26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh
menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari,
setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan
anda akan beransur turun. PERCAYALAH.. !!!
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke
dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan
tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar
dan langsing.
29. Nak turunkan berat badan selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah
dengan serbuk kayu manis dan madu.
30. Badan Langsing Selepas Bersalin pula : mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba
petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua
sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam,
setiap hari sewaktu dalam pantang.
31. Mengurangkan buncit bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua
ini. Iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. kapur dan limau
tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan
kering sehingga pagi.
32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis
yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum
air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada
mengidap sebarang penyakit.
33. Kempiskan perut anda jika anda hendak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan
campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut
anda akan lebih menarik.
Petua Berkesan Langsingkan Badan Bagi Orang Gemuk!
GEMUK? satu perkataan yang agak menghinakan bagi segelintir mereka yang ada masalah ini.
Aku sangat2 bersimpati dengan orang yang mengalami masalah2 seperti ini. Oleh itu, satu hari
tahun lepas, aku duduk bertafakur memikirkan sesuatu. Sebelum ini aku buat banyak kajian
tentang pemakanan dan senaman yang mampu mengawal kesihatan kita. Selain itu juga, aku
menyusun beberapa buah resepi dan amalan khsusus serta senaman istimewa bagi mereka yang
mengalami masalah ini. Insyallah sekiranya mereka ini benar2 serius untuk menguruskan
badan ...pasti dalam masa 6 minggu sahaja... mereka akan mendapati tubuh gemuk itu sudah
tiada !
Baiklah ... mari kita lihat dari segi pemakanan. apakah resepi minuman yang berkesan untuk
memastikan lemak di tubuh diuraikan satu persatu setiap hari? Aku ada buat satu resepi yang
pastinya berkesan untuk menghalang pembentukan lemak yang berlebihan dalam tubuh.
Bahan-bahannya :
Timun + limau kasturi + lobak merak.
-Blender ke tiga2 bahan tadi dan campurkan dengan iar masak satu gelas dan minum di sebelah
pagi dan sebelah malam. atau pun setiap kali selepas makan. Anda boleh memilih salah satu dari
cara tersebut.
Al-Fatihah 3
salawat 7 kali.
insyallah amalkan secara berterusan setiap hari dan malam . Dalam 6 minggu Insyallah ada
perubahan besar yang menakjubkan anda.
1. Berfikiran positif
* Apa sahaja yang diperkatakan tentang diri seseorang secara berulang kali mampu mempengaruhi
pemikiran serta hati dan perasaan seseorang.
* Kebanyakan orang salah anggap dengan berdiet. Ramai yang menganggap bahawa berdiet adaalh
dengan makan dengan sedikit.
* Diet dengan cara ini memang mampu menurunkan berat tetapi lama-kelamaan ia akan naik semula
kerana makan dengan jumlah sedikti akan membuat anda berasa lapar dan akan mendorong anda
makan dengan lebih banyak.
* Selain itu makan dengan sedikit boleh menurunkan kadar metabolisme seseorang dan ini boleh
menyebabkan pembakaran kalori yang perlahan.
CARA MUDAH
Letih memikirkan cara menjadikan diet anda benar2 berkesan? Persoalan bolehkah anda mengurangkan
berat badan tanpa berbelanja lebih terhadap makanan tertentu, menyertai aerobic atau sanggupkah anda
melaburkan wang yg banyak semata-mata untuk mengikur program diet?
Ya! Hanya dengan mengubah cara hidup anda, anda boleh mendapat tubuh idaman dgn cara yg selamat
dan menjimatkan! Duane Irons dalam bukunya Bargain Beauty Secrets ada 15 cara penyelesaian yg
boleh anda praktikkan.
1) Segera setkan fikiran untuk mencapai segelas air masak suam setiap kali anda teringat atau teringin
untuk mmengudap snek.
2) Kosongkan almari makanan. Selain menjimatkan wang, anda juga membantu mengurangkan cubaan-
cubaan untuk menyelongkar almari mencari makanan.
3) Buat sesuatu yg memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk menurunkan berat badan.
Contohnya tampal gambar anda yg sedang memakai baju idaman seperti baju kebaya di kala usia anda
17 tahun.
4) Kerap gunakan rempah seperti halia, lada sulah, lada hitam, sos Tobasco yg nyata dapat
mempercepatkan pembakaran lemak sehingga 25%. (Sumber University Kyoto, Jepun).
5) Tidur adalah merupakan aktiviti yg boleh dilakukan bagi menghindarkan anda cenderung mengunyah
makanan. Kajian yg dilakukan oleh University of Chicago menyatakan paras m e t a bolisme wanita
meningkat ke 40% jika mendapat tidur yg cukup.
6) Jadilah pembeli yg bijak. Sentiasa menyenaraikan apa yang ingin dibeli bagi mengelakkan belanja yg
keterlaluan.
7) Tahukah anda kebanyakan model professioanl mengamalkan tip diet berpandukan ABCs iaitu dgn
menjauhkan alkohol, bread (roti putih) dan complex carbohidrat (kabohidrat kompleks)
8) Lawan nafsu makan di waktu malam. Terdapat kajian menyakatan kebanyakan kita cenderung makan
lebih pada waktu malam atau dalam bilik yg gelap. Cuba mempercepatkan waktu makan malam anda
dan tidur awal bagi mengelakkan anda dari dimakan.
9) Jangan sesekali lupa mengambil sarapan. Sarapan turut membantu meningkatkan metabolisme dan
memberi tubuh anda tenaga setelah menahan lapar pada malam hari. Sekurang-kurangnya anda tidak
makan yg keterlaluan pd waktu tengahari.
10) Pilihlah snek yg betul seperti biskut jagung tanpa gula ketika anda terasa anda teringin mengunyah
makanan.
11) Sentiasa mendengar muzik yg memberikan ketenangan pada jiwa anda. Terdapat kajian menyatakan
bahawa muzik yg menenangkan jiwa mengurangkan mood untuk makan berlebihan.
12) Kajian yg dijalankan oleh University of Switzerland menyatakan minuman teh hijau dapat membantu
mempercepatkan pembakaran kalori. Dianjurkan 3 cawan sehari.
13) Perhatikan apa yg anda makan. Ketepikan semua jenis makanan tatkala anda menonton TV atau
membuat actvt santai yg lain.
14) Peruntukkan 20 minit berjalan di luar rumah mengambil angin petang. Sekurang-kurangnya ia akan
membantutkan keinginan anda mencai sumber makanan. Tapi ingat jgn berjalan di kompleks membeli
belah, kerana di situ terdapat banyak kedai makan yg menduga 'puasa' anda.
15) Bila anda ke kompleks membeli belah, pesanlah salad, yogurt atau air kacang soya yg membuatkan
anda berasa kenyang.
Kemampuan anda untuk mengubah asas metabolisma adalah terhad. Bagaimanapun dengan
kekerapan bersenam dan melakukan aktiviti membina tisu otot, ia akan membakar lebih banyak
kalori.
Senaman aerobik yang kerap seperti berjalan untuk 30 minit setiap hari adalah cara terbaik
membakar kalori. Latihan seperti mengangkat berat juga penting kerana membantu
mengurangkan kehilangan otot disebabkan penuaan. Ini kerana tisu otot membakar lebih banyak
kalori, jisim otot adalah faktor utama kepada pengurangan berat badan. Walaupun senaman
aerobik bagus untuk menurunkan berat badan, tetapi apa saja pergerakan sebenarnya boleh
juga membantu membakar kalori.
Setiap hari luangkan beberapa ketika untuk berjalan kaki untuk beberapa minit. Aktiviti seperti
berkebun, membasuh kereta, mengemas rumah juga membantu membakar kalori dan
menyumbangkan kepada penurunan berat badan. Memilih menaiki tangga dan berjalan dari
tempat letak kereta ke pejabat juga adalah cara mudah membakar kalori.
Jangan ambil makanan tambahan (supplement) untuk membantu membakar kalori. Biasanya
produk yang mendakwa boleh mempercepatkan metabolisma ada kesan jangka panjang yang
bahaya pada kesihatan.
Baca label setiap produk begini dengan berhati-hati dan dapatkan pendapat pakar jika anda
memang mahu memilih produk sebegini
Type of Exercise Calories/hour
Sleeping 55
Eating 85
Sewing 85
Knitting 85
Sitting 85
Standing 100
Driving 110
Tennis 350+
Skating/blading 420+
Rowing 550+
Squash 650+
Running 700+
KALORI MAKANAN
Kategori:Kuih Muih
Kategori: Buah-buahan
kategori : Minuman
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*************************************************************************************
SHARING IS CARING..
MENYERIKAN WAJAH
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan
di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka.
Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
MENGHALUSKAN KULIT
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya
dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan
selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk
membersihkan kulit.
MENGHILANGKAN BAU BADAN
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit
limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
BADAN RINGAN DAN BERTENAGA MINUM
air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air
rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk
meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
MELEMBUTKAN RAMBUT
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan
ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan
seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
AWET MUDA
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka
berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
MERAWAT SENGGUGUT
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia
mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
KULIT CERAH DAN LICIN
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka
dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
RAMBUT LEBAT
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3
kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
MENGEMPISKAN PERUT
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian
ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung,
lumurkan atau sapu dekat perutsahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok
paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut
buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan
Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
MENGEKALKAN KECANTIKAN
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk
mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi
ataupun minuman.Menghasilkan Kulit CantikAmalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan
lobak merah yg telah dihancurkan
Terdapat pelbagai petua traditional untuk membantu mengembalikan ketegangan dan keanjalan
payu dara. Mungkin hasilnya tidak drastik namun sekurang-kurangnya penampilan nampak lebih
yakin dan menarik. Antara petua-petuanya ialah
1. Labu
Kupas sebiji labu dan masak sehingga empuk/lembik. Ramas labu itu ketika masih suam.
Kemudian sapukan pada keseluruhan payu dara. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas.
Lakukan petua ini sebanyak dua kali seminggu.
2. Daun Sirih
Ia mempunyai peranan penting dalam menganjalkan payu dara. Sediakan beberapa helai daun
sirih. Layurkan di atas api dan angkat setelah agak-agak panas. Hati-hati supaya daun sirih tidak
terbakar. Kemudian tekapkan kepada payu dara. Bentukkan ia seperti cawan kopi tetapi tidak
menutup puting. lakukan langkah yang sama terhadap payu dara satu lagi. Selepas itu, pakai coli
seperti biasa dan biarkan sehingga 2 atau 3 jam. Jika mahu, amalkan petua ini setiap hari.
3. Urutan
Selain itu, wanita juga boleh memilih urutan bagi mendapatkan payu dara yang diingini. urutan
dengan mengelilingi payu dara dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit dan denyutan apabila ia
mengeras.
Caranya mudah dan tidak mengambil masa yang lama, iaitu dengan menegakkan badan dan
genggam kedua-dua tapak tangan. Tolak ke arah berlawanan dan lakukan selama 10 hingga 20
minit mengikut kemampuan
Besarkn breast
Semua wanita inginkan payudara yang tegang, besar dan menarik, jadi tidak salah jika
anda mencuba petua ini. Caranya,panaskan 2 sudu minyak sapi dan sejukkan kemudian
tuangkan ke dalam bekas. Urut payudara menghala ke atas selama 15 minit menggunakan
minyak sapi tersebut,biarkan seketika dan lap menggunakan tuala suam sehingga bersih.
Amalkan selalu untuk mendapat hasil yang memuaskan.