Anda di halaman 1dari 3

Panitia Kajian Tempatan

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN


KALI KETIGA 2010

Tarikh : 13 Julai 2010


Hari : Isnin
Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKM2
Kehadiran :

1. Pn.Rosna Norin Bt.Abd.Sehat.


2. P.Norazreen Binti A.Aziz.
3. Pn.Hartini Binti Abd.Rahman.
4. Pn Mariam Binti Ibrahim@Tahir.
5. Pn.Afizah Binti Ithnin.
6. Pn Hjh Dahiyahwati binti Omar

Tidak Hadir :

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pn.Rosna Norin binti Abd Sehat,Ketua Panitia Kajian Tempatan mengucapkan terima kasih
serta mengalu-alukan kehadiran semua ahli panitia Kajian Tempatan 2010 ke mesyuarat kali
ke tiga ini.

1.2 Mengharapkan agar apa yang disampaikan di dalam mesyuarat kali ini dapat di kongsi
bersama bagi memantapkan lagi Pengajaran dan pembelajaran seterusnya kecemerlangan
panitia ini sendiri.Diharapkan juga Ajk dapat memberikan pandangan dan berkongsi
pendapat dan pengetahuan untuk meningkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Kajian Tempatan seterusnya membangun panitia ini supaya lebih aktif
lagi.

2.0 Ucapan Penasihat,Tn Hj Zulkifli b Aziz,Guru Besar SKM2.

2.1 Mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua ahli panitia kajian tempatan ke
mesyuarat kali ke 3 ini.

2.2 Mengucapkan Tahniah kepada semua ahli atas segala usahasama yang telah dilaksanakan
sepanjang tahun ini bagi melaksanakan apa yang telah panitia rancangkan sekaligus menaikkan nama
panitia ini setaraf dengan panitia-panitia yang lain.

2.3 Diharapkan juga Ajk dapat memberikan pandangan dan berkongsi pendapat dan
pengetahuan untuk meningkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kajian
Tempatan seterusnya membangun panitia ini supaya lebih aktif lagi.

Makluman

1
Panitia Kajian Tempatan

3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu

Disahkan : Pn.Hartini binti Abdol Rahman.


Disokong : Pn.Afizah binti Ithnin.

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Lawatan Sambil Belajar

4.1.1 Pn.Afizah memaklumkan bahawa satu Lawatan Sambil Belajar akan diadakan tidak
lama lagi bagi murid-murid tahun 5. Suhubungan dengan itu beliau telah menyiapkan kertas
cadangan bagi lawatan tersebut.
4.2.2 Semua ahli membincangkan tentang sumber kewangan bagi lawatan ini dan
bersetuju untuk mengutip wang dari murid yang bersetuju mengikuti lawatan ini.Selain itu
semua ahli juga bersetuju sebulat suara untuk bergabung dengan Panitia Sivik untuk lawatan
Murid tahun 5 ini.

4.2 Folio

4.2.1 Pn Rosna Norin memaklumkan kepada semuaahli panitia kajian tempatan bahawa
bahan-bahan untuk folio telah pun diterima. Guru-guru Kajian Tempatan boleh
mendapatkannya di bilik guru .
4.2.2 Pn.Afizah juga mencadangkan agar disediakanklip untuk folio dan tidak lagi
menggunakan cara menebuk lubang atau binding yang mana agak membebankan murid yang
tidak berkemampuan.Dan semua ahli bersetuju dengan cadangan beliau.

4.3 Analisa Ujian


4.3.1 Pn.Rosna membentangkan analisa Ujian selaras 4 bagi matapelajaran kajian
tempatan.
4.3.2 Pengerusi mengharapkan agar guru-guru matapelajaran kajian tempatan untuk
terus berusaha membimbing murid-murid terutamanya murid dari kelas cerdik.

4.4 Taklimat dapatan Kursus Tenaga diperbaharui dan Kecekapan Tenaga.


4.4.1 Krusus tersebut telah dihadiri oleh Pn.Norhayati di Kuala Lumpur.Dapatan dari
krusus tersebut melibatkan Sukatan matapelajaran Kajian Tempatan.
4.4.2 Semua ahli bersetuju agar modul dan lembaran diperbanyakkan dan diedarkan
kepada semua ahli Panitia Kajian Tempatan.

Pn.Norhayati
Makluman

5.0 Hal-hal lain .

4.1 Pn. Rosna Norin mengingatkan sekali lagi kepada guru-guru Kajian Tempatan dan juga guru-
guru yang baru mengajar Kajian Tempatan bahawa Folio perlu dihasilkan 2 kali setahun.
2
Panitia Kajian Tempatan

Folio membawa makah 40.Jumlah markah bagi peperiksaan pertengahan dan akhir tahun
adalah 60.Tajuk bagi folio yang akan dihasilkan murid adalah berdasarkan tajuk yang di beri
oleh guru kajian tempatan kelas masing-masing berdasarkan kemampuan murid-murid itu
sendiri.

4.2 Berikut adalah Aktiviti yang telah dijalankan pada penggal kedua ini iaitu
Kuiz Kemerdekaan
Penghasilan Folio

4.3 Pn.Rosna Norin juga mengingatkan folio untuk penggal kedua yang akan ditambah
markahnya dengan peperiksaan akhir tahun boleh la bermula sekarang .

4.4 Bagi penggal kedua ini , guru-guru kajian tempatan boleh la membekalkan murid-murid
dengan kertas-kertas untuk menghasilkan folio agar dapat mengurangkan bebanan ibubapa
untuk membeli folio lagi.

4.5 Ketua Paniti menyarankan agar soalan-soalan digubal berdasarkan sukatan apa yang telah di
ajarkan di kelas dan salinan soalan hendaklah di serahkan kepada Ketua Panitia untuk
simpanan Bank Soalan.

4.6 Folio yang terbaik akan di kumpulkan untuk tujuan pameran kelak.

Makluman
6.0 Ucapan Penangguhan

8.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang melapangkan masa
menghadiri mesyuarat pada kali ini. Ucapan penghargaan kepada semua yang telah
memberikan pandangan dan idea-idea bernas dalam memantapkan Panitia Kajian Tempatan
yang mana bertujuan untuk penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran di masa
akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………………… …………………………………...
Pn Norazreen binti A.Aziz Pn.Rosna Norin binti Abd Sehat
Setiausaha Panitia Kajian Tempatan Pengerusi Panitia Kajian Tempatan
SK Merlimau Dua SK Merlimau Dua.

Anda mungkin juga menyukai