Anda di halaman 1dari 1

Latihan Imbuhan

TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA

Pada pagi 6 Disember 2008, Malaysia (gempar) dengan tragedi tanah runtuh yang berlaku di
Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa yang meragut empat nyawa, manalaka 14 orang cedera
setelah 14 buah rumah banglo di kawasan seluas empat hektar ranap (timbus) tanah runtuh.Tragedi ini
merupakan tragedi kedua yang berlaku di Bukit Antarabangsa selepas tragedi Highland Tower pada 11
Disember 1993.

Ironinya, banyak orang yang mudah lupa. Buktinya tidak sampai setahun selepas runtuhnya
Highland Tower, Bukit Antarabangsa kembali “meriah” dengan aktiviti penghuni. (Jatuh) harga
rumah dan sewa bulanan berikutan kejadian tanah runtuh (tarik) minat orang baharu. Tidak mustahil
ada orang yang sanggup (tepi) soal keselamatan dengan membeli dan menyewa rumah di Bukit
Antarabangsa.

Di samping lokasinya yang dekat dengan Kuala Lumpur, Bukit Antarabangsa memang
kediaman yang ‘eksklusif’ kerana orang disini sangat (hormat) privasi tetangga mereka. Malah ada
yang menyatakan keindahan alam semula jadi serta (segar) udara di Bukit Antarabangsa menarik
minat mereka untuk membeli rumah di sini.

Tragedi ini telah menyedarkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum (diam) sesuatu
kawasan perumahan. Kelulusan pihak berkuasa untuk (bangun) projek perumahan di lereng bukit
bukan jaminan 100 peratus rumah tersebut selamat didiami. Kebanyakan pembeli rumah (makan)
dengan pujuk rayu penjual rumah yang membuka kaunter di pusat beli-belah.

Pihak berkuasa tempatan dan pemaju (rumah) perlu lebih bertanggungjawab terhadap
keselamatan kawasan kediaman di lereng bukit. Pelbagai akta digubal dan dipinda berkenaan dengan
projek (bangun) di lereng bukit, antaranya Akta Pemeliharaan Tanah 1960, Akta Kualiti Alam Sekitar
1974, dan Akta Perhutanan Negara 1984. Tindakan tegas juga akan (ambil) terhadap pemaju
perumahan yang masih menjalankan aktiviti pembangunan di lereng bukit.

Jika melihat kepada tragedi tanah runtuh lalu, tentulah besar bahananya jika pembeli tidak
berhati-hati dalam soal bentuk muka bumi dan tahap keselamatan. Kejadian seperti ini mungkin
(ulang) kembali dan mungkin lebih banyak nyawa terkorban.

(Diubahsuaikan daripada Dewan


Masyarakat, Januari 2009 m.s 13-19)

Anda mungkin juga menyukai