Anda di halaman 1dari 10

AEEA 2125 : TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

SOALAN 2
HURAIKAN PEMBAHARUHAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH
LEOPOLD VON RANKE DALAM PENSEJARAHAN BARAT.

PENDAHULUAN

Leopord Von Ranke dilahir pada 21 Disember 1795 dan meninggal dunia pada 23 Mei

1886 di Jerman.1 Beliau adalah golongan yang berasal daripada keluarga kelas pertengahan iaitu

golongan yang taat setia dengan sistem monarki dalam kerajaan prussia. 2 Pada mulanya,

bidangnya adalah dalam bidang teologi dan ilmu-ilmu klasik iaitu lebih tertumpuh kepada

bidang ilmu bahasa dan menjadi penterjemah karya-karya teks lama di Universiti Leipsic.

Walaupun begitu, kesan daripada ilmu pengetahuannya dalam bidang berkenaan, sekaligus telah

mendorong minat beliau untuk menceburi dan menkaji dalam bidang sejarah. Seterusnnya,

beliau telah menjadi tenaga pengajar di sekolah Frankfurt pada tahun 1818-1825. Kemudiannya,

beliau dilantik sebagai Penolong Profesor di Universiti Berlin dalam bidang sejarah. Setelah

berjaya menghasilkan sebuah karya pensejarahan yang pertama iaitu karya Sejarah Bangsa-

bangsa Latin dan Tentonic: 1494-1514 dan telah diterbitkan pada tahun 1824.3

Selain daripada faktor minat, terdapat juga faktor lain yang telah mendorong beliau untuk

terus giat dalam penulisan pensejarahan. Beliau telah terpengaruh dengan penulisan sarjanawan-

sarjanawan lain. Antaranya ialah Niebuhr yang menghasilkan karya sejarah Rumawi purba,

Walter Scott menulis berkaitan dengan novel-novel sejarah dan Herder pula banyak menulis

tentang kemajuan manusia kemudian mengaitkannya dengan sejarah. Selain itu, faktor

keagamaan juga memberi kesan kepada beliau untuk menjadi pengkaji sejarah. Beliau

1
Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm, 276-
279.
2
Arba’iyah Mohd. Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002,
hlm 94.
3
Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 277-278.

1
AEEA 2125 : TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

beranggapan bahawa sesuatu peristiwa yang berlaku itu adalah sudah ditentukan oleh Tuhan.

Oleh sebab itu, perlulah dikaji sesuatu peritiwa itu dengan baik dan lebih objektif. 4 Beliau telah

dianggap sebagai seorang sejarawan dalam penulisan pensejarahan.5 Bahkan telah mendapat

gelaran sebagai ‘Bapa Pensejarahan Moden’. Hal ini kerana pandangan-pandangan beliau telah

banyak mempengaruhi penulisan pensejarahan moden. Sehinggakan, wujudnya pelbagai

pembaharuan-pembaharuan yang beliau telah tekankan dalam menghasilkan sesebuah penulisan

pensejarahan.

PEMBAHARUHAN YANG TELAH DIPERKENALKAN

Mementingkan Matlamat Untuk Mencapai Objektif

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, Leopold Von Ranke telah berusaha untuk

mewujudkan aliran ‘Sejarah Objektif’.6 Dengan itu, beliau telah menolak kaedah yang bersifat

subjektif yang mempunyai unsur-unsur keperibadian dalam menilai sesuatu peristiwa yang

berlaku. Dapat dilihat disini bahawa beliau cuba untuk menggambarkan peristiwa-peristiwa

yang berlaku itu sebagaimana ia terjadi tanpa penglibatan dan pandangan individu dalam

penulisan pensejarahan.7 Bagi mencapai matlamat yang objektif dalam penulisan pensejarahan,

perlulah sesuatu peristiwa itu dikaji dan ditulis sezaman dengannya. Maksudnya ialah

sejarawan itu sendiri yang perlu terlibat atau mengalami sendiri bersama peristiwa itu. Hal ini

dapat dilihat seperti Thucydides yang menulis pada zamannya tentang sesuatu peristiwa itu

berlaku.8
4
Ibid.
55
Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 37.
6
R. Suntharalingan, Pengenalan Kaedah Sejarah, Kuala Lumpur: Marica dan Sons (M) Sdn. Bhd., 1985, hlm. 12.
7
Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991,
hlm. 2.
8
Ishak Saat, Ilmu Sejarah: Antara Tradisi dan Moden, Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd., 2007, hlm.
26-27.

2
AEEA 2125 : TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

Selain itu, sejarawan perlu juga mengaitkan dan menganggap bahawa ilmu sejarah itu

adalah sebahagian daripada ilmu sains.9 Hal ini kerana ilmu sejarah juga mempunyai kaedah

saintifik yang memerlukan analisis, meneliti dan menyelidik bagi mewujudkan satu bahan yang

baru dalam membuat sesebuah penulisan pensejarahan. 10 Oleh itu, beliau menganggap ilmu

sejarah adalah tergolong dalam ilmu sains. Dapat dijelaskan lagi mengenai matlamat untuk

mencapai objektif adalah beliau hanya inginkan fakta-fakta yang benar sahaja dalam membuat

penulisan pensejarahan tanpa ada penambahan matlumat yang tidak jelas. 11 Oleh yang

sedemikian, beliau telah mementingkan penggunaan sumber dalam penulisan pensejarahan.

Penggunaan Sumber Dalam Penulisan Pensejarahan

Dalam penulisan pensejarahan, Leopold Von Ranke beliau amat mementingkan

pengunaan sumber. Terutamanya, pengunaan sumber primer. Antara sumber tersebut

termasuklah buku kenangan, catatan harian, surat-menyurat, laporan diplomatik dan gambaran

asli saksi-saksi.12 Bagi mengukuhkan lagi sesuatu penulisan pensejarahan itu, beliau telah

menggunakan pendekatan hermeneutis dan menggunakan teknik catatan nota kaki dalam

penulisan beliau. Teknik tersebut dipelajarinya ketika beliau menuntut di universiti lagi. 13 Hal

ini kerana sebelum zamannya banyak sejarawan yang tidak mementingkan pekara ini. Dengan

itu, memungkinkan seseorang sejarawan itu akan melakukan spekulasi dalam penulisan

pensejarahan seperti wujudnya bentuk teokrasi, logik, falsafah dan khayalan dalam menghasilkan

sesebuah peristiwa.14
9
Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 289-290.
10
Ibid., hlm. 285.
11
Ishak Saat, Ilmu Sejarah: Antara Tradisi dan Moden, hlm. 27.
12
Ibid., hlm. 28.
13
Ibid.
14
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah Sejarah : Perkembangan dan Kewajaran, Kertas-kertas Kerja Simposium
Kebangsaan Ilmu Sejarah Pada 30-31 Oktober 1998, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1998, hlm. 6.

3
AEEA 2125 : TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

Disamping itu juga, beliau telah memperluaskan lagi penggunaan bahan-bahan yang

terdapat di arkib-arkib iaitu sekitar tahun 1830-an. Hal ini disebabkan pada kekita itu, kerajaan

Eropah telah mula membuka arkib-arkib yang sememangnya mempunyai dokumen-dokumen

penting. Sebelum itu, pengunaan bahan-bahan tersebut adalah tidak dibenarkan. Akhirnya,

beliau mengambil kesempatan itu untuk membuat penyelidikan terhadap bahan-bahan tersebut. 15

Oleh yang sedemikian, beliau mula mengambil berat dalam penggunaan sumber ini dan mula

berfikiran kritis dalam penulisan dan pentafsiran sejarah. 16 Sehinggakan, saya mula berfikir

bahawa penggunaan kaedah saintifik dalam pensejarahan amatlah diperlukan dalam

menghasilkan karya yang lebih baik dalam penulisan pensejarahan. Hal ini kerana ada kaitan

dalam pembaharuan yang telah beliau lakukan.

Menggunakan Kaedah Saintifik

Dalam penulisan dan pentafsiran pensejarahan, beliau mengambil berat supaya sejarawan

itu harus berada ‘di luar’ peristiwa, masyarakat, dan negara yang ingin dikaji tersebut. Kaedah

saintifik merupakan salah satu kaedah untuk mencapai matlamat yang objektif “seperti

sebenarnya berlaku”.17 Dengan itu, beliau telah membuat pembaharuan dan memperluaskan lagi

kaedah seminar dan Quellinkritik. Kaedah ini adalah untuk membanding-bandingkan bahan-

bahan yang ditemui melalui kaedah mencari, menilai dan mengkritik sumber-sumber utama

dengan cara tanggapan luaran dan dalaman. Oleh itu, dianggap sebagai satu kajian yang kritis

terhadap sumber-sumber sejarah.18

15
Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur, Kuala Lumpur: Utusan
Publications dan Distributors Sdn. Bhd., 2000, hlm. 34.
16
Ishak Saat, Ilmu Sejarah: Antara Tradisi dan Moden, hlm. 27.
17
Ibid, hlm. 28.
18
Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 286-287.

4
AEEA 2125 : TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

Dengan penekanan yang dibuat sedemikian itu, maka kita akan dapat mengasingkan unsur-

unsur seperti dongeng, mitos, lagenda dan pandangan peribadi yang sering wujud pada karya-

karya pensejarahan tradisi. Pengasingan harus dilakukan kerana unsur-unsur tersebut tidak dapat

dibuktikan kesahihannya.19 Disamping itu, beliau hanya inginkan fakta-fakta sahaja yang

digunakan dalam pensejarahan tanpa ada wujud campur tangan sejarawan dari sudut emosi dan

lain-lain tadi bagi mengelakkan berlakunya pemalsuan peristiwa sejarah. 20 Semuanya ini adalah

untuk mencapai matlamat yang objektif yang telah ditekankan oleh beliau dalam pensejarahan.

Dengan yang sedemikian, pembaharuan dan peluasan bidang ilmu sejarah semakin diperluaskan

lagi semasa beliau menjadi pensyarah di Universiti Berlin.

Memperkemaskan lagi Ilmu Sejarah di Universiti

Tidak dinafikan bahawa, perkembangan ilmu sejarah di peringkat universiti adalah

bermula di Universiti Gottingen yang dipelopori oleh sejarawan seperti J.L. Mosheim, J.G.

Gatterer, J.G Schlozer dan A.H.L Heeren. Meraka ini telah menyumbangkan jasa bakti mereka

di Universiti Gottigen dalam bidang ilmu sejarah. Mereka berpendapat bahawa ilmu sejarah

adalah satu bindang ilmu yang tersendiri dan perlu mengetahui kepentingannya dalam

mempelajarinya. Seterusnya telah diperkembangkan dan ditekankan dalam pensejarahan di

Universiti Gottingen iaitu melalui pendapat dan pandangan-pandangan mereka. Sehinggakan,

Universiti Gottingen ini banyak menyumbang dan memantapkan ilmu sejarah sebagai satu

disiplin ilmu.21

Kemunculan Leopold Von Ranke dalam pensejarahan telah memperkemaskan lagi ilmu

sejarah di universiti, terutamanya di Universiti Berlin, Jerman. Sehinggakan menjadikan ilmu


19
Ibid.
20
Louis Gottschalk, Mengerti sejarah : pengantar metode sejarah, Jakarta : Yayasan Penerbit Universitas
Indonesia, 1975, hlm. 161.
21
Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur, hlm. 30-32.

5
AEEA 2125 : TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

sejarah sebagai disiplin ilmu yang moden. Beliau telah mewujudkan kaedah yang kritis dalam

pensejarahan termasuk penyelidikan sejarah. Bagi memaparkan peristiwa yang objektif dan

tanpa spakulatif. Tujuannya adalah untuk memcapai ‘seperti sebenarnya ia berlaku’. Hal ini

telah dijelaskan tadi iaitu seperti mementingkan matlamat untuk mencapai objektif,

mementingkan pengunaan sumber, terutamanya sumber-sumber primer dan juga memperluaskan

lagi kaedah saintifik dalam penyelidikan dan pentafsiran pensejarahan. 22 Walau bagaimanapu,

pembaharuan yang beliau telah perkenalkan ini telah mendapat pelbagai kritikan daripada

sejarawan-sejarawan yang ada pada masa tersebut atau pun selepasnya. Salah satu kritikan yang

belau dapat adalah mengenai aspek politik kerana beliau banyak menekankan aspek-aspek

politik dalam karya-karya pensejarahan beliau.

Lebih Tertumpuh Kepadaa Unsur Politik Dalam Pensejarahan

Leopold Von Ranke percaya bahawa segala yang berlaku dalam sejarah adalah dikuasai

oleh politk sahaja dan mengenepikan aspek-aspek lain seperti ekonomi, budaya gereja, sosial dan

sebagainya. Oleh yang sedemikian, maka beliau hanya menumpukan kepada kegiatan negara

seperti struktur, pembentukan dan pelaksanaan dasar, hubungan diplomatik, konflik luar dan

dalam negeri.23 Contohnya, ketika beliau menulis tentang Revolusi England iaitu beliau hanya

menekankan konflik-konflik politik dan agama sahaja. Sehinggakan, mengabaikan kepentingan

ekonomi dalam penulisan tersebut. Pada masa yang sama juga, sebenarnya beliau menyedari

bahawa aspek-aspek lain juga adalah penting. Tetapi, beliau tidak memaparkan pun hal-hal yang

berkenaan dalam penulisan beliau. Keadaan ini memperlihatkan bahawa wujud perbezaan

22
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah Sejarah : Perkembangan dan Kewajaran, Kertas-kertas Kerja Simposium
Kebangsaan Ilmu Sejarah Pada 30-31 Oktober 1998, hlm. 6.
23
Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur, hlm. 35.

6
AEEA 2125 : TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

pandangan antara beliau dengan para pemikir Enlightenment iaitu golongan kesedaran yang

menjaga kepentingan kerajaan dan rakyat, serta sejarawan di Universiti Gottingen.24

Hal ini disebabkan kerana pada masa itu telah wujudnya semangat kebangsaan akibat

daripada berlakunya gerakan Romantik dalam menentang Revolusi Perancis dan Perang

Napoleon. Seterusnya, telah mempengaruhi bidang kesusasteraan dan pensejarahan. 25

kemungkinan juga beliau menumpuhkan kepada aspek politik dan keagamaan ini sahaja adalah

disebabkan bahawa beliau kuatir akan menganggu status-qua dan menjejaskan sistem

sosiopolitik yang sudah sedia ada pada ketika itu. 26 Lagipun, pada masa itu juga bahawa politik

dan diplomasi adalah sangat penting dan kebanyakan sejarawan banyak menulis berkaitan aspek

tersebut. Disini saya cuba tegaskan bahawa aspek-aspek lain dalam penulisan pensejarahan

seperti ekonomi, sosial, kebudayaan, sejarah intelek adalah belum berkembang lagi ketika itu.

Oleh yang sedemikian, beliau hanya menumpuhkan kepada aspek politik dalam penulisan

pensejarahan adalah wajar dan patut ketika itu.27

Kesan Pembaharuan Dan Pemikiran Beliau

Sekitar abad ke-19, pengaruh Leopold Von Ranke telah berkembang meluas di benua

Eropah dan mempengaruhi sejarawan-sejarawan lain. Sehinggakan pada abad ke-20, sejarawan-

sejarawan telah mula memperluaskan lagi skop-skop penulisan pensejarahan dalam satu disiplin

24
Ibid.
25
Arba’iyah Mohd. Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm. 100.
26
Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur, hlm. 35.
27
Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 282.

7
AEEA 2125 : TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

ilmu yang penting. Pembaharuan dan pemikiran Leopold Von Ranke dalam penulisan

pensejarahan telah membawa kepada pelbagai kontroversi dikalangan sejarawan-sejarawan

sezaman dengannya dan selepasnya. Perluasan penulisan pensejarahan berlaku adalah

disebabkan pemikiran yang dibawa oleh beliau. 28 Terdapat beberapa perkara yang telah

dipertikaikan dan diperlusakan lagi dalam penulisan pensejarahan. Salah satunya ialah yang

berkaitan dengan sejarah itu adalah sebahagian daripada ilmu sains. Pandangan beliau ini telah

banyak dipersoalkan dalam kewajaran sejarah itu sebahagian daripada sains. Hal ini kerana

sekitar abad ke-20 sudah menampakkan pelbagai perbezaan kedua-duanya.29 Oleh itu, sejarah

bukanlah satu bidang sains tetapi ia merupakan satu bidang ilmu yang berbeza dari ilmu yang

lain.

Begitu juga dalam kata-kata beliau iaitu “seperti sebenarnya berlaku” telah ditolak dengan

rasmi pada tahun 1933 oleh beberapa tokoh sejarawan seperti James Harvey Robinson dan

Charles A. Beard. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa “seperti sebenarnya berlaku”

adalah sangat sukar dibuat dan tidak boleh ditulis sepenuhnya. Hal ini disebabkan ada beberapa

kelemahan yang ada pada diri manusia seperti lupa, lalai dan lain-lain lagi dan akhirnya akan

menyebabkan kesukaran tersebut.30 Selain itu, penekanan beliau dalam aspek politik juga telah

diperbetulkan pada abad ini. Sehinggakan wujudlah bidang-bidang sejarah yang pelbagai seperti

sejarah ekonomi, intelektual, sejarah sosial dan sejarah total.31

KESIMPULAN

28
Arba’iyah Mohd. Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm. 100.
29
Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, hlm. 6.
30
Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 297.
31
Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, hlm. 6.

8
AEEA 2125 : TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

Dapat disimpulkan bahawa pembaharuan yang dipelopori oleh Leopold Von Ranke

tersebut dalam penulisan pensejarahan telah banyak mempengaruhi pemikiran-pemikiran

sarjanawan sezaman dangannya, mahupun selepasnya iaitu sekitar awal abad ke-19 hingga abad

ke-20. Kata-kata beliau “seperti sebenarnya berlaku” inilah yang banyak mendorong beliau

dalam membuat idea-idea beliau dalam penulisan pensejarahan. Contonhya yang telah

diterangakan di atas seperti beliau mementingkan matlamat untuk mencapai objektif,

mementingkan penggunaan sumber, memperkemaskan ilmu sejarah di university dan

mementingkan aspek politik dan keagamaan dalam penulisan pensejarahan. Oleh yang

sedemikian telah tercetusnya pelbagai idea-idea baru yang mempengaruhi dan membuat

pembaharuan dalam penulisan pensejarahan sehinggakan ilmu sejarah menjadi satu ilmu yang

tersendiri sekitar abad ke-20. Dengan itu, sememangnya Leopold Von Ranke adalah layak

mendapat gelaran “Bapa Pensejarahan Moden” kerana tanpa idea-idea yang beliau lontarkan

dalam penulisan pensejarahan, kemungkinan ilmu sejarah yang ada pada hari ini tidaklah begitu

berkembang yang merangkumi semua aspek kehidupan Manusia.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur, Kuala
Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd., 2000.

Arba’iyah Mohd. Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2002.

9
AEEA 2125 : TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

Gottschalk, Louis, Mengerti sejarah : pengantar metode sejarah, Jakarta : Yayasan Penerbit
Universitas Indonesia, 1975.

Ishak Saat, Ilmu Sejarah: Antara Tradisi dan Moden, Shah Alam: Karisma Publication Sdn.
Bhd., 2007.

Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1988.

Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991.

R. Suntharalingan, Pengenalan Kaedah Sejarah, Kuala Lumpur: Marica dan Sons (M) Sdn.
Bhd., 1985.

Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986.

Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah Sejarah : Perkembangan dan Kewajaran, Kertas-kertas Kerja
Simposium Kebangsaan Ilmu Sejarah Pada 30-31 Oktober 1998, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya, 1998.

10

Anda mungkin juga menyukai