Anda di halaman 1dari 12

Pam ( Pump ) Part 1

Definisi

♣ Ialah satu mesin yang telah direka untuk meningkat tekanan


sesuatu bendalir

♣ Bendalir dikategorikan kepada 2 iaitu gas ( boleh


dimampatkan ) dan cecair ( tidak boleh dimampatkan )

♣ Ia digunakan dalam aplikasi seperti bekalan air


domestik, fuel pump, lubrication oil pump, dan
feed water pump.

Kegunaan Pam

♣ Memindahkan bendalir dari satu tempat ke tempat yang lain.

♣ Mengangkat bendalir secara tegak iaitu dari satu ketinggian


kepada ketinggian yang berbeza

♣ Menyimpan tenaga keupayaan dalam bentuk tekanan untuk


melakukan kerja.

♣ Meningkatkan kelajuan bendalir tersebut.

Sejarah Pam

♣ Pam yang tertua digunakan oleh manusia ialah plunger pump


( pam pelocok )
♣ Digunakan oleh orang Rom dan Parsi untuk mengangkat air.

♣ Archimedes of Syracuse telah mencipta pam skru untuk


memindahkan air dari dasar buritan kapal.

♣ Semasa era pertengahan melombong, pam omboh telah


dicipta untuk menggerakkan waterwheel ( kincir air ) untuk
tujuan penggalian bijih.

♣ Idea seterusnya ialah untuk menghasilkan pam yang lebih


kuat apabila penggunaan stim secara meluas pada kurun ke 18
dan 19.

♣ Dengan penghasilan motor elektrik dan turbin stim pada


kurun ke 20, centrifugal pump ( pam empar ) digunakan secara
meluas.

♣ Pada masa kini industri sangat bergantung pada pam,


contohnya untuk memindahkan bendalir dari satu lokasi ke
lokasi yang lain sehingga menyeberangi negara lain
Pemilihan Pam Berdasarkan

♣ Jenis bendalir yang akan dipam ( panas, meruap, menghakis,


likat )

♣ Kos yang efektif untuk kerja yang dilakukan

♣ Kebolehan dan kapasiti pam berdasarkan jenis pam ( pam


anjakan positif, pam dinamik )
Klasifikasi Pam

1.0 Pam Anjakan Positif ( Positive Displacement )

♣ Pam jenis ini akan mengalami penambahan tenaga secara


berkala kepada bendalir

♣ Isi padu bendalir akan berkurangan sehingga tekanan bendalir


mencapai tekanan di keluaran sistem.

2.0 Pam Dinamik ( Dynamic )

♣ Pam jenis ini akan secara berterusan menambahkan tenaga


kepada bendalir dan meningkatkan halaju bendalir.

♣ Laluan bendalir di dalam pam akan menyebabkan


pengurangan halaju bendalir, maka tekanan bendalir meningkat
sehinggalah mencapai tekanan di keluaran sistem
Pam Dinamik

1.0 Pam Empar ( Centrifugal Pump )

1.1 Aliran Paksi ( Axial )

1.2 Aliran Jejari ( Radial )

1.3 Aliran Gabungan ( Axial + Radial )


1.1 Pam Empar Aliran Paksi ( Axial )

♣ Bendalir mengalir keluar secara sepaksi dengan aci dan


impeller

♣ Digunakan apabila sistem memerlukan isi padu bendalir yang


banyak.

♣ Pam air yang membekalkan air untuk sistem penyejukan


kondenser ialah dari pam jenis ini.

1.2 Pam Empar Aliran Jejari ( Radial )

♣ Bendalir mengalir keluar secara jejarian dari aci impeller.

♣ Digunakan apabila sistem memerlukan tekanan yang tinggi


seperti main feed pump.
1.3 Pam Empar Aliran Gabungan ( Axial + Radial )

♣ Kombinasi aliran bendalir secara paksi dan jejarian bertemu


dengan keadaan pam yang tertentu.

♣ Menggunakan kedua-dua prinsip untuk mengepam bendalir


dan digunakan apabila isi padu atau tekanan diperlukan.

Prinsip Operasi

♣ Bendalir akan mula masuk melalui inlet dan terus ke impeller


yang sedang berputar dengan laju.
♣ Daya empar seterusnya akan memaksa bendalir ke tengah
pusat impeller.

♣ Seterusnya bendalir yang halaju tinggi akan ditolak keluar


dari tengah impeller mengenai casing

♣ Ia akan mengurangkan kelajuan bendalir disebabkan oleh


geseran.

♣ Tenaga kinetik tersebut bertukar kepada tekanan dan haba.

♣ Seterusnya bendalir yang telah mencapai tekanan keluaran


sistem akan keluar melalui output

♣ Ini kerana bendalir akan mengalir dari kawasan bertekanan


tinggi ke tekanan rendah

♣ Untuk menghasilkan tekanan yang lebih tinggi, multi stage


pump digunakan.
Komponen-Komponen

♣ Casing - Bahagian yang paling besar

♣ Impeller - Bendalir akan masuk dan ke sini dan diputarkan


oleh bilah

♣ Shaft - Bahagian yang memindahkan tenaga dari pemacu ke


impeller

♣ Bearings - Mengawal pergerakan shaft

♣ Coupling and Seal or Packing - Menyambungkan pemacu


dengan aci pam
♣ Mechanical seal - Terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian
statik dan bergerak. Satu diperbuat daripada Karbon dan satu
lagi dari keluli keras.

♣ Packing rings - Kedap yang fleksibel dimasukkan di antara


aci untuk elakkan kebocoran.
Kelebihan

♣ Kosnya murah

♣ Binaan ringkas dan penyelenggaraan mudah dan murah.

♣ Memerlukan ruang yang kecil dan ringan berbanding pam


lain.

♣ Boleh mengendalikan bendalir kelikatan tinggi dan kotoran.

Kelemahan

♣ Tidak boleh hasilkan turus yang begitu tinggi ( tekanan )


♣ Kecekapan rendah

♣ Kecekapan bergantung pada julat operasi