Anda di halaman 1dari 3

Vandalisme dalam Kalangan Remaja

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme

i. Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih
mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan
mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir
dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan
vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan
apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam
dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika
memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan
limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang
terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga
yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme
dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang
bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu
bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan
dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat
yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja
melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang
dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar
sewajarnya.
iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik

Masyarakat Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang


pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat
kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial
sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah
vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan
harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar
sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap
apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka
bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab
terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah:-

i. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan.


Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa
yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000
atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru
menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat
dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini
dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan
kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah
kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak
tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara
tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu
masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi
anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja.
Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang
matang sebelum melangkah ke alam dewasa
iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak
mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka
terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala
vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh
memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme.
Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai
kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang
tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa
perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak
bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran
tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga
seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan
peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh
kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan
yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.

Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen
agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana
dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat
direalisasikan keberkesanannya.

Anda mungkin juga menyukai