Anda di halaman 1dari 3

-- WANITA menarik LAKI-LAKI...

,, Tidak hanya di DUNIA tapi juga sampai ke NERAKA --


by Yus Fairus on Monday, April 5, 2010 at 7:01pm
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak
memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah:

1. AYAHnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup
aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka kerana anaknya.

(p/s; Aduhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya
bersolat dan berpuasa ..?..Menutup aurat?..Pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk
menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. SUAMInya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di sembarang tempat, memperhiaskan diri
bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami berdiam diri (walaupun seorang yg alim
dimana sholatnya tidak pernah bertangguh/ditinggalkan, dan Puasanya senantiasa dijalankan tanpa jeda), atas
kesalahannya tdk bisa membimbing isterinya maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana
akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati
bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Saudara LAKI-LAKInya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya /saudara lelakinya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan
dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. ANAK2 LELAKInya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran
mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan dipertanyakan dimintai pertanggungjawaban di
akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika bersalah atau lupa/khilaf.... krn ibu juga insan biasa...
tidak lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik ke dalam
neraka.

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum
lelaki yg bergelar AYAH / SUAMI/ SAUDARA LAKI2 atau ANAK LELAKI harus memainkan peranan mereka sesuai perintah
Alloh SWT.

Firman Allah SWT;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana
bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."

Dari Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :


Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang
akan mengamalkannya?
Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima.

Sabda baginda ;

-Jauhkanlah larangan-larangan niscaya engkau akan menjadi manusia yang paling beribadah;

-Relalah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepadamu niscaya engkau akan menjadi manusia paling kaya;

-Berbuat baiklah kepada sesama insan niscaya jadilah engkau orang mukmin sejati;

-Kasihilah orang lain sebagaimana engkau mengasihi dirimu sendiri niscaya engkau menjadi sebenar-benar muslim dan
janganlah engkau banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati...

4 golongan lelaki ke neraka ..


by Islamic Glory on Sunday, September 5, 2010 at 3:09pm

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya
di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka
dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami
mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu
hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar
tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah
manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah
mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan
dengan penuh ikhlas..

 
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga
seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang
atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

Anda mungkin juga menyukai