Anda di halaman 1dari 26

1.

0 PENGENALAN

Program pendidikan khas ialah suatu program yang disediakan untuk murid-
murid yang bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Manakala
mengikut terjemahan Culatta (1999) pula, definisi pendidikan khas ialah pengajaran
yang bercorak individu, direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang
berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.

Secara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya


memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan sepertimana
kanak-kanak biasa. Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun
1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar
bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran.

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran


1961; iaitu “ sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan
yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya” .

Akta pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Menteri untuk menyediakan


kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai , pendidikan yang
sesuai dengan jenis pelajar serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan
pendidikan khas.

Dua pendekatan pendidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas


bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran dan Program Pendidikan Khas
Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,pendengaran dan
penglihatan.

1
2.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH KEBANGSAAN ABDUL SAMAT

( PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH )

Laporan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) dibuat di Sekolah Kebangsaan


Abdul Samat. Sekolah Kebangsaan Abdul samat (dulunya Sekolah Kebangsaan
Bandar Kapar ) telah dibina di atas tapak Sekolah Kebangsaan Kapar yang telah
bepindah ke bangunan dan tapak barunya di Batu 10, Jalan Kapar pada tahun 1980.

Dari tarikh perpindahan Sekolah Kebangsaan Kapar sehingga sekolah ini di bina
semula pada tahun 1990, bangunan lama (SK Kapar ) telah digunakan oleh Jabatan
Agama Islam Selangor untuk menempatkan Sekolah Agama Rendah Pekan Kapar.
Setelah Sekolah Agama Rendah Pekan Kapar berpindah ke bangunannya sendiri
bangunan lama ini dijadikan pula sebagai sekolah cawangan kepada Sekolah
Menengah Tengku Idris Shah Kapar.

Pertambahan penduduk yang pesat berikutan pembinaan taman-taman


perumahan dan kompleks kakitangan Tenaga Nasional Berhad mengakibatkan Sekolah
Kebangsaan Kapar tidak dapat menampung pertambahan pelajar. Ekoran daripada itu
Jabatan Pendidikan Selangor telah membuat keputusan untuk mendirikan sebuah
sekolah baru di tapak lama Sekolah Kebangsaan Kapar.

Sekolah Kebangsaan Abdul samat mula beroperasi pada 1 Disember 1992


dengan seramai 487 orang murid, 23 orang guru, seorang pembantu tadbir dan 2 orang
pekerja Rendah Awam. Kesemua murid dan sebahagian besar daripada gurunya
adalah yang dipindahkan dari Sekolah Kebangsaan Kapar.

2
Pada 1 Februari 1994, Sekolah Kebangsaan Abdul Samat telah dirasmikan oleh
YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada
ketika itu. Semasa ucapan perasmiannya, beliau telah mencadangkan agar nama
Sekolah Kebangsaan Bandar Kapar ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Abdul samat
sebagai mengenag jasa Allahyarham Tuan Haji Abdul Samat Bin Harun, Ahli Dewan
Undangan Negeri Selangor kawasan Sementa. Beliau juga merupakan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan kapar semasa sekolah tersebut berpindah ke tapak dan
bangunan barunya.

Buat masa sekarang sebuah lagi bangunan empat tingkat telah dibina bagi
menampung pertambahan murid yang kini berjumlah 869 orang. Di Sekolah
Kebangsaan Abdul samat ini terdapat Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) yang
mula ditubuhkan pada tahun 2000. Program ini adalah mengkhususkan murid yang
menghadapi masalah pembelajaran. Sebuah bangunan lama telah dikhususkan untuk
program ini yang mempunyai 54 orang murid dengan pelbagai tahap keupayaan
pembelajaran.

2.1 STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH

Struktur organisasi sekolah diketuai atau dipengerusi oleh Guru Besar dan
dibantu oleh guru-guru penolong kanan. Carta organisasi pengurusan sekolah yang
utama terbahagi kepada tiga :

1) Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum & Akademik (Sila lihat lampiran A


dan B)
2) Carta Organisasi Hal Ehwal Murid ( Sila lihat lampiran C)
3) Carta Organisasi Kokurikulum ( Sila lihat lampiran D)

3
3.0 PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) telah merujuk kepada Sekolah


Kebangsaan Abdul Samat, Kapar Selangor. Sekolah ini merupakan sekolah aliran
perdana yang menempatkan satu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Program
ini telah ditubuhkan pada tahun 1994.
Sebelum murid khas ditempatkan di dalam kumpulan yang sesuai, mereka perlu
menjalankan ujian diagnostik terlebih dahulu. Setelah disahkan oleh pegawai perubatan
murid mengalami masalah pembelajaran, satu dokumen khas perlu dilengkapkan untuk
memilih dan menentukan penempatan murid di Program Pendidikan Khas Integrasi.
Dokumen khas itu adalah Instrumen Penentuan Penempatan (IPP) Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (Sila lihat lampiran E). Instrumen ini menjadi sumber
maklumat asas yang terdiri daripada :
1) Biadota Murid
2) Komponen Pengurusan DIri
3) Komponen Tingkah Laku Komponen Manipulatif
4) Komponen Bahasa Melayu
5) Komponen Matematik
6) Pelaporan Murid
7) Penempatan Murid
8) Surat Persetujuan Penempatan daripada Ibu Bapa / penjaga

4
3.1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

Pada minggu pertama selepas seisi persekolahan dibuka pihak pengurusan


mengadakan taklimat antara guru-guru pendidikan khas. Pelbagai perkara yang
dibincangkan untuk memastikan perjalanan program ini berjalan lancar dan
bersistematik.
Perkara pertama yang dibincangkan dalam taklimat ialah carta organisasi
program pendidikan khas (Sila lihat lampiran F). Guru Besar sebagai penaung dan
diikuti dengan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sebagai penasihat atau Ketua
Penyelaras Program. Lazimnya Penyelaras Kurikulum, Penyelaras Pengurusan Murid
dan Penyelaras Ko-Kurikulum telah dilantik oleh Ketua Penyelaras terlebih dahulu.
Selepas itu, pemilihan dibuat untuk memilih guru berdasarkan pengagihan tugas seperti
berikut :
a) Pusat Sumber
b) Data
c) Keceriaan
d) Buku Kerja
e) Kebajikan/ Kesihatan
f) Lawatan
g) Keselamatan / Kecemasan
h) Kesenian / Kebudayaan
i) Inventori/ Stok

Setelah pemilihan dibuat, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas akan


menerangkan tugas bagi setiap pengagihan tugasan untuk semua guru.
Taklimat seterusnya membincangkan mengenai aktiviti yang ingin dijalankan
untuk sepanjang tahun. Aktiviti yang dirancang sepanjang tahun adalah melibatkan
aktiviti kurikulum, ko-kurikulum dan lawatan. Contoh aktiviti yang dirancang ialah

5
Minggu Orentasi, Minggu Bahasa Melayu, lawatan Genting Highlands dan sambutan
Hari Kemerdekaan. Hasil daripada perbincangan ini , guru yang terlibat dengan aktiviti
perlu membuat persediaan awal bagi memastikan segala prosedur dipatuhi terutama
bagi aktiviti lawatan.
Taklimat seterusnya oleh Penyelaras Kurikulum berkaitan tugas harian guru.
Senarai nama guru bertugas harian bagi program pendidikan khas telah dibuat dan
diedar kepada semua guru. Semua guru diberi tugas dua kali seminggu. Tugas harian
ialah mengurus dan mengawal murid pada waktu pagi, waktu rehat dan waktu pulang.
Pihak Pengurusan Pendidikan Khas perlu menyediakan laporan taklimat dan
takwim tahunan unit pendidikan khas bagi diserahkan pada guru besar dan difailkan.
Selain daripada itu, pihak pengurusan perlu menyediakan buku pelawat untuk merekod
setiap kali ada pelawat datang. Disamping itu, pihak pengurusan telah menyediakan
buku rekod displin atau salah laku murid. Tujuan adalah untuk merekod dan
memantau kesalahan yang dilakukan murid berkaitan dengan tingkah laku.
Guru yang bertugas sebagai penyelaras Hal Ehwal Murid akan mengambil
kedatangan murid pada setiap pagi. Kemudian rekod kehadiran murid akan diserahkan
kepada guru besar.

3.2 SISTEM PENGURUSAN FAIL

Sistem pengurusan fail merupakan aspek yang penting dalam perlaksanaan


pengurusan yang cekap dan bersistematik. Pihak pengurusan telah menyediakan
beberapa fail pengurusan, kewangan dan borang supaya mudah diurus apabila
diperlukan. Berdasarkan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) terdapat 15 buah fail
yang dibuka. Setiap fail yang dibuka terdapat no. rujukan seperti :
1) 01/07/010/01 – Surat-surat Pekeliling / Surat Edaran / Surat Keluar,
Masuk / Dokumen-dikumen / Huraian Sukatan Pelajaran / Sukatan Pelajaran.
2) 01/07/010/02 – Minit mesyuarat.

6
3) 01/07/010/03 – Aktiviti / Lawatan
4) 01/07/010/04 – Analisis Ujian / Peperiksaan / Prestasi Murid
5) 01/07/010/05 – Bank Soalan
6) 01/07/010/06 – Maklumat Guru
7) 01/07/010/07 – Jadual Waktu
8) 01/07/010/08 – Aktiviti Ko-Kurikulum
9) 01/07/010/09 – Laporan Pencerapan Jemaah Nazir/ JPN / PPD
10) 01/07/010/10 – Laporan Pencerapan Sekolah
11) 01/07/010/011 - Temuduga / Kemasukan Murid
12) 01/07/010/012 – Kemasukan Ke Sekolah Menengah / Pertukaran
13) 01/07/010/013 – Data Murid
14) 01/07/010/014 – Displin Murid
15) 01/07/010/015 – Kewangan

Fail yang dibuka disimpan di dalam esame dan diletakan dalam bilik Guru
Penolong Kanan Pendidikan Khas. Selain daripada fail pengurusan, terdapat juga fail
yang dibuka mengandungi pelbagai jenis borang.

3.3 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Setiap program pendidikan khas perlu menyediakan Rancangan Pendidikan


Individu (RPI). Setiap RPI yang disediakan perlu dikhususkan bagi setiap murid. RPI
adalah sebuah dokumen bertulis yang bersifat individu bagi meningkatkan mutu
pendidikan bagi murid pendidikan khas.
Matlamat yang dicatatkan adalah perkara yang menyatakan kemahiran ataupun
tingkah laku yang ingin kita lihat murid menguasainya. Matlamat jangka panjang
ditetapkan bagi sepanjang tahun.

7
Contoh beberapa matlamat yang ditetapkan bagi dikuasai oleh murid ialah :
1) Bidang Akademik
2) Pengurusan Diri
3) Kemahiran Motor
4) Kemahiran Emosi dan Sosial
5) Kemahiran pra-vokasional dan vokasional
Tujuan RPI adalah untuk menetapkan matlamat pembelajaran murid. Selain
daripada itu memastikan matlamat dan perkhidmatan yang disediakan bergantung pada
analisis murid.
Rancangan Pendidikan Individu adalah maklumat bertulis mengenai murid
pendidikan khas yang mengandungi (Sila lihat lampiran G) :
 Nama murid, tarikh lahir dan umur
 Rancangan akademik dan bukan akademik
 Tarikh memulakan rancangan dan tarikh semak semula
 Matlamat yang ditentukan bagi murid
 Objektif yang boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa
ditetapkan
 Strategi perlaksanaannya
 Penilaian
 Catatan.

3.4 PENGURUSAN KELAS

Pengurusan kelas bagi program pendidikan khas Integrasi di Sekolah


Kebangsaan Abdul Samat adalah menggunakan kaedah stesen. Stesen ialah bilik atau
sudut atau ruang berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dengan bahan
sokongan yang meliputi peringkat paling rendah ke peringkat paling tinggi khusus bagi
satu-satu mata pelajaran di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

8
Pendekatan stesen merupakan suatu bentuk pengajaran dan pembelajaran
yang dilengkapi bahan bantu mengajar yang efektif bagi pelajar berkeperluan khas
melalui kaedah ‘hands on experience’ dan ‘ main sambil belajar’. Pendekatan ini
member penekanan kepada pembelajaran mengikut tahap keupayaan, kecerdasan,
kemahiran,
Terdapat tiga belas buah stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran
disediakan berasaskan empat bidang di dalam kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran. Stesen-stesen tersebut ialah:
i) Bidang Pengurusan Kehidupan
1) Stesen Pengurusan Diri
2) Stesen Kemahiran Manipulatif
3) Stesen Pengurusan Tingkah laku
4) Stesen Kemahiran hidup
ii) Bidang Akademik Berfungsi
1) Stesen Bahasa Melayu
2) Stesen Matematik
3) Stesen Bahasa Inggeris
iii) Bidang Kerohanian dan Nilai Murni
1) Stesen Pendidikan Islam
2) Stesen Pendidikan Moral
iv) Bidang Sosial, Riadah Dan Kreatif
1) Stesen Pendidikan Jasmani
2) Stesen Pendidikan Seni
3) Stesen Pendidikan Muzik
4) Stesen Sains, Sosial dan Alam sekitar
Sesebuah kelas yang standard perlu mempunyai pintu hadapan dan terdapat
pagar besi bagi memastikan murid tidak keluar tanpa kawalan. Tujuannya adalah untuk
memastikan keselamatan murid terjamin. Ruang stesen pengajaran dan pembelajaran

9
mempunyai ruang atau sudut yang mencukupi untuk menampung bilangan murid yang
disarankan iaitu seramai 6 orang.
Perabot, peralatan dan kelengkapan yang terdapat di dalam kelas tidak
membahayakan seperti tidak tajam, tidak bertoksik dan tidak memudaratkan murid.
Selain daripada itu terdapat cabinet untuk menyimpan peralatan-peralatan yang
membahayakan.
Kerusi dan meja yang disediakan bersesuaian dengan keperluan murid. Susun
atur perabot dan peralatan yang brsesuaian dan tidak menghalang pergerakan aktiviti
murid dalam kumpulan dan memudahkan interaksi dua hala. Bagi stesen kemahiran
pula, ia mempunyai kemudahan asas seperti kipas, lampu, sinki, tingkap, pintu depan
dan pintu belakang, punca kuasa elektrik dan lantai jubin yang tidak licin.
Pihak pengurusan pendidikan khas perlu menguruskan papan tanda di luar
sekolah berkenaan tentang kewujudan kelas pendidikan khas di sekolah kita sebagai
makluman kepada masyarakat.

3.5 PENJADUALAN WAKTU

Jadual waktu Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran merupakan satu


penyusunan tempoh masa pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan secara
bersistematik tetapi bersifat fleksibel berdasarkan keperluan, potensi tahap kefungsian
murid. Penyusunan jadual waktu mengambil kira factor waktu dan kekerapan
komponen diperlukan murid.
Pembinaan jadual waktu adalah dibuat oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas dan dibantu oleh Penyelaras Kurikulum. Lazimnya Penyelaras Kurukulum akan
mengumpul segala maklumat bagi membina jadual waktu adalah berpandukan kepada :

10
1) Tahap kebolehan mental
Murid telah ditentukan kelas berdasarkan tahap kebolehan masing-
masing. Kelas yang wujud terbahagi kepada dua tahap iaitu :
a) Asas – Asas 1
Asas 2
Asas 3
Asas 4
b) Peringkat – Peringkat 1A
Peringkat 1B
Peringkat 2A
Peringkat 2B
Peringkat 3
2) Kemudahan fizikal stesen – peralatan atau bahan sokongan atau bantuan
yang terdapat dalam stesen
3) Bilangan guru - Bilangan guru penting untuk membina jadual waktu.
Terdapat tiga belas orang guru dalam program PPKI ini.

Seterunya penyelaras akan memilih komponen berasaskan empat bidang


Pembelajaran untuk dimasukan dalam jadual waktu iaitu :
1) Bidang Pengurusan Hidup
2) Bidang Akademik Berfungsi
3) Bidang Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni
4) Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti
Untuk membina jadual waktu yang melibatkan stesen kemahiran pengajaran dan
pembelajaran, penyelaras perlu mengambil kira aspek-aspek berikut :
a) Tentukan pembahagian murid berdasarkan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI).

11
b) Tentukan komponen yang akan diajar oleh guru sekiranya bilangan guru
melebihi seorang.
c) Tentukan kod komponen contohnya Komponen Pengurusan Diri (PD),
Komponen Pengurusan Tingkah Laku (PTL) dan Komponen Bahasa Melayu
(BM)
d) Mata Pelajaran Agama Islam dijalankan secara berkembar untuk latihan
amali dan satu waktu teori.
e) Waktu rehat bagi pendidikan khas adalah lebih awal daripada waktu rehat
kelas normal iaitu pukul 9.30 pagi. Ini bertujuan memberi peluang kepada murid-
murid membeli dengan selesa dan seterusnya bersosialisasi.
f) Waktu persekolahan adalah mengikut waktu persekolahan arus perdana
iaitu pukul 7.30 pagi. Waktu pulang pula adalah lebih awal daripada arus
perdana iaitu pukul 12.30 tengah hari.
g) Jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran termasuk perhimpunan
adalah 44 waktu seminggu.
Penyelaras perlu menyediakan jadual waktu yang terdiri daripada jadual induk,
jadual waktu stesen dan jadual waktu persendirian guru serta jadual waktu ganti bagi
guru yang tidak hadir.

3.6 BAHAN BANTU BELAJAR

Bahan bantu belajar adalah bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.


Bahan bantu belajar hendaklah sesuai, menarik dan selamat serta boleh diperolehi
daripada bahan sedia ada di pasaran atau dibina sendiri oleh guru. Kreativiti guru boleh
membantu membina stesen ‘ kendiri yang lengkap’melalui penyediaan bahan sokongan
yang sesuai di setiap stesen.

12
Bahan bantu belajar dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Selain daripada itu guru juga dapat memberi penerangan yang lebih jelas
contoh seperti model haiwan, tumbuhan dan manusia. Bahan bantu belajar juga dapat
mengembangkan potensi diri boneka dan permainan lego.Bahan sokongan yang
selamat dan mudah digunakan adalah lembaran kerja.
Bahan sokongan ini juga dapat membentuk tingkah laku murid kea rah yang
lebih positif melalui kaedah main peranan menggunakan ‘puppet’ dalam aktiviti
bercerita. Selain daripada itu bahan yang digunakan mestilah selamat digunakan dan
mudah alih dan pelbagai guna. Contohnya radio kaset. Di sini terdapat 10 buah
esame a disumbangkan oleh CIMB Bank Berhad untuk diletakan di dalam stesen.
Komputer digunakan sebagai alat bantu mengajar dengan memasangkan CD yang
berformatkan pendidikan. Cara ini menarik minat pelajar. Selain daripada itu kita dapat
melatih murid menggunakan computer.

3.7 RUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ruang pengajaran dan pembelajaran yang disediakan hendaklah selesa dan


selamat dengan mengambil kira beberapa aspek. Contohnya semasa guru merancang
untuk menempatkan perabot di stesen, keluasan fizikal ruang perlu diambil kira supaya
tidak mengganggu pergerakan aktiviti murid. Susun atur perabot dan peralatan mestilah
menimbulkan suasana yang menarik, ceria dan kemas. Suasana iniakan membantu
member rangsangan minda kepada murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

13
Perabot yang disediakan boleh diperbuat daripada kayu, besi atau plastic.
Contohnya rak buku, kerusi, meja dan almari diperbuat daripada kayu. Setiap perabot
yang ditempatkan di stesen perlu difikirkan dari segi keperluannya supaya tidak
berlaku pembaziran ruang. Contohnya menempatkan katil di bilik urus diri dengan
tujuan melatih murid membuat latihan mengemas katil.

3.8 PERATURAN BILIK DARJAH

Sebagai guru pendidikan khas, kita perlu memastikan murid berada di dalam
keadaan selamat. Murid khas mudah terjatuh, tergelincir, tersadung di dalam bilik
darjah jika tidak berhati-hati. Maka guru perlu menetapkan peraturan yang perlu murid
ikuti semasa di dalam kelas iaitu :

1) Murid dilarang makan dan minum di dalam kelas


2) Duduk dengan betul – jangan biarkan murid duduk sambil
menyengetkan kerusi.
3) Tidak dibenarkan berdiri di atas kerusi atau meja.
4) Murid tidak dibenarkan bermain dengan suis dan plug.
5) Hendaklah menyimpan peralatan tajam di tempat yang selamat.
6) Murid tidak dibenarkan menghampiri ruang memasak tanpa
pengawasan guru.
7) Pastikan kerusi dan meja tidak menghalang pergerakan.
8) Pastikan guru senantiasa di dalam bilik darjah.

14
3.9 PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)

Pembantu pengurusan murid (PPM) adalah orang yang bertanggungjawab


membantu guru pendidikan khas mengawal dan membantu melancarkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah Kebangsaan Abdul Samat ini terdapat lima
orang PPM iaitu terdiri daripada :
1)Norzehan
2)Noorezuri
3)Siti Normala
4)Noraliza
5)Suhaili

Pembantu pengurusan murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti


berikut :
1) Menjaga hal ehwal murid pendidikan khas iaitu memastikan murid
senantiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.
2) Bertanggungjawab menyambut kedatangan murid semasa mengahdiri
kelas / stesen pengajaran dan pembelajaran.
3) Bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sewaktu berada di
sekolah.
4) Bertanggungjawab menunggu murid yang pulang lewat dan
memastikan murid keluar daripada kawasan sekolah dalam keadaan
selamat.
5) Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya perlu.
6) Mengawasi murid semasa perubahan P & P atau sewaktu guru
menghadiri taklimat/ urusan rasmi.

15
7) Bertanggungjawab terhadap pengurusan Bilik darjah dan bangunan
Pendidikan Khas.
8) Mengurus dokumen dan stok Pendidikan Khas.Contohnya mengemas
kini rekod dan fail murid.
9) Membantu menyediakan bahan, peralatan dan buku yang diminta oleh
guru sebelum sesi P& P. Contohnya memasang peralatan elektronik
dan esame at.
10)Mengurus daan membantu pergerakan dan aktiviti murid pendidikan
khas yang tidak mampu bergerak.

Pembantu pengurusan murid adalah penting dalam perlaksanaan program


pendidikan khas. Ia mampu melancarkan perjalanan aktiviti di sekolah tanpa gangguan.
Di dalam kelas sekiranya guru member tumpuan kepada murid dalam menyiapkan
tugasan, PPM boleh bertindak membantu guru sekiranya terdapat murid yang enggan
mengikuti P&P. Sekiranya pihak sekolah ada menjalankan aktiviti di luar sekolah maka
PPM wajib mengikuti aktiviti tersebut.

3.10 PENGURUSAN KEWANGAN

Murid pendidikan khas juga diwajibkan membayar yuran tahunan yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. Selain daripada yuran tahunan, pengurusan
pendidikan khas ada membuat kutipan wang bagi membeli makanan pada waktu rehat
sebanyak RM20.00. Kutipan sebanyak RM20.00 adalah tidak diwajibkan, ia hanya
untuk ibu bapa yang ingin guru menguruskan pembelian murid pada waktu rehat.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan duit peruntukan bagi
PPKI bagi melancarkan program ini. Duit peruntukan ini dibahagikan kepada beberapa

16
matapelajaran khususnya bagi pembelian buku latihan, alat tulis dan sebagainya. Duit
ini juga digunakan untuk membuat lawatan atau pembelajaran di luar kelas. Contohnya
permainan bowling, terapi, naik kuda dan sebagainya.
Sekiranya Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas ingin membuat pembelian
barang-barang keperluan pendidikan khas, beliau perlu mengisi borang nota minta
terlebih dahulu untuk diserahkan kepada Guru Besar . Guru Besar akan memeriksa
baki duit peruntukan pendidikan khas terlebih dahulu dan meluluskan permohonan.
Setelah permohonan diluluskan, penyelaras PPKI akan membuat pesanan barang.
Apabila barang dihantar pembekal, invois akan diserahkan kepada kerani kewangan
untuk membuat pembayaran melalui cek.

3.11 KHIDMAT SOKONGAN

Perkhidmatan bagi murid khas bukan hanya terbatas pada tenaga guru sahaja.
Terdapat banyak cabang perkhidmatan yang boleh membantu menangani masalah
mereka. Sebagai guru adalah penting bagi kita memahami peranan mereka yang boleh
memberi perkhidmatan pada murid pendidikan khas. Antara khidmat sokongan yang
diguna pakai dalam melancarkan keberkesanan perlaksanaan program pendidikan
khas adalah seperti :
1) Pentadbir sekolah
Pihak pentadbir memainkan peranan penting dalam merealisasikan
program ini dengan mengadakan taklimat untuk ibu bapa dan guru
tentang program nin agar ianya difahami dan dilaksanakan dengan
jayanya. Dalam melengkapkan frasarana yang selesa dan sesuai dengan
program khas ini pihak pentadbir boleh menggunakan wang daripada
Peruntukan Bantuan Pelajaran Tahunan (Per Kapita Grant), Tabung
PIBG dan sumbangan daripada pelbagai sumber seperti orang

17
perseorangan dan badan-badan korporat bagi menampung atau
melengkapkan keperluan stesen pendidikan khas. Contohnya
pengubahsuaian tandas dan penyediaan rem perlu dititikberatkan bagi
memastikan ianya sesuai dengan keperluan murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran yang mempunyai pelbagai kecacatan.
2) Ibu bapa
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha mengeratkan
hubungan dan menjalankan aktiviti antara guru-guru dan ibu bapa sekolah
itu. Selain daripada ituibu bapa boleh membantu guru menjalankan
aktiviti di luar bilik darjah, contoh aktiviti yang dijalankan adalah gotong-
royong, perkhemahan, Minggu Kesihatan, Seminar ibu bapa dan Hari
Keluarga. Melalui aktiviti ini ibu bapa dapat bertukar-tukar fikiran esame
mereka bagi menyelesaikan masalah anak mereka. Mereka dapat
berkongsi dan menyumbang idea bagi saling membantu antara satu sama
lain.
3) Kaunselor
Seorang kaunselor boleh membantu guru dan murid PPKI. Kaunselor
boleh mencadangkan pada kita bagaimana mengatasi perasaan malu,
membina konsep kendiri murid yang baik dan membentuk suasana bilik
darjah yang mempunyai emosi yang stabil. Kaunselor telah mengatur sesi
perbincangan dengan beberapa murid khas untuk merancang program
meningkatkan kendiri bagi pendidikan khas.
4) Ahli psikologi klinikal
Doktor yang mempunyai kemahiran dalam merawat masalah emosi
adalah salah satu khidmat sokongan dalam menangani masalah secara
individu, kaunseling dan psikoterapi. Pakar Klinikal ini akan menangani
perkembangan emosi, social dan intelektual kanak-kanak.

18
3.12 KELAB KEBAJIKAN

PPKI ada membuat kelab kebajikan guru PPKI. Yuran tahunan sebanyak RM50
seorang. Tabung kebajikan digunakan untuk membeli hadiah perpisahan,
perkahwinan, sambutan hari jadi murid dan guru PPKI, melawat guru dan murid yang
sakit atau masuk hospital.

19
4.0 BEZA ANTARA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH DAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI)

Terdapat banyak perbezaan antara pengurusan sekolah dan PPKI antaranya


ialah :
1) Cara pembelajaran
Bagi program PPKI kaedah yang digunakan adalah kaedah stesen, di
mana seorang guru telah ditetapkan untuk berada dalam setiap stesen.
Murid akan datang ke dalam stesen mengikut jadual waktu yang telah
ditetapkan. Manakala pengurusan sekolah pula, murid duduk di dalam
kelas, guru akan datang mengajar. Ini kerana guru aliran perdana tidak
hanya mengajar khusus satu subjek sahaja.

2) Sukatan Matapelajaran
Pengajaran dan pembelajaran bagi PPKI adalah mengikut sukatan
namun ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian murid. Ini kerana
murid PPKI ada pelbagai permasalahan ketika P & P dijalankan.
Contohnya pada ketika P & P dijalankan sekiranya terdapat murid
yang ingin tidur, guru membenarkan berbuat demikian. Keadaan ini
berbeza dengan pengurusan sekolah kerana pengajaran dan
pembelajaran hendaklah mengikut sukatan yang telah ditetapkan
tanpa ada pengubahsuaian.

3) Umur
Bagi program PPKI murid ditentukan kelas mengikut tahap kebolehan
dan kemampuan dari segi IQ. Contohnya sekiranya murid berumur 11
tahun tetapi masih tidak mampu mengurus diri dan mengikuti

20
pembelajaran, pihak PPKI akan meletakannya dalam kelas asas.
Manakala pengurusan sekolah, murid dimasukan ke dalam kelas
mengikut umur. Contohnya darjah satu telah ditetapkan berumur tujuh
tahun dan seterusnya.

4) Buku teks
Bagi program PPKI tidak ada buku teks dan aktiviti yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua buku aktiviti
adalah ditentukan oleh guru itu sendiri mengikut kesesuiaan. Manakala
pengurusan sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengeluarkan buku teks, aktiviti dan rujukan untuk murid aliran
perdana.

5) Mata pelajaran
Bilangan mata pelajaran berbeza kerana terdapat subjek tambahan
dalam PPKI iaitu berkaitan dengan pengurusan diri dan kehidupan
seperti Kemahiran Manupulatif, Pengurusan Tingkah Laku,
Pengurusan diri dan Sains, Sosial dan Alam Sekitar. Manakala
pengurusan sekolah tidak terdapat subjek tambahan tersebut.

6) Bilangan Murid.
Bilangan murid di dalam kelas PPKI adalah sedikit iaitu antara 6
hingga 8 orang dalam satu kelas. Ini kerana murid khas memerlukan
guru memberi penumpuan sepenuhnya dalam P & P. Manakala
bilangan murid dalam aliran perdana adalah melebihi daripada 25
orang dalam satu kelas.

21
7) Rekod kehadiran
Rekod kehadiran murid telah diambil setiap hari dan diserahkan
kepada guru besar. Namun demikian ketidakhadiran murid tidak
diambil tindakan kerana sebagai yang kita ketahui murid khas
mempunyai pelbagai masalah kesihatan, emosi dan sebagainya. Ini
berbeza dengan murid aliran perdana ketidakhadiran perlu memberi
surat tunjuk sebab sekiranya kehadiran kurang memuaskan dan
tindakan akan diambil.
8) Peperiksaan dan Ujian
Program pendidikan khas tidak ada peperiksaan dan ujian. Penilaian
dibuat untuk menentukan perkembangan murid. Ia diadakan dua kali
setahun. Soalan disediakan sendiri oleh guru. Manakala pengurusan
sekolah terdapat takwim peperiksaan dan ujian yang dirancang dalam
satu tahun. Soalan adalah yang dibuat oleh Jabatab Pelajaran Negeri
dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

9) Pembahagian guru mengikut opsyen


Guru PPKI layak mengajar semua subjek kecuali subjek agama (mesti
ada sijil agama). Manakala guru aliran perdana adalah mengikut
opsyen yang yang telah diambil sebelum ini.

10)Kelas tambahan
Murid khas tidak ada kelas tambahan atau bimbingan yang disedikan
Ini berbeza dengan murid aliran perdana terdapat kelas tambahan dan
tuisyen.

22
11)Peruntukan masa P & P dalam seminggu
Masa P & P bagi murid khas adalah 44 jam seminggu termasuk
perhimpunan. Keadaan ini berbeza dengan pengurusan sekolah di
mana masa yang diambil adalah 51 jam seminggu termasuk
perhimpunan.

23
5.0 HUBUNG KAIT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH DENGAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

Pengurusan dan pentadbiran sekolah mempunyai hubung kait dengan Program


Pendidikan Khas Intrgrasi (PPKI) dalam beberapa perkara seperti :

1) Rekod kehadiran
Rekod kehadiran murid khas direkod setiap hari, kemudian rekod itu
akan diserahkan kepada bahagian pentadbir sekolah untuk disemak
dan dibuat analisa. Begitu juga kehadiran guru PPKI akan direkodkan
bersama rekod kehadiran guru arus perdana.

2) Data
Segala maklumat berkaitan dengan data dan penempatan murid
adalah ditentukan oleh pihak sekolah. Data diri yang lengkap
mengenai murid akan diuruskan oleh pihak pengurusan pendidikan
khas dan ia akan diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah.
Segala maklumat adalah penting untuk rekod sekolah.

3) Bantuan atau sumbangan


Pihak pengurusan PPKI akan memberi maklumat tentang murid
kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak pentadbir sekolah yang
akan menentukan siapa murid khas yang layak untuk menerima
bantuan atau sumbangan. Sumbangan yang disalurkan adalah seperti
Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah
Pelajar (KWAMP), sumbangan Hari Raya dan sumbangan zakat.

24
4) Elaun Orang Kurang Upaya (OKU)
Pihak PPKI akan memberi maklumat murid kepada sekolah dan pihak
sekolah akan menghantar data kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia. Seterusnya pihak kementerian akan menyalurkan elaun itu
kepada sekolah. Pihak sekolah akan masukan elaun yang berjumlah
RM150.00 seorang ke dalam akaun murid.
5) Guru
Penempatan guru PPKI adalah melalui pengurusan sekolah. Pihak
sekolah yang akan menentukan kemasukan guru PPKI. Guru-guru
PPKI juga terlibat secara lansung dalam apa juga aktiviti sekolah.
Selain daripada itu, guru PPKI juga memegang beberapa jawatan
dalam pengurusan sekolah.
6) Peruntukan kewangan
Segala urusan keluar masuk duit peruntukan bagi PPKI akan
diuruskan oleh pihak pengurusan sekolah. Apa sahaja perbelanjaan
dan pembelian alatan atau sebagainya perlu melalui prosedur iaitu
membuat permohonan dari pihak kewangan sekolah.
7) Program / Aktiviti
Sekiranya pihak pengurusan PPKI ingin menjalankan apa sahaja
bentuk program atau aktivit hendaklah diberitahu terlebih dahulu
kepada pihak pentadbir sekolah. Setelah program atau aktiviti itu telah
diluluskan oleh pihak pengurusan sekolah, barulah ia boleh dijalankan.

25
Kurikulum Pendidikan Khas

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai