan semahu-mahunya, melakukan

sesuatu tidak dengan teliti, sembarangan

sahaja.
Isi-isi Penting
• Amalan berjimat menguntungkan diri+keluarga – utk

kegunaan kecemasan, membeli barangan keperluan

harian

• Dapat mengelakkan diri daripada berhutang

• Dapat membantu membiayai kos untuk menuntut di

IPT