Anda di halaman 1dari 10

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

EKSPRES PRA-U
Pengajian Perniagaan 2

Bab 3 – Koperasi dan Organisasi Bukan


Bermotifkan Untung

3.1 Koperasi
► Definisi koperasi
Koperasi ialah satu pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1995
yang bermatlamatkan kepentingan bersama dan meningkatkan kepentingan ahli-
ahlinya melalui aktiviti koperasi yang dijalankan.

► Peranan koperasi
 Memajukan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya
 Menggalakkan kerjasama dikalangan ahli
 Mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi.
 Membantu usaha kerajaan dalam pembangunan manusia.

► Prinsip-prinsip koperasi
 Keahlian secara sukarela dan terbuka
- Tiada sebarang sekatan dari segi sosial, politik, agama untuk menjadi
ahli koperasi.
 Pengurusan secara demokrasi
- Ditadbir oleh mereka yang telah dipilih atau dilantik dengan cara
undian dimana setiap ahli berhak mendapat satu undi tanpa mengira
sumbangan modal.
 Faedah atas modal saham terhad
- menerima satu kadar faedah atau pulangan yang terhad jika ada.
- Dividen yanga diberi mestilah mendapat kebenaran ketua Pendaftar.
 Pembahagian lebihan yang saksama
- Lebihan diagihkan kepada ahli secara sama rata dimana tiada ahli
mendapat laba yang melampau.
 Galakan kepada pendidikan koperasi
- membuat peruntukan untuk pendidikan ahli-ahli, pegawai dan
kakitangan serta masyarakat tentang kebaikan koperasi.
 Kerjasama aktif sesama koperasi yang berdaftar
- memberi perkhidmatan terbaik kepada ahli dan masyarakat. Ahli
koperasi harus aktif di semua peringkat dan saling membantu untuk
memperkembangkan lagi ekonomi negara.
► Lima kelebihan menjadi ahli koperasi.
 Hak sama rata

© Mariana Bt. Othman 1


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

- Tidak membezakan berdasarkan kepada pegangan syer anggota.


 Mengutamakan kebajikan ahli sebagai pengguna
- Kebajikan ekonomi
- Pendidkan koperasi
 Kebajikan bersama
- Seperti kebajikan menerima pendidkan dan bantuan
 Harga syer yang tetap
- tidak terdedah kepada turun naik harga saham
- tidak bergantung kepada permintaan dan penawaran saham secara
terbuka

► Bentuk pertubuhan koperasi


 Koperasi asas
- sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh individu orang perseorangan
sahaja.
- Bermatlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya
mengikut prinsip-prinsip koperasi.
- Mepunyai keahlian minimun 100 orang.

 Koperasi menengah
- koperasi dimana ahli-ahlinya terdiri daripada koperasi-koperasi asas
sahaja.
- Bermatlamat untuk memudahkan operasi koperasi-koperasi yang
menjadi ahli.
- Keahlian minimum terdiri daripada 2 koperasi asas.

 Koperasi atasan
- mempunyai keahlian yang terdiri daripada koperasi-koperasi menengah
sahaja, atau koperasi menengah dan koperasi asas.
- Terdiri daripada minimum 2 koperasi menengah.
- Cth : Angkatan koperasi kebangsaan (ANGKASA)

► Jenis koperasi dan aktivitinya


 Koperasi Kredit dan Bank

© Mariana Bt. Othman 2


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

- menyediakan kemudahan kredit dan penerimaan deposit.


- memberi kadar faedah yang baik kepada ahli berbanding bukan ahli.
- Contoh : Bank Kerjasama Malaysia.

 Koperasi Pengguna
- membekalkan barangan dan pekhidmatan
- memberikan bekalan produk yang bermutu.
- Contoh : Koperasi Kedai Buku

 Koperasi Perumahan
- memajukan projek perumahan untuk ahli
- kemudahan kepada ahli mendapat rumah sendiri dengan harga yang
berpatutan.
- Contoh : Koperasi Perumahan Guru

 Koperasi Pembangunan tanah


- membangunkan tanah yang luas untuk projek pertanian.
- Mengusahakan tanaman yang dijual.
- Contoh : Koperasi Pekebun Kecil

 Koperasi Kenderaan Pengangkutan


- menyediakan pengangkutan kepada ahli-ahlinya
- menyediakan aktiviti mengangkut hasil dan juga pengangkutan awam
- Contoh : Koperasi pengangkutan

► Penubuhan dan pendaftaran koperasi


(i) Proses penubuhan koperasi

© Mariana Bt. Othman 3


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

Membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan


Koperasi melalui JPK Wilayah atau negeri.

(ii) Setelah mendapat kelulusan JPK satu jawatankuasa penaja yang terdiri
daripada 10 oarang dibentuk untuk melakukan tugas-tugas awalan seperti
berikut :
- menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan
- menyediakan aturan0aturan kegiatan uatama dan kegiatan-kegiatan lain
serta menentukan objektif penubuhan koperasi berkenaan
- menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang
kecil seragam yang disediakan oleh JPK.
- Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan
butiran peribadi ahli. Jawantankuasa Penaja perlu memastikan terdapat
tidak kurang daripada 100 orang ahli yang berdaftar sebelum mesyuarat
agung penubuhan dijalankan.

(iii) Mengadakan Mesyuarat Agung untuk :


- Mendapatkan ketetapan dari bakal ahli untuk menubuhkan koperasi.
- Menerima undang-undang kecil.
- Memilih anggota Lembaga Koperasi.
- Seorang pegawai dari JPK akan hadir untuk memberi penerangan
mengenai hak dan tanggungjawab ahli serta aktiviti koperasi secara am

(iv) Menghantar dokumen pendaftaran kepada Ketua Pendaftar Koperasi tidak


lewat dari 7 hari selepas mesyuarat dan dokumen-dokumen yang perlu
diserahkan ialah :
- Borang permohonan pendaftaran yang telah ditandatangani oleh 10
orang AJK penaja.
- 3 naskah undang-undang kecil.
- Minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani sekurang-
kurangnya 50 orang yang hadir.

(v) Setelah pendaftaran diluluskan, satu sijil perakuan dikeluarkan oleh JPK
sebagai pengiktirafan bukti sah pendaftaran.

► Syarat penubuhan koperasi


 Bilangan ahli

© Mariana Bt. Othman 4


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

- tidak kurang daripada 100 orang ahli


- tiada had jumlah maksimum
 Koperasi sedia ada
- tidak boleh sama jenis atau fungsi dengan koperasi sedia ada di
kawasan yang sama.
 Syarat ahli
- warganegara Malaysia
- berumur 18 tahun ke atas atau berumur 12 tahun ke atas untuk menjadi
ahli kopersi sekolah
- bermastautin di Malaysia, bekerja atau mempunyai tanah di kawasan
operasi koperasi. Untuk menjadi ahli kopersi sekolah, ahlinya harus
merupakan seorang pelajar di sekolah tersebut atau jika ahli koperasi
nelayan ahlinya dari kalangan nelayan.

► Keadan yang boleh menyebabkan seseorang hilang kelayakan untuk menjadi


ahli koperasi.
 Diisytiharkan bankrup oleh mahkamah
 Tidak siuman dan disahkan oleh pegawai perubatan yang bertauliah.
 Dilucutkan keanggotaan oleh Ahli Lembaga Pengarah Koperasi.
 Disabitkan dengan kesalahan kerana melanggar undang-undang kecil
dan peraturan koperasi.

► Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK)


 Mendaftarkan dan membatalkan pendaftaran koperasi

© Mariana Bt. Othman 5


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

 Memberi khidmat nasihat/latihan/bimbingan kepada koperasi


 Memberi dan meluluskan program-program yang dirancang oleh
koperasi
 Memberi nasihat/pandangan kepada menteri tentang perkara berkaitan
koperasi.
 Mewujudkan persekitaran yang sihat untuk pembangunan koperasi.
 Membantu dan menggalakkan koperasi yang ingin terlibat dalam sektor
utama.

► Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)


 Mengadakan kursus dalam pengajian koperasi dan memberi diploma
bagi kursus-kursus sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh MKM.
 Mencetak dan menerbitkan buku-buku mengenai koperasi atau perkara-
perkara yang berhubung dengannya seperti Dimensi Koperasi, Berita MKM
dll.
 Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada
koperasi.
 Memberi latihan berkualiti, seminar, kursus kepada pemimpin dan
anggota koperasi.

► Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia


 Menyatukan semua koperasi di Malaysia sebagai wakil koperasi yang
menjadi ahli ANGKASA
 Mentadbir kumpulan wang am dan wang khas bagi menjamin
kelancaran aktiviti koperasi.
 Menumpukan terhadap aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan
koperasi melalui kursus, seminar, dll.
 Menyumbangkan idea-idea baru bagi melancarkan gerakan koperasi di
Malaysia.
 Mencetak dan menerbitkan bahan bercetak seperti majalah, buletin –
PELANCAR
 Membantu koperasi meningkatkan kecekapan pengurusan koperasi
dengan meberi panduan
 Bekerjasama dengan pihak swasta dan memainkan peranan aktif dalam
bidang perindustrian.
 Mengawas dan menjaga kepentingan ahli dan menyelesaikan masalah
ahli.

© Mariana Bt. Othman 6


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

►Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)


► Definisi OBBU
- Ditubuhkan untuk menjaga kebajikan ahli
- Bukan bermatlamatkan keuntungan
- Contoh OBBU ialah persatuan, kelab badan kebajikan dan pertubuhan.

► Prinsip OBBU
 Keanggotaan secara sukarela
Keahlian sesebuah pertubuhan adalah secara sukarela tanpa tekanan atau
paksaan dari mana-mana pihak.
 Pengurusan secara demokrasi
Ditadbirkan oleh mereka yang dipilih atau dilantik dengan cara yang
dipersetujui oleh ahli-ahli pertubuhan berkenaan.
 Pertubuhan faedah bersama
Memberi faedah kepada ahli-ahli dari segi kebajikan dan pengiktirafan. Hak
bersuara individu mendapat pengiktirafan.
 Faedah kebajikan dan keahlian
Setiap ahli organisasi bukan bermotif untung mendapat hak bersama
melalui pertubuhan. Sebarang pandangan ahli-ahli pertubuhan diambil kira
sebagai satu kemajuan dan peningkatan untuk menjaga kebajikan dan
keahlian organisasi tersebut.

► Jenis-jenis organisasi bukan bermotifkan untung


 Belia
- memberi tumpuan kepada kegiatan-kegiatan yang memberi manfaat
kepada belia dengan penglibatan aktif golongan tersebut.
- Contoh : Majlis Belia Negeri Melaka
 Kebajikan
- organisasi yang meberi kebajikan kepada golongan tertentu yang perlu
menerima bantuan yang mana keahliannya terdiri daripada sukarelawan
yang bergiat aktif membuat kerja-kerja amal.
- Contoh : Persatuan Warisan Negeri Johor
 Kebudayaan
- organisasi yang keahliannya terdiri daripada golongan yang berminat
dalam kebudayaan seperti tarian, lakonan, dan lain-lain.
- Contoh : Persatuan Warisan Negeri Johor.
 Pendidikan
- Menjalankan aktiviti utama yang berkaitan dengan pendidikan.
Antaranya ceramah motivasi, kelas-kelas bimbingan dan khidmat
nasihat kepada ahli-ahli berkaitan pendidikan
- Contoh : Kelab Siswazah Perak
 Sukan

© Mariana Bt. Othman 7


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

- menggalakkan jenis sukan tertentu di kalangan ahli. Aktiviti sukan


menjadi agenda utama seperti latihan, penganjuran pertandingan.
- Contoh : Persatuan Badminton Malaysia

► Penubuhan dan pendaftaran pertubuhan


- satu mesyuarat penubuhan diadakan dengan kehadiran tidak kurang 7
orang.Tujuan mesyuarat penubuhan diadakan untuk membuat ketetapan
berikut :
i) meluluskan nama dan alamat pertubuhan yang akan
didaftarkan.
ii) Melantik ahli jawatankuasa yang akan menguruskan
pendaftaran.
iii) Menyediakan dan meluluskan undang-undang kecil
pendaftaran pertubuhan.

- Pendaftaran dibuat di Jabatan Pendaftaran pertubuhan Negeri.Beberapa


dokumen pendaftaran perlu ditandatangani oleh 2 orang pemegang
jawatan utama. Antara dokumennya ialah :
i) Borang permohonan
ii) senarai jawatankuasa penaja dengan maklumat peribadi
masing-masing.
iii) Undang-undang kecil penubuhan yang memohon
pendaftran.
iv) Rekod minit mesyuarat penubuhan

- Sijil perakuan pendaftaran dikeluarkan oleh pendaftar pertubuhan


sebagai bukti pengesahan pertubuhan.

► Kelebihan OBBU
 Ahli tidak perlu menyumbangkan modal, hanya sumbangan yuran
keahlian yang rendah.
 Boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti sukan, kebajikan,
kebudayaan dan lain-lain.
 Penglibatan ahli adalah menyeluruh
 Penubuhannya amat mudah kerana tidak banyak prosedur dan undang-
undang.
 Boelh menjalankan aktiviti perniagaan untuk meningkatkan tabungan
kelab.

© Mariana Bt. Othman 8


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

► Perbandingan antara koperasi, organisasi bukan bermotifkan untung dan


organisasi bermotifkan untung.

Dimensi Koperasi Organisasi bukan Organisasi


bermotifkan untung bermotifkan untung.
(Syarikat)
Tujuan Tidak bermotifkan Tidak bermotifkan Memaksimumkan
keuntungan tetapi keuntungan dan aktiviti keuntungan perniagaan
nmenjaga kebajikan menjaga kebajikan ahli
ahli
Kawalan Akta Akta Koperasi 1993 Akta Pertubuhan 1966 Akta Syarikat 1965
(Pindaan 1995)
Pengurusan Dalam koperasi Terdapat AJK yang Lembaga pengarah
terdapat ahli lembaga akan menguruskan yang dipilih dalam
pengarah koperasi perjalanan sesebuah mesyuarat agung
yang menguruskan organisasi. tahunan akan
perjalanan koperasi. menjalankan
pengurusan
perniagaan.
Pemilihan Berdasarkan prinsip AJK organisasi dipilih Undi pemegang saham
Anggota demokrasi, satu ahli melalui mesyuarat bergantung pada
Pengurusan hanya satu undi tanpa agung tahunan bilangan unit saham
mengambil kira berdasarkan satu undi yang dimiliki oleh
pegangan saham. setiap ahli. pemegang saham.
Pengurusan Sumber Modal saham - Yuran ahli - Jualan
Kewangan kewangan - Bantuan dan derma - Saham
- Pinjaman
Penyata - Penyata penerimaan - Aliran Tunai
kewangan - Pembayaran tunai - Kunci kira-kira
- Penyata Untung Rugi
Modal Tiada had dalam Had modal yang
saham modal saham dan dibenarkan tertakluk
boleh ditambah dari kepada modal yang
semasa ke semasa dibenarkan ketika
membuat pendaftaran.
Pengagihan Terdapat pembayaran Tiada pembayaran Tiada had maksimum
dividen dividen kepada ahli. dividen kepada ahli dalam pemberian kadar
Kadar dividen dividen mengikut
maksimum ialah 10% keuntungan syarikat

© Mariana Bt. Othman 9


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

bagi koperasi kredit


dan bank dan 6% bagi
koperasi lain.
Kelulusan Pendaftar koperasi - Ahli lembaga pengarah
- permohonan dibuat - melalui mesyuarat
kepada pendaftar ahli lembaga
koperasi kawasan pengarah
Keuntungan Keuntungan tidak Keuntungan adalah
ditolak cukai selepas ditolak cukai
Pengurusan Tertumpu pada aktiviti Tertumpu pada promosi Tertumpu pada aktiviti
Pemasaran dan kepentingan yang keahlian kepada campuran pemasaran
diperoleh ahli-ahli. individu yang untuk menjalankan
berpotensi menjadi ahli fungsi perkhidmatan
organisasi tersebut serta bagi menyampaikan
pihak yang mampu produk kepada
memberi sumbangan pengguna sasaran.
kewangan.

Memberi perkhidmatan Produk yang


dan kebajikan kepada dipasarkan akan
ahli. memberi kepuasan
maksimum kepada
pengguna.

© Mariana Bt. Othman 10

Anda mungkin juga menyukai