Anda di halaman 1dari 53

1.

0 PENGENALAN

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan


dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya
bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik kuliah dan makmal, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama
ada pensyarah ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.

Justeru, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan


sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis.
Memandangkan pengukuran di bilik kuliah sering menggunakan ujian, pengujian
merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang pensyarah biasanya merangka objektif dan kandungan kursus yang
hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran kursus berkenaan.
Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau
peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-
soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif kursus yang dirancang dan
kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor,
dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap
penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman
terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian,
matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta
norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan
pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil. Oleh itu, dalam pembinaan soalan,
soalan yang berkualiti haruslah dibina dengan berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian
mengikut aras-aras Taksonomi Bloom.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 1


2.0 PENGERTIAN KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Pentaksiran, pengujian dan penilaian adalah beberapa konsep penting di dalam


dunia pendidikan. Konsep-konsep ini tidak boleh dipisahkan dalam dunia pendidikan
amnya dan menjadi wahana yang penting bagi golongan pendidik untuk menentukan
tahap atau prestasi pelajar di dalam bidang akademik. Namun begitu, sering kali istillah-
istillah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan
kertas ujian mengatakan bahawa mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai
prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar
atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi, konsep-konsep
berikut mempunyai perbezaan makna di antara satu sama lain.

Oleh yang demikian, dalam penulisan ini, pengkaji akan cuba untuk meleraikan
kekusutan ini agar makna setiap konsep tersebut dapat diperjelaskan dan difahami oleh
pembaca khususnya golongan pendidik.

2.1 Pentafsiran

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya


membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan. Dari
konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterprestasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.
Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Oleh yang demikian, konsep
pentaksiran ini mempunyai beberapa tujuan.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 2


Konsep pentaksiran seperti yang diketahui merupakan satu proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesesuatu
subjek. Oleh yang demikian aktiviti pentaksiran ini dapat menilai aktiviti yang dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaran dan untuk mendapat maklumat secara
berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-
pembelajaran. Selain daripada itu pentaksiran juga bertujuan untuk merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid. Aktiviti ini dilakukan juga untuk melibatkan semua atau sebahagian
besar murid dalam kelas secara efektif. Konsep pentaksiran bukan sekadar untuk
mengambarkan prestasi seseorang malah merancang dan melaksanakan aktiviti tindak
susul yang berkesan dan seterusnya akan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Pengujian

Pengujian didefinisikan sebagai proses atau prosedur yang sistematik bagi


mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian
ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Menurut
Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan
skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti
angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test)
dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala
contoh sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti,
atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur
perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh
Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang
menegaskan bahawa:

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 3


“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan
perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan
yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian
atau pengadilan. (Raminah 1991:2)”

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran
yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian
menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan


supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di
universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar
dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan)
yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap
penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya
dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk


mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di
universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian
berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu
memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara
memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Kesimpulanya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajran boleh dibuat


melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam
bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting,
malah sama pentng dengan penguasan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 4


2.3 Penilaian

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk


menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian
merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan
sebagai satu proses atau prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam
menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Selain itu, Stufflebeam et al. (1971:xxv)
menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating, obtaining, and providing
useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini menjangkau melepasi
daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Manakala Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang
dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan
sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya
bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat
berhubung pengajaran dan pembelajaran.

Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru
berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam
keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian
pelajar melalui ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat
tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu tetapi hanya
melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 5


Rajah 1 : Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan
maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan
dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum
balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru
dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat
memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan
langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar
yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang
memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk
mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar
atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan


memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan
pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang
masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam
mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 6


pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat
berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau
menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi.
Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya
mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan
pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR)
dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para
pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan
tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.

Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut


gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan
dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian
yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti
pemilihan dan penempatan.

Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana


guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan
kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa
Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu
mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai,
seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk
guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk
memulakan pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu
kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka
berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing
dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 7


yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan
menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih
dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang
cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains
atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada
pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk
belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri
pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui
sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya
akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang
bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi
daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa dan rakan sebaya atau nasihat
daripada guru dan guru besar.

2.4 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran


yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian
yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru
dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama
pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran hasil daripada aktiviti pentaksiran, pengujian dan penilaian yang baik juga
bukan sahaja memberikan satu kejayaan kepada guru malah kepada pelajar-pelajar
yang diajar. Oleh yang demikaian, konsep-konsep ini perlulah diaplikasikan atau
dipraktikan dengan sebaiknya oleh guru-guru di sekolah.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 8


3.0 TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam


pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu.
[Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu
model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan
dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti
pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain utama dalam
pendidikan iaitu, domain kognitif. Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran
pelajar. Kedua adalah, domain afektif iaitu, melibatkan perkembangan sikap dan nilai
pelajar. Ketiga adalah, domain psikomotor iaitu, melibatkan perkembangan kemahiran
fizikal pelajar.

Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman


pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif
berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah
dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru
dengan cara yang asli dan kreatif. Domain yang membincangkan pengetahuan seperti
mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. Merupakan domain yang
utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Melalui


Taksonomi Bloom ini, ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Membuat
soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

Penggunaan KognItif Bloom amat penting bagi setiap guru. Pemahaman tentang
tahap kognitif Bloom amat penting khasnya dalam menyediakan item(soalan) dalam
peperiksaan dan Ujian. Sebagai guru kita harus boleh membezakan aras kesukaran
soalan yang dibina samada soalan objektif atau subjektif.

Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat
penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada setiap
pelajar. Lembaga peperiksaan menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan perlu
ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya tinggi. Ini bertujuan untuk
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 9
bersikap adil kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina bukan hendak
memerangkap pelajar untuk gagal.

Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan Jadual Penentu
Ujian(JPU) atau Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) di mana pengagihan item berdasarkan
topik dan masa perlu diambil kira.

Bersama ini, disertakan contoh aras kognitif Bloom berdasarkan kata tugas.
Soalan yang bermula dengan kata tugas di bawah boleh dianggap sebagai mengikut
aras kognitifnya. Pengalaman saya , adakalanya rangsangan dan kedudukan jawapan
akan menyebabkan aras kognitif Bloom itu boleh berubah.Namun begitu , aras kognitif
Bloom akan banyak membantu guru menyediakan item/soalan yang bermutu.

Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap,


iaitu, Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

TAHAP ISTILAH

Pengetahuan
Nyatakan,
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
terangkan,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-
lain daripada pembelajaran yang lepas. namakan,

labelkan.

Kefahaman
Pilih, terangkan,
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk
kepada satu bentuk yang lain, menyatakan tulis semula.
idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 10


Aplikasi
selesaikan,
Menggunakan maklumat dalam situasi yang
ramalkan, cari,
baru, termasuk menyelesaikan masalah
kesilapan, bina alat.
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula. Bina graf daripada data, dll.

Analisis
Bezakan, pasti, pilih.
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada
yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat,
kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur
organisasi.

Sintesis
Bina, hasilkan,
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu,
susun, kembangkan.
usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Penilaian
Pilih, berikan alasan,
Membuat pertimbangan termasuk memberi kritikan, buktikan.
rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik
Jadual 1

3.1 Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta
atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini,
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 11
pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.
Peringkat kedua dalam aras ini adalah, pengetahuan tentang cara mengendalikan
sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan,
teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Ketiga adalah,
pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang.
Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan, pelajar perlu menggunakan proses mental.


Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru. Soalan tidak
memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru. Jawapan dapat
ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

3.2 Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar memberi huraian atau makna sesuatu
perkara. Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan
fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Aras kefahaman ini
terbahagi kepada tiga iaitu, penterjemahan bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah
makna asal. Mentafsir (Interpretasi) iaitu, mentafsir idea atau mesej tersirat dan
tersurat. Menerangkan idea dalam ayat sendiri. Ekstrapolasi iaitu membuat inferens
tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang
diberikan atau terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini
anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan
kelaskan. Ciri-ciri soalan aras kefahaman adalah, proses mental, maklumat asas telah
diajar, perlu bahan atau alat komunikasi dan pelajar menyatakan kefahaman mereka
sendiri.

3.3 Aras Aplikasi

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 12


Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum,
dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep,
teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam
soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan. Ciri-
ciri soalan aras aplikasi adalah, menggunakan proses mental aplikasi, soalan
melibatkan tiga frasa. Masalah situasi yang baru tidak sesuai dengan masalah yang
dibincangkan dalam bilik darjah.

3.4 Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada


unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini
menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang
mengaitkan unsur-unsur. Jenis-jenis aras analisis adalah, analisis unsur iatu
memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk
menyokong unsur yang sedia ada. Jenis aras analisis yang kedua adalah, analisis
hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dengan hipotesis. Jenis aras analisis yang
ketiga adalah, analisis prinsip iaitu, pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi
yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan
dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah,
mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan. Ciri-ciri soalan aras analisis
adalah, soalan menggunakan proses mental analisis. Situasi masalah berbeza daripada
pengalaman dalam bilik darjah. Situasi, dokumen perlu dianalisis. Soalan memerlukan
fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

3.4 Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur


kepada yang lebih jelas. Jenis-jenis soalan aras sintesis adalah, sintesis penyampaian

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 13


iaitu menghurai dan menarik minat. Sintesis himpunan iaitu satu himpunan perlakuan.
Sintesis cadangan iaitu cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang
abstrak.

Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau


mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui
prinsip induksi atau deduksi.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan,
hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

3.5 Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria
yang perlu diketahui. Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji
kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah,
mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip,
teori dan sebagainya.Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang sesuatu idea hasil
kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan
piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan,
rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

4.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 14


Guru di sekolah kerap kali mengadakan ujian dari semasa ke semasa. Hal ini
adalah kerana ujian merupakan satu-satunya cara guru dan pelajar dapat mengetahui
sama ada pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah atau sebaliknya. Ujian yang
dibina hendaklah ujian yang baik iaitu mempunyai yang rapi. Langkah yang baik untuk
merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
yang dahulunya dikenali sebagai Jadual Penentu Ujian.

JSU merupakan jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungannya. ia merupakan rancangan persediaan bagi item atau soalan yang dibina
dalam sesuatu ujian. JSU juga dikenali juga sebagai “Test Blue Print” dan “Test
Specification”. Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta
memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Jadual ini
mengadungi matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu; paksi “Kandungan” (menegak)
dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

Ciri-ciri JSU antaranya adalah;

i) Kandungan ujian iaitu topik-topik pelajaran,


ii) aras kemahiran yang bergantung dengan taksonomi objektif pendidikan,
iii) pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar,
iv) bentuk soalan yang terdiri daripada objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-
lain,
v) bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran; dan
vi) kepayahan/ kesukaran item ( 20%- 80%).

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 15


Bi Bentuk Soalan Objektif
l
Kemahiran Kognitif

Bidang/ Topik/Topik Kecil Ja 1 2 3 4 5 6 Jumlah


m item

1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 4

Asal usul BM, BM sebelum merdeka dan 2 2


selepas merdeka

1.2 Linguistik BM 15 12

Pengenalan linguistik

Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif 1 5 4 1 1

1.3 Fonologi 20 16

Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan 3 2 1 1

Fonem segmental 2 2 1 1 1

Fonem suprasegmental 1 1

Jumlah 40 32

Berikut merupakan contoh JSU yang lengkap :

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 16


Dalam contoh JSU di atas, dapat dirumuskan bahawa pengetahuan dan
kemahiran yang disenaraikan dalam JSU haruslah terkandung di dalam sukatan
pelajaran serta telah diajar di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran pula bergantung dan
ditentukan olek jumlah masa yang diperuntukkan untuk sesi pengajaran topik tersebut.
Sebagai rujukan, jumlah jam pengajaran bagi topik 1.1 adalah lima jam sahaja
berbanding jumlah jam pengajaran bagi topik 1.2 iaitu selama 15 jam. Oleh yang
demikian, jumlah item bagi topik 1.1 adalah lebih sedikit daripada jumlah item bagi topik
1.2. JSU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang, sederhana dan
susah dari segi aras kesukarannya. Aras soalan yang senang adalah lebih sedikit
daripada aras-aras soalan yang sederhana dan sukar. Ini bermakna soalan aras
pengetahuan biasanya lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman,
analisis dan aplikasi yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan aras sintesis
dan penilaian adalah soalan yang sukar.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian


(JSU). Pertamanya, guru yang menggubal soalan haruslah mengetahui apakah
kandungan maklumat yang terdapat dalam sesebuah JSU. JSU mengandungi
maklumat tentang;

i) bentuk dan panjangnya ujian,


ii) aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji,
iii)   JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan
dan kebolehpercayaan ujian itu,
iv) pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan
penegasan yang diberi dalam pengajaran,
v) kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang
akan diuji,
vi)   terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan
soalan subjektif,
vii)   penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu; dan

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 17


viii) masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab
soalan.

Berikut merupakan langkah-langkah penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ;

1. Langkah pertama
-   Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
- Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
2. Langkah dua
- Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan
objektif (bergantung kepada format)
- Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Jumlah Soalan

3. Langkah tiga 
- Menentukan aras kesukaran
- Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
- Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

4. Langkah empat

-   Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.


- Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain.
(bergantung kepada format)

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 18


5. Langkah Lima

- Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen


-  Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
- Menetapkan pemarkahan.

6. Langkah enam
- Menyatakan matapelajaran
- Tingkatan atau kelas
-  Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

JSU adalah amat penting kerana pembinaan JSU yang sempurna dapat mengelakkan
ujian dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Ujian
yang dibina berdasarkan JSU adalah ujian yang boleh dikatakan ujian yang seimbang
kerana JSU mengandungi analisis soalan berdasarkan aras-aras yang telah ditetapkan.
Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk
atau objektif pelajaran. Ini dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang
merupakan prinsip penting dalam pembinaan ujian.

Selain itu juga, JSU amat penting kerana ia dapat menstabilkan taraf dan aras
kesukaran ujian dari setahun ke setahun seterusnya perbandingan dapat dibuat antara
satu ujian dengan ujian yang lain untuk mendapatkan soalan ujian yang terbaik dan
menepati kebolehan para pelajar. Tambahan juga, dengan adanya JSU, ia dapat
menimbulkan rasa kepentingan bagi setiap topik-topik yang dipelajari dan aras-aras
kemahiran selain dapat menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-
aras kemahiran yang diuji. Ia dapat mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan
untuk sesuatu topik.

Pembinaan JSU juga dapat memberi panduan kepada penggubal soalan untuk
membentuk format ujian dan bentuk soalan yang tepat dan menepati prinsip yang telah
ditetapkan.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 19


5.0 PEMBINAAN SATU SET SOALAN OBEJEKTIF YANG BERASASKAN JSU

1. “_______________ mesti memenangi pertandingan kali ini jika hendak ke


peringkat akhir,” kata ketua pasukan bola jaring sekolah itu kepada ahli
pasukannya.

A. Kalian
B. Kami
C. Saya
D. Kita

2. Syahirah menangis teresak-esak____________dimarahi oleh bapanya.

A. semenjak
B. meskipun
C. lantaran
D. supaya

3. Amirah sedang ___________ kelapa untuk memasak kari.

A. menyagat
B. mengukur
C. mengisar
D. mengopek

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 20


4. Acara merentas desa itu telah dibahagikan __________beberapa kategori
mengikut peringkat umur.

A. kepada
B. dalam
C. antara
D. pada

5. Adik menangis apabila mendapati __________ daripada keropoknya telah


dimakan oleh kakak.

A. setengah
B. segelintir
C. beberapa
D. selonggok

6. Generasi muda pada hari ini merupakan___________ kepimpinan negara pada


masa akan datang.

A. warisan
B. pewaris
C. mewarisi
D. mewariskan

7. Jalan raya ke kampung datuk saya ___________ seperti ular kene palu.

A. licin-licau
B. lekak-lekuk
C. simpang-siur
D. bengkang-bengkok

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 21


8. Hanim berasa ___________ ketika terpaksa meninggalkan ibunya keseorangan.

A. sayang
B. rindu
C. malu
D. sayu

9. Adik ____________ bersedia untuk mengikuti perkhemahan itu kerana dia


____________ berdikari.

A. telah……belum
B. belum…mahu
C. sudah…masih
D. sudah…hendak

10. Ayah sedang _________ tiang-tiang pagar di kebunnya kemas-kemas untuk


membuat penandaan.

A. menunjal
B. mencabut
C. menghunjam
D. menghentam

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 22


11. Kata Haji Rahman, “Perkara-perkara lain tidak __________ dalam mesyuarat
yang lalu.”

A. membincangkan
B. dibincangkan
C. perbincangan
D. berbincang

12. Dia berasa ___________ ketika makan bersama-sama dengan tetamu kehormat
di hotel itu.

A. kekok
B. ganjil
C. gerun
D. ngeri

13. Pengalaman ___________semasa melalui zaman peperangan masih segar


dalam ingatan Pak Andak.

A. pahit getir
B. salah laku
C. penat lelah
D. susah payah

14. Rahmah dan keluarganya berpindah ke bandar ke bandar pada akhir than
lepas__________, hatinya masih teringat akan kampung halamannya.

A. Tambahan pula
B. Di samping itu
C. Oleh itu
D. Namun

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 23


15. Ampun tuanku. Silalah bersemayam di ____________ yang ada di balairung seri
supaya patik semua dapat __________ duli.

A. singgahsana…menjunjung
B. peraduan…menyembah
C. peterana…bercemar
D. takhta…mahkota

16. Semua anak Pak Long bersepakat untuk mengusahakan ___________ tanah
terbiar di Kampung Kuang dengan menanam beberapa ___________anak pokok
durian dan rambutan.

A. setapak…biji
B. sepetak…urat
C. sebidang…batang
D. sekeping…batang

17. “____________ berputus asa, usaha itu tangga kejayaan,” nasihat Puan Anna
kepada anaknya.

A. Usah
B. Minta
C. Harap
D. Tolong

18. Kami dapat mengejar Harith kerana dia belum ___________jauh.

A. kian
B. sekali
C. terlalu
D. paling

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 24


19. Danny suka membaca pelbagai jenis buku kerana dia tidak mahu menjadi
___________.

A. seperti enau dalam belukar


B. seperti rusa masuk kampung
C. seperti katak dibawah tempurung
D. seperti si buta kehilangan tongkat

20. Razif sudah tidak mahu melakukan kerja yang kotor dan ingin bertaubat. Pilih
perkataan seerti bagi kotor.

A. bersih
B. comot
C. rajin
D. keji

21. Puan Sabariah berasa bahagia kerana semua anaknya telah berjaya memasuki
universiti. Pilih perkataan berlawanan bagi bahagia.

A. gembira
B. sengsara
C. malang
D. susah

22. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Bagaimanakah keadaan ayah kamu yang sedang dirawat di hospital itu?

A. Ayah saya semakin sihat tetapi masih memerlukan rawatan.


B. Mungkin ayah saya akan dibenarkan keluar pada hari ini.
C. Ayah saya telah dirawat di hospital itu selama lima hari.
D. Ayah saya sedang dirawat di Wad 18, Hosipital Taiping.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 25


23. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Boleh, mari saya pimpin tangan nenek.

A. Adakah cucu hendak ke seberang?


B. Benarkah cucu hendak melintas jalan ini?
C. Salahkah kalau cucu pimpin tangan nenek?
D. Bolehkah cucu tolong nenek melintas jalan?

Soalan 24-25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24. “Ibu, inilah hadiah tempat pertama pertandingan pidato yang saya menangi,”
kata Irfan kepada ibunya.
A. Irfan menunjukkan hadiah tempat pertama pertandingan pidato kepada
ibunya.
B. Irfan menunjukkan hadiah tempat pertama yang dimenangi dalam
pertandingan pidato kepada ibunya.
C. Irfan memberikan hadiah tempat pertama yang dimenangi dalam
pertandingan pidato kepada ibunya.
D. Irfan memberikan hadiah yang dimenangi dalam pertandingan pidato yang
pertama kepada ibunya.

25. Fatimah meyakinkan ayahnya bahawa dia akan menjaga diri dengan baik
sepanjang lawatan ke Kuala Lumpur.

A. “Ayah janganlah risau, saya akan menjaga diri semasa berada di Kuala
Lumpur nanti,” kata Fatimah kepada ayahnya.
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 26
B. “Ayah yakin kamu boleh menjaga diri dengan baik semasa di Kuala Lumpur
nanti, “kata ayah kepada Fatimah.
C. “Di Kuala Lumpur saya yakin dapat menjaga diri dengan baik,”kata Fatimah
kepada ayahnya.
D. “Jagalah diri baik-baik semasa berda di Kuala Lumpur nanti,”kata Fatimah
kepada ayahnya.

Soalan 26 – 27

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26. I. Anak Mak Kiah menyandang jawatan yang tertinggi di jabatan itu.
II. Tentera yang sedang berkawad itu menyandang senapang di bahunya.
III. Penduduk di negara itu menyandang derita akibat gempa bumi yang
melanda.
IV. Ayah menyandang di pangkal pokok setelah penat menebas lalang di
kebunnya.

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV,V

27. I. Tugas guru bahasa bukanlah perkerjaan yang ringan.


II. Orang yang ringan tulang, rezekinya tidak pernah berkurang.
III. Sikap permusuhan antara kedua-dua buah negara itu tidak boleh
dipandang ringan.
IV Murid-murid digalakkan membaca bahan-bahan bacaan ringan untuk
mengisi masa lapang mereka.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 27


Soalan 28 – 30
Pilih ayat yang betul.

28. A. Kejadian pecah rumah yang dilaporkan itu berlaku di suatu malam yang
sunyi

B. Pertemuan kedua-dua orang pemimpin itu berlangsung di Kuala Lumpur.

C. Hang Tuah menghunuskan keris Taming Sari dan menikam Hang Jebat.

D. Kerajaan akan membuat keputusan mengenai dengan perkara tersebut.

29. I. Uji bakat akan dijalankan di studio mini syarikat itu.

II. Kerja rumah itu akan saya siapkan selepas makan nanti.

III. Pilihlah makanan apa yang kamu suka di atas meja itu.

IV. Hanya sebilangan besar ibu bapa yang hadir ke majlis permuafakatan itu

30 . I Persembahan teater oleh murid-murid tahun enam itu telah menarik


perhatian penonton.
II Hanya orang yang tertentu sahaja dijemput ke mesyuarat tergempar itu.
III Kebanyakkan murid-murid di kampung itu berbasikal ke sekolah.
IV Buku-buku sekolah Amin dibiarkan beserakan di biliknya.

Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Rumah Terbuka 1 Malaysia ialah sambutan sesuatu perayaan utama rakyat


Malaysia yang diadakan pada peringkat kebangsaan. Contoh perayaan ialah Hari

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 28


Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Tadau Kaamatan di Sabah dan Hari
Gawai di Sarawak. Rumah Terbuka 1 Malaysia bagi perayaan tersebut diadakan pada
setiap tahun.

Tetamu khas yang diundang ke majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia ialah Seri
Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong. Sambutan yang merupakan salah satu produk pelancongan ini dihadiri oleh
berpuluh-puluh ribu penduduk tempatan daripada pelbagai kaum. Ribuan pelancong
asing juga turut menghadiri majlis ini.

Pelbagai jenis makanan disajikan kepada pengunjung yang hadir. Selain itu,
persembahan kebudayaan pelbagai kaum turut memeriahkan suasana.

Sesungguhnya, sambutan in mampu mewujudkan persefahaman antara


kaum. Pada masa yang sama, sambutan ini juga dapat mempromosikan negara
kepada pelancong asing. Oleh itu, Rumah Terbuka 1 Malaysia perlu diteruskan pada
masa akan datang.

31. Apakah nama program utama perayaan rakyat Malaysia di peringkat


nasional?

A. Rumah Malaysia
B. Rumah 1 Malaysia
C. Rumah Terbuka 1 Malaysia
D. Rumah Terbuka Perayaan Malaysia

32. Mengapakah program tersebut diadakan?

A. Memperkenalkan identiti Malaysia


B. Memupuk semangat perpaduan antara kaum

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 29


C. Mempromosikan negara kita kepada pelancong asing
D. Mewujudkan toleransi antara kaum dan mempromosikan Malaysia

33. Pada pendapat kamu, apakah langkah lain yang paling berkesan bagi

mewujudkan perpaduan antara kaum?

A. Aktiviti pesta sukan

B. Aktiviti majlis kenduri jiran sekampung

C. Aktiviti bergotong-royong dalam kalangan ahli masyarakat

D. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelbagai kaum

34. Perayaan manakah yang tidak disambut di peringkat kebangsaan?

A. Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji

B. Hari Hold an Keputeraan Sultan

C. Hari Deepavali dan Hari Wesak

D. Hari Gawai dan Tadau Kaamatan

35. Peribahasa yang manakah sesuai bagi menggambarkan aktiviti dalam

majlis tersebut?

A. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

B. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

C. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

D. Air dicincang tidak akan putus

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 30


Soalan 36 – 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

LAPORAN AKTIVITI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAHMAT

Bagi merancang dan menjalankan aktiviti PPIM sekolah, jawatankuasa kerja


telah dilantik dalam mesyuarat agung yang lalu. Ahli jawatankuasa ini terdiri
daripada :

Pengerusi : Syarina bt. Zainudin ( Tahun 6 Cerdik )

Naib Pengerusi : Fatin Husna binti Moghuni (Tahun 6 Cerdik)

Setiausaha : Intan bt. Ahmad ( Tahun 5 Bijak )

Ahli Jawatankuasa : Nor Husna bt. Hashim (5 Cergas)

Syafiqah bt. Azman ( 5 Cergas)

Amani Rasyiqah bt. Zainudin ( 4 Cerdik)

Pergerakan ini telah mengadakan beberapa pertandingan di peringkat


sekolah sebagai persediaan bagi menghadapi pertandingan di peringkat daerah.
Keputusan pertandingan adalah seperti yang berikut :

a) Kumpulan Rabiatul Adawiyah - johan nasyid, menjahit, berzanji dan


naib johan marhaban.
b) Kumpulan Aisyah - naib johan membaca al-Quran dan
menjahit
c) Kumpulan Umi Kalsum - johan marhaban, membaca al-Quran,
dan naib johan menghafaz surah
d) Kumpulan Khadijah - johan menghafaz surah, naib johan

nasyid, dan tempat ketiga marhaban.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 31


Pergerakan ini telah menyertai semua pertandingan yang diadakan di peringkat
daerah. Antara keputusan yang telah dicapai ialah :

a) Nasyid – johan
b) Menjahit – johan
c) Marhaban – naib johan
d) Membaca al-Quran – naib johan
e) Hafaz surah – tempat ketiga
f) Berzanji – sagu hati

Disediakan oleh, 9 SEPTEMBER 2008

Intan
(INTAN BT. AHMAD)
Setiausaha,
Pergerakan Puteri Islam Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat.

36. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menggerakkan aktiviti PPIM di Sekolah


Kebangsaan Bukit Rahmat?

A. Guru Besar
B. Setiausaha
C. Jawatankuasa pergerakan
D. Ahli-ahli biasa pergerakan

37. Apakah yang telah dilakukan oleh PPIM sekolah ini untuk berjaya di peringkat
daerah?

A. Melibatkan semiua ahli jawatankuasa untuk mengadakan latihan

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 32


B. Mengambil bahagian dalam semua acara yang dipertandingkan
C. Mengadakan pertandingan di peringkat sekolah
D. Menyediakan jadual latihan
38. Kumpulan yang paling banyak mendapat gelaran johan ialah

A. Aisyah
B. Khadijah
C. Umi Kalsom
D. Rabiatul Adawiyah

39. Apakah acara yang mendapat tempat yang kurang memberangsangkan di peringkat
daerah?

A. Berzanji dan hafaz surah


B. Berzanji dan marhaban
C. Nasyid dan hafaz surah
D. Membaca al-Quran dan marhaban

40. Mengapakah pertandingan peringkat sekolah itu perlu diadakan?

A. Terlalu banyak pelajar yang berbakat dan ingin mewakili sekolah tersebut ke
pertandingan peringkat daerah.
B. Pihak sekolah hendaklah memilih wakil yang paling layak untuk menyertai
pertandingan peringkat daerah.
C. Pertandingan itu mesti diadakan sebelum peserta menyertai pertandingan
peringkat daerah.
D. Pertandingan itu merupakan aktiviti bulanan bagi persatuan tersebut.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 33


5.1 Jadual Spesifikasi Ujian bagi soalan yang telah dibina.
BILANGAN

SIMULASI (GRAFIK)

JAWAPAN BERPASANGAN
MAKLUMAT SOALAN ARAS
(JADUAL SPESIFIKASI ITEM) SOALAN
TABURAN

MUDAH

SEDERHANA

KOMPLEKS
SOALAN TATABAHASA

A B C D
01 Kata Ganti Nama Diri / /
02 Kata Hubung / /
03 Kata Kerja / /
04 Kata Sendi Nama / /
05 Kata Bilangan / /
06 Kata Berimbuhan / /
07 Kata Ganda (Penggunaan) / /
08 Kata Adjektif / /
09 Kata Bantu / / /
10 Kata Kerja / /
11 Kata Berimbuhan / /
12 Kata Adjektif / /
13 Kata Majmuk / /
14 Penanda Wancana / /
15 Bahasa Istana / / /
16 Penjodoh Bilangan / / /
17 Kata Perintah / /
18 Kata Penguat / /
19 Peribahasa (Simpulan Bahasa) / /
20 Sinonim / Sama Erti / /
21 Antonim / Lawan Kata / / /
22 Menentukan Jawapan /
23 Membina Soalan / /
24 Ayat Sama Maksud / /
25 Ayat Sama Maksud / /
26 Kata Banyak Makna / /
27 Kata Banyak Makna /
28 Struktur Ayat / Gramatis / /
29 Struktur Ayat / Gramatis / /
30 Struktur Ayat / Gramatis / /
JUMLAH SOALAN 3 10 14 6 8 8 6 8
TATABAHASA
UCAPAN
(Tema Sekolah)
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 34
31 Soalan / Item 31 / /
32 Soalan / Item 32 / /
33 Soalan / Item 33 / /
34 Soalan / Item 34 / /
35 Soalan / Item 35 / /
PUISI (PANTUN) :
(Tema : Nilai Murni)
36 Soalan / Item 36 / /
37 Soalan / Item 37 / /
38 Soalan / Item 38 / /
39 Soalan / Item 39 / /
40 Soalan / Item 40 / /
JUMLAH SOALAN PETIKAN 3 2 6 2 2 2 3 3
JUMLAH SOALAN TATABAHASA 3 10 14 6
JUMLAH SOALAN PEMAHAMAN 12 20 8
PERATUS SOALAN PEMAHAMAN 30% 50% 20% 10 11 9 10
(%)

Nota :

Aras soalan yang ditetapkan : Mudah 30 % ( 20 soalan )

Sederhana 50% ( 20 soalan )

Kompleks 20% (08 soalan)

5.2 Analisis soalan berdasarkan aras Taksonomi Bloom

1. Aras Pengetahuan

Aras kognitif ialah aras yang terendah yang melibatkan proses mengingat
kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.Aras ini menguji sejauh mana
keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari.
Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 35


1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau
simbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan
tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur
tertentu dalam menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu
bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Berdasarkan soalan yang telah dibina, aras pengetahuan terkandung pada


soalan satu hingga lapan belas, dua puluh dan dua puluh satu. Hal ini adalah kerana
soalan-soalan tersebut hanya berkaitan dengan tatabahasa yang melibatkan
pengetahuan pelajar yang lalu dan penggunaan proses mental. Selain itu, soalan-
soalan ini menyuruh pelajar supaya mengingat pada pembelajaran yang lalu.
Pengetahuan yang diminta juga sama dengan pengajaran yang dijalankan guru.
Tambahan pula, soalan-soalan tersebut tidak memerlukan pelajar mengubah
pengetahuan dalam bentuk baru. Selain itu, soalan tiga puluh satu,tiga puluh empat dan
tiga puluh enam juga melibatkan aras pengetahuan kerana jawapan pada soalan
tersebut tidak berlainan dengan ayat di dalam petikan. Pelajar hanya perlu mengingati
kembali fakta yang terdapat pada petikan tanpa perlu menganalisis sedalamnya.

2. Aras kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar memberi huraian atau makna sesuatu
perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Penterjemahan
• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi)
• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 36


• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi
• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan
maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya
jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman


• Proses mental
• Maklumat asas telah diajar
• Perlu bahan atau alat komunikasi
• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

Berdasarkan soalan yang telah dibina, aras kefahaman terkandung pada soalan
sembilan belas, tiga puluh dua, tiga puluh lima, tiga puluh tujuh dan empat puluh. Ini
kerana pencarian jawapan pada setiap soalan baru diselesaikan dengan pemahaman
tersendiri dan pengalaman serta pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang
mempunyai unsur persamaan. Soalan-soalan ini sememangnya menguji kebolehan
pelajar memahami, menterjemah, menukar dan menjelaskan fakta berdasarkan soalan
atau ayat petikan yang diberi.

3. Aras aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum,
dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep,
teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam
soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 37
Ciri-ciri soalan aras aplikasi

• Menggunakan proses mental aplikasi


• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik
darjah.

Berdasarkan pada soalan yang telah dibina, soalan yang terkandung pada aras
aplikasi ialah soalan dua puluh dua hingga dua puluh tujuh. Melalui soalan-soalan ini,
pelajar menggunakan pengetahuan, tatabahasa yang mereka pelajari serta kefahaman
mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu untuk penyelesaian soalan atau
diaplikasikan dalam satu situasi baru.

4. Aras analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada


unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini
menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang
mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis


1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu
mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan
untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah,
mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 38
Ciri-ciri soalan aras analisis
• Soalan menggunakan proses mental analisis
• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
• Situasi, dokumen perlu dianalisis
• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

Berdasarkan pada soalan yang telah dibina, soalan dua puluh lapan hingga tiga
puluh berkait dengan aras analisis. Ini kerana soalan ini memerlukan pelajar
mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponannya yang berasingan dan
mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara komponen-
komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara
yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan.
5. Aras sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur


kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.


1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan,
tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

Berdasarkan pada soalan yang dibina, aras sintesis terkandung pada soalan tiga
puluh lapan dan tiga puluh sembilan. Ini kerana soalan-soalan ini memerlukan pelajar
mencantumkan atau mengabungkan fakta-fakta yang berkaitan pada soalan.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 39


6. Aras penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria
yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea
hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat
dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-
lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan,
rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

Berdasarkan pada soalan yang telah dibina, aras penilaian hanya terkandung
pada soalan tiga puluh tiga yang memerlukan pelajar memberi pendapat dengan
alasan-alasan tertentu.

6.0 KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Penilaian yang dijalankan oleh guru di sekolah bertujuan mengesan kemajuan


pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan
pelajar. Oleh yang demikian, penilaian perlu mengambil kira keperluan individu,
kepelbagaian cara (multiple ways of delivery) supaya kepelbagaian kecerdasan pelajar
diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu
ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

Oleh itu, pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dibimbing dan
diberi peluang untuk intergrasi menegak supaya potensinya dapat dimaksimumkan.
Pelajar yang lemah pula akan dibimbing dalam program pemulihan sehinggalah dia
dapat meningkatkan dan memperbaiki prestasinya. Dengan demikian, guru perlu
didedahkan kepada pelbagai cara untuk menjalankan penilaian dalam bilik darjah
dengan lebih berkesan. Seterusnya langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu
adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 40


Terdapat enam kaedah penilaian bahasa yang boleh dijalankan oleh para guru di
sekolah untuk mengesan kemajuan pelajar.

KAEDAH
PENILAIAN
BAHASA

Penilaian
Melalui Penilaian
Portfolio Melalui Ujian
Penilaian Penilaian
Melalui Melalui
Pemerhatian Projek
Penilaian
Melalui Soal
Penilaian Jawab
Melalui Kontrak
Pembelajaran

6.1 Penilaian Melalui Portfolio

Penilaian melalui portfolio ialah satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan
merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Ia
merupakan satu cara mengumpul koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar,
kemajuan dan prestasi dalam satu atau beberapa bidang.

Menurut Ryan & Kuhs, (1993) portfolio terdiri daripada bahan-bahan yang
menunjukkan kemajuan pelajar terhadap pencapaian matlamat pembelajaran untuk
satu jangka masa. Manakala menurut Harlin (1992) pula, portfolio merupakan satu
dimensi yang memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan
pelajar. Ini bermaksud portfolio ialah satu dokumentasi lengkap yang mengumpul
segala prestasi pelajar yang menjadi bukti usaha dan hasil kerja pelajar.

Portfolio bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mendokumentasikan


kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu
menyempurnakan tugasan. Ia juga memberi galakan kepada pelajar untuk menyemak
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 41
dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik selain menyediakan ruang
untuk pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi. Ini bermakna
melalui penilaian melalui portfolio para pelajar dapat mengetahui kelemahan dan
kekuatan serta potensi mereka dalam sesuatu bidang. Di samping itu, portfolio
membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk
membuat penilaian secara holistik dan mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod
pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar
pencapaian hasil kerja pelajar.

Penilaian portfolio ialah penilaian yang berbentuk lebih terbuka (broad based)
dan seimbang. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar
yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. Proses penilaian pula perlu dijalankan secara
berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa
mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Terdapat 3 jenis portfolio yang boleh dibina iaitu;

i) Porfolio kerja harian - bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan


dalam satu jangka waktu yang diberikan.
ii) Portfolio hasil terbaik- dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio
kerja harian.
iii) Portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul
bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja
tugasan.

6.2 Penilaian Melalui Pemerhatian

Pemerhatian ialah satu penilaian yang dilakukan secara berterusan dan mengikut
jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam
mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ianya
diperhatikan secara menyeluruh meliputi aspek kognitif , afektif, psikomotor, faktor
bahan serta persekitaran. Oleh yang demikian,  guru berpeluang memerhati

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 42


perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar dan boleh membuat penilaian
kendiri terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sebagai penyampai
maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik. Melalui pemerhatian juga, guru sebagai
pemerhati boleh menggunakan senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profil.

Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar dan juga
dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan
dan pelbagai situasi persekitaran. Ini boleh membantu guru dan pelajar membuat
refleksi terhadap prestasi masing-masing.

Penilaian melalui pemerhatian boleh digunakan oleh guru untuk melihat


perkembangan individu atau kumpulan dalam satu proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga boleh dilakukan oleh pelajar sama ada individu atau kumpulan
untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam suatu pembelajaran.
Selain itu, pelajar boleh menjalankan pemerhatian untuk menjalankan sesuatu tugasan
seperti projek.

Terdapat beberapa jenis pemerhatian mengikut tujuan dan aspek yang hendak
diperhatikan atau dinilai iaitu

i) Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsi ran (interpretation) dan


tanggapan (judgement) dan melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan
untuk penilaian semasa.
ii) Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai
kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
iii) Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.

6.3 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Salah satu kaedah penilaian yang boleh dijalankan juga ialah penilaian melalui
kontrak pembelajaran. Ia juga dikenali sebagai perjanjian pembelajaran kontrak yang
dibuat antara guru dan pelajar. Penilaian ini merupakan persetujuan atau kontrak antara

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 43


guru dengan murid sama ada individu mahupun secara berkumpulan berhubung
dengan sesuatu tugasan secara bertulis dan ia meliputi kriteria yang berkaitan dengan
tugas berkenaan iaitu ;

i) bentuk akhir tugasan dihasilkan - tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan.
ii) bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - adakah secara individu /
kumpulan.
iii) jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan dari setiap individu
yang terlibat.
iv) berapa lama dan bilakah tugasan tersebut perlu disiapkan.
v) konsikuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi atau
mematuhi kontrak tersebut.

Melalui penilaian ini, kontrak biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak


telah bersetuju dengan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Penilaian
melalui kontrak pembelajaran ini penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan
tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan pelajar;

i) pelajar mengenalpasti dan merekod,


ii) menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
iii) mengenalpasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat
tersebut,
iv) menetapkan jangka masa pelaksanaan untuk penghasilannya,
v) menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat
pembelajaran / tugasan akan dinilai, dan
vi) membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan
tetapi juga pada sepanjang proses kerjayanya iaitu dari awal hingga hasil
terakhir.

6.4 Penilaian Melalui Soal Jawab

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 44


Selain daripada kaedah-kaedah penilaian yang telah disebutkan diatas, penilaian
juga boleh dibuat melalui soal jawab. Penilaian melalui soal jawab membawa maksud
seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dilaksanakan
di dalam kelas. Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran
dan pembelajaran adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah kefahaman
murid-murid tentang pelajaran yang telah diajar. Penilaian melalui soal jawab juga
membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik atau tajuk
pelajaran yang telah dipelajari oleh murid-murid dalam sesuatu masa. Kemudian, guru
akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

6.5 Penilaian Melalui Projek

Kaedah penilaian ini berupa aktiviti-aktiviti yang memrlukan pelajar mengaplikasi


atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar.
(Wiggins, 1989).

Penilaian melalui projek atau tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk


contohnya seperti lisan, visual dan kinestetik dan merupakan penilaian yang
menggunakan jangka masa yang panjang. Penilaian ini menunjukkan peranan sebenar
dalam situasi sebenar. Pelajar juga dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif
kerana tugasan projek terlalu subjektif dan tiada satu jawapan yang benar. Melalui
penilaian ini, pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam membuat dan
menyediakan projek dan mewujudkan kumpulan koperatif namun, pelajar juga boleh
menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan. Tugasan ini dilakukan dengan
mensintesis pengetahuan seterusnya menilai pembelajaran. Pelajar dinilai melalui
kreativiti , kemahiran merancang tugasan, intergrasi pengetahuan dan kebolehan
mengkaji dan membentuk sesuatu. Tugasan atau projek akan menjadi aktiviti yang
bermakna kerana pelajar dapat melaksanakan dan menghasilkan sesuatu dan dapat
mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

Oleh yang demikian, penilaian projek ini dapat mengukur proses metakognitif
dan sikap pelajar. Pelajar diberikan dan memperoleh skor berdasarkan kriteria yang
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 45
telah ditetapkan. Penilaian projek juga membantu pelajar mengesan bidang-bidang
kelebihannya dan dapat menggunakan kelebihan tersebut dengan sebaik mungkin.

Terdapat beberapa jenis penilaian projek, iaitu;

i) latihan dan soalan “open-ended” untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis,
ii) extended task assignments – menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan
ujikaji seterusnya membina model,
iii) portfolio – koleksi tugasan berdasarkan prestasi; dan
iv) tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

6.6 Penilaian Melalui Ujian

Seterusnya, penilaian bahasa juga boleh dilakukan melalui ujian. Kaedah


penilaian ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu ;

i) Ujian bakat iaitu ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat
atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Pada umumnya, ujian bakat ini
dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ujian bakat berasaskan
kepada kajian besar-besar dan berasaskan keperluan tertentu. Ujian bakat ini
adalah bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuat telahan
tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
Selain itu, ianya digunakan untuk mengenalpasti dan memilih calon yang
sesuai dengan tugas-tugas tertentu kemasukan ke program latihan.
ii) Ujian pencapaian iaitu ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh
mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh
guru yang meliputi pengetahuan kefahaman dan aplikasi. Ujian ini juga dapat
menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi tajuk-tajuk yang diuji. Ianya
terbahagi kepada dua jenis iaitu ujian rujukan norma dan juga ujian rujukan
kriteria.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 46


7.0 APLIKASI ARAS TAKSONOMI BLOOM DALAM AKTIVITI BAHASA

Aras-aras Taksonomi Bloom dan kaedah penilaian bahasa yang telah kita
bincangkan sebelum ini adalah amat penting bagi memastikan prestasi pelajar sekolah
adalah pada tahap yang baik dan memuaskan. Kedua-duanya adalah sama penting
dan saling berkaitan antara satu sama lain dan ia dapat digabungkan dengan
melakukan aktiviti bahasa seperti forum, debat, pidato, syarahan, pantun dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ini adalah penting kerana ia dapat menonjolkan bakat
serta potensi diri pelajar. Ianya akan menjadi lebih bermakna jika pelajar diberikan
ganjaran dan penghargaan yang tinggi dari sekolah.
Terdapat pelbagai aktiviti bahasa yang boleh dijalankan oleh guru di sekolah
sama ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran, di luar waktu tersebut
mahupun pertandingan. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti forum, debat, pidato,
pantun, sajak, ceramah dan lain-lain. Kaedah penilaian bahasa yang boleh digunakan

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 47


untuk aktiviti bahasa ini adalah penilaian melalui pemerhatian oleh guru dan rakan-
rakan.
Sebagai contoh, guru meminta pelajarnya mengadakan satu sesi debat yang
membincangkan tentang kebaikan dan keburukan membenarkan penggunaan telefon
bimbit di sekolah. Mengikut aras Taksonomi Bloom, tajuk forum ini adalah mengikut
aras aplikasi. Ini adalah kerana pelajar perlu benar-benar memahami segala konsep,
teori, hukum, untuk menyelesaikan soalan . Tambahan, pelajar juga kini telah terdedah
dengan arus globalisasi dan tajuk forum tentang telefon bimbit sangat sesuai kerana
sudah pastinya sudah menggunakan telefon bimbit dalam kehidupan seharian mereka.
Antara contoh aktiviti bahasa lain yang boleh dijalankan ialah pidato yang
bertajuk “ Kesan Pencemaran Alam”. Guru meminta pelajar supaya menyediakan
sebuah teks pidato berkenaan dengan tajuk tersebut. Mengikut aras Taksonomi Bloom,
tajuk pidato ini adalah mengikut aras kefahaman. Ini adalah kerana pelajar mengubah
kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea
utama dalam ayat sendiri, menterjemah dan memberi contoh kepada tajuk tersebut.

Di samping itu, guru juga boleh menjalankan aktiviti bahasa pantun dalam pengajaran
dan pembelajaran. Aras Taksonomi Bloom yang digunakan ialah aras pengetahuan. Ia
memerlukan pelajar supaya mengingat kembali cara membuat pantun dengan rima
dan bahasa yang betul serta mengenal idea daripada pembelajaran yang lepas .

Kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa dalam proses pengajaran dan


pembelajaran, guru boleh menjalankan aktiviti bahasa yang bersesuaian dengan
kebolehan pelajar dan mengikut aras-aras Taksonomi Bloom yang menjadi panduan
dalam pembinaan ujian dan penilaian. Ini juga dapat menarik minat pelajar dan
menjadikan proses pembelajaran mereka lebih bermakna.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 48


8.0 RUMUSAN

Melalui keseluruhan penulisan tugasan projek Pentaksiran Bahasa Melayu


Sekolah Rendah (BME3103) dapatlah kami simpulkan bahawa konsep pengukuran,
pengujian dan penilaian adalah amat penting dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas sebagai seorang guru bukan setakat
mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran, malah seorang guru itu perlu
mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku. Oleh itu, guru tersebut perlu membuat penilaian untuk mengetahui sama ada
aspek-aspek yang telah diajar telah dapat dikuasai dengan baik atau masih lemah
pelajarnya.

Ujian yang baik haruslah mempunyai rancangan yang rapi. Cara yang baik
untuk merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian
iaitu jadual yang menghuraikan analisis soalan mengikut aras-aras dalam Taksonomi

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 49


Bloom. JSU amat penting bagi mengelakkan guru-guru membina soalan secara
sembarangan tanpa mengambil kira kesahan dan kebolehpercayaan soalan.

Dalam menulis kaedah penilaian bahasa, dapat disimpulkan bahawa terdapat


beberapa kaedah untuk menilai kemajuan dan prestasi pelajar. Antaranya ialah kaedah
penilaian portfolio, pemerhatian, kontrak pembelajaran, soal jawab, projek dan ujian.
Kesemuanya boleh dijalankan di sekolah bagi melihat kebolehan dan pencapaian
pelajar pada satu-satu tahap.

Seterusnya, terdapat pelbagai aktiviti bahasa yang boleh dijalankan di sekolah


untuk menilai mereka melalui kaedah-kaedah yang tersebut di atas. Aktiviti-aktiviti
bahasa ini boleh dijalankan di dalam mahupun luar bilik darjah bagi menarik minat
pelajar dan menjadi suasana pengajaran dan pembelajaaran lebih bermakna.

REFLEKSI OLEH AIN ZULAIKHA BT. ZAINI.

Pada 16 Ogos 2010 yang lalu, pelajar PISMP Pengajian Melayu telah diberi satu
tugasan projek PISMP Semester 2 oleh pensyarah bagi mata pelajaran Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah, En Noor Azni Bin Yahya. Kami diberi masa selama
beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu,
kami telah dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang
Pentafsiran, Pengujian dan Penilaian serta menganalisis aras JSU dan TaksonomI
Bloom. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut
masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain.
Saya terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat
sedikit maklumat mengenai JSU dan Taksonomi Bloom dalam nota pembelajaran saya,
maka ini dapat memudahkan tugasan-tugasan ini disiapkan pada waktunya.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 50


Kami menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahahan untuk
menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada
perpustakaan lantaran jumlah buku yang terhad. Manakala, daripada internet, kami
telah berjaya mendapat agak banyak maklumat tambahan. Namun, kebanyakan
daripadanya adalah dalam bahasa Indonesia dan ini menyukarkan kami untuk
mentafsirkannya ke dalam bahasa Melayu. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika
ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah antara ahli kumpulan dan rujukan pada
pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna.
Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata
pepatah, ’Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Kami perlu
bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, kami telah berjaya untuk


menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan
muafakat antara semua pihak terutamanya ahli kumpulan. Kemahiran membuat
keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai pengalaman baru
telah dapat diraih dan dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang
semakin mencabar pada masa yang akan datang.

REFLEKSI OLEH AUNI AFIFAH BT HASHIM

Assalamualaikum. Pada semester kali ini saya telah diberikan tugasan bagi
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan yang telah diamanahkan
kepada saya akan dihantar pada 19 September 2010. Alhamdulillah kerana saya dapat
menyempurnakan tugasan ini dengan baik walaupun terpaksa menempuhi pelbagai
kekangan.

Sepanjang melakukan tugasan ini, pelbagai suka dan duka terpaksa ditempuh.
Saya terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan ini dan terdapat pelbagai
kesukaran yang terpaksa ditempuh untuk mencari maklumat kerana kekurangan bahan
rujukan. Namun dengan izin Allah dapat saya menyelesaikan tugasan yang telah
diamanahkan.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 51


Kerjasama yang telah diberikan oleh rakan-rakan yang lain membuatkan saya
berasa sangat bersyukur dan terharu. Walaupun bulan ini merupakan bulan yang
dipenuhi dengan tugasan projek, namun saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan
lancar.

Tidak lupa jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sering membantu dari
segi memberi idea dan sebagainya dalam tempoh menyiapkan kerja ini. Tidak lupa
kepada pensyarah saya iaitu En. Noor Azni B. Yahya, di atas pertolongan dan tunjuk
ajar beliau selama ini.

Akhir kata, semoga tugasan yang saya laksanakan ini dapat dijadikan rujukan
kepada orang lain pada masa akan datang dan apa yang telah saya lakukan mendapat
keberkatan dan diredhai oleh-Nya.

Sekian, terima kasih.

REFLEKSI OLEH NUR FATEHA BT AB JALIL

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah subjek Pentaksiran


Bahasa Melayu Sekolah Rendah ( BME3103 ), Encik Noor Azni Bin Yahya kerana
telah memberikan tugasan ini. Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tugasan ini pada
masa yang ditetapkan.

Sebaik sahaja saya menerima tugasan ini, saya cuba meneliti serta memahami
kehendak soalan agar mudah untuk saya memulakan tugasan ini. Setelah itu saya cuba
mencari bahan-bahan berkaitan dengan tugasan ini seperti yang diminta sama ada
melalui internet, majalah, dan bahan-bahan bacaan yang lain. Memandangkan tugasan
ini adalah tugasan berkumpulan, kami telah membahagikan tugasan kepada tiga.
Walaupun tugasan ini memakan masa yang lama untuk disiapkan tapi saya bersyukur

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 52


juga kerana berkat dan bantuan daripada semua pihak yang membantu akhirnya
tugasan ini dapat diselesaikan juga. Tugasan ini telah memudahkan saya untuk
memahami setiap penerangan dan huraian berkaitan konsep pentaksiran, pengujian
dan penilaian, aras-aras Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian, kaedah penilaian
bahasa serta aktiviti-aktiviti bahasa seperti yang terkandung dalam kehendak soalan
tugasan.

Selain itu, tugasan ini membolehkan saya untuk memahami secara menyeluruh
berkaitan dengan tajuk-tajuk di atas dan mengaplikasikannya dalam pembinaan soalan
dan aplikasi aras Taksonomi Bloom dalam aktiviti bahasa. Ini dapat membantu saya
dalam proses mengulangkaji sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan.
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapati ianya agak mudah untuk disiapkan. Lebih-
lebih lagi banyak sumber yang boleh saya gunakan sebagai bahan rujukan.

Saya berharap agar pada masa hadapan tugasan sebegini dapat diberikan lagi
supaya saya dapat meluaskan pengetahuan dan belajar lebih terperinci berkaitan mata
pelajaran ini.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BME3103) | 53

Anda mungkin juga menyukai