Anda di halaman 1dari 4

Hijrah Mahasiswa:Antara Azam dan Muhasabah Ke Arah Perubahan

oleh
Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad

Exco Pendidikan dan Penyelidikan ,Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam


Malaysia(PKPIM)

Mukaddimah

Azam tahun baru.Inilah ungkapan yang sering kita perkatakan menjelang


tahun baru.Malang bagi mereka yang tidak memikirkan tentang persoalan
azam dan lebih malang lagi ramai juga yang langsung tidak memikirkan
persoalan muhasabah menjelang tahun baru.Persoalan azam,cita-
cita,impian dan perancangan ini dapat dikatakan berkaitan masa hadapan
manakala muhasabah dan penilaian diri ini berkaitan masa
lalu.Sewajarnya muhasabah perlu dilakukan setiap individu dalam rangka
memasang azam tahun baru dan pastinya dengan muhasabah dan azam ini
dapat menginsafkan jiwa-jiwa yang sedar akan kepentingan hijrah !

Azam

Melangkah ke tahun baru memerlukan perancangan yang rapi agar tahun


baru ini tidak sekadar baru tahunnya tetapi lama
perangai,sikap,tingkahlaku ,dan pemikirannya.Azam itu pula bukan
sekadar azam tanpa memikirkan usaha kearah merealisasikan apa yang
diimpikan.Dalam konteks mahasiswa ,kita perlu sentiasa berazam untuk
meningkatkan penguasaan ilmu dan ini pastinya menuntut kita untuk
mengamalkan budaya ilmu.Budaya ilmu diamalkan dengan sentiasa
menghadiri majlis-majlis ilmu,membaca pelbagai buku meliputi pelbagai
bidang,memiliki perpustakaan peribadi,menulis dan mencatat segala ilmu
yang
diperoleh,,mendengar,mengkaji,menyelidik,bertanya,berdiskusi,berdebat
,dialog,wacana,dan lain-lain wadah ilmu.Sentiasalah berdamping dengan
para ilmuan.Utamakan membaca buku-buku karya ulama,ilmuan,pakar-
pakar dan tokoh-tokoh. Setiap detik setiap saat dimanfatkan untuk
ilmu.Inilah azam kita yang perlu diperbaharui setiap hari dengan harapan
hari ini lebih baik dari semalam.
Muhasabah

Kita sebagai mahasiswa penuntut ilmu perlu sedar dan insaf akan peranan
dan tanggungjawab kita.Kitalah harapan ibubapa,guru,pihak universiti
,pemimpin negara,ulama ,rakyat dan ummat keseluruhannya,Usia muda
tatkala berada di universiti jangan sesekali disia-siakan.Gunakan setiap
kesempatan dan waktu untuk meraih sebanyak mungkin ilmu pengetahuan
dan kemahiran meliputi pelbagai bidang.Wajar sekali kita merenung
sejenak tentang makna sebenaar mahasiswa.Benarkah kita layak digelar
mahasiswa?Sejauhmanakah kita mengurus dan memanfaatkan masa kita
sebaiknya di universiti?Bagaimana dengan penguasaan ilmu kita?
Bagaimana pula dengan iman dan taqwa kita kepada allah?Tiada lain yang
kita perlu lakukan melainkan hijrah.Kalau bukan hijrah, apa lagi?Kalau
bukan sekarang bila lagi?Kalau bukan di universiti ini di mana lagi?kalau
bukan kita siapa lagi?

Beberapa perkara penting perlu difikirkan oleh mahasiswa sewaktu


bermuhasabah antaranya:-

1)Keutamaan ilmu

Kita perlu bijak dan memberi keutamaan kepada penguasaan ilmu..Masa


hadapan yang lebin mencabar menuntut kita untuk lebih peka dan
memberi penekanan dalam menguasai ilmu-ilmu tertentu.Maka perlu kita
bermuhasabah setakatmanakah penguasaan kita terhadap ilmu Al-Quran?
Apakah kita sudah mencuba sedaya upaya untuk memahami isi kandungan
Al-Quran?Apakah kita sering membuka kitab-kitab tafsir dan terjemahan
al-Quran?Bagaimana pula dengan ilmu hadith?Apakah kita sudah
menguasai dengan mantap Bahasa Melayu,Bahasa Arab ,Bahasa Inggeris
dan lain-lain ?Bagaimana pula penguasaaan kita terhadap ilmu sains dan
teknologi?Apakah kita sudah mampu berpidato,ceramah dan
berkomunikasi dengan baik?Bagaimana pula dengan bahan bacaan harian
kita?Apakah kita istiqamah dalam membaca buku-buku ilmiah ?Bagaimana
pula dengan karya penulisan kita?
2)Pengurusan masa

Mahasiswa yang bijak tentunya pandai menguruskan masa dengan sebaik


mungkin.Amat malang bagi mahasiswa yang tidak pandai menguruskan
masa bahkan membazirkan masa kepada perkara yang tidak
bermanfaat.Sewajarnya kita insaf akan kepentingan menguruskan masa
dengan efektif.Kita patut sedar berapa banyak kerugian yang menimpa
kita seandainya kita membazirkan masa.Oleh itu kita perlu menyemak
kembali apakah kita hadir tepat pada waktunya ke dewan kuliah ?
Bagaimana pula dengan waktu tidur dan bangun dari tidur kita?Apakah
kita menjaga waktu solat?

3)Pengurusan diri dan ketrampilan

Pengurusan diri dan ketrampilan sering diabaikan sebilangan


mahasiswa.Kita sepatutnya sentiasa mengurus diri dan berktrampilan
sebaik mungkin agar status kita sebagai mahasiswa tidak dipertikaikan
orang.Kebersihan diri,cara berpakaian dan pergaulan perlulah sentiasa
dijaga .Senyuman perlu sentiasa menghiasi bibir kita.Wajah mesti
ceria.Berjalan penuh semangat.Jika diri sendiri gagal diurus,bagaimana
mahu mengurus persoalan ummat?

4)Gerak kerja dakwah

Tugas dakwah ialah hak milik setiap insan yang mengaku


bertaqwa.Melihat kepincangan yang berlaku dalam masyarakat,tiada
jalan lain untuk membuat perubahan melainkan melalui dakwah samada
dakwah secara individu (fardhiah)mahupun secara berjemaah(amal
jamaie).Apakah kita sekadar melihat satu demi satu kepincangan berlaku
dalam masyarakat tanpa berbuat sesuatu demi peubahan?Dalam konteks
mahasiswa pula, apakah kita sudah melibatkan diri dalam perjuangan
gerakan dakwah di kampus?
5)Hubungan dengan Allah

Kita perlu sentiasa bermuhasabah menilai kembali hubungan kita dengan


Allah,Tuhan sekalian alam.Apakah jiwa kita semakin dekat dengan tuhan
ataupun semakin hari semakin jauh daripadaNya?Apakah kita sudah
membersihkan hati kita dari dinodai warna-warna kehitaman dosa-dosa
yang mematikan hati sehingga membuatkan kita semakin lari dari
landasan tuhan?Bagaimana pula cara menyucikan jiwa kita agar semakin
dekat hubungan kita dengan tuhan? Amat malanglah bagi mereka yang
selalu derhaka kepada Allah dan lebih malang lagi terus ego dan sombong
enggan bertaubat dan merapatkan hubungannya dengan Allah!

Penutup

Hijrah mahasiswa perlu dimulai dengan muhasabah seterusnya azam


untuk melangkah ke tahun baru dengan penuh keinsafan dan meletakkan
wawasan ketaqwaan sebagai puncak perubahan.Mahasiswa perlu berubah
demi peubahan dan pastinya perubahan itu bermula dari diri sendiri!
Dengan muhasabah penuh keimanan dan dengan keazaman penuh
perancangan,mahasiswa mampu memimpin perubahan.Ayuh
mahasiswa ,mari berhijrah!

Anda mungkin juga menyukai