Anda di halaman 1dari 4

AL-QURAN AL-KARIM MENDIDIK UMMAH

Ta’rif al-Quran
Kitab suci al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW, ditulis dalam beberapa naskhah mashaf dan
dipindahkan daripada baginda SAW dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya
merupakan satu ibadah. Inilah ta‟rif al-Quran yang dipersetujui para ulama‟ Usul Fiqh
dan bahasa.

Hubungan al-Quran dan as-Sunnah


Kebanyakkan hukum yang diterangkan dalam al-Quran bercorak kulli (tidak
secara detail atau terperinci). Peranan as-Sunnah yang merangkumi keperibadian,
perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW memperincikan hukum-hukum
al-Quran. Apabila seseorang berpegang dan beramal dengan as-Sunnah bererti dia
berpegang dan beramal dengan al-Quran.
Al-Imam al-Auza‟i telah meriwayatkan daripada Hassan Ibnu „Atiyyah,
katanya: “Ketika wahyu turun kepada Rasulullah SAW, malaikat Jibril membawa as-
Sunnah yang mentafsirkan wahyu tersebut. Maka setiap perkara yang lahir daripada
Rasulullah SAW samada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun pengakuan
berasal daripada wahyu Allah SWT jua. Allah SWT telah berfirman:
“Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut hawa nafsunya melainkan apa yang
telah diwahyukan kepadanya.” (an-Najm: ayat 3-4)
Kehidupan Rasulullah SAW adalah penterjemahan realistik al-Quran al-
Karim. Sayyidatina „Aisyah r.a. pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW,
maka dijawabnya:
“Bahawa akhlaknya (Rasulullah SAW) adalah al-Quran.”

Sumber pembentukan ummah


Sumber pembentukan ummah Islamiyyah ialah al-Quran al-Karim manakala
hadith atau sunnah Rasulullah SAW adalah terbitan daripada al-Quran al-Karim.
Rasulullah SAW adalah model yang praktikal bagi didikan Islam. Baginda
adalah pentafsir kepada sistem tarbiyyah al-Quran samada dengan amalan, budi
pekerti atau pun arahan-arahan.

Didikan al-Quran serta natijahnya


Sistem didikan al-Quran adalah unik. Sistem ini tidak meniru mana-mana
sistem yang ada di bumi. Kesan atau natijahnya yang pernah lahir juga unik, iaitu satu
generasi yang sungguh mengkagumkan dan tiada bandingan dalam sejarah. Generasi
yang asal hidup bersengketa dan berperangan sesama sendiri, bersatu padu,
membangun dan menegakkan nilai-nilai Rabbani (nilai yang diturunkan Allah SWT)
dalam kehidupan. Mereka menjadi model bagi manusia dan mereka telah mendapat
pujian daripada Allah SWT. Firman Allah SWT:
“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru
kepada ma‟ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan
Allah.” („Ali Imran: ayat 110)

Proses pembentukan adalah Iradah Allah SWT


Ummah terbaik itu dikenali sebagai generasi al-Quran. Ummah itu natijah
daripada tarbiyyah Rasulullah SAW berdasarkan wahyu Allah SWT. Tarbiyyah
Rasulullah S.A.W. berjalan selama 23 tahun - 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di
Madinah.
Tiga belas tahun di Mekah adalah masa pembinaan dan pengukuhan aqidah
Islamiyyah. Sepuluh tahun di Madinah adalah masa penegakan undang-undang dan
hukum-hukum yang mengurus dan mengatur masyarakat dan daulah Islamiyyah yang
dibentuk Rasulullah SAW.
Al-Quran membina dan mendidik aqidah ummah itu dalam jangka masa yang
begitu lama kerana menurut iradah (kehendak) Allah SWT. Jika Allah SWT mahu,
Allah SWT boleh menurunkan ayat-ayat al-Quran secara lengkap sekaligus lalu
dibiarkan ummah itu mempelajari dan memahaminya. Sebenarnya iradah Allah SWT
tidak sedemikian. Allah SWT menghendaki satu sistem tertentu dan unik dalam
pembinaan ummah. Pembentukan aqidah berjalan serentak dengan kematangan
ummah dan selaras dengan penurunan ayat-ayat al-Qur‟an yang beransur-ansur. Allah
SWT menghendaki agar ummah itu dibina dengan aqidah Islamiyyah, selepas itu
Islam yang syumul dapat dipraktikkan dengan baik.
Din al-Islam adalah Din Rabbani. Sistem untuk melaksanakannya juga
Rabbani. Sistem ini tidak boleh dipisahkan atau diketepikan. Lantaran Din al-Islam
didatangkan oleh Allah SWT untuk membina aqidah dan membentuk ummah, maka
sudah tentu sistem pembinaan dan pembentukan itu merupakan perencanaan atau
perancangan Allah SWT yang tidak boleh dipandang sepi. Firman Allah SWT:
“Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada
manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit.” (al-
Isra‟: ayat 106)
Cara penurunan al-Quran merupakan perencanaan Allah SWT dalam proses
pembentukan dan pembinaan ummah agar aqidah Islam benar-benar terbentuk,
menjadi pegangan dan lahir dalam pergerakan hidup, bukan sekadar teori atau
pengetahuan semata-mata.

Kemuncak natijah
Terbukti dalam sejarah kemanusiaan, didikan al-Qur‟an telah melahirkan
generasi yang benar-benar mendokong al-Quran dan as-Sunnah. Itulah proses didikan
yang telah menghasilkan generasi Muslimin sejati dan berwibawa mengepalai
pimpinan alam ke arah kesejahteraannya. Generasi yang melengkapi sifat-sifat
kepimpinan yang tinggi dan mulia, yang mengandungi pemuda-pemuda yang berjiwa
Tauhid dan tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan nilai-nilai keduniaan. Cita-cita
mereka ialah memenangi keredhaan Allah SWT semata-mata.
Mereka sentiasa bersedia menyahut panggilan Iman dan memandang
kehidupan jahiliyyah tidak bernilai. Nilai mereka sebenar ialah nilai Allah SWT.
Setiap wakil atau delegasi yang dikirimkan Rasulullah SAW ke sesuatu tempat
akan bertindak menurut apa yang dikehendaki Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Perhatikanlah sikap Mu‟az bin Jabal r.a. yang menjadi wakil Rasulullah SAW
ke Negeri Yaman. Sebelum beliau bertolak ke Yaman, Rasulullah SAW telah menguji
beliau dengan katanya yang bermaksud, “Wahai Mu‟az! Bagaimanakah kamu hendak
lakukan jika dikemukakan sesuatu masalah kepadamu?” Jawab Mu‟az, “Saya akan
berhukum dengan apa yang tersebut di dalam Kitab Allah.” Baginda bertanya lagi,
“Bagaimana pula jika tidak kedapatan di dalam Kitab Allah?” Jawab Mu‟az, “Saya
akan berhukum menurut Sunnah Rasulullah SAW.” Baginda bertanya lagi, “
Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah SAW?” Jawab Mu‟az,
“Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan.” Kemudian Rasulullah SAW
berkata, “Alhamdulillah yang telah memberi pertunjuk kepada utusan Rasulullah
mengikut cara yang diperkenankan Rasulullah.”
Jawapan yang diberikan oleh Mu‟az itu membuktikan bahawa pegangan hidup
generasi sahabat Rasulullah SAW adalah syari‟at Allah SWT sahaja. Mereka
meletakkan tuntutan al-Quran di tempat pertama dalam hidup mereka. Mereka benar-
benar terdidik dengan al-Quran bahkan kebanyakkan dari meraka adalah Huffaz
(penghafaz-penghafaz) al-Quran. Dalam tragedi Bi‟r al-Ma‟unah terdapat 70 orang
sahabat huffaz telah gugur syahid. Dalam peristiwa al-Yamamah pada zaman
Khalifah Abu Bakr as-Siddiq terdapat 70 para huffaz telah syahid di suatu masa
seperti yang pernah dijelaskan oleh Imam al-Qurthubi.

At-Tasyri’ al-Kamil
At-Tasyri‟ al-Kamil membawa maksud suatu perundangan yang telah
sempurna disyariatkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:
“Pada hari ini (hari „Arafah, 10 Hijrah) Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu
Din kamu dan Aku sempurnakan ni‟mat-Ku ke atas kamu dan Aku redha Islam
sebagai Din kamu.” (al-Maidah: ayat 3)
Al-Quran telah diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur
melalui dua tahap, iaitu Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Kewujudan tahap-tahap
itu menunjukkan adanya pemeringkatan syari‟a mulai awal kerasulan Rasulullah
SAW hingga saat hampir kewafatan baginda.
Syari‟at Islam kini telah lengkap dan sempurna. Oleh itu dalam konteks
pembangunan semula Ummah Islamiyyah kini, syari‟at itu tidak boleh dibataskan
berasaskan Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Hukum-hukum dan undang-undang
Islam sudah lengkap dan sempurna dengan tamatnya wahyu yang diturunkan kepada
Rasulullah SAW.

Perlaksanaan syari’at dalam jama’ah kini


Bagaimanakah syari‟at Islam yang lengkap hendak dilaksanakan oleh jama‟ah
Islam dalam suasana atau realiti kini ? Iaitu realiti yang tidak membolehkan jama‟ah
melaksanakan semua tuntutan syari‟at Islam.
Dalam hal ini, perlaksanaannya adalah terhenti kepada suasana kelemahan
(ad-Da‟if) dan suasana kekuatan (al-Quwwah) jama‟ah atau Ummah Islamiyyah yang
dibentuk. Suasana kelemahan umat Islam yang tidak melaksanakan semua tuntutan
syari‟at mengharuskan jama‟ah Islam mengambil Rukhsah dalam ertikata
melaksanakan tuntutan syari‟at sekadar kemampuan yang dimiliki oleh jama‟ah.
Namun penentuan mampu atau tidak mampu itu adalah di bawah tanggungjawab
barisan kepimpinan (as-Saf al-Qiyadi) yang mengendalikan jama‟ah Islam.
Bagaimanapun jama‟ah Islam tidak boleh berpuas hati dengan mengambil
rukhsah selama-lamanya. Bahkan sewajibnya kemampuan jama‟ah Islam itu
dipertingkatkan kerana matlamat besarnya ialah untuk menegakkan Khilafah
Islamiyyah. Khilafah dalam pengertian mengurus semua urusan dan memimpin semua
makhluk berpandukan syari‟at Islam serta melaksanakan semua tuntutan syara‟ demi
keredhaan Allah SWT.

Jama’ah adalah ‘jalan’


Jama‟ah adalah „jalan‟ yang mesti dilalui untuk menegakkan Khilafah
Islamiyyah. Oleh itu pembentukannya adalah wajib. Tahap kekuatan (al-Quwwah)
jama‟ah Islam perlu ditingkatkan sehingga ia boleh mengambil „azimah, bukan
rukhsah. Yakni „azimah dalam melaksanakan semua hukum yang dituntut oleh
syari‟at Islam, kecuali dalam keadaan dharurah yang datang kemudian.
Khilafah merupakan natijah (hasil) daripada pembentukan jama‟ah atau
ummah yang berasaskan didikan iman. Inilah sunnah Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Allah menjadikan bagi orang-orang yang beriman antara kamu serta melaksanakan
amalan-amalan yang saleh bahawa mereka akan menjadi khalifah di muka bumi
sebagai mana orang-orang terdahulu telah menjadi khalifah. Juga Allah telah
menetapkan Din mereka yang Allah telah redha bagi mereka dan Allah akan tukarkan
suasana ketakutan dengan keamanan; mereka memperhambakan diri kepada Aku
(Allah) tanpa syirik sedikitpun dengan Aku. Barang siapa yang kufur selepas itu maka
mereka itu sebenarnya orang-orang yang fasiq.”
(an-Nur: ayat 55)

Allah Tertinggi
Khilafah yang dimaksudkan oleh Islam bukanlah orang perseorangan,
keluarga atau kelas-kelas tertentu, tetapi Jama‟ah Ummah yang ada kepimpinan.
Setiap anggotanya pula yakin dan menyerah kepada peraturan-peraturan yang Allah
SWT turunkan. Khalifah pula bertanggungjawab mengurus daulah dan semua urusan
berdasarkan syari‟at Allah SWT.
Khalifah adalah wakil Allah SWT di bumi, bukannya penggubal undang-
undang berdasarkan kehendak sendiri. Sesungguhnya Pencipta undang-undang
hanyalah Allah SWT.
Hukum-hukum Allah SWT dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah hukum-
hukum tertinggi. Orang-orang mu‟min tiada pilihan lain melainkan mematuhinya.
Tiada sebarang hak bagi seseorang muslim atau mu‟min untuk membuat hukum
sendiri dalam perkara-perkara yang telah ditentukan Allah SWT dalam al-Quran dan
as-Sunnah. Sebarang penyelewengan daripada hukum Allah SWT dan Rasul-Nya
adalah berlawanan dengan aqidah atau iman. Firman Allah SWT:

“Apabila Allah dan Rasul-Nya menghukum mengenai sesuatu urusan maka tidak
boleh lagi bagi orang-orang mu‟min lelaki dan perempuan memilih berbuat mengikut
kemahuannya. Barang siapa yang durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka
sesungguhnya dia benar-benar sesat.” (al-Ahzab: ayat 36)

“Mereka berkata, “Kami telah beriman dengan Allah dan Rasul dan kami telah
taat”, kemudian satu puak di kalangan mereka berpaling lagi selepas itu, maka
mereka bukan lagi orang mu‟min. Apabila mereka diajak kepada hukum Allah dan
Rasulnya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka tiba-tiba satu puak daripada
mereka enggan menurutnya.” (an-Nur: ayat 47-48)

“Sesungguhnya perkataan orang-orang yang beriman itu apabila diajak kepada


hukum Allah dan Rasul-Nya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka, mereka
berkata: “Kami dengar dan kami patuh” dan mereka itulah orang-orang yang
berjaya.” (an-Nur: ayat 51 )

Anda mungkin juga menyukai