1
based on a set of common organizational norms and values, profits and productivity will
decline – and our country’s competitive position will erode. A war needs to be waged. A
war for values and norms. Normfulness rather than normleeness should be the throphy to
the victors...”
Sikap adalah kesediaan seseorang dari segi mental dan fizikal untuk bertindak terhadap
sesuatu. Sesuatu perkara yang dilakukan mungkin secara teragak-agak, tidak sepenuh hati
atau dilaksanakan secara terpaksa dan oleh sebab itu persediaan mental juga amat penting
bagi memperlihatkan sikap sebenar seseorang. Sikap mempunyai peranan penting sebagai
faktor pendorong dalam tindakan manusia samada untuk menerima atau menolak sesuatu.
Perlakuan seseorang yang positif adalah didorong oleh pemikiran serta sikapnya yang
positif terhadap sesuatu perkara begitu juga sebaliknya. Sikap seseorang juga dipengaruhi
(dan juga berubah) oleh pengalaman, kerana perkara yang pernah terjadi kepada
seseorang adalah merupakan satu pengajaran yang memberi kesan kepada emosi dan
psikologi individu berkenaan .
Definisi Etika
Etika adalah prinsip-prinsip kerja yang terbentuk daripada gabungan unsur nilai, norma
dan sikap yang dikongsi bersama dalam kumpulan. Penerapan nilai etika dalam diri
warga kerja adalah untuk membangunkan personaliti individu yang memiliki hala tuju
dalam kehidupan (purposive), berani (courageous), adil (just), cekap (competent) dan
penyayang (benevolent). Apabila seluruh warga kerja sesebuah organisasi memiliki satu
rnatlamat yang sama maka akan wujud keharmonian dalam organisasi tersebut untuk
rnengamalkan etika kerja yang sama. Nilai, norma dan sikap yang dikongsi bersama
secara positif akan menerbitkan prinsip-prinsip kerja yang baik dan oleh yang demikian
ia akan mewujudkan satu budaya organisasi yang baik secara keseluruhan. Begitu juga
kalau semua orang berkongsi nilai, norma dan sikap yang kurang baik akan
rnenyebabkan etika kerja yang kurang baik. Selalunya moral dan etika disamaertikan.
2
Definisi Rasuah
Didalam bahasa Arab,rasuah disebut sebagai ar-risywah atau ar-rasywah yang
bermaksud sesuatu penyambung yang dapat menghantar sesuatu tujuan dengan harta dan
sogokan.
Menurut Kamus Bahasa Malaysia ,rasuah adalah pemberian untuk menumbuk rusuk
(menyogok,menyuap dengan wang ).
Kajian Syed Hussein Al Attas (1955) -Rasuah bermula awal kehidupan manusia
bermasyarakat.
Pendidikan awal kanak –kanak merupakan masa yang amat penting dalam melahirkan
generasi yang berwawasan.Etika profesion keguruan yang tersedia ada haruslah di semak
semula bersesuaian dengan cabaran pendidikan kini dan hasrat bagi menyempurnakan
misi nasional .Satu lembaga haruslah dibentuk bagi memastikan etika berkenaan
dipatuhi.Aspek ini haruslah diberi penekanan dalam kurikulum pendidikan guru di
universiti dan maktab perguruan secara serius.Tatacara profesion keguruan juga harus
memberi tumpuan kepada ikhtisas dan ilmiah.
Guru haruslah menerapkan nilai dan etika yang baik kepada murid-murid agar mereka
menjadi manusia yang beretika ,jujur dan amanah tertanam dalam diri mereka.Semasa
pengajaran guru haruslah menerapkan nilai-nilai yang murni seperti jujur ,kasihsayang
,bekerjasama serta hormat –menghormati dan sebagainya.
Ditangan guru sendiri ,martabat profesion keguruan dapat ditingkatkan dengan
memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar,ibu bapa
,masyarakat ,negara,rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion
keguruan.Amanah ini haruslah dipikul oleh para guru dengan penuh rasa tanggungjawab
agar generasi akan datang menjadi generasi yang penuh berwawasan serta tidak
3
mengamalkan rasuah .Maka akan lahirlah masyarakat Malaysia yang berupaya
menghadapi cabaran yang semakin komplek kini.
Kriteria pemilihan guru bukan hanya melihat dari sudut akademik semata-mata ,tetapi
juga mengambil kira komitmen mereka dalam kegiatan kokurikulum bagi membentuk
modal insan yang cemerlang.Syarat pengambilan calon guru diperketatkan sejak 2005
dalam usaha melahirkan tenaga pengajar yang mahir dan berwibawa serta mampu
menyumbang secara yang lebih berkesan dan seterusnya dapat merealisasikan wawasan
negara. “Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan
wawasan negara,peranan guru amat penting untuk memastikan nilai nasional dapat
disempurnkan” .
Begitulah petikan ucapan daripada Y.B Dato’ Sri Hishamudin bin Tun Hussein,Menteri
Pelajaran Malaysia sempena Perutusan Hari Guru Tahun 2006.
Penampilan yang progresif serta moral ,etika dan nilai murni akan menjadi komponen
utama dalam membangunkan modal insan cemerlang dan terbilang.Lim Tay Boh(1948)
“Pendidikan Universiti dan Laporan Carr Saunder” membincangkan mengenai keperluan
guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan yang tinggi agar murid-murid
yang didik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik dan akhlak yang tinggi.
4
Saya juga bersetuju dengan pendapat Ahli Parlimen Pontian,Ahmad Maslan bahawa
pendidikan wajar di ajar diperingkat sekolah rendah,menengah dan seterusnya
di universiti sebagai persediaan untuk menghadapi dunia pekerjaan yang mencabar
sehingga ada yang sanggup mengenepikan prinsip moral yang diamalkan selama ini.
Guru-guru hendaklah menerapkan nilai-nilai yang murni dalam pengajaran dan
pembelajaran.Golongan yang terlibat dalam rasuah dan penyelewengan selalunya kurang
pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni,tamak, etika kerja yang lemah,ego,tidak
nampak kelemahan sendiri serta tekanan hidup.Jika mereka diingatkan sentiasa sejak dari
kecil tentunya masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak akan berlaku.
Semasa di sekolah ataupun universiti, pendidikan sebelum memasuki alam pekerjaan
juga diajar tentang etika yang perlu diikuti agar masalah rasuah di negara kita dapat di
kurangkan atau di bendung.
Kualiti ahli akademik dipertingkatkan ,jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka akan
diusahakan termasuk melalui kerjasama penyelidikan .Penampilan yang progresif serta
moral ,etika dan nilai murni akan menjadi komponen utama dalam membangunkan modal
insan.
Pendidikan Moral ,Sivik dan Ketatanegaraan merupakan mata pelajaran yang diajar
disekolah rendah.Murid-murid yang betul-betul memahami serta menghayati kandungan
matapelajaran ini akan melahirkan serta membentuk ciri-ciri individu dan masyarakat
bangsa Malaysia yang maju pada tahun 2020
Nilai-nilai etika yang baik serta usaha memerangi rasuah yang merupakan teraju utama
dalam pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dapat di benteras jika
semua pihak bekerja keras membasminya.
Semasa di universiti juga nilai etika dan moral yang baik patut diterapkan agar apabila
mereka melangkah ke dunia pekerjaan mereka tidak terlibat dengan gejala
rasuah,menyelewengan wang serta tidak amanah.Pelajaran yang tinggi tidak menjamin
seseorang itu mempunyai etika yang baik.
Pendidikan tertiari dalam konteks sistem Pendidikan Kebangsaan adalah pendidikan
selepas pendidikan menengah hingga ke peringkat pendidikan tinggi.Pendidikan pada
peringkat ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti,politektik ,institusi
latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta ,universiti awam,dan institusi
5
pendidikan tinggi swasta (IPTS).Pendidikan tertiari merupakan pemangkin utama
penjanaan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan ,berkemahiran ,dan
berketrampilan bagi memenuhi keperluan mencapai wawasan negara.Ianya menghasilkan
masyarakat berakhlak mulia ,berperibadi tinggi,berdaya saing ,serta seimbang dari segi
jasmani,emosi ,rohani dan intelek agar melahirkan insan yang bermoral serta tidak
terlibat dengan rasuah.
6
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Etika Serta Amalan Rasuah
Kelemahan individu merupakan faktor yang mendorong peningkatan amalan
rasuah.Kurangnya pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni,etika kerja yang
lemah,tamak,ego,tidak nampak kelemahan sendiri serta tekanan hidup masa kini yang
semakin meningkat.
Budaya masyarakat kita yang takut membuat laporan kerana bimbang tindakan balas oleh
pihak tertentu menyebabkan amalan rasuah dan penyelewengan semakin
meningkat.Ditambah pula dengan sikap tidak ambil peduli serta sikap ‘angguk’ dan
‘ampu’.
Masalah kepimpinan kurang berteladan, lemah iltizam serta pemimpin yang juga
mengamalkan rasuah serta arahan pemimpin yang melanggar prosedur dan peraturan
seperti‘cakap tak serupa bikin’ .
Struktur organisasi yang tidak kemas dan kurang fokus serta matlamat tidak jelas dan
munasabah,struktur lapuk, tidak sesuai dengan tuntutan dan cabaran baru ,
pertindihan skop,pertentangan tugas dan tanggungjawab antara institusi menyebabkan
penyalahgunaan kuasa berlaku.
Masalah ini dapat diatasi dengan melaksanakan aktiviti penggalakan, penerapan serta
penghayatan nilai-nilai murni dan etika bagi memperkukuhkan tahap integriti pegawai
dan staf di jabatan berkenaan, penekanan nilai kepada kakitangan hendaklah secara
berterusan .
Untuk mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan Perkhidmatan Awam yang cekap,
berdisiplin serta mempunyai integriti yang paling tinggi dengan mempertingkatkan
amalan nilai-nilai murni di samping berusaha mengatasi masalah-masalah dan kelemahan
terutamanya dalam pengurusan kewangan Kerajaan, pentadbiran awam, pengendalian
kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh
peraturan, perundangan serta agama. Membina tingkahlaku yang baik melalui penerapan
nilai-nilai murni dan peka kepada petanda rasuah , mengawas dan mengatur langkah-
langkah kawalan dalaman dalam pelaksanaan tugas-tugas penyeliaan oleh pegawai kanan
bagi mencegah sebarang penyelewengan dan jenayah rasuah.
7
Sifat –Sifat Orang Yang Beretika
Sifat seseorang yang beretika bergantung kepada nilai yang dibawa dari didikan ibu
bapanya,pengaruh rakan sebaya,persekitaran serta pengalaman masa silamnya.Nilai-nilai
murni yang ada pada seseorang mencerminkan seseorang itu mempunyai moral yang baik
serta beretika.Mereka sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan
bersikap lapang dada ,bersedia menunaikan tanggungjawab dengan penuh ikhlas tanpa
mengharapkan imbalan atau material.
Perlakuan seseorang yang positif adalah didorong oleh pemikiran serta sikapnya yang
positif terhadap sesuatu perkara begitu juga sebaliknya.
Nilai Teras
Amanah – Bijaksana – Benar – Telus – Adil - Bersyukur
Nilai Sokongan
Disiplin – Kerjasama – Taatsetia – Komitmen - Profesionalisme
Simptom Rasuah
1.Enggan dinaikkan pangkat atau ditukarkan
2.Perhubungan rapat dengan kontraktor/ pembekal
3.Panggilan telefon yang penuh kerahsiaan
8
6.Tidak konsisten dalam produktiviti
7.Gagal menjelaskan punca perolehan harta
8.Kerap berurusan di luar tanpa sebab munasabah
9.Penglibatan yang luar biasa dengan unit lain
10.Suka bekerja berseorangan
11.Pembekal/kontraktor enggan berurusan dengan pegawai lain
Dasar menggalakkan tadbir selia dan nilai-nilai etika yang baik serta usaha memerangi
rasuah yang merupakan teraju utama dalam pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi. Abdullah berkata, keputusannya untuk memberi penekanan kepada kawal selia
yang baik dan pencegahan rasuah adalah berkait rapat dengan keperluan untuk
mengekalkan persaingan ekonomi Malaysia dalam menghadapi peningkatan tekanan
global.
"Sebuah negara yang mempunyai tahap rasuah yang tinggi, sama ada ia satu hakikat atau
tanggapan, menghadapi risiko untuk kehilangan pelaburan masa kini dan pada masa
depan. Bagi sebuah ekonomi kecil seperti Malaysia, tanggapan bahawa rasuah atau
ketidakcekapan merupakan sesuatu yang kita tidak patut hadapi,".
Petikan Ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa Forum Etika dan Integriti
Dunia di Institut Integriti Malaysia,2005.
Akauntabiliti dalam sektor awam adalah sangat penting. Sebagai penjaga amanah
rakyat, segala keputusan yang dibuat perlu berteraskan kepada kepentingan
umum. Tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya kita mempunyai
etika yang jelas dalam aspek moral dan juga tingkah laku kita semasa menjalankan
tugas harian. Gabungan tanggungjawab dan etika akan mewujudkan integriti yang
tinggi dan penambahbaikan akan lebih berkesan jika segala keputusan yang
dijalankan dibuat secara lebih telus. Proses kerja yang boleh memberi ruang kepada
penyalahgunaan kuasa hendaklah diteliti dan diperbetulkan. Begitu juga penguatkuasaan
yang tegas dan adil hendaklah dilaksanakan. Ini akan mengukuhkan kepercayaan rakyat
dan orang luar terhadap kerajaan.
9
Etika Sebelum Memasuki Alam Pekerjaan
Seseorang yang memasuki alam pekerjaan ia hendaklah melengkapkan diri dengan nilai
dan etika yang baik dan sempurna.Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kecekapan
,ketelusan integriti dan akauntibiliti dalam perkhidmatannya.
Individu yang mempunyai etika yang tinggi merupakan pekerja yang cekap,berdisiplin
serta mempunyai integriti yang tinggi dengan amalan nilai-nilai murni disamping
berusaha mengatasi rasuah,penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang di tegah oleh
peraturan ,perundangan dan agama.
Dalam usaha untuk membentuk budaya kerja berkualiti dalam organisasi, orientasi warga
kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan
budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti,
bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang. Komitmen
daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah
dituntut. Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas
kehendak organisasi dengan mengenepikan segala kepentingan lain khususnya
kepentingan peribadi. Penting bagi sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang
berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama
jabatan. Ini dapat dilakukan dengan sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta
mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan
organisasi.
Sektor kerajaan dan swasta ada menganjurkan kursus kepada pekerja-pekerjanya
sebelum mereka memulakan kerjaya.Ini membolehkan mereka tahu hala tuju yang perlu
diikuti serta untuk meningkatkan budaya kerja cemerlang.Ini untuk memastikan tiada
sebarang kelemahan dari segi kemungkinan berlaku rasuah,salahguna kuasadan
penyelewengan,mempercepatkan dan memperkemaskan proses kerja dan memastikan
keberkesanan.
10
Kesimpulan
Berdasarkan huraian yang dijelaskan ,saya bersetuju bahawa pendidikan etika patut diajar
semasa di sekolah rendah,menengah serta di universiti sebelum seseorang itu menempuh
alam pekerjaan yang semakin mencabar dewasa kini.
Menteri Mentor Singapura ,LeeKwan Yew dalam kenyataannya di Forum Etika dan
Integriti Dunia 2005 di Institut Integriti Malaysia menyatakan bahawa ,kakitangan awam
patut mendapat gaji yang tinggi untuk mengelakkan kegiatan rasuah.Kenyataannya
dijawab oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ,bahawa ia tidak semestinya betul
iaitu;
"Saya tidak percaya ini merupakan jawapan kepada rasuah. Jika seseorang itu korup,
dia akan sentiasa mengamalkan rasuah walaupun dia mempunyai berjuta dalam poket,
kerana dia didorong oleh perasaan tamak, nilai-nilai tidak baik dan dia akan
melakukannya...tidak kira apa. Jadi wang bukannya sesuatu yang boleh menghalang
mereka daripada menjadi korup.
"Apa yang boleh menghalang mereka daripada mengamalkan rasuah ialah dengan
memupuk dalam diri mereka nilai-nilai positif kejujuran ," .
Pendidikan etika sahajalah yang boleh menghalang seseorang itu daripada terlibat dalam
gejala rasuah.Melalui pendidikan ,seharusnya masyarakat menyedari tentang pentingnya
membantu anak-anak memahami konsep etika dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran pada masa hadapan dalam usaha merealisasikan misi nasional.
Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan .Tanpa guru menerapkan
nilai-nilai murni seperti saling menghormati ,kasih sayang,jujur,amanah,serta
bertanggungjawab,matlamat kerajaan untuk mengurang serta menghapuskan rasuah tidak
akan tercapai.
Rasuah boleh menghancurkan negara ,tanpa pendidikan yang jitu masalah ini tidak akan
tercapai.Pendidikan etika sejak awal lagi mampu menanamkan sifat –sifat yang baik
dalam diri mereka .
11
Masyarakat yang berilmu,bertaqwa serta mempunyai pegangan agama yang kuat tidak
akan mudah terpengaruh dengan gejala rasuah dan penyelewengan kuasa. Negara yang
mempunyai tahap rasuah yang tinggi, sama ada ia satu hakikat atau tanggapan,
menghadapi risiko untuk kehilangan pelaburan masa kini dan pada masa depan. Bagi
sebuah ekonomi kecil seperti Malaysia, tanggapan bahawa rasuah atau ketidakcekapan
merupakan sesuatu yang kita tidak patut hadapi.Oleh sebab itu ,pendidikan etika patut
dimulakan sejak dari sekolah rendah lagi agar kaberkesananya dapat dipastikan.Bak kata
pepatah’melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Gejala rasuah dihina dan maruah kita
dibina.
12
RUJUKAN
http://www.darulnuman.com/cgi bin/forum/search.PI
13
.
14
15