Anda di halaman 1dari 1

DOA BULAN BAHASA

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada di Majlis
Perasmian Bulan Bahasa Peringkat Sekolah pada hari ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi
dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah,
pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa


Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-
padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi membangunkan negara dalam menghadapi
alaf baru . Jadikanlah juga majlis ini sebagai usaha murni kami untuk memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Rasmi negara kami .

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-
cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru ini .
Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta
menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga
jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan
keburukan.

Anda mungkin juga menyukai