Anda di halaman 1dari 60

TAJUK 6

PENILAIAN PERBELANJAAN
KERAJAAN
PENGENALAN-
PERBELANJAAN KERAJAAN
 Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan selalunya
dikatakan tidak cekap

 Ramai yang berharap supaya kerajaan dapat berfungsi


sebagai sebuah badan perniagaan, oleh itu berfungsi
lebih cekap

 Tetapi kerajaan dan badan perniagaan adalah berbeza ,


oleh itu kerajaan tidak akan dapat menyamai
kecekapan perniagaan
PENGENALAN-
PERBELANJAAN KERAJAAN

 3 sebab mengapa kerajaan tidak sama dengan perniagaan:


 Kerajaan tidak menjual barang dan perkhidmatan
untuk mendapatkan keuntungan.
Oleh itu kerajaan tidak mendapatkan isyarat yang jelas,
sama ada mereka menjalankan kerja dengan baik atau
sebaliknya.

 Kerajaan tidak mempunyai persaingan.


Oleh kerana barangan yang disediakan oleh kerajaan
tidak mempunyai nilai pasaran yang besar, tetapi
selalunya melibatkan kos yang besar, tiada firma
persendirian yang berani memasuki pasaran untuk
barang yang disediakan oleh kerajaan itu.
PENGENALAN-
PERBELANJAAN KERAJAAN

 Projek dan rancangan kerajaan selalunya


melibatkan proses politik yang dipengaruhi oleh
golongan dengan kepentingan tertentu yang
mahukan projek-projek yang boleh
meningkatkan pendapatan mereka.
Bukan seperti projek firma persendirian yang dipilih
mengikut kesan penggunaan sumber-sumber.

 Adalah sukar bagi mengira faedah sosial yang


dihasilkan oleh sesuatu kerajaan- ia selalunya
melibatkan kos yang tinggi dan tempoh pembinaan
yang lama.
PENGENALAN-
PERBELANJAAN KERAJAAN

 Tetapi apabila hasilnya mula dirasakan oleh rakyat, aliran


faedahnya akan berkekalan untuk tempoh yang lama.

 Kerajaan boleh disamakan seperti sebuah firma yang


mengeluarkan berbagai barangan.

 Adalah perlu untuk membuat pilihan gabungan barang


yang mana akan dikeluarkan.

 Untuk melakukan ini, perlu mengetahui


 nilai faedah sosial marginal (MSB),

 nilai kos sosial marginal (MSC)

yang akan timbul dari tambahan pelaburan kerajaan.


PENILAIAN PERBELANJAAN KERAJAAN

 Cara kerajaan membuat pilihan:

 BELANJAWAN PROGRAM
(PROGRAM BUDGETING)

 ANALISIS FAEDAH KOS


(COST-BENEFIT ANALYSIS)
ANALISA EKONOMI BAGI PROSES BELANJAWAN
(ECONOMIC ANALYSIS FOR THE BUDGET PROCESS)

BELANJAWAN PROGRAM
 Program
- gabungan aktiviti kerajaan yang mengeluarkan
berbagai barangan yang dapat dibezakan

 Misi
– apa yang hendak dicapai oleh sesebuah
agensi kerajaan
 Belanjawan Program - satu sistem menguruskan
perbelanjaan kerajaan . Dilakukan dengan
membandingkan semua program oleh semua
agensi kerajaan yang mempunyai misi yang sama

 Kombinasi program yang dipilih adalah yang


mengambilkira kos terendah

 Kombinasi ini dikenali sebagai campuran


program dengan kos berkesan (cost effective
program mix)
ANALISA KEBERKESANAN KOS
(COST EFFECTIVENESS ANALYSIS)

 Memilih misi yang seragam yang


dikemukakan oleh semua agensi kerajaan.

 Contoh misi – mengurangkan kematian yang


disebabkan oleh kemalangan atau penyakit
sebanyak 5,000 setahun bagi tempoh 10
tahun akan datang.
ANALISA KEBERKESANAN KOS
(COST EFFECTIVENESS ANALYSIS)

 Mungkin terdapat empat agensi yang


mengemukakan cadangan program masing-
masing seperti

 Menyediakan maklumat dan risalah percuma


mengenai bahaya merokok, arak, diet yang
baik dll

 Meminta semua bangunan tinggi


menyediakan alat pengesan asap. Bagi
kawasan miskin dengan bangunan rumah
pangsa tinggi akan diberi subsidi alat
pengesan asap ini dengan percuma

 Memberi suntikan imunisasi percuma kepada


kanak-kanak
ANALISA KEBERKESANAN KOS
(COST EFFECTIVENESS ANALYSIS)

 Setelah dipilih 2 projek iaitu 2 dan 3, perlu


memilih kombinasi kedua-duanya yang akan
melibatkan kos terendah, disamping mencapai
misi 5,000 nyawa diselamatkan.

 Ini akan dilakukan dengan menganalisa keluk


isokuan bagi kedua barang iaitu alat pengesan
asap, SD dan suntikan imunisasi (I)
GABUNGAN/CAMPURAN BARANGAN
DENGAN KOS YANG EFFEKTIF
COST EFFECTIVE MIX

MEMBINA KELUK ISOKUAN

Diperlukan beberapa perkara iaitu:

1. Jangkaan keluaran marginal (MP) bagi


setiap program. Iaitu MPSD untuk
pengesan asap dan
MPI untuk suntikan imunisasi

2. Pengiraan kadar pertukaran teknikal


marginal (MRTS) diantara kedua-dua
barang ini :

MRTS  PSD PI
GABUNGAN/CAMPURAN BARANGAN
DENGAN KOS YANG EFFEKTIF
COST EFFECTIVE MIX

 MRTS untuk kedua-dua program ini bergantung


kepada tahap produktiviti mereka dikira dalam
bentuk bilangan nyawa yang diselamatkan dan
harga seunit perkhidmatan yang dibekalkan oleh
program tersebut.

3. Mendapatkan harga barang-barang ini

• PSD = Harga pengesan asap


• PI = Harga suntikan imunisasi

Kos = (SD) . PSD +(I). PI


GABUNGAN/CAMPURAN BARANGAN
DENGAN KOS YANG EFFEKTIF
COST EFFECTIVE MIX

CONTOH : PSD = RM30, PI = RM15

Kos = 30(SD)+15(I)

 Dari persamaan ini boleh didapati keluk isokos


Figure 6.1
ANALISA KEBERKESANAN KOS
Cost-Effectiveness Analysis
Inoculations per Year

Minimum-cost combination of
B Programs corresponds to point B
20,000

10,000
A
Lives Saved = 5,000

0 10,000 20,000
Smoke Detectors per Year
ANALISA KEBERKESANAN KOS
Cost-Effectiveness Analysis

 Kombinasi A, 5,000 nyawa diselamatkan

 Kombinasi B, juga menyelamatkan 5,000


nyawa. Tetapi kombinasi B memerlukan kos
kurang dari Kombinasi A

 Oleh itu kombinasi B dipilih dengan 10,000


pengesan asap dan 20,000 suntikan imunisasi
ANALISA KEBERKESANAN KOS
Cost-Effectiveness Analysis

 Analisis ini digunakan di AS pada tahun 1960an dan 1970an.

 Pada tahun 1960, ianya dikenali sebagai sistem perancangan


belanjawan pemprograman
(Planning –programming-budgeting system PPBS)

 Pada tahun 1970an ianya dikenali sebagai belanjawan asas sifar


(zero based budgeting-ZBB).

 Kedua-dua belanjawan ini tidak berjaya disebabkan oleh


beberapa perkara, terutamanya, maklumat yang disediakan oleh
analisis ini tidak diambil kira oleh ahli-ahli politik semasa mereka
memutuskan mengenai perbelanjaan dan belanjawan yang
dilaksanakan.
ANALISIS KOS FAEDAH
(COST BENEFIT ANALYSIS –CBA)

 Analisis ini membantu keputusan mengenai program-


program kerajaan yang melibatkan faedah dan kos
yang berterusan di masa hadapan.

 CBA juga dapat mempastikan bahawa program-


program yang disenaraikan untuk dipilih adalah
mempunyai faedah sosial marginal yang melebihi kos
sosial marginal ie MSB>MSC

 Terdapat 3 langkah-yang terlibat di dalam CBA :


ANALISIS KOS FAEDAH
LANGKAH-LANGKAH YANG TERLIBAT DI DALAM CBA :

 LANGKAH 1:
Mengenalpasti kesemua faedah dan kos yang yang
terlibat dalam projek yang dicadangkan itu.
(enumerate all costs and benefits of a proposed project)

 LANGKAH 2:
Memberi nilai kepada faedah dan kos.
(evaluate all costs and benefits in dollar terms)

 LANGKAH 3:
Memberi diskaun kepada nilai bersih masa hadapan.
(discount net benefits)
CBA – LANGKAH 1
MENGENALPASTI FAEDAH LANGSUNG

Dua jenis faedah:


 Faedah langsung (direct benefits)

 Faedah tidak langsung (indirect benefits)

 faedah langsung – adalah faedah-faedah yang boleh


dikaitkan secara langsung kepada peningkatan output
atau produktiviti disebabkan oleh projek yang
dicadangkan itu
 Contoh: bagi projek pengairan, faedah langsungnya ialah
peningkatan hasil pertanian didapati dari tanah yang
mendapat khidmat daripada projek pengairan tersebut

 Perlu dipastikan tidak ada pengiraan dua kali (double


counting) pada faedah langsung ini
CBA – LANGKAH 1
MENGENALPASTI FAEDAH LANGSUNG

 Contoh – peningkatan nilai tanah tidak sepatutnya


dimasukkan sebagai faedah langsung, kerana ia
mengira potensi tanah itu untuk meninggikan
pengeluaran dimasa hadapan. Sedangkan kita
telah mengira pertambahan output yang akan
dihasilkan oleh projek itu.
 Selalunya perkara ini tidak difahami oleh
penganalisis, atau mereka tidak bersetuju dengan
pendapat ini, oleh itu pengiraan dua kali (double
counting) akan berlaku.
CBA – LANGKAH 1
MENGENALPASTI FAEDAH TIDAK LANGSUNG ATAU
FAEDAH LUARAN

 Ia adalah faedah yang dapat dirasakan oleh


individu-individu yang tidak ada kaitan secara
terus dengan projek yang dicadangkan.
 Contoh- pertambahan kesuburan tanah disekitar
(luar) kawasan projek, akibat dari pertambahan
bekalan air ke kawasan projek

KEKELIRUAN DEFINISI
 Terdapat juga masalah semas mendefinisikan
faedah tidak langsung iaitu pertambahan
pendapatan peniaga-peniaga dikawasan projek,
kerana mereka dapat membuat jualan yang lebih
dikawasan dimana pendapatan penduduknya telah
meningkat.
CBA – LANGKAH 1
MENGENALPASTI FAEDAH TIDAK LANGSUNG ATAU
FAEDAH LUARAN

 Sebenarnya yang terjadi adalah pengagihan semula


pendapatan daripada petani kepada peniaga itu.
Pengeluaran petani yang bertambah tetapi
pengeluaran atau produktiviti peniaga tidak
berubah.

 Pertambahan pendapatan peniaga ini bukan faedah


langsung atau tidak langsung daripada projek yang
dicadangkan

 Bagi kebanyakan projek seperti yang berkaitan


dengan pendidikan dan kesihatan ada mengalami
masalah mengenalpasti faedah yang didapati *
CBA – LANGKAH 1
MENGENALPASTI KOS

 Kos juga dibahagikan kepada dua jenis:


 KOS LANGSUNG (KOS INPUT)

 KOS TIDAK LANGSUNG

 Semua kos yang tidak dimasukkan sebagai kos


input mesti diambilkira sebagai kos tidak langsung.

 Contoh – projek yang menyebabkan aliran sumber


air ke kawasan pertanian yang lain berkurangan
akan dikira sebagai sebahagian dr kos projek
tersebut.
CBA – LANGKAH 2
MEMBERI NILAI KEPADA FAEDAH DAN KOS

 Faedah dan kos yang telah disenaraikan akan


diberi nilai wang ringgit

 Menilai output: sesuatu projek itu akan


menambah output, oleh itu perlu dinilai
pertambahan output itu.

 Masalah akan timbul apabila pengguna tidak


menunjukkan permintaan mereka untuk output
itu (terutama bagi kes permintaan untuk barang
awam)
CBA – LANGKAH 2
MEMBERI NILAI KEPADA FAEDAH DAN KOS

 Oleh perlu mendapatkan nilai lain bagi


menggambarkan nilai output. Contoh

 Bagi projek kesihatan awam:


nilai bayangan yang boleh digunakan ialah pertambahan
pendapatan dimasa hadapan bagi mereka yang
bertambah sihat hasil daripada projek kesihatan ini.

 Bagi projek pendidikan vokasional:


nilai bayangan yang boleh digunakan ialah pertambahan
pendapatan di masa hadapan yang akan dinikmati oleh
lulusan sekolah dan institusi vokasional ini.
CBA – LANGKAH 2
MEMBERI NILAI KEPADA FAEDAH DAN KOS

 Masalah akan timbul juga semasa menilai faedah


dan kos, iaitu jika harga barang dan input
dipasaran tidak menunjukkan nilai sebenarnya

 Ia terjadi bila terdapat gangguan pada perjalanan


pasaran, seperti ada kuasa monopolistik, ada
campurtangan berbentuk cukai atau subsidi.

 Oleh itu ubahsuaian perlu dibuat kepada harga yag


ada, supaya benar-benar menggambharkan nilai
sesuatu barang dan input yang terlibat.
CBA – LANGKAH 3
MEMBERI DISKAUN KEPADA NILAI BERSIH MASA HADAPAN

 Ia adalah perlu kerana adanya nilai kadar faedah


yang positif di dalam ekonomi

 Apabila satu ringgit sekarang disimpan (dalam


bank) atau dilaburkan untuk beberapa tempoh,
nilainya akan bertambah, lebih dari satu ringgit.

 Oleh itu untuk mendapatkan satu ringgit di masa


hadapan sebenarnya kita memerlukan kurang dari
satu ringgit sekarang.
CBA – LANGKAH 3
MEMBERI DISKAUN KEPADA NILAI BERSIH MASA HADAPAN

 Contoh-

 Kadar faedah, r = 5%. Untuk mendapatkan


RM100 dalam tempoh setahun, hanya
memerlukan RM95.24 sekarang

Nilai RM95.24 dipanggil NILAI KINI (PRESENT


VALUE)
CBA – LANGKAH 3
MEMBERI DISKAUN KEPADA NILAI BERSIH MASA HADAPAN

 CONTOH PENGIRAAN
RM95.25 + (0.05)(95.25) = RM 100

 Secara am, nilai X yang akan diterima di masa


hadapan (n tahun) apabila ada kadar faedah r,
akan didapati dengan menggunakan formula
berikut:

X= FV = PV (1+ r)n atau PV = FV/(1+ r) n

 Semakin tinggi kadar faedah, untuk diskaun


pendapatan masa hadapan FV semakin kecil PV
bagi X ini
CBA – LANGKAH 3
MEMBERI DISKAUN KEPADA NILAI BERSIH MASA HADAPAN

 Bagi projek-projek awam, r disebut sebagai


kadar diskaun sosial.

 Apabila sesebuah projek mendatangkan hasil


bagi tempoh tertentu, faedah bersih bagi setiap
tahun di masa hadapan itu mesti didiskaunkan
kepada nilai sekarang.

 Formula awal tadi akan diubah kepada

PV =Σ [PVi / (1+r)i]
CBA – LANGKAH 3
MEMBERI DISKAUN KEPADA NILAI BERSIH MASA HADAPAN

 CONTOH

 Ini bermakna, jka projek ini mendatangkan


faedah RMX1 pada tahun 1, RMX2 pada tahun 2,
dan seterusnya RMXn pada tahun n, PV bagi
keseluruhan projek ini dapat dikira sebagai

PV =X1/(1+r)1 + X2/(1+r)2 + ….+ Xn/(1+r)n

 Bagi sebuah projek yang mendatangkan


faedah bersih sebanyak X1 ringgit selepas
tahun pertama, X2 selepas tahun kedua, nilai
PV dikira sebagai

PV =X1/(1+r)1 + X2/(1+r)2
KESAN KADAR DISKAUN KE ATAS
NILAI KINI PROJEK

Kadar diskaun memberi kesan ke atas nilai kini sesuatu


projek:

 Semua langkah dalam analisis faedah kos ini


adalah sama pentingnya.

 Tetapi pilihan bagi kadar diskaun, r akan memberi


kesan kepada penyusunan projek-projek dan
jumlah projek yang akan diluluskan.

 Kadar diskaun yang rendah akan memihak kepada


projek-projek yang mendatangkan faedah bersih
bagi tempoh yang lama berbanding dengan
projek-projek dengan faedah bersih semasa.
KESAN KADAR DISKAUN KE ATAS
NILAI KINI PROJEK

 CONTOH

 Terdapat dua projek pilihan:

• Projek 1 memberikan faedah bersih serta


merta sebanyak RM90.

• Projek 2 memberikan faedah bersih RM100


selepas dua tahun.

 Dengan menggunakan kadar diskaun yang


berbeza-beza, projek-projek ini dapat disusun
dengan cara yang berbeza.
Jadual 1 :
KADAR DISKAUN DAN PENYUSUNAN PROJEK

KADAR PV UNTUK PV UNTUK


DISKAUN PROJEK 1 PROJEK 2
0% RM90 RM100/(1+0)2
= RM100
5% RM90
RM100/(1+0.05)2
= RM90.7
10% RM90 RM100/(1+0.1)2
= RM82.6

 Nilai kini bagi Projek 2 adalah lebih besar dari nilai kini Projek 1
apabila kadar diskaun 0% dan 5%.
 Tetapi apabila kadar diskaun meningkat kepada 10%, Projek 1
akan diutamakan berbanding Projek 2.
KESAN KADAR DISKAUN KE ATAS
NILAI KINI PROJEK

 Secara amnya, kadar diskaun yang tinggi


memberikan penilaian yang kurang kepada faedah
bersih yang didapati di masa hadapan.

 Kadar diskaun menggambarkan kos melepas bagi


perbelanjaan kerajaan.

 Semakin tinggi kadar diskaun ini semakin besar


kos melepas bagi perbelanjaan kerajaan,
dimana kepuasan persendirian yang
dikorbankan adalah semakin besar.
KESAN KADAR DISKAUN KE ATAS
NILAI KINI PROJEK

 Oleh itu semakin tinggi kadar diskaun, semakin


kurang projek-projek awam yang dapat
diluluskan untuk dijalankan.

 Ada projek yang menunjukkan nilai kini yang


positif bagi faedah bersihnya apabila kadar
diskaun yang rendah digunakan.

 Tetapi nilai kini ini akan menjadi negatif


apabila kadar diskaun yang tinggi digunakan.
MEMILIH KADAR DISKAUN SOSIAL

 Bagi mengelakkan pengurangan dalam kebajikan,


sumber-sumber tidak boleh dipindahkan dari sektor
persendirian ke sektor awam sekiranya sumber-sumber
itu mendatangkan pulangan sosial lebih besar disektor
persendirian.

 Bagi mengelakkan pengagihan sumber yang merugikan,


kadar diskaun sosial perlu disamakan dengan kos
melepas sosial bagi dana (social opportunity cost of
funds).

 Kos melepas sosial ini adalah bergantung kepada kadar di


mana penyimpan atau pelabur sanggup mengorbankan
penggunaan atau pelaburan mereka, bagi membiayai
projek kerajaan.
MEMILIH KADAR DISKAUN SOSIAL

 CONTOH
Apabila kadar faedah di pasaran adalah 10 peratus ,
kadr pulangan bagi sesuatu projek kerajaan mestilah
sekurang-kurangnya sama dengan kadar faedah ini
(10%), barulah perpindahan sumber dar sektor
persendirian ke sektor awam dapat dipersetujui.

 Pemilihan kadar diskaun sosial juga bertambah rumit


jika terdapat gangguan di dalam perjalanan pasran ,
contohnya ada cukai syarikat.

 Pelabur akan mengubahsuai kadar faedah bagi pinjaman


mereka, untuk menentukan pulangan yang positif.
MEMILIH KADAR DISKAUN SOSIAL

 Bila cukai syarikat dikenakan 50% ke atas


keuntungan syarikat, pulangan kepada
pelaburan syarikat itu hanyalah setengah
daripada kadar pulangan sebenar.

 Contohnya – pelabur terpaksa membayar


10% bagi pinjaman dibuat, dengan cukai
syarikat 50%, pelabur itu perlu memilih
projek-projek dengan pulangan 20% untuk
menentukan pulangan yang sebenar didapati
adalah positif.
Figure 6.2 A
CUKAI PENDAPATAN KE ATAS PELABURAN & KOS
Tax on Investment Income and the Social Opportunity Cost of Capital

Tax on investment
income causes the
S gross return to
investment rG to
20 = rG exceed the market
Return (Percent)

rate of interest
earned by savers, i.
E
16 the social cost of
government
investment is 20%
D = Gross Return if private investment
funds are displaced.

However the social


opportunity cost of
I = 10 = rN E’ government funds
will be only 10% if
taxes displace
D’ = Net Return After private saving.
Taxes

Funds Invested and Saved per Year


contoh
CUKAI PENDAPATAN KE ATAS PELABURAN & KOS
Tax on Investment Income and the Social Opportunity Cost of Capital

 Tanpa cukai. Keadaan keseimbangan pasaran dicapai di


titik E, pulangan kepada pelabur sama dengan kadar
faedah yang dibayar kepada penyimpan iaitu 16%

 Apabila ada cukai ke atas pulangan pelaburan 50%, tetapi


faedah dari simpanan tidak pula dicukai.

 Pulangan bersih kepada pelabur akan kurang sebanyak


50%

 Keluk D akan bergerak ke bawah ke D1, menunjukkan


pelabur akan mengurangkan permintaan untuk pelaburan:

 Pelabur menggunakan keluk D1 untuk menilai jumlah


pelaburan yang akan dibuat.
contoh
CUKAI PENDAPATAN KE ATAS PELABURAN & KOS
Tax on Investment Income and the Social Opportunity Cost of Capital

 Keseimbangan pasaran yang baru ialah di E1, jumlah dana


yang dilaburkan kurang dari F1 ke F2, kadar pulangan
kasar (rG) ialah 20%.

 Tetapi selepas cukai , kadar pulangan bersih (rN) ialah


10%.

 Kadar ini (rN) 10% adalah juga kadar yang dibayar kepada
penyimpan yang akan membekalkan dana sebanyak F2.

 Sekiranya projek kerajaan yang dibiayai oleh cukai tadi,


mengurangkan pelaburan, kadar diskaun yang patut
digunakan ialah 20%

 Tetapi jika projek itu mengurangkan simpanan , kos


melepasnya hanyalah 10%.
contoh
CUKAI PENDAPATAN KE ATAS PELABURAN & KOS
Tax on Investment Income and the Social Opportunity Cost of Capital

 Cara terbaik bagi menentukan kadar diskaun sosial ialah dengan


menentukan apakah jenis perbelanjaan persendirian yang
mendapat kesan dari projek awam itu, samada pelaburan, atau
penggunaan (simpanan).

 Walaubagaimanapun penentuan tersebut adalah rumit dan tidak


mungkin didapati.

 Secara praktikalnya, dalam menentukan kadar diskaun sosial ini ,


beberapa perkara perlu ditimbangkan:

1. Besar atau kecilnya risiko cukai ke atas pengurangan


pelaburan
contoh
CUKAI PENDAPATAN KE ATAS PELABURAN & KOS
Tax on Investment Income and the Social Opportunity Cost of Capital

 Jika risikonya kecil, kesan pengurangan pelaburan ini


boleh diabaikan dan kadar 10% dipilih.

 Tetapi jika risikonya tinggi, kadar 20% perlu dipilih.

2. Risiko dari inflasi juga perlu diambil kira.


Sekiranya pelabur menjangka akan ada kenaikan
kadar inflasi, ini juga perlu dimasukkan ke dalam
pengiraan kadar diskaun sosial.
PEMISAHAN FAEDAH BERSIH
DAN WAJARAN

 Biasanya analisis faedah kos ini digunakan untuk tujuan


kecekapan penggunaan sumber-sumber.
 Tetapi ada juga telah mengubah suai analisis ini untuk
mengambilkira juga aspek keadilan.
 Faktor faedah dan kos dapat dibahagi-bahagikan
kepada bahagian-bahagian tertentu dan masing-masing
diberi wajaran yang berbeza, mengikut kepentingannya:
 Contohnya, pembahagian dilakukan mengikut:
 Tingkat pendapatan
 Lokasi projek
 Keadaan demografi
PEMISAHAN FAEDAH BERSIH
DAN WAJARAN

 Jika kita menginginkan projek-projek yang


mementingkan pengagihan pendapatan yang lebih
adil, iaitu orang miskin mendapat faedah lebih dari
orang kaya, projek-projek yang memberi faedah lebih
kepada orang miskin boleh diberi wajaran yang lebih
tinggi. Oleh itu akan disusun di kedudukan tinggi dan
kemungkian akan dipilih untuk dilaksanakan.

 Masalah akan dihadapi semasa memberi wajaran


kepentingan sesuatu projek itu kerana yang
digunakan adalah mengikut penilaian persendirian
yang berbeza mengikut individu dan keadaan.
CARA MENANGANI MASALAH INFLASI
 Dengan adanya inflasi, wang yang akan menjadi pengukur yang kurang baik bagi
faedah dan kos
yang dianalisis dalam CBA ini.

 Untuk mengatasi masalah ini perlu diambilkira nilai inflasi ini.

 Terdapat dua cara samada menggunakan

 nilai nominal bagi faedah dan kos atau


 mengambilkira nilai benar
CARA MENANGANI MASALAH INFLASI

 NILAI NOMINAL
Langkah-langkah yang perlu di ambil:

1. Menganggarkan kadar nilai inflasi dimasa hadapan di


mana faedah bersih projek akan didapati.
2. Mendarabkan nilai faedah dan kos dengan kadar inflasi
ini , untuk mendapatkan nilai nominal
3. Kemudian carikan kadar diskaun nominal , iaitu dengan
menambah kadar sebenar ( r) dengan kadar inflasi tadi.
4. Analisis faedah dan kos akan dijalankan dengan
menggunakan nilai nominal bagi faedah bersih dan
kadar diskaun nominal
CARA MENANGANI MASALAH INFLASI

 NILAI BENAR
Langkah-langkah yang perlu di ambil

1. Nilai faedah dan kos dimasa hadapan telah


dikurangkan mengikut nilai inflasi.

2. Mencari kadar diskaun benar iaitu kadar nominal


ditolak dengan kadar inflasi.

3. Analisis faedah dan kos dijalankan dengan


menggunakan nilai benar bagi faedah bersih dan
kadar diskaun benar
PENYUSUNAN PROJEK MENGIKUT KEPENTINGAN
(RANKING PROJECTS)

 Projek-projek boleh disusun mengikut faedah bersih


yang telah diberi diskaun, atau mengikut nisbah
faedah kosnya.

 Penentuan mengikut nilai faedah bersih:


(Net Benefit Criterion:Rank according to the highest
net benefits)
PENYUSUNAN PROJEK MENGIKUT KEPENTINGAN
(RANKING PROJECTS)

 Penentuan mengikut Nisbah Faedah-Kos:


(Benefit-Cost Ratio Criterion: Rank according to the highest ratio)

B/C =

di mana :

Bi = adalah faedah dalam tahun i,


Ci = adalah kos dalam tahun i,
n = jangka hayat projek itu,
r = kadar diskaun yang digunakan.
PENYUSUNAN PROJEK MENGIKUT KEPENTINGAN
(RANKING PROJECTS)

 Semua projek yang mempunyai nilai kini bersih


positif, atau mempunyai nilai nisbah faedah-kos
melebihi 1 akan dipertimbangkan.

 Selalunya pertimbangan untuk sesuatu projek itu


akan melibatkan projek yang telah sedia ada.

 Oleh itu akan dikaitkan analisis faedah-kos dengan


kecekapan secara keseluruhannya; projek lama dan
projek baru.
PENYUSUNAN PROJEK MENGIKUT KEPENTINGAN
(RANKING PROJECTS)

CONTOH:
 bagi beberapa tahun telah disediakan lebuhraya
kepada penduduk. Kemudian dicadangkan satu
projek membina lebuhraya baru.

 projek baru ini akan dikaji sebagai tambahan


kepada projek yang sedia ada

 Penyusunan akan dibuat mengikut keuntungan


sosial bersih yang didapati daripada projek
tambahan ini.
Figure 6.3
ANALISIS FAEDAH-KOS DAN KECEKAPAN
Cost-Benefit Analysis and Efficiency

Net Social Gain


from Q1 MSC

A
Marginal Social Cost and Benefit

B G
F
Net Social Loss
E from Q2

C D H J
MSB

Q1 Q2

Q1 Q2
0 Q* Q3 Q4 If ΔQ1 miles of new roads are made
Available, a net gain results.
Miles of Highway per Year However the increment ΔQ2
involves a net loss.
contoh
ANALISIS FAEDAH-KOS DAN KECEKAPAN
Cost-Benefit Analysis and Efficiency

 Katakan jumlah kilometer lebuhraya yang sedia ada ialah


Q1.
 Projek baru ini akan menambah jumlah kilometer
lebuhraya ini kepada Q2 bermakna ada pertambahan Q1
kilometer lebuhraya.
 CBA akan menunjukkan faedah bersih yang positif, apabila
kawasan Q1ABQ2 (faedah sosial marginal MSB) lebih
besar dari kawasan Q1CDQ2 (kos sosial marginal MSC).
 Dengan meluluskan projek lebuhraya baru ini, output akan
bergerak menghampiri tingkat yang cekap iaitu Q*, iaitu
bila MSB = MSC.
Contoh:
ANALISIS FAEDAH-KOS DAN KECEKAPAN
Cost-Benefit Analysis and Efficiency

KEADAAN TIDAK CEKAP


 Jika keadaan asal dalam contoh di atas berada di Q3 iaitu
melebihi tingkat yang cekap Q*, sebarang pertambahan
dalam kilometer lebuhraya adalah tidak cekap.
 Projek baru akan menambah kilometer lebuhraya kepada Q4.
 Tetapi pertambahan Q2 adalah tidak cekap kerana akan
didapati kerugian sosial bersih (MSC>MSB)

 Analisis Faedah Kos yang betul akan menunjukkan nilai PV


yang negatif atu nisbah Faedah-Kos yang kurang dari satu
bagi projek yang menambah kilometer lebuhraya dari Q3
kepada Q4.
ANALISIS FAEDAH-KOS DAN KECEKAPAN
Cost-Benefit Analysis and Efficiency

KESIMPULAN
 Analisis Faedah Kos yang betul adalah alat yang
berguna untuk menilai faedah-faedah bersih
daripada projek-projek yang kerajaan cadangkan.

 Maklumat teratur yang diberikan dapat


menyediakan maklumat dan membantu rakyat, ahli
politik dan pegawai kerajaan semasa membuat
keputusan
ANALISIS FAEDAH-KOS DAN KECEKAPAN
Cost-Benefit Analysis and Efficiency

KESIMPULAN
 Walaubagaimanapun terdapat banyak masalah timbul
bila CBA hendak dijalankan ke atas projek-projek
kerajaan.

 Masalah utama berkaitan kos yang terlibat -


pertentangan pendapat akan timbul mengenai:

 Kos yang terlibat


 Bagaimana kos tersebut diukur

 Analisis ini jika dijalankan dengan teliti dan jujur akan


menjadi alat berguna kepada kerajaan.
 THE END

Anda mungkin juga menyukai