Anda di halaman 1dari 5

TAMADUN CINA

KOMPAS

Penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utaraselatan
yang diletakkan batu lod.Sebenarnya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk
keagamaan sahaja.Kompas pertama dicipta oleh penduduk China diperbuat dari kayu dan
sebatang sudu magnet .

2.    BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Terdapat 7 dialek yang biasa digunakan semasa tamadun China iaitu


Manderin,Fukien,Wu,Kontonis,Hunanis,Hakka dan Kiangsi.Dalam abad-abad di antara
500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang hebat di
negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik Cina.Semenjak zaman Han, orang
Cina sendiri banyak menumpukan perhatian kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan
menyimpan rekod kronologi yang tepat. Selama tradisi kesusasteraan Cina, bentuk
bahasa yang digunakan adalah Cina Klasik (wenyen). Pada hakikatnya suatu bentuk
tulisan yang kurang rigid yang dikenali  sebagai tradisi bukan wenyen sudah wujud
disepanjang kewujudan wenyen itu sendiri. Bentuk bahasa bukan wenyen ini digunakan
untuk rekod-rekod sastera hiburan bagi masyarakat umum di samping menjadi bahasa-
bahasa berseloka antara golongan-golongan terpelajar. Baihua juga dikenali sebagai
bahasa vernakular ( bahasa daerah) telah dimajukan oleh tokoh-tokoh Gerakan 4 Mei .
Penggunaannya bermula sejak  munculnya manifesto yang dibuat oleh seorang tokoh
iaitu Hu Shih pada 1 Januari 1917. Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak
karya sastera baik yang ditulis dalam bahasa vernakular seperti  “ Water Margin”, “
Journey to the West” , “Dream of Red Mansion” dan lain-lain karya sastera.

Kesemua karya ini merupakan khazanah sastera China tetapi tidak diterima oleh
golongan konservatif yang mengagungkan bahasa Cina klasik.

50
 Hanya pada zaman akhir Dinasti Ching , barulah muncul tokoh-tokoh seperti
Kang Yu-wei, Liang Chi-chao dan Wang Kuo-wei yang berusaha dalam
menggalakkan penggunaan bahasa vernakular.

SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CINA


- Sistem social masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, penyatuan,
keharmonian social, kebaikan moral, tanggungjawab secara kolektif dan
kumpulan seperti dibawah ;
• Golongan atasan

• Lapisan pentadbiran

Contoh : maharaja dan keluarga, pegawai bngsawan dan sida-sida

• Rakyat bawahan
• Contoh : golongan petani dan artisan

• Golongan hamba

• Confucius bahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama

• Golongan atasan

• Golongan sarjana

• Contoh :pegawai kerajaan yang berpendidikan

• Golongan Petani

• Merupakan tulang belakang kepada ekonomi China

• Golongan tukang

• Pedagang

51
• Setiap individu di China boleh menukar kelasnya kepada kedudukan yang
lebih baik menerusi pendidikan.

4.    PERKEMBANGAN ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI

Antara bidang-bidang utama perkembangan ilmu sains Cina ialah bidang perubatan
matematik, astronomi, fizik dan biologi.

Sumbangan Terhadap Bidang Perubatan


Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu. Amalan
perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian
terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Amalan-amalan perubatan Cina
juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina. Antara karya-
karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei Ching) yang merupakan rekod
menyeluruh mengenai rekod teori perubatan Cina. Namun Demikian karya teks klasik
yang awal dan terpenting ialah Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine. Ia
disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan
falsafah perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan terapeutik
dari akupuntur, herba, diet dan senaman.Dalam Dinasti Han munculnya Treatis on
Diseases Cause by Cold Factors yang ditulis oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi
karya terbaik dalam perubatan ialah Metarial Medica (Pen TsÕao Kang Mu) yang ditulis
oleh Li shih-chen semasa Dinasti Ming. Karya ini merupakan sebuah ensiklopedia yang
menjelaskan mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya ini juga telah diterjemahkan
dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan Eropah.

Sumbangan Terhadap Bidang Matematik


Dua buah karya matematik tertua Cina iaitu Chou Pei Suan King yang membicarakan
mengenai kalender, pengiraan masa bayang-bayang dan mengandungi catatan matematik.
Karya kedua ialah Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi sembilan bab mengenai
kira-kira, ukuran dan beberapa teori matematik. Namun demikian, ini bukan bermakna
matematik tidak penting dalam kehidupan masyarakat Cina. Ia tetap menjadi satu unsur

52
penting kepada tamadun Cina. Ini kerana setiap dinasti di China cuba membentuk sebuah
pemerintahan yang lengkap. Sebagai contohnya gerakan penyatuan China yang dilakukan
oleh Shih Huang-ti menjelaskan bagaimana beliau ingin mengadakan satu sistem sukat,
ukur dan timbang yang standard bagi China. Antara ahli matematik Cina yang terkenal
ialah Liu Hui, Zhu Shijie (sekitar tahun 1300), Li Zhi (1192-1279) dan Li Shanlan (1811-
1882). Liu Hui yang tidak diketahui riwayat hidupnya pernah menerangkan mengenai
teorem matematik semasa meletusnya era Negeri-negeri Berperang (220-267 Masihi).
Manakala Zhu Shijie merupakan sarjana pengembara yang pernah ke segenap pelusuk
China bagi mengajar ilmu yang dibawa oleh beliau.

Sumbangan Terhadap Bidang Astronomi


Dalam bidan astronomi, orang Cina mempunyai tiga pandangan yang berlainan tentang
alam semestar. Pendangan pertama dekenali sebagai Kai Tien atau Gai Tain iaitu
mempercayai alam berbentuk kubah. Manakala pandangan kedua menggambarkan alam
berbentuk sfera. Pandangan kedua adalah teori sfera sawami atau Hun Tien. Teori ketiga
ialah teori angka raya kosong tak terhingga iaitu teori Hsuan Yeh.Oleh kerana itu ahli
astronomi merupakan pegawai kerajaan. Mereka percaya bahawa langit atau syurga akan
memerhati maharaja dan kerajaannya. Oleh itu apabila wujudnya pentakbiran yang gagal
maka wujudnya kekacauan dalam negeri. Pemerhatian alam semesta telah berlaku kira-
kira 1300 S.M Contohnya kexing atau guest star yang sekarang dikenali sebagai Crab
Nebula talah direkod pada abad ke-11 di China. Manakala komet Halley hanya boleh di
kesan menerusi rekod Cina. Orang Cina juga mempelajari matahari dan merekodkannya
secara sistematik. Selain itu gerhana bulan dan matahari juga direkodkan.

Sumbangan Terhadap Bidang Fizik, Kimia dan Biologi


Bidang fizik Cina yang paling penting adalah perkembangan tentang magnet. Ahli nujum
China telah menggunakan papan nujum yang bermagnet dengan melambangkan bahagian
atas sebagai langit dan bahagian bawah sebagai dunia. Manakala bidang kimia dimajukan
oleh pengikut Tao. Kerja-kerja mereka dalam bidang kimia dikaitkan dengan dua tujuan.
Tujuan pertama ini telah menggalakkan aktiviti sihat manusia seperti bersenam,
pemakanan dan pernafasan. Selain itu juga mereka telah berjaya dalam mencegah mayat
dari reput. Bukti mengenai kejayaan ini telah dapat di bongkar dalam satu penggalian di

53
Wilayah Hunan pada tahun 1972. Penemuan mayat Puteri Dai yang meninggal dunia
pada tahun 168 S.M membuktikan kejayaan ahli kimia Cina dalam proses mengelakkan
mayat menjadi reput. Mayat yang ditemui itu kelihatan masih segar dan tidak
reput.Manakala tujuan kedua ialah usaha untuk menukar logam-logam bermutu rendah
kepada emas dan perak. Usaha ini disertai dengan kepercayaan Yang dan Yin. Mereka
percaya bahawa logam yang bermutu rendah boleh ditukarkan kepada logam berharga
dengan menukarkan kandungan Yang dan Yin logam tersebut. Oleh kerana ketekunan
mereka dalam ini maka mereka juga telah mencipta beberapa peralatan penting bagi
kajian kimia. Antaranya pengenalan alat dacing bagi mengukur berat bahan tertentu.

RUJUKAN

1.    Lok Chong Hoe, Tamadun Cina,Falsafah , Pandangan Hidup dan Aspek-aspek
Kesenian, Pulau Pinang, USM, 1998.
2.    Joseph Needham,Science and Civilization in China, Cambridge , Cambridge
University Press,1954.

54

Anda mungkin juga menyukai